Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 22

3 April 2011 
Kategori: Novel

8,804 bacaan 22 Ulasan

Oleh : Amauni NAZIFA tercegat di hadapan pintu rumah. Dia membelek jam di pergelangan tangannya. Cakap mahu keluar, tapi dia pula tak muncul-muncul… Nazifa mencemik dan menarik muka empat belas. Baru tadi Faris telefon suruh dia bersiap. Kata lelaki itu, dia ingin membawanya makan di luar pada malam itu. Ada perkara yang mahu dibincangkan. Pelik betul bila difikir-fikir semula. Perkara apalah yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 21

13 August 2010 
Kategori: Novel

6,878 bacaan 25 Ulasan

Oleh : Amauni “ARE YOU OKAY?” Faris bersuara setelah melihat Nazifa sedang termenung di kerusi batu luar rumah. Nazifa menoleh lalu mengukir senyum manis buat Faris. “Okey aje..kenapa?” soal Nazifa kembali membuatkan Faris tersenyum. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Buat seketika, Faris terdiam sambil memikirkan sesuatu. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi batu berhadapan... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 20

6 August 2010 
Kategori: Novel

6,586 bacaan 11 Ulasan

Oleh : Amauni SELEPAS selesai berpakaian, Nazifa duduk bersimpuh di tepi almari pakaian Faris sambil memerhatikan kotak tersebut. Dia meletakkan kotak tersebut ke atas ribaannya. Terkelip-kelip matanya ketika itu. Mahu buka atau tak? Bagaimana kalau Faris marah bila dapat tahu aku kacau barang peribadinya? Tapi, aku betul-betul nak tahu apa yang ada dalam kotak ini! Agaknya, kalau aku diamkan perkara... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 19

30 July 2010 
Kategori: Novel

5,485 bacaan 10 Ulasan

Oleh : Amauni NAZIFA menongkat dagunya ke atas meja. Sasha disebelah terkelip-kelip matanya melihat tingkah laku Nazifa yang seakan dalam kegelisahan itu. Sekejap dia mengeluh, sekejap pula dia mengacau air dalam gelas minuman yang masih belum diminum. Mereka kini sedang melepak minum di sebuah gerai makan. “Kenapa dengan kau ni, Ifa?” soal Sasha ingin tahu. Nazifa melepaskan keluhan kecil... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 18

5 May 2010 
Kategori: Novel

4,969 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Amauni NAZIFA mengerutkan dahinya. Dia khusyuk memandang tanpa jemu bunga-bungaan yang berada di kedai berkenaan. Cantik! Dia sangat suka bunga. Paling disukai olehnya ialah Ros Merah. Nazifa menyedut bau wangian bunga-bunga berkenaan dengan hidung yang kembang-kempis. “Err..cik nak beli bunga ni, ke?” sapa satu suara membuatkan Nazifa terlelah sebentar. Iyalah, tengah-tengah dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 17

20 March 2010 
Kategori: Novel

5,139 bacaan 10 Ulasan

Oleh : Amauni SASHA sedang galak menonton televisyen di ruang tamu rumah sewanya apabila tiba-tiba sahaja dia terdengar ketukan yang bertalu-talu dipintu rumah. Sasha mengeluh seketika lalu bangun dengan malasnya ke arah pintu rumah. Terdengar suara seseorang memberi salam. Nada suara yang seperti dikenali olehnya. “Waalaikumussalam..sekejap!” tangan Sasha meraba tombol pintu lalu dibukanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 16

11 March 2010 
Kategori: Novel

6,905 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Amauni NAZIFA berdebar-debar sendirian. Dia tahu, dia kini berada didalam genggaman Faris. Jika dia bergerak walau sedikit pun, wajahnya akan mengenai wajah Faris. Matanya terus dipejamkan serapat yang mungkin. Nazifa tambah kaget apabila nafas Faris yang panas terasa menyentuhi wajahnya. Dia dapat merasai kegilaan lelaki itu apabila jemari kasar Faris sudah merayap ke lehernya yang jinjang.... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 15

26 November 2009 
Kategori: Novel

3,620 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni “MAMA..mana Kak Ifa? Mama..Ira rindukan Kak Ifa. Mama, tolonglah cakap dengan papa supaya suruh Kak Ifa balik sini. Dah lama Ira tak jumpa Kak Ifa..Ira rindu..” rintih Nazira dengan esak tangisnya. Datin Hazwani turut mengalirkan airmata. Dia memeluk tubuh Nazira yang kurus dan cengkung itu erat-erat. Sejak Nazifa berkahwin, Nazira sudah tidak berjumpa lagi dengan kakaknya... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 14

13 November 2009 
Kategori: Novel

3,147 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 14 SASHA berjalan perlahan-lahan di perkarangan sebuah restoran makanan segera KFC. Matanya galak memerhati menu yang ditayangkan di cermin restoran berkenaan. Asyik sekali dia memerhatikan menu-menu tersebut sambil menelan liur. Lapar benar dia hari ini kerana seharian tidak makan. Semuanya gara-gara bosnya yang menyuruhnya membuat kerja lebih masa. Perut Sasha berkeroncong... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 13

