Novel : Ayat power 42
Oleh : Dr.rock ” Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.” Pesan dari junujungan besar Rasulullah itu jadi penguatku berdepan dengan perjuangan ini. Perjuangan melahirkan buah hati kami yang pertama, tanda kasih dan tanda cinta kami. Sakitnya makin lama makin mencengkam. Maklum sahajalah contractionnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 41
Oleh : Dr.rock Hari ini dalam sejarah. Sejarah beraya kali pertama dengan gelaran isteri, menantu dan ibu mengandung. Syukur aku panjatkan pada ALLAH atas sejarah yang tercipta ini. Dan ada satu sejarah lagi bakal tercipta tidak lama lagi, aku bakal bergelar seorang ibu pula. Menanti penuh debaran detik terbesar dalam hidupku itu. Doaku tidak putus, berharap segala urusanku dipermudahkan oleh ALLAH... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 40
Oleh : Dr.rock Bulan penuh debaran menjelma jua. Bulan Ramadhan,bulan diwajibkan berpuasa kepada umat Islam. Bulan ini juga aku akan menjalaninya kali pertama berdua sebagai suami isteri, kali pertama dalam keadaan berbadan dua dan menanti si kecil lahir pelengkap bahagia. ” Mak buyung, bestlah kau tahun ni dapat puasa penuh,” komen Dania di suatu petang selesai bertugas di hospital. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 39
Oleh : Dr.rock Tiga hari cuti sakit di rumah mertua kali ini cukup mengembirakan hatiku. Maklum sahajalah, hanya aku yang berbadan dua sahaja di sana sepanjang tiga hari tersebut. Adat ibu mengandung, semua yang ada sedap di mata, sedap di mulut dan bahagia masuk ke perut. Makin berselera makan, makan bertambahlah badan yang sudah sedia bertambah ni. ” Ni betul ke Nabilah Azna isteri abang?” ... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Saya Yang Setia
Oleh : dr.rock ” 5 Kelebihan saya: rajin, friendly, pendengar yang baik, kreatif dan pasangan yang setia.” Kata-kata Aneesa di sambut hilai tawa teman sekelasnya. Dia memang rajin, dialah orang paling awal sampai ke kelas setiap hari. Dia memang peramah, buktinya dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah pencuri laptopnya sendiri. Dia juga memang pendengar yang baik hingga... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 38
Oleh : Dr.rock Debar di hati ALLAH sahaja yang tahu. Makin kuat rasa sakit di perut, makin kerap juga aku mengusapnya sambil memujuk lembut si kecil di dalamnya. Einstein yang berada di sampingku jelas di paut rasa bimbang. Sama dengan diriku saat ini. ” Sayang, jangan keluar sekarang ya. Mama dan papa tak ready lagi,” ucapku perlahan. Einstein masih setia di sampingku.... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 37
Oleh : Dr.rock Tidak ada warna mahupun tema yang ditetapkan Dina untuk majlis pertunangannya. Cuma Einstein yang beriya benar mahukan kami berpakaian sedondon berona ungu biji kundang ke sana. Katanya, biar orang tak tersalah anggap dia bakal tunang Dina. Mendengar gurauannya, satu cubitan aku hadiahkan. Rasakan! ” Wa, tajamnya cubitan ketam ni. Habislah lebam dan berdarah tangan abang.” ... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 36
Oleh : Dr.rock Bulan berganti bulan, aku berganti badan. Perut makin membulat, pipi berseri berkilat dan badan mudah rasa penat. Di usia kehamilan tujuh bulan ini, mengah benar rasanya membawa perut memboyot. Dan yang paling ketara, ada perubahan waktu tidur yang melanda. Pening betul dibuatnya dengan kehidupan ala nenek kebayan kebelakangan ini. ” Mama, ada tips tak nak mudah tidur malam?.” ... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 35
Oleh : Dr.rock Sudah sebulan fase mengidam tak ingat waktu yang aku alami berlalu. Gara-gara mengidam, badan pun naik bagai dipam-pam. Senak perut dan cepat benar sendat baju uniform mengandung yang aku kenakan. Dan angkara karenah ibu mengandung yang tidak menentu itulah, semua yang berada di sampingku lebih menjaga setiap patah kata bila berbicara denganku. Risau aku buat perangai lagi gamaknya. “Takpelah... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 34
Oleh : Dr.rock Kelat senyuman terukir di bibir melihat diri sendiri. Badan yang dulunya langsing sudah hilang bentuknya. Sudah tak berbentuk sama sekali. Membulat ke depan, melebar ke kanan dan kiri. Sudah jelas dan nyata perut yang berisi Einstein Junior di pandangan mata semua orang. Dan semua baju di zaman anak dara yang aku kenakan di badan tidak selesa. Sendat, padat dan ketat semuanya. Alahai,... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 33
