Cerpen : Erti Cinta
Oleh : Hafdine Marissa “Dr? Saya balik dulu. Kunci ada kat laci depan,” Emir panggung kepala daripada helaian rekod pesakit yang telah dirawatnya sepanjang hari ini. “Okey Su. Thanks ye?” Segaris senyuman dihulurkan kepada nurse itu. “Assalamualaikum Dr!” “Waalaikumusalam,” Sepi. Kemudian terdengar bunyi pintu kaca berlaga. Emir pasti Suraya sudah pergi.... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 18
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 18 TAK MAHU, tak mahu. Itu saja yang berulang di dalam hati Anis. Dia tak mahu melihat wajah apek tua yang berbedak putih itu lagi. Dia tak sanggup. Dan sebaik saja pintu lif terbuka, jantungnya ikut sama berhenti berdegup. Matanya meliar memerhati ke hadapan pintu lif yang sedang ternganga. Apabila wajah yang dicari itu tidak ada, dia menarik nafas lega. Kedatangan mereka... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 17
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 17 ANIS menggeliat lemah. Entah berapa lama dia tertidur, dia pun tidak sedar. Dia hanya terjaga, apabila terdengar suara Maria berulangkali mengejutkannya. Dengan rasa berat hati, dia membuka kelopak mata. Itu pun, wajah Maria hanya nampak samar-samar sahaja. “Puas aku cari kau. Kau kenapa ni?” Maria kerut kening di hadapan mukanya. Laila juga begitu. Anis... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 16
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 16 SEDANG dia terfikir-fikir mencari jalan, telefonnya berbunyi. Apabila dipandang, tertera nama Joe Café di situ. Joe? Tangannya menggigil. Nak jawab ke tak? Dia semakin kalut. “Hello,” jawabnya ringkas. Mulutnya terasa berat untuk mengucapkan lebih dari itu tapi bimbang jika ada hal kecemasan pula. “Maria, sorry. Sorry, okey?” Suara Joe terus... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 15
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 15 JAM bulat pada dinding menunjukkan waktu baru hampir ke pukul 8.00 pagi. Joe sudah bangun semula, bahkan sudah pun mandi. Dia duduk termenung kosong. Malam tadi, tidurnya tidak lena. Demamnya menyerang semula pada pukul 4.00 pagi. Lagi pun, dia tak sanggup tidur apabila terpandang ibunya yang mengerekot kesejukan di atas kerusi lipat. Kalau boleh, ingin saja dia bertukar... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 14
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 14 SEHABIS kuliah pada pukul 3.00 petang, Maria segera menarik lengan Anis keluar dari dewan kuliah. Anis yang baru mengemaskan nota-notanya jadi kelam-kabut. “Kenapa ni?” Dia tergesa-gesa bangun dari kerusi apabila lengannya diheret Maria. Nota-nota dan alat tulisnya disumbat sahaja ke dalam beg. “Dah lupa ke? Kan kita kena hantar Joe ke klinik?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 13
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 13 “MAK dah kata dari dulu lagi, jangan suka merayap malam-malam. Kan dah demam,” sungut ibu Joe keesokkan paginya. Tapak tangannya yang menjamah tubuh Joe terasa hangat. Tubuh Joe panas berapi, sesekali dia menggigil-gigil kesejukan. “Nah! Makan ubat demam ni dulu. Kalau tak baik juga petang nanti, mak bawa kau ke klinik depan tu.” Dua biji... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 12
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 12 MALAM itu, Anis tidur awal. Mungkin kerana terlalu penat memerah otak menyiapkan ‘assignment segera’nya dengan Laila, ataupun letih melayan emosi yang turun naik sejak pagi tadi tapi yang jelasnya, sebelum pukul 11.00 malam lagi Anis sudah berdengkur di atas tilam. Maria pula terkelip-kelip seorang diri. Malam itu dirasakan amat tidak selesa. Sekejap panas,... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 11
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 11 “Susahnya pulak…” Tiba-tiba Maria merungut. Anis menjeling ke arah Maria. Hatinya juga mula panas. Sudah tiga kali pusing pun belum juga dapat satu kotak parkir. Di sana penuh, di sini penuh. Tiba-tiba matanya ternampak sebuah kereta yang sedang mengundur dalam jarak kira-kira seratus meter di hadapan, dia segera menjerit, “Cepat! Cepat!”... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 10