6 November 2009 
Kategori: Novel

3,544 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 13 “APA??! Betul ke? Ya Allah! Tahniahlah, Ifa..” teriak Sasha apabila Nazifa memberitahu yang dia bakal berkahwin. Sasha memeluk erat Nazifa sebagai mengucapkan tahniah dan kesyukuran. Nazifa hanya membungkam seribu bahasa. “Kenapa ni, Ifa? Macam tak ada mood aje ni? Saiful buat kau marah, ya?” soal Sasha dengan pandangan nakal. Nazifa mengeluh kecil.... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 12

26 August 2009 
Kategori: Novel

3,165 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 12 “MAMA, perkenalkan ini Faris..” Nazifa tunduk apabila selesai berkata-kata. Tiada langsung riak keceriaan di wajahnya ketika mengucapkan kata-kata tadi. Faris merenung Nazifa dengan rasa tidak puas hati. Sepatutnya gadis itu sudah bersetuju untuk berlakon mesra sebagai pasangan kekasih di hadapan keluarga Nazifa. Datin Hazwani terkebil-kebil. Dia memandang Nazifa... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 11

14 August 2009 
Kategori: Novel

2,892 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Amauni FARIS menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Ketika itu ibunya tiada di rumah, jadi bolehlah dia melepaskan geram sepuas-puas hatinya. Dia menuju ke meja berdekatan sofa lalu menumbuk meja tersebut dengan sekuat hati. Rengusan demi rengusan kedengaran kuat dari mulutnya. Dadanya berombak kencang. “Ifa!!” jeritnya dengan penuh perasaan hampa dan dendam yang menggunung.... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 10

5 August 2009 
Kategori: Novel

3,194 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 10 NAZIFA membelek-belek majalah di hadapannya tanpa sebarang minat. Fikirannya melayang entah ke mana. Otaknya bagai berselirat dengan pelbagai fikiran yang bukan-bukan. Bagaimana jika aku mengandung? Ahh, mengapa ini harus terjadi pada diriku, ya Allah? Rintih Nazifa sendirian. Airmatanya mengalir lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Tentu inilah ujian paling berat yang Allah... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 9

27 July 2009 
Kategori: Novel

3,006 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 9 “TAK GUNA!!” bentak Faris seorang dirinya di dalam bilik. Setelah sampai di rumahnya tadi, dia terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik. Ibunya ada juga menegur dia sebelum itu tetapi tidak dilayan. Amarahnya menggila. Ya, dia sangat gilakan Nazifa. Kenapa susah sangat untuk gadis itu menerima aku? Kenapa? Masih terngiang-ngiang ucapan Nazifa tadi, bergema dalam... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 8

17 July 2009 
Kategori: Novel

3,058 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Amauni BAB 8 “KITA kahwin, ya sayang?” lamar Saiful sebaik sahaja nampak muka Nazifa yang sedang termenung jauh. Ada sendu di wajah itu. Bagai tidak dapat untuk ditafsirkan. Nazifa hanya diam. Seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Saiful. “Sayang? Kenapa ni?” tanya Saiful entah untuk kali yang ke berapa. Tadi sudah ditanyanya pada gadis itu, namun Nazifa... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 7

19 June 2009 
Kategori: Novel

2,984 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni “ALHAMDULILLAH..habis jugak final exam aku ni!” senyum Nazifa seorang diri apabila tiba dirumahnya. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan akhirnya.Nazifa berasa amat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Tidak sia-sialah usahanya selama ini bersengkang mata belajar sehingga ke larut malam. Sememangnya dia yakin semasa menjawab... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 6

13 June 2009 
Kategori: Novel

2,641 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni FARIS duduk berteleku di bangku sebuah pondok berhampiran tasik UNITEN. Suasana petang apabila berada dikawasan tasik itu sememangnya amat menenangkan jiwa Faris. Faris memang selalu menghabiskan masa petangnya di tasik itu sekiranya dia tidak mempunyai kelas. Kekadang berseorangan, kekadang pula bersama teman baiknya Nazri.Pandangan Faris terus dilontarkan pada langkah seseorang... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 5

3 June 2009 
Kategori: Novel

2,854 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni PETANG itu, Faris menunggu Nazifa di luar perpustakaan. Dia sudah tahu rutin harian gadis itu yang pada setiap petang akan terus ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran serta menyiapkan projek akhirnya.Tidak lama kemudian, Nazifa muncul di muka pintu perpustakaan itu berseorangan. Hari itu, Sasha tidak mengikutinya ke perpustakaan kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Faris... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 4

27 May 2009 
Kategori: Novel

3,058 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni NAZIFA sedang leka membaca buku di perpustakaan. Jiwanya terasa tenang sungguh apabila sesekali dapat menelaah di perpustakaan. Dia lebih fokus, malah lebih memahami butir-butir pembelajarannya. Sasha juga bersamanya ketika itu. Sesekali, Shasha bersuara meminta pandangan atau tunjuk ajar dari Nazifa.Nazifa memang terkenal sebagai salah seorang pelajar pintar yang selalu mendapat... [Teruskan bacaan]

Novel : Entah Bila Cinta Bersemi 3

19 May 2009 
Kategori: Novel

3,283 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Amauni ******* 3 “SAYANG, how about dinner together tonight?” suara lunak seorang gadis kedengaran mengetuk gegendang telinganya. Dia memandang wajah gadis yang langsung tidak dikenali di hadapannya itu dengan perasaan meluat. Gadis itu kelihatan seksi dengan pakaian t-shirt sendat berlengan pendek warna merah dengan seluar jeans hitam. Tanpa segan silu gadis itu terus duduk... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212