KOMBO DISEMBER 2016

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Kandungan: 1x MANUSKRIP CINTA 1x TIADA ARAH JODOH KITA 1x SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS 1x LELAKI KHAS UNTUK HANIS 1x Kampung Girl (PERCUMA) Tajuk: Manuskrip Cinta Penulis: Syamnuriezmil Muka Surat : 682 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-45-7 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka... [Teruskan bacaan]

Lelaki Khas Untuk Hanis

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang... [Teruskan bacaan]

Si Baju Kurung Kasut Kanvas

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu, dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk... [Teruskan bacaan]

Tiada Arah Jodoh Kita

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? “Pia… Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir. “Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh... [Teruskan bacaan]

Manuskrip Cinta

23 December 2016 
Kategori: Novel Di Pasaran

Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis. Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi… Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai! “Nak tulis, kena tulis betul-betul.... [Teruskan bacaan]

Novel : Tika Itu… Inai Masih Merah 5

29 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:April Snow “MAMA…” Langkah kecil Abid laju menuruni sofa menuju ke pintu utama yang terkuak usai telinga menangkap ucapan salam daripada lontaran suara yang tidak asing di telinga. Tubuh bersarung pijama biru pantas memaut jari-jemari Hannan lalu dikucup. Seperti selalu. Hannan jala senyum. “Hai anak mama yang handsome. Kenapa tak tidur lagi ni, hmmm?” Jari-jemari kedua-dua saling... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Hati Sayang 5

29 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Hairynn Salehuddin “Ini Cik Lara Alina ke?” soal seorang wanita dalam talian. Nombor yang tidak pernah dia nampak sebelum ini. Nak suruh datang temu duga ke? Bagusnya kalau begitu. “Ya, saya.” Lara masih berharap yang panggilan tersebut berkaitan dengan kerja. “Saya wakil kepada Tan Sri Roslan. Sebenarnya cik, Tan Sri nak menjemput Cik Lara dan Sofea datang ke rumahnya hari Sabtu ni.... [Teruskan bacaan]

Novel : Melodi Cinta II 5

29 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh: Penulisan2u Nurul Ain Syuhada Dan Dia Jodohku “Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti!” “Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin… Saya ialah gadis yang paling malang sekali!” “Farish, junior masuk bulan lima ni. Kau nak join jadi fasilitator tak?” tanya Aidil kepada lelaki yang sedang menghembuskan asap rokok keluar melalui hidungnya. “Junior? Fasilitator?... [Teruskan bacaan]

Novel : Magisnya Cinta 5

29 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh: Syamnuriezmil “MACAM mana? CRK kata apa? Logik tak lukisan kau tu?” Ridzwan masuk ke dalam bilik Adib sebaik saja mendapat tahu Adib sudah pulang daripada berjumpa dengan Rose Khadeeja. Tak sabar Ridzwan nak tahu apa maklum balas Rose. Pelik juga sebab telefon ni tak berdering. Kalau Adib pergi jumpa Rose, confirm telefonnya menyala, kenalah dia dengan Tan Sri Megat Yusuf tu. Kali ini tiada!... [Teruskan bacaan]

Novel : Tika Itu… Inai Masih Merah 4

15 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:April Snow PINTU bilik ditarik perlahan. Disumbat anak kunci ke lohong mulut kecil yang menanti penuh setia. Diputar sebelum ditarik semula anak kunci. “Kita perlu berbincang, Hannan. I ada perkara yang nak beritahu you. Perkara yang begitu penting.” Kepala menggeleng bersama desir nafas perlahan yang terhumban. Untuk apa lagi semua tu, Haniff? Dah tak guna. Bisik hati buat Hannan kembali... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Hati Sayang 4

15 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Hairynn Salehuddin “MANA budak tu sekarang?” Tan Sri Roslan terus mengajukan soalan kepada Fuad sejurus selepas Fuad meletakkan maklumat tersebut di atas meja. “Dia dekat Bangsar. Tinggal dengan mak saudaranya. Berdua aje.” “Kau pasti tu cucu aku?” Tan Sri Roslan mahukan kepastian. “Ya, Tan Sri. Nama dia Sofea Yasmin binti Carl Naim.” “Mak saudara dia?” “Lara Alina binti... [Teruskan bacaan]

Novel : Melodi Cinta II 4

15 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh: Penulisan2u Topeng: Hannah Ezzaty LUKE tersentak. Wajah yang berpeluh diraup dengan sebelah tangan. Deru nafasnya yang kencang tadi sudah mula terkawal. Dia pandang ke sebelah kirinya. Terlihat Anggun, isteri yang baru dikahwini sejak tiga bulan lalu sedang enak berlingkar dalam selimut bersulamkan sebelah tangannya. Perlahan-lahan Luke alihkan tangan yang dipeluk Anggun, lantas bangkit dari... [Teruskan bacaan]