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 10 “Aku ada hal penting nak tanya kau ni. Ada masa tak? Kalau tak, aku telefon lain kali,” kata Maria sebaik panggilannya dijawab oleh Joe. Setelah berbual panjang dengan Joe semalam, dia yakin lelaki itu boleh diharapkan untuk berkongsi masalah. Dia juga mula yakin, ada sesuatu yang tak kena dengan rumah itu. Tapi, dia perlukan bantuan untuk mengesahkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 9
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 9 Sementara itu di dalam sebuah kereta Proton Saga biru muda.. “BODOH betullah budak-budak tu,” rungut seorang gadis sambil jari-jarinya bermain di celah-celah rambutnya. Matanya tak lekang dari memandang cermin kecil di tangan kanannya. Bibirnya dikemam dua-tiga kali sehingga hatinya puas melihat calitan gincu rata dan sempurna di bibirnya yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 8
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 8 ANIS mula berasa bosan. Sudah hampir sejam dia di situ, bayang Danny pun belum nampak. Tapak kakinya panas dan lututnya sudah lenguh berdiri di tepi lif. Akhirnya, dia beralih pula ke arah tangga lalu duduk di situ menunggu. Bau tangga yang hapak dan masam itu tidak menghalangnya dari terus termenung memandang ke arah café yang berada di bawah blok B. Maria pun... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 7
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 7 Sewaktu Anis dan Maria meninggalkan kawasan Flat Seri Mastura, jam baru sahaja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Cuaca pula baik-baik saja, tidak hujan dan tidak panas. “Kau mimpi apa malam tadi?” tanya Anis sebaik mereka tiba di perkarangan kolej kira-kira 20 minit selepas itu. “Mimpi? Kau ada mimpi apa-apa ke?”tanya Maria semula. “Tidaklah,... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 6
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 6 SEJURUS pintu lif terbuka di tingkat bawah, hari sudah hampir senja. Anis terpinga-pinga apabila bayang Danny tidak kelihatan di mana-mana. Lalu dia melangkah setapak demi setapak ke kawasan letak kereta tanpa tujuan namun tiba-tiba, dia ditegur dari belakang. “Kau cari aku?” Anis berpaling. Antara rasa terkejut dan rasa gembira, dia hampir... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 5
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 5 SEBAIK Anis dan Maria meninggalkan café itu, ibu Joe datang merapat. “Macam mana mereka berdua?” tanyanya dalam senafas. Joe tidak berpaling. “Masih tak tahu apa-apa,” balasnya pendek. Matanya masih merenung kosong ke arah Flat C. Bagaikan jika dia berkalih, bayangan Anis akan hilang dari situ. Sedangkan dia seboleh-bolehnya tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 4
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 4 “NAK pergi ke tak nak?” sergah Maria sambil menolak badan Anis. Anis tersentak. “Nak lah, bila pula tak nak?” “Habis tu, yang kaku kat depan lif tu, kenapa pulak? Orang tu dah lama sampai ke atas,” perli Maria sambil berjalan ke keretanya. Anis segera berlari anak mengejar. “Aku lupalah nak minta nombor... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 3
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 3 “ADA cadar tak?” tanya Anis sambil menyelongkar beg pakaiannya. Baju-bajunya sudah digantung semula dalam almari plastik mudah alih. Tinggal barang-barang lain sahaja yang masih bertabur di atas tilam dan lantai. Entah di mana mahu diletakkan, dia sendiri tidak tahu. Maria ketawa. “Mata kau dah kelabu ke? Bukan ke tilam tu dah ada... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 2
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 2 Joe berdiri di tepi pintu kaca. Matanya menerobos pandang hingga ke flat di seberang sana. Kedua orang gadis manis itu sudah hilang ditelan lif. ‘Elok pula lif tu!’ hatinya merusuh. “Sekejap elok, sekejap tak elok” tanpa sedar bibirnya merungut. “Apa benda yang kau bebelkan sesorang tu?” tegur ibunya yang sedang mengelap meja.... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Cinta 1
Oleh : Camellia Ling Ling Bab 1 “15 tingkat?” Mulut Anis ternganga. Maria mengangguk. Belum sempat Anis bertanya macam-macam lagi, Maria sudah menyambung hujahnya, “bukannya kita duduk di tingkat 15, tingkat 7 aje. Lagi pun bukan tak ada lif.” Anis terdiam sesaat. “Kau biar betul ni, Maria. Aku gawat kalau naik tingi-tinggi ni.” “Betul,... [Teruskan bacaan]







