Novel : Cinta Cap Buruh 37
Oleh : Dr.rock Canggung aku rasakan perbualan aku dan Faizal kali ini. Aku sekadar menyampaikan pesanan walid padanya. Dia pula memberitahu aku bahawa teman serumah dan sepejabat sudah maklum soal musibah yang menimpa kami. Aku terkejut pada mulanya. Tapi aku kira, apa yang dilakukannya bukanlah satu kesalahan. Kalau pun aku merahsiakannya, lambat laun mereka akan tahu juga. Lama aku termangu menghadapi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 36
Oleh : Dr.rock Suasana sunyi menyelubungi perjalanan pulang ke Shah Alam. Tidak ada pertanyaan mahupun ulasan dari walid dan Abang Wan soal kes khalwat yang berlaku pada aku dan Faizal sebentar tadi. Abang Wan memandu kereta dengan kelajuan sederhana, pandangannya ditumpukan pada jalan yang tidak terlalu sibuk. Walid juga mengunci mulut. Aku diburu resah dengan sikap keduanya. ” Walid,... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 35
Oleh : Dr.rock ” Dekat tapi jauh”. Itu kata yang paling tepat menggambarkan situasi yang aku hadapi ketika ini. Permintaan Ain membuatkan aku menghilangkan diri dari hidup Faizal dan keluarganya. Sama seperti janji yang termaterai antara aku dan Ain kelmarin. Kerana pandangan dan kepercayaan Ain pada aku, akhirnya aku nekad dengan satu tindakan. Jauh dari menghilang dari hidup Faizal. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 34
Oleh : Dr.rock ” Nur, mummy minta Nur datang rumah hari ni. Dia teringin sangat nak belajar sambal tumis Nur tu”. Faizal menyampaikan pesanan mummynya ketika aku sibuk mengemas beg sebelum pulang dari tempat kerja. Lirih benar suaranya, penuh mengharap. Aku bingung dengan permintaan Auntie Cah yang sudah sekian lama aku maklum. Ini kali ketiga aku kira Faizal mengingatkan aku hal ini. “Kalau... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 33
Oleh : Dr.rock Janggal rasanya bila Faizal menunggu aku di depan pintu pagar rumah. Pelik juga kalau dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Tak mungkinlah Auntie Cah mengizinkan Faizal pulang ke rumah sewa dengan kondisinya yang belum pulih sepenuhnya. Melihat aku memandangnya dengan raut tak percaya, dia menghampiri aku. Di tangannya ada beg berwarna merah, sama seperti yang aku terima petang tadi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 32
Oleh : Dr.rock Ibu, walid dan opah sedang berehat di gazebo ketika aku dan Abang Wan tiba di rumah. Melihat kami, ibu mengisyatkan kami agar menyertai mereka menikmati minum petang. Laju Abang Wan mengatur langkah kearah mereka. Aku mengikutinya dari belakang. ” Ada orang tu kan, balik je dari kursus nikah dapat baju bertunang free!”,cerita Abang Wan sebaik duduk di kerusi bersebelahan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 31
Oleh : Dr.rock Aku tidak menyertai ahli keluarga yang lain menonton TV di ruang tamu selesai menikmati makan malam. Bila ibu bertanyakan kenapa, aku memberi alasan penat bekerja dan aku memerlukan rehat secukupnya. Melihat keadaan aku yang kurang bermaya, akhirnya ibu menghadiahkan ciuman dan ucapan selamat malam pada aku. Tapi lain pula dengan Abang Wan. Seakan memahami aku memerlukan ruang untuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 30
Oleh : Dr.rock Atas permintaan Walid, aku kembali ke pejabat bersamanya. Pada fikiran aku tak, guna lagi aku berahsia dengan teman sekerja dan sepejabat. Kalau pun aku berahsia, lambat-laun kebenaran akan tersingkap juga. Walaupun awalnya aku geram dengan sikap Walid yang seakan-akan sengaja mahu memecahkan rahsia dan identiti diri, aku cuba pujuk diri agar tidak berburuk sangka. Mungkin Walid bertindak... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 29
Oleh : Dr.rock “Kalau Uda nak tahu, lelaki yang akak tegur tadi tulah daddy Faizal, Datuk Syed Fauzan”,cerita Kak Nasya membuatkan mata aku bulat memandangnya. Tak percaya dengan tutur katanya. Tak sangka pula daddynya begitu, cukup peramah dan merendah diri. Bila Kak Nasya memohon maaf kerana tidak dapat berbual panjang dengannya, dia turut melafazkan kata maaf kerana membuatkan Kak Nasya... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 28
Oleh : Dr.rock ku tak menyangka Kak Nasya sampai lebih awal dari aku pagi Selasa yang hening ini. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, Kak Nasya sudah berdiri di depan pintu bilik kerja aku. Dia tersengih sebaik sahaja melihat kelibat aku. Nampak nakal dan jelas dia mahu mengorek rahsia di sebalik kedatangan Auntie Cah dan Farah petang semalam. “Aha..sampai pun Tuan Puteri ni! Penat akak menunggu... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 27