Novel : Melodi Cinta II 3

10 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh: Penulisan2u Surat Untuk Bakal Isteriku Hanan Az-Zahra “QAISARA, betul awak tak nak ikut kami pergi makan?” tanya Kak Maria kepadaku. Dia sedang ralit di depan cermin, mempersiapkan diri untuk keluar makan malam bersama roommateku yang lain. Aku menggeleng. “Qaisara tempah aje. Lagi pun kejap lagi senior Qaisara datang nak temu bual Qaisara.” Kali ini aku berterus terang kenapa aku tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Terima Kasih Sayang 3

10 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Fariha Aisya HANNA memberhentikan kereta di hadapan kedai runcit. Dia keluar dari keretanya lalu mengatur langkah masuk ke dalam kedai tersebut sebaik sahaja mengunci keretanya. Dia mengatur langkah ke bahagian penjagaan diri. Hanna mengambil pencuci muka, dan kemudiannya mengatur langkah ke kaunter bayaran. Dia mengukirkan senyuman kepada lelaki Cina yang berada di kaunter. “Hai. Lama tak nampak... [Teruskan bacaan]

Novel : Tika Itu… Inai Masih Merah 2

9 December 2015 
Kategori: Novel

Comments Off on Novel : Tika Itu… Inai Masih Merah 2

Oleh:April Snow “MAAF, Encik Haniff tak boleh masuk. Ini arahan Cik Hannan.” Zara humban kata-kata amaran kepada lelaki kacak yang berdiri di hadapan. Haniff buat-buat pekak dengan larangan wanita muda yang berdiri di depannya ini. Dia tak kira. Bilik Hannan dituju. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Haniff tidak akan berganjak selagi Hannan tidak memberikan jawapan pada persoalan yang ditimbulkannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta Hati Sayang 2

9 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Hairynn Salehuddin “ZARIF, malam ni Uncle Kamal and Auntie Min datang. Zira pun ada sekali. They will be having dinner here. With us. Zarif balik awal sikit, ya.” Puan Sri memberitahu Zarif ketika mereka sedang bersarapan bersama. Roti yang baru sahaja disapu mentega disua ke dalam mulut. Endah tak endah sahaja Zarif mendengar. “Zarif… Dengar tak apa mama cakap ni? Papa pun akan ada... [Teruskan bacaan]

Novel : Melodi Cinta II 2

9 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh: Penulisan2u DAIM (ALIESHA KIRANA) “Nama saya, Daim.” “Hah, Daim? Macam coklat Daim tu?” “Ya. Daim. Macam coklat Daim.” ANDAI bisa aku mencorakkan realiti hidupku seperti mana penulis mencorakkan ceritanya di dalam novel, pasti akan kubiarkan kebahagiaan itu sentiasa bersama aku. Erk, jiwang karat pula aku malam-malam ni. Hehe… Sebenarnya aku tengah stres ni, fikirkan kata-kata... [Teruskan bacaan]

Novel : Magisnya Cinta 2

9 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Syamnuriezmil‘ NATASHA ketawa mengekek. Seronok betul dia mendengar cerita Rose Khadeeja yang mengenakan Adib. Padan muka Adib, betul-betul kena dengan Rose. Baru dia ada akal! Barulah dia tahu langit tinggi ke rendah! “Padan muka Adib tu. Nak design rumah atas pokok sedia ada, memanglah boleh. Tapi, nak bina pokok tu macam mana? Bertapuk-tapuklah dia kena maki dengan engineer dia, drawing... [Teruskan bacaan]

Novel : Terima Kasih Sayang 2

9 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:Fariha Aisya HANNA mengatur langkah ke ruang dapur, dia melihat ibu serta kakak iparnya sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga. Dia merapati mereka berdua. “Ada apa yang boleh Hanna tolong?” Hanna menyoal, lembut. Dia tersenyum kepada kakak iparnya itu. Raihana yang mendengar pertanyaan adik iparnya itu tersenyum manis. Dia memandang wajah adik iparnya itu. “Hanna tolong... [Teruskan bacaan]

Novel : Tika Itu… Inai Masih Merah 1

3 December 2015 
Kategori: Novel

Oleh:April Snow Prolog Jangan kata kau cinta Kalau tak tahu makna janji setia Jangan berjanji separuh nyawa Kalau hatimu ada detak curiga Jangan bersumpah seluruh raga Kalau ikhlas tiada dalam jiwa Jangan pernah tak percaya Kalau kau benar-benar kasih padanya. Cinta itu… Bukan sekadar lafaz mainan di bibir rasa Bukan bait coretan puitis di kanvas kertas tak bernyawa Bukan bilah aksara manis di... [Teruskan bacaan]