Novel : Di persimpangan Kasih 8

15 December 2010 
Kategori: Novel

834 bacaan 4 Ulasan

Oleh : ana sofiya “Handsome sangat ke dia?” Danial ingin tahu tentang Zulfi. Baginya, lelaki itu terlalu istimewa dalam hidup gadis di sebelahnya ini. Nadia meninggalkan bumi Malaysia kerana patah hati dan kecewa bila lelaki itu memilih teman baiknya. Dan demi lelaki itu juga, Nadia kembali ke bumi tercinta. Apakah cinta masih ada? Apakah Zulfi terlalu penting dalam hidupnya? “Saya... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 7

19 November 2010 
Kategori: Novel

432 bacaan 3 Ulasan

Oleh : ana sofiya Di dalam pesawat Malaysia Airlines, mereka duduk sebaris. Fatin Nadia terpaksa beralah apabila Ilyani hendak duduk di tepi dinding. Entah apa yang ingin diintai oleh gadis itu, tidak pula Fatin tahu. Di luar hanya awan bergumpalan, jadi apakah yang menarik tentangnya? “Awak duduk di tengah. Biar saya di tepi sini. Orang lalu lalang tidaklah nanti mengganggu awak.” Tersentuh... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 6

2 November 2010 
Kategori: Novel

697 bacaan 3 Ulasan

Oleh : ana sofiya Sepanjang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang yang paling sibuk di dunia dengan kadar kapal terbang mendarat dan berlepas pada setiap 46 saat, hati diburu keresahan. Masa sebulan untuk dia menimbal balik keputusannya, disertai amaran dan nasihat daripada abang long dan kak long sudah dikaji buruk dan baik. Dia sudah fikir masak-masak! Dia sudah nekad! “Dulu,... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 5

28 October 2010 
Kategori: Novel

630 bacaan 2 Ulasan

Oleh : ana sofiya Sudah lama Fatin Nadia tidak membuka tetingkap YMnya. Rindu pula kepada tanah air tercinta. Rindu untuk mendengar cerita tentang Malaysia. Ingin hati bertanya khabar tentang mereka yang telah ditinggalkan bertahun lama. Emak, ayah, angah, Husna…… Sebuah keluhan terlontar juga bila nama Husna melintasi minda. Secara spontan wajah lelaki itu pasti hadir di hadapan mata.... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 4

16 September 2010 
Kategori: Novel

447 bacaan 1 Ulasan

Oleh : ana sofiya Sungguh seronok suasana di pagi itu. Kali pertama menjejakkan kaki di sebuah ladang epal, mengembalikan nostalgia Fatin Nadia ke kampung halaman di Tapah, Perak. Di Tapah, keluarga Fatin Nadia memiliki dusun durian yang agak luas. Di dalam dusun tersebut, selain daripada buah durian, terdapat juga pohon-pohon manggis, langsat, duku dan rambutan. Bezanya, di Tapah, pepohon buah-buahan... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 3

6 September 2010 
Kategori: Novel

734 bacaan 1 Ulasan

Oleh : ana sofiya Danial memasuki ruang pejabatnya yang luas sambil membuka sarung tangan yang dipakai. Wajah putih yang sudah kemerah-merahan itu kelihatan penat. Topi besar yang menutupi kepala sudah disangkut di dinding. Sekarang ini dia sedang meletakkan punggung di atas kerusi untuk membuka sepasang kasut but yang tersarung di kaki sejak pukul 5 pagi lagi. Danial tidak menyedari bahawa sejak dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 2

24 August 2010 
Kategori: Novel

544 bacaan 3 Ulasan

Oleh : ana sofiya Hanya ada seorang lelaki di hadapan Fatin Nadia ketika ini. Si ‘kayu’ tadi! Dahi Fatin berkerut-kerut bila memikirkan, ‘Isk, tadi, bukan ‘kayu’ ni ke yang bercakap dengan aku? Dia cakap Melayu, kan? Ehhh, dia cakap Melayulah! Nad, Mat saleh ni pandai bertutur dalam bahasa kitalah! Wau, hebatnya!!! Tapi…..’ Serta merta, pipi merona merah. Jelas di pandangan sesiapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Di persimpangan Kasih 1

16 August 2010 
Kategori: Novel

455 bacaan 1 Ulasan

Oleh : ana sofiya “Ya Allah, mamat lalok manalah kat depan aku ni? Kalau ya pun kau minat sangat dengan si ‘seal’ tu, tolonglah ke tepi sikit. Aku pun nak jugak tengok ‘Mr Seal’ beraksi!” Rupa-rupanya bebelan Fatin Nadia mendapat respons daripada si ‘kayu’ yang tadi berdiri tegak dan penuh semangat kanak-kanak di hadapannya. Sebaik Fatin habis menzahirkan rasa tidak puas hati,... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11