Novel : Cintaku Milik Siapa 25

9 July 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom WAJAH Puan Melina cemberut sahaja sejak tadi. Nani ma pula seperti biasa, relaks sahaja buat reaksi selamba gila. Bukan dia tidak tahu untuk apa tayangan wajah cemberut itu sepanjang perjalanan mereka dari Melaka ke Pulau Pinang. Semuanya sebab dia dipaksa. Dipaksa untuk terima calon pilihan Hakim. “Kalau Mel tengok, Mel tak berkenan… tak payah teruskan!” degil... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 24

2 July 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom “SAYA cemburu dengan awak, Ana.” Diana tersentak. Tidak menyangka ucapan itu akan terbit dari bibir Maria. Matanya terus merenung wajah keruh itu dengan rasa tidak percaya. Kenapa perlu Maria mencemburui dirinya. Apakah kerana Diana terlalu akrab dengan Aunty Zuby? Mungkin juga. Tapi sungguh dia tidak buat itu untuk membuatkan Maria berasa cemburu dengan diri ini. ... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 23

25 June 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom “ABANG Hakim… bila balik sini? Kenapa tak datang jumpa Nurish pun?” rengekan manja dari suara insan yang tidak disenanginya itu menjengah telinga. Dengusan kasar dilepaskan. Menyesal pula dia pulang ke Melaka. Menyesal pula dia pulang seorang diri. Patutnya ditarik sekali Diana untuk mengikutinya. Biar saja semua ahli keluarga Puan Melina tahu tentang cinta hati... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 22

18 June 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom MASUK ini sudah seratus kali rasanya matanya tertancap di skrin telefon bimbit. Sunyi dan sepi. Hanya keluhan saja meniti bibirnya untuk menggambarkan kekecewaan di hati. Kenapa dah ala-ala chipsmore pula tuan Hakim ni. Tiba-tiba saja menjadi sepi tanpa berita. Pandangannya ditala ke dinding rumah. Kosong, sekosong jiwanya pada saat ini. Rasanya baru dua minggu sudah dia merasakan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 21

28 May 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom MATA Aunty Zuby tertunduk menekur lantai. Keadaan sepi seketika antara mereka. Atas pujukan Diana, Aunty Zuby membenarkan Maria untuk masuk semula ke rumah. Hakim juga ikut serta walaupun dia tahu mama Fariz pasti saja berasa pelik dengan kehadirannya di situ. Dan kini, Diana bersama Aunty Zuby berdua di ruang makan. Diana merasakan Aunty Zuby memerlukan ruang untuk meluahkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 19, 20

13 May 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom Bab 19 Diana menyanyi-nyanyi kecil. Lirik apa yang bermain di bibirnya pun dia tidak pasti. Main lepas saja mengikut rentak dan irama bunga yang sedang berkembang dalam hati. Senyuman pula tak lekang tersungging di bibir. “Dengarkanlah suara hati…,” tiba-tiba saja bibirnya sudah melagukan lirik lagu Datuk Siti. “Moga dikau mampu mengerti… cinta... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 17, 18

6 May 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom Bab 17 PASAR malam pada hari Rabu di Pantai Jerejak, seperti biasa sentiasa sesak dan penuh dengan deretan kedai yang menjual macam-macam juadah dan hidangan. Tidak kurang juga dengan segala peralatan, pakaian dan kasut. Sudah menjadi kemestian bagi Aunty Zuby untuk ke pasar malam setiap hari Rabu ini. Ini kerana, dia memilih untuk hari off masakan pada hari ini. Kalau masak pagi... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 15, 16

29 April 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom Bab 15 DIANA melangkah perlahan-lahan tanpa hala tuju yang ditetapkan. Dari jauh, matanya sudah menangkap bayang taman permainan yang terletak dekat dengan kawasan perumahan mereka. Lalu, tanpa berfikir panjang, langkahnya dipanjangkan ke kawasan yang terbuka itu. Perlahan punggungnya dilabuhkan pada sebuah bangku kosong yang disediakan di situ. Pandangannya tertumpu setia... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 14

21 April 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom DIANA masih lagi kaku seperti terkena renjatan elektrik. Kejutan yang membuatkan urat sarafnya seperti berhenti menerima impuls. Pipinya ditampar beberapa kali agar dia sedar ini semua hanya mimpi. Bila dah bangun nanti, semuanya akan hilang. Uish, kalau macam inilah gayanya, boleh kena heart attack! Oh mak… silalah berhati-hati kalau sekalipun nak keluarkan kenyataan untuk menyokong... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 13

14 April 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom 13 “CIK ADIK manis… ini hari abang ada jual karpet banyak murah. You angkat satu… I kasi satu free punya…,” Diana sudah tersenyum kelat. Maaflah abang benggali, saya tak berminat nak beli-beli karpet semua. “Kita sudah beli dah hari tu… sorry ya bhai…,” tanpa menunggu lama, Diana sudah berura-ura hendak menutup pintu. “I kasi murah... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 11, 12

