Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 34

16 April 2012 
Kategori: Novel

1,468 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 34 “Makan sandwich je?” Adib menegur Nor yang duduk keseorangan di dalam bilik pantri sambil membaca akhbar. Kusyuk benar membaca sampaikan dia berdiri di depan pintu itu pun Nor tidak menyedari. Nor menoleh. Seleranya tiba-tiba mati. Ah, muka dia lagi. Tak ada muka lain ke selain daripada dia? Menyampah betul. Tak boleh tengok dia bersenang lenang sikit. Rungutnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 33

6 April 2012 
Kategori: Novel

2,020 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 33 Azmi menolak daun pintu bilik Adib perlahan. Dia lihat Adib sedang tekun menghadap komputer ribanya di atas meja yang terdapat di dalam bilik tersebut. Barangkali sedang membuat kerjanya. Azmi masuk mendekati Adib. Bahu Adib disapa perlahan. “Adib, boleh kita bercakap sekejap? Aku ada hal nak bincang dengan kau.” Adib menepis tangan Azmi... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 32

30 March 2012 
Kategori: Novel

1,939 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 32 “Wah… seronoknya orang tu bercuti lama. Sampaikan tak ada dengar khabar berita pun. Orang mesej pun tak dilayan. Sombong betul. Mentang-mentanglah cuti sakan. Kawan sendiri pun dah tak ingat… huh!” Saleha buat-buat merajuk. Sudah seminggu dia tidak bergurau senda dengan Nor. Mana tidaknya, tujuh hari lamanya Nor tidak datang kerja kerana bercuti. Selama... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 31

19 March 2012 
Kategori: Novel

2,644 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 31 “Encik Adib nak bawa saya ke mana ni?” Nor memandang Adib hairan. Dia mula tersedar laluan yang digunakan oleh Adib itu berbeza haluannya dengan laluan yang biasa dilalui. Adib hanya membatukan dirinya. Pertanyaan Nor itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sebaliknya dia terus fokus dengan tumpuannya di atas jalan raya itu. Beberapa ketika kemudian, Adib memberhentikan keretanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 30

9 March 2012 
Kategori: Novel

1,596 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 30 Azmi merenung lama wajah gadis yang berada di depannya. Kerinduannya bagaikan terubat setelah dapat bertentang mata dengan Nor. Itu pun setelah sekian lama memujuk dan merayu. Ternyata bukan senang untuk melembutkan perasaannya. Benarlah, kelukaan dulu benar-benar memberi luka yang parah pada dirinya. “Ada apa hal ni Mie nak jumpa dengan Nor? Kalau ada apa-apa... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 29

22 February 2012 
Kategori: Novel

2,590 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 29 Pokok bunga kertas yang merimbun berbunga itu direnung lama. Air paip yang keluar mencurah-curah melalui saluran getah paip yang berada di tangan kirinya itu dibiarkan mengalir laju. Fikirannya menerawang jauh terkenangkan beberapa peristiwa yang meruntun perasaannya. Wajah Adib berlegar-legar di matanya. Rindukah dia terhadap lelaki tinggi lampai yang menjadi rebutan... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 28

14 February 2012 
Kategori: Novel

1,582 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 28 Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu biliknya membingitkan telinganya. Argh! Bising betul. Mahu tidur lena pun tak senang. Mimpi indahnya bertempiaran lari. Nor menarik selimut dan menekup rapat bantal ke telinganya. Suara jeritan ibunya sayup-sayup kedengaran memanggil dari luar. Mak Eton memulas tombol pintu bilik Nor dan masuk ke dalam apabila jeritannya itu tidak mendapat... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 27

20 January 2012 
Kategori: Novel

2,267 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 27 Nor mengetuk pintu bilik Adib berkali-kali sebelum memasukinya. Dia lihat Adib sedang tekun meneliti model sebuah hotel yang terletak di atas sebuah meja besar yang turut terdapat di dalam biliknya itu. Model itu merupakan projek syarikat Adib yang sedang dilaksanakan di Bangkok, Thailand. Mata Adib beralih pandangan ke arah Nor. Kelibat gadis yang mengenakan baju kurung moden... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 26

2 January 2012 
Kategori: Novel

1,812 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 26 “Kau nak berhenti kerja? Eh, kau biar betul. Kenapa tiba-tiba je ni? Kau ada masalah ke?” soal Saleha terkejut bila mendengar Nor menyatakan hasrat tersebut kepadanya. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja datang petir. Saleha mengamati wajah Nor lama. Nampak seperti serius. ” Dari dulu sampai sekarang, memang aku ni tak habis-habis ada masalah.”... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 25

21 December 2011 
Kategori: Novel

2,043 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 25 Nor merenung lama klip rambut pemberian Adib, cenderamata dari kota Bangkok yang dihadiahkan kepadanya beberapa bulan yang lalu. Cantik. Hatinya terpaut dengan pemberian yang tidak diduga itu. Namun apabila memikirkan tentang Adib, luka di hatinya mula berdarah. Semakin hari perhubungan mereka semakin menampakkan jurang. Masing-masing membawa diri dan saling tidak bertegur sapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 24