Oleh : Dr.rock Einstein mengucapkan salam. Hanya Pak Cik Razlan yang menjawab salam, Mak Cik Rahmah hanya menunduk memandang meja. Aku memandang wajah Einstein sekilas. Dia melemparkan senyuman kepadaku, cuba menghilangkan gundah di hatiku barangkali. ” Mak dan abah, apa khabar?,” soal Einstein sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Ayah menyambut huluran salam tersebut. Lama mereka... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Ujian MD
Oleh : dr.rock Aku tersenyum puas. Kata-kata tahniah dan pujian dari Prof. Amin sebentar tadi melekat kuat di ingatan. Rasa syukur menyelinap si segenap hati kerana hari ini perjuanganku sebagai pelajar perubatan akhrinya selesai. Setelah puas berdepan ujian demi ujian, akhirnya gelaran Medical Doctor (MD) jadi milikku jua. Khabar berita tersebut lantas aku dikhabarkan ke seluruh dunia. Telefon di... [Teruskan bacaan]
Novel : AKAK 3
Oleh : dr.rock ” Ingat lima perkara sebelum lima perkara Sihat sebelum sakit Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup sebelum mati”. Bibirnya mengalun lagu nasyid ” Demi Masa” sambil memandu dalam kelajuan sederhana. Sesekali Aida mengintai jam di dashboard kereta. Rasa bersalah menerpa kerana membuatkan tetamunya terpaksa menunggu di rumah. Terdetik... [Teruskan bacaan]
Novel : AKAK 2
21 June 2011
Kategori: Novel
326 bacaan Catat Ulasan
Oleh : dr.rock Dia tersenyum sendirian. Ceramah Ustaz Hashim tempoh hari menampan ingatannya. Senyumannya kian lebar. ” Jika meninggal anak Adam, hanya tiga perkara yang akan berkekalan. Amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Kepada yang belum banyak amal jariah, marilah menderma. Sama-sama kita berkongsi ilmu yang bermanfaat walaupun hanya sepatah ayat. Dan kepada... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 32
Oleh : Dr.rock Setelah sebulan bercuti, aku kembali menjadi pelajar perubatan. Perasaan pertama kali masuk ke hospital bercampuk aduk. Maklum sahajalah, sudah lama bercuti. Otak sudah berkarat dan badan mula tak larat. Inilah parahnya kalau terlalu lama memanjakan diri. Bila dah kembali ke dunia nyata, mulalah sakit sana sini. Tapi sudah aku sematkan niat dalam diri. Aku harus atur langkah penuh berani,... [Teruskan bacaan]
Novel : AKAK 1
13 June 2011
Kategori: Novel
450 bacaan Catat Ulasan
Oleh : dr.rock ” Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kalau pun kita beriya nak tapi Tuhan masih tak nak kasi, kita tak akan dapat jodoh kita. Jadinya, tak payahlah susah-susah carikan calon suami untuk Along. Kalau ada nanti, adalah. Kalau ALLAH nak bagi jodoh tu, sesaat pun Along tak boleh lari dah.” Kata-kata tegas keluar dari mulut Aida. Itu prinsip yang dia ketengahkan setiap kali... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 31
Oleh : Dr.rock Mama tersenyum lebar melihat aku dan Einstein bergandingan tangan. Bahagia barangkali melihat kemesraan yang kami pamerkan. Aku lebih lagi, makin bahagia dan berharap terus bahagia. Setelah seminggu bersendirian, kepulangan Einstein hujung minggu ini membawa pergi segala duka dan persoalan yang bersarang di hati. ” Umar balik KL hari ni pukul berapa?,” soal papa sebaik sahaja... [Teruskan bacaan]
Novel : Ayat power 30
Oleh : Dr.rock Kekok rasanya mahu memulakan bicara dengan Einstein. Bila ditinggal berdua di rumah, aku mati kutu jadinya. Mama, papa dan adikku ke rumah wan sejak Magrib tadi, katanya sudah lama tak menjenguk wan. Namun aku tahu , itu hanyalah alasan mereka. Jelas, mereka mahu aku dan Einstein berbincang dari hati ke hati dan menyelesaikan masalah kami secepatnya. ” Bilah,”... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 37
Oleh : Dr.rock Canggung aku rasakan perbualan aku dan Faizal kali ini. Aku sekadar menyampaikan pesanan walid padanya. Dia pula memberitahu aku bahawa teman serumah dan sepejabat sudah maklum soal musibah yang menimpa kami. Aku terkejut pada mulanya. Tapi aku kira, apa yang dilakukannya bukanlah satu kesalahan. Kalau pun aku merahsiakannya, lambat laun mereka akan tahu juga. Lama aku termangu menghadapi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta Cap Buruh 36
Oleh : Dr.rock Suasana sunyi menyelubungi perjalanan pulang ke Shah Alam. Tidak ada pertanyaan mahupun ulasan dari walid dan Abang Wan soal kes khalwat yang berlaku pada aku dan Faizal sebentar tadi. Abang Wan memandu kereta dengan kelajuan sederhana, pandangannya ditumpukan pada jalan yang tidak terlalu sibuk. Walid juga mengunci mulut. Aku diburu resah dengan sikap keduanya. ” Walid,... [Teruskan bacaan]