Oleh : Dr.rock “Assalamualaikum Bro.What’s up?”, ujar Faizal sebaik sahaja telefon bimbitnya dilekapkan ditelinga. Aku masih tak berganjak dari tempat duduk biarpun tak seharusnya aku terus berada di sini.Tapi rasa ingin tahu membuak-buak. Aku mencuri dengar perbualan di sebelah pihak, Faizal yang berada di samping aku sekarang.Entah kenapa, ada keraguan dari cerita Faizal sebentar tadi.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 26
Oleh : Dr.rock “Nur jangan risau.Ejai tak apa-apa pun”. Kata-kata yang keluar dari mulut Auntie Cah aku sambut dengan senyum tawar.Agaknya jelas sangat muka aku yang diburu rasa bersalah saat ini.Farah yang didepan menganggukkan kepala, mengakui pujukan mummynya dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa bersalah di hati. “Biasalah abang tu.Kalau stress sikit, mula la asma dia menyerang... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 25
Oleh : Dr.rock “Uda,yuhuuuu.Dah sampai bulan ke?”,jeritan Linda membuatkan aku berpaling.Nadia dan Izzah tersengih-sengih di belakangnya. Aku mencebikkan bibir.Faham sangat dengan perangai mereka yang suka memerli aku.Tapi salah aku juga, siapa suruh melongo depan rumah.Seribu kali terpana pun, pandai-pandai la cover kan.Dah malu sendiri. “Tak sampai lagi.Baru je nak naik roket.Sekali... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 24
Oleh : Dr.rock “Lah, kena bagi dekat Abang Riz ke?Tak glamour la kalau kena share, baru je ingat nak jadi perempuan kaya”. Abang Riz turut ketawa mendengar seloroh aku.Hilang segala rasa resah yang melanda, serta merta ada rasa gembira yang menyerbu datang.Aku tersenyum sendirian meningatkan sosok abang Riz yang jauh di mata.Terbayang wajahnya yang tampan dengan senyuman yang tak lekang... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 23
Oleh : Dr.rock Langkah aku terhenti bila tubuh Faizal menghalangi jalanku.Dia tegak didepan aku dengan mukanya yang bersalah.Aku bergerak ke kanan sebelum melangkah laju.Dia mengekori langkah aku tapi tak ada sepatah kata pun yang terkeluar.Dia diam seribu bahasa, sama seperti aku.Cuma matanya memerhatikan gerak aku dan dia berjalan beriringan dengan aku. Bila aku melangkah keluar dari kompleks membeli... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 22
Oleh : Dr.rock Bukan mudah menyembunyikan rahsia hati, tak mudah juga mempamerkan rasa gembira biarpun ada rasa walang yang datang.Sedaya upaya aku cuba memaniskan muka dan bergelak tawa bila Faizal bercerita soal Ain Batrisya yang sudah mencuri hatinya. “Ain tak suka makan pedas.Kesian betul tengok dia macam kera kena belacan sebab tergigit cili semalam.Tapi aku suka tengok dia macam tu, makin... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 21
Oleh : Dr.rock “Huda, kenapalah kau rahsiakan identiti kau dari kita orang.Kalaulah Izzah tak masuk bilik kau malam tadi, sampai sudah kami tahu!Aku memang ingatkan kau buat kerja terlarang dah semalam”,komen Linda sebaik sahaja aku selesai bercerita. Izzah mengiyakan pendapat Linda, sementara Nadia terdiam seribu bahasa.Aku tersenyum sumbing dengan hamburan kata Linda.Tak mustahil Izzah... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 20
Oleh : Dr.rock “So,apa pendapat kau pasal Ain?”,sepatah persoalan yang timbul dari Faizal, soalan yang sudah aku jangkakan sejak tadi. Aku angkat bahu, terlalu banyak tafsiran yang bermain di kepala dan aku sendiri tak pasti yang mana kata paling tepat bila berbicara soal Syarifah Ain Batrisya yang baru aku temui sebentar tadi. “Sepatah kata je.Takkan takde langsung kot”,desak... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 19
Oleh : Dr.rock Berdebar jantung aku rasakan bila perempuan cantik tersebut mengekori mummynya yang melemparkan senyuman manis kepada aku.Aku menggigit bibir.Faizal sudah melangkah laju menghala ke rumah.Aku ditinggalkan sendirian di dalam kereta.Isk, tak patut betul! “Abang, kenapa tinggalkan kawan tu?Ajak la dia masuk.Segan la dia abang buat macam tu.Teruk betul!”,leteran perempuan cantik... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 18
Oleh : Dr.rock “Bibi, Sayang.Bangun..Dah masuk subuh.Walid dengan Abang Wan dah tunggu nak solat jemaah sama”. Lembut suara ibu membangunkan aku.Ibu menepuk badanku agar aku sedar.Aku membuka mata, menggenyehnya dan perlahan-lahan aku bangkit.Ibu tersenyum senang melihat reaksi aku. Bila melihat aku yang sudah sedar sepenuhnya, ibu melangkah keluar.Sempat lagi dia berpesan agar bersegera... [Teruskan bacaan]