6 December 2011 
Kategori: Novel

2,397 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 24 “Saya nak jumpa dengan Adib. Dia ada?” Seorang gadis tinggi lampai berpakaian separuh terdedah merapati meja Nor, bertanyakan tentang Adib. Nor mengamati lama wajahnya. Terdetik pula pertanyaan di hatinya siapakah gerangan gadis seksi itu? Tak pernah pula sebelum ini dia bertentang mata dengannya. Tapi dia tengok daripada lenggok percakapannya, gadis... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 23

27 November 2011 
Kategori: Novel

1,997 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 23 “Saya suruh awak buat lain, awak buat lain. Macam mana awak buat kerja ni? Takkanlah kerja senang macam ni pun awak tak reti nak buat? Awak dah lama kerjakan? Takkanlah semua benda saya nak kena beritahu, nak kena ajar?” Suara Adib berteriak kuat memarahi Nor. “Ini, agreement yang awak buat ni… apa semuanya ni? Banyak kesalahan! Tak boleh pakai! Lain kali, apa-apa... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 22

15 November 2011 
Kategori: Novel

2,386 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 22 “Nor!!” Jeritan Azmi yang memanggil namanya mematikan langkah yang diaturnya. Nor menoleh sekilas. Dia lihat kelibat Azmi sedang berdiri memandangnya di sebalik tiang bangunan setinggi lima tingkat yang turut menempatkan Syarikat Morphosis Archiland itu. Nor mengeluh perlahan. Apa lagilah yang lelaki itu mahukan daripadanya. Pada mulanya dia ingin membiarkan saja kehadiran... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 21

5 November 2011 
Kategori: Novel

1,403 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 21 “Kau tahu, hari tu aku terserempak dengan Nor dan Azmi. Dia orang keluar bersama…” Adib merenung lama wajah Hadi. Dahinya berkerut. “Azmi? Azmi mana pula ni?” soalnya kehairanan. “Hek eleh, kau ni… tanya pula Azmi mana. Azmi mana lagi, Azmi sepupu kau tulah! Eh, kau rekomenkan Nor tu pada dia ek?” Hadi cuba... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 20

23 October 2011 
Kategori: Novel

2,250 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 20 Mak Eton sekadar mengeluh mendengar luahan Nor yang dicurahkan kepadanya tadi. Lepas satu, satu. Tak habis-habis anaknya itu diduga. Dia terfikir juga kadang-kadang dalam soal percintaan, nasib Nor sentiasa tidak begitu baik. Ada saja halangan yang menyekat dia untuk berasa bahagia. Tapi dia yakin semua itu pasti ada hikmahnya. “Heee, mak pun peninglah dengan masalah... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 19

15 October 2011 
Kategori: Novel

1,523 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 19 “Ala… Encik Adib baru je pergi tiga hari, takkanlah dah monyok kot. Itulah, masa dia ada kau buat-buat sombong. Sekarang bila dia tak ada, mulalah terkenang-kenang. Haaa, mujur dia pergi sana dua minggu je. Kalau dua tahun, aku tak tahulah macam mana keadaan kau. Mungkin koma kau dibuatnya menanggung rindu…” Saleha menegur Nor. Sejak pemergian Adib ke kota... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 18

9 October 2011 
Kategori: Novel

1,729 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 18 Adib memberhentikan keretanya di perkarangan rumahnya. Enjin keretanya dimatikan. Sekilas matanya memandang Nor. Gadis itu dari tadi hanya mendiamkan diri. Adib faham kerana kedatangannya ke teratak mewahnya itu disebabkan oleh paksaan dia dan bukan atas kerelaan hatinya sendiri. “Okey, dah sampai. Jom!” Adib mempelawa Nor. Pintu kereta dikuak. “Encik Adib…” Nor... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 17

30 September 2011 
Kategori: Novel

1,703 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 17 “Hujung minggu ni, awak free?” “Kenapa?” “Saya nak ajak awak datang ke rumah saya.” “Hah? Nak buat apa?” Nor memandang Adib lama. Tersentak dia dengan pelawaan Adib itu. Tiba-tiba saja. Jangan-jangan Adib ada merancang sesuatu untuk mengenakan dia. Bukan boleh percaya sangat. Otak lelaki itu kalau bab-bab... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 16

23 September 2011 
Kategori: Novel

1,554 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 16 Bunyi deringan telefon yang menjerit kuat itu tidak diendahkannya. Masuk kali ini sudah lima kali nombor tersebut menghubunginya. Nombor tak dikenali. Ah, malaslah dia mahu melayan. Lagipun bukannya dia tidak tahu, kadang-kadang ada yang sengaja buat-buat tersalah mendail nombor. Tapi selepas itu boleh pula buat-buat tanya siapa nama, tempat tinggal dan macam-macam lagilah... [Teruskan bacaan]

Novel : Mahadewi Tercipta Untukku 15

16 September 2011 
Kategori: Novel

1,231 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Emoq BAB 15 “Selamat pagi…” Azmi menyapa gadis berbaju kurung biru di kaunter hadapan itu yang sedang asyik menaip sesuatu di komputernya. “Ya Encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Nor mendongak sambil mengukir senyuman. “Nor?” Nama itu meniti di bibirnya. Wajah Nor diamati lama. Ya, memang dia. Nor Qaseh Umairah. ... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212