Novel : Yes, I Love You 15
Oleh : Eriyza Qistina Pandangan dilontar jauh ke tengah laut. Sekumpulan camar terbang bebas di awan. Alangkah bagusnya kalau manusia juga boleh hidup sebebas itu. Namun, manusia akan lupa diri jika terlalu bebas tanpa pengawasan. Dia segera menafikan kata hatinya yang inginkan kebebasan luar biasa. Ombak laut setia menghempas pantai seperti mana pantai tidak pernah jemu menerima kehadiran sang ombak... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 14
Oleh : Eriyza Qistina Hasya mengesan bunyi sesuatu. Namun dia tidak mengetahui dari mana arah bunyi itu. Dari ruang tamu dia cuba mencari bunyi tersebut. Namun, bunyi itu kurang jelas. Dia menapak lagi. Kali ini dia berada di hadapan dua buah bilik. Dia tidak pasti bilik-bilik itu bilik apa. Dia melekapkan telinganya di pintu bilik pertama, bunyi itu kedengaran tetapi kurang jelas. Dia menghampiri... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 13
Oleh : Eriyza Qistina Dia bangun seawal pagi. Usai menunaikan solat Subuh dengan Izz, dia menuruni anak tangga menuju ke dapur. Ketika itu, Mak Bee baru sahaja keluar dari biliknya yang terletak berhampiran dapur. “Puan, awalnya bangun.” Mak Bee cuba beramah mesra dengan ahli baru dalam keluarga majikannya. “Dah biasa mak cik. Mata memang tak boleh lelap kalau tidur semula lepas Subuh.”... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 12
Oleh : Eriyza Qistina Hasya terpacak di tengah pintu bilik tidur yang masih terbuka. Bagasi yang dibawa naik ke bilik masih terus dipegang. Bilik pengantinnya dihias mewah, sesuai dengan status pemiliknya. Hasya memerhati sekeliling bilik itu. Terdapat almari pasang siap yang berwarna hitam putih yang cantik. Di satu sudut, terdapat meja solek dari rona serupa. Beberapa lukisan menghiasi dinding. Ada... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 11
Oleh : Eriyza Qistina Majlis perkahwinan Izz dan Hasya berlangsung di dalam suasana meriah lagi mewah di rumah agam Datuk Izzuddin. Busana hitam putih menjadi pilihan pengantin atau lebih tepatnya tercetus hasil idea Izz. Ribuan tetamu menghadiri majlis perkahwinan yang julung-julung kalinya diadakan oleh ahli korporat tersohor Datuk Izzuddin dan isterinya, Datin Faridah. Pengantin tidak lekang dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 10
Oleh : Eriyza Qistina Pesawat dari Royal Brunei Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Izzdiyad menjejakkan kakinya ke Malaysia setelah hampir dua tahun dia meninggalkannya. “Alhamdulillah. Malaysia, here we come.” Ucapnya kuat. Udara segar bumi Malaysia dihirup. Dia rindu pada segala-galanya yang ada di sini. Akan tetapi bersambutkah rindunya nanti? Hatinya gusar... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 9
Oleh : Eriyza Qistina ?? Laju, laju, Buaiku Laju. Pohon beringin, tegaknya tinggi, Kalau rendah, menyapu bumi, Penghibur aku, menolong aku, Bertiuplah oh angin bayu, Laju, laju, Buaiku Laju. ?? Izz tersengih mendengarkan nyanyian Hasya. Buaian itu bergerak perlahan. Kelihatan Hasya terlalu asyik melayan perasaan sehingga tidak menyedari kehadiran suaminya. Izz berjalan perlahan-lahan di belakang... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 8
Oleh : Eriyza Qistina Hasya menggeliat kecil. Jam dinding dari kayu bercorak seperti stereng kapal laut dipandang sekilas. Sudah pukul 5.28 minit pagi. Selimut ditolak sehingga ke paras pinggang. Dia terasa seperti ada benda jatuh diperutnya. Dadanya berombak kencang. Dia cuba mengangkat ‘benda’ tersebut tetapi ianya bergerak. Benda itu diangkat sekali lagi dan diperhatikan betul-betul. Jari? Tangan?... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 7
Oleh : Eriyza Qistina Hasya menyarung baju tidur ke tubuh. Dirinya terasa segar selepas mandi. Dia menyiapkan baju dan kain pelikat untuk Izz. Dua helai sejadah dihampar. Kalau sebelum ini dia sering solat berjemaah bersama-sama ahli keluarganya, kali ini dia mahu solat bersama suaminya. Izz termenung di tepi kolah kecil di dalam bilik mandi. Air paip dibuka perlahan. Mahu mandi tetapi airnya terlalu... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 6
Oleh : Eriyza Qistina Zikri mengepalai rombongan pengantin lelaki dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi. Kira-kira 50 orang ahli kelab mereka turut serta berkonvoi. Riuh-rendah penduduk kampung berbual sesama sendiri yang tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan konvoi pengantin itu. “Aku terima nikahnya Hasya Binti Hisyam dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Serentak dengan itu,... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 5
Oleh : Eriyza Qistina Izz laju menuruni anak tangga. Dia terus menuju ke dapur. Kelihatan Datuk Izzuddin dan Datin Faridah sudah siap bersarapan. Dia bangun agak lewat pada hari cuti sebegini. Izz mengambil tempat di hadapan mamanya. Mak Bee menuang secawan milo panas. Nasi goreng dihidangkan kepada Izz. Datin Faridah mengerling Datuk Izzuddin tetapi Datuk Izzuddin masih bersikap selamba. Datin Faridah... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 4
Oleh : Eriyza Qistina Deruman enjin motorsikal berkuasa tinggi milik Izz dan Zikri membelah kepekatan malam. Setelah lebih satu jam menunggang, mereka berpatah balik ke destinasi asal. Mereka singgah sebentar di sebuah restoran untuk membasahkan tekak. Izz memberhentikan BMW K1200S kelabu biru miliknya. Seketika kemudian, Ducati 1098 berwarna hitam merah Zikri pula mengambil tempat di sebelah motornya. “So,... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 3
Oleh : Eriyza Qistina Hasya gugup. Terasa berat kakinya hendak melangkah. Dulang berisi teh panas dan sepiring karipap ayam kaku di tangannya. Dia berdiri di hadapan dinding pemisah antara ruang tamu dengan dapur. Fatimah tersenyum memerhatikan gelagat anak perempuan tunggalnya itu. “Adik, apa lagi tercegat kat situ? Bawalah minuman tu ke dalam”. “Aaa…aaa.. adik segan, mak.”... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 2
Oleh : Eriyza Qistina Izz mundar-mandir di dalam biliknya. Mindanya berserabut, hatinya kalut. Permintaan yang dilontarkan oleh wanita itu sebentar tadi ingin dilontar jauh dari kotak fikirnya. Akan tetapi, rasa ihsan yang bersarang di hati jauh lebih kuat mengatasi keengganannya untuk menunaikan permintaan yang cukup berat itu. Pada orang lain mungkin peluang sebegitu sangat dinantikan tetapi tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Yes, I Love You 1
Oleh : Eriyza Qistina Izz merenung kosong sekeping gambar seorang gadis yang diberi oleh ibunya. Langsung tidak punya perasaan apabila melihatnya. Gadis itu kelihatan biasa padanya, tiada keistimewaan. Malah, dia sempat tersengih sewaktu mengamati pakaian gadis itu. Gadis kampung macam ini yang mama mahu jadikan menantu? Mahu hidup bersama aku? Mahu jaga makan minum aku? Mahu menemani aku ke majlis... [Teruskan bacaan]