7 April 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom Bab 11 KAKINYA melangkah dengan berhati-hati sepanjang jalan yang kosong itu. Sejak dari tadi dia seperti dapat merasakan ada yang mengekorinya. Namun untuk berhenti dan memerhatikan keadaan di sekelilingnya, dia tidak berani untuk berbuat begitu. Kakinya terus saja menyusuri jalan yang dipenuhi oleh daun-daun mapel berguguran di atas tanah. Saat rumah sewanya mula kelihatan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 9, 10

31 March 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom [BAB 9] “APA CERITA terbaru?” soal pertama yang keluar dari bibir Amal saat matanya menyapa wajah Diana yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling. Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar tingkatan satu. Banyak urusan yang perlu mereka sudahkan. Minggu yang seterusnya akan diadakan minggu orientasi bagi semua pelajar tingkatan satu sekolah tersebut.... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 8

3 March 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom “DAH HABIS bersembang?” suara Hakim kembali menyapa Diana dan Maria. Masing-masing tertunduk menekur meja. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Diana tahu, kehadirannya di sini seperti satu lagi usaha yang sia-sia. Dia tidak mampu untuk mengubah fikiran sesiapa pun melainkan orang lain saja yang berusaha untuk mengubah fikirannya supaya berkahwin dengan Fariz. Termasuk... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 7

24 February 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom QUEENSBAY Mall sesak! Diana menghembuskan nafas lega saat keretanya masuk ke kawasan parkir. Hari-hari minggu macam ini, memang susah nak cari tempat kosong. Lagi pula ada karnival esok, makin bertambah sesak kawasan itu. Diana mengatur langkah masuk ke dalam shopping mall. Janji hendak berjumpa pukul tiga petang, sekarang baru dua setengah. Biarlah sampai awal. Dia tidak suka... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 6

17 February 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom BELAJAR mencintai lebih baik daripada belajar membenci! Ayat itu terus tersemat di hati Diana. Dia melangkah keluar dari bilik kaunseling dengan perasaan lapang. Dia tahu… hendak belajar menerima segala yang telah berlaku setakat ini adalah sesuatu yang mustahil dan akan memakan masa. Tetapi ia akan bertambah mustahil jika perasaan benci terus-terusan dipupuk dalam hati. Dia bukan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 5

9 February 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom DIANA tidak mampu untuk memfokuskan minda pada urusannya hari ini. Semuanya serabut. Semuanya pincang. Semuanya tidak tenang. Kenapalah hidup aku yang aman lagi damai perlu ada dugaan yang sebegini rupa. Orang lain fikir kahwin akan rasa bahagia, aku fikir kahwin… rasa macam nak lari dari rumah. Serasa hendak menjerit sekuat hati pada saat ini, tetapi dia tidak boleh berbuat... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 4

1 February 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom “LELAKI boleh kahwin empat Diana…,” kata-kata angkuh yang meniti bibir Fariz masih terngiang-ngiang di telinga. Diana fikir sudah boleh selesai masalah ini, tetapi nampaknya si Fariz itu tidak akan mengalah selagi aku tak nyatakan yang aku setuju. Diana termangu di birai katil. Fikirannya penuh dengan tanda soal. Dia tidak menemukan sebarang jawapan dan alasan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 3

24 January 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom WAJAH mama yang kelihatan sugul membuatkan jiwanya tidak tentu arah. Semalam lagi mama sudah ceritakan segalanya. Diana dengan yakinnya kata dia tidak akan bahagia kalau kahwin dengan aku. Huh! Dengusan kasar dilepaskan. ‘Habis kalau dia kahwin dengan siapa yang dia akan bahagia? Perompak?Lanun?!’ marahnya dalam hati. Apa yang susah sangat untuk gadis itu menerimanya. Sudah... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 2

17 January 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom “AKAK…,” Najwa memanggil perlahan. Kehangatan topik semalam masih berlayar di mindanya. Diana mengangkat wajah. Pandangannya beralih dari buku Kaunseling dan Psikoterapi kepada wajah Najwa yang menongkat dagu di meja belajarnya. “Saiful tu siapa kak?” Najwa menyoal dengan senyuman lebar di bibir. Diana mengerutkan kening. Budak kecik ni, kenapa teruja sangat? “Kenapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Cintaku Milik Siapa 1

10 January 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Umi Kalsom Diana tunduk menekur lantai. Sejak dari pemuda bernama Fariz itu meninggalkan bangku ini, dia terasa sesak. Nafasnya tersekat-sekat. Mungkin dia harus luahkan pada seseorang, tetapi siapa yang akan menjadi pendengar terbaiknya. Angin yang menderu-deru di tepi pantai itu belum tentu dapat meredakan kegelisahan di jiwanya pada saat ini. Dia seolah-olah tersepit dan dikepit. Kenapa dia?... [Teruskan bacaan]