Cerpen : Ramadhan ini…
Oleh : G.Y haniey KRINGGG! Tap! Kelopak mata terasa dihempap batu. Aku tahu sekarang masa untuk bangun tapi…argh, kejap lagilah! Mata kembali terpejam lantas menganyam mimpi yang tidak kesampaian. Jalan berkabus ku redah penuh waspada. Bimbang termasuk perangkap entah siapa-siapa. Tidak pernah ku lihat kabus setebal ini. Ada kebakarankah? Begitu hatiku tertanya-tanya. Di hujung jalan yang kurasa... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Carik-Carik Bulu Ayam
Oleh : G.Y haniey Sambungan cerpen MUDA… “Ateh!…aku tak sangka kau macam ni! Sanggup betul!” Nok tersedak. Coklat Cadbury yang belum sempat cair di mulut nyaris tersengkang di tekak. Telefon bimbit dalam genggaman direnung berjurus-jurus. Memang nak kena budak Noi ni, hatinya menggerutu. Bibir diketap, kegeraman. “Eh, ni apahal ni? Pagi-pagi dah serang Ateh? Lagi... [Teruskan bacaan]
Cerpen : MUDA
Oleh : G.Y haniey i “Ateh! Encik Walid suruh sampaikan pesan. Kali ni tak boleh patah balik dah, macam yang dulu-dulu, sebab Encik Walid dan Ahli Majlis Tertinggi dah terima dengan sebulat suara,” Terkebil-kebil dia merenung N71 di tangan. Kelam kabut berkejar dari dapur mencari telefon bimbitnya yang menyorok entah di mana-mana, itu yang dia dapat. Terkejut, ditambah sedikit sakit... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Curi Hatiku 3
Oleh : G.Y haniey Bab 3 Di sudut gelap di dalam bilik itu, dia duduk menekur lantai. Kepalanya disorokkan ke celahan kedua lutut. Hatinya merintih pilu, kenangan semalam sukar sekali dikikis dari ingatan. Dia telah kehilangan satu-satunya orang yang disayangi. Saudara kandung sedarah sedaging yang tidak pernah berpisah jauh dari sisi namun kini, telahpun meninggalkan dirinya. Pergi tidak akan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Curi Hatiku 2
Oleh : G.Y haniey Bab 2 Arif Syauqi masih diulit kelekaan. Dari balkoni banglo di atas bukit kecil ini, dia berdiri sambil menikmati pemandangan dengan begitu jelas sekali. Bayu nyaman dari perbukitan berhembus perlahan sesekali mengusik helaian rambutnya yang sudah mula mencecah tengkuk. ‘Cuti persekolahan masih panjang’ serunya dalam hati sambil jari-jari kekar itu mengelus perlahan rambut hitam... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Curi Hatiku 1
Oleh : G.Y haniey Bab 1 Singgahsana itu begitu indah sekali ditabiri fabrik polos berwarna perak dipadankan dengan kerusi gaya Cleopatra warna emas. Berjambak bunga tiruan digubah melatari tabirnya bagi menghidupkan suasana persandingan. Ianya masih teguh di sana,di suatu sudut ruang tamu rumah batu tersebut sedangkan dirinya ibarat bunga terkulai layu sebelum sempat dijamah sang kumbang. Terkeletak... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kau Pun Jua Ratuku
Oleh : G.Y haniey Cerpen ini kesinambungan dari cerpen Seksis (diari seorang isteri). Selamat Membaca… Luahan hatiku ini khusus buat isteri tercinta. Harapanku agar coretan yang kuselitkan di diari birumu ini tidak akan kau buang begitu sahaja. Bacalah sayang dan hayatilah. Semuga bait-bait ayat yang ku gubah ini mampu menyelam dalam ke dasar hatimu. Terimalah semuanya dengan hati terbuka kerana... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Ekspress Cinta
Oleh : G Y haniey 1 Ahmad Fazly Aku benar-benar meradang! Jika tidak diberi pinjam,akulah yang kedekut…akulah yang bakhil. Bila sudah diberi izin,beginilah jadinya. Seeloknya,kupekakkan sahaja telinga. Biar dia muncung,biar dia cemberut. Sekurang-kurangnya,keretaku masih elok terparkir di hadapan rumah. Sekarang,apa sudah jadi? Akibat tidak mahu digelar abang yang tidak menyayangi adiknya,wira hitamku... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 23
Oleh : G.Y haniey Bab 23 “Omak..mak..”seru Lisa perlahan. Tubuh emak yang enak menyandar,digoyang perlahan. Terpisat-pisat orang tua itu membuka mata. “Kenapo? Dah sampai ko?”. Mengantuk benar dia. Semalaman kurang tidur,asyik teringat-ingatkan ular besar yang memakan ayam jirannya hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Betul! Semalam dia bermimpi dibelit ular. Runsing juga hati... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Seksis (Diari Seorang Isteri)
Oleh : G.Y haniey 1 26hb.Oktober 2010 (Selasa) Dear diari, Hari ini aku betul-betul meradang. Buat pertama kali dalam sejarah berumahtangga,abang memarahiku di depan anak-anak. Sudah lupakah akan janji-janjinya dahulu? Suarakan ketidakpuasan hati antara kami, hanya di dalam bilik? Tetapi,kenapa dia tega bersikap begitu? Puncanya tidaklah sebesar mana. Ketika kami duduk menonton tv,aku menegur tentang... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 21, 22
Oleh : G.Y haniey Bab 21 “Lisa,jadi ke nak bawa makcik pergi KD? Nak habiskan cuti kat sana?” Mona merenung paras Lisa yang masih murung sejak siang tadi. Hari ini,pertama kali Mona boleh bilang berapa perkataan yang keluar dari bibir kawannya itu. Rasanya tak sampai pun dua puluh patah. Apa tidaknya..antara ayat yang meniti di pinggir bibir itu hanyalah ‘ya..,tak..,ok..,malaslah,makanlah,kenyang,ooo... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 20
Oleh : G.Y haniey Bab 20 “Tapi makcik..Pak Saleh yang tolong makcik,kan? Kalau tak sebab dia yang pekik dekat orang tu,entah apa-apa pulak yang akan dibuatnya? Jangan-jangan dia pecah masuk rumah ni terus.”, Sungguh,Mona tidak puas hati. Kalau dah orang tua itu yang menolong,macamana pulak boleh timbul cerita dia yang mengintai? Makcik Limah angkat kepala meraut wajah bujur sireh gadis... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 19
Oleh : G.Y haniey Bab 19 Beberapa bulan sebelum itu… Cuaca pagi itu sungguh sejuk berbanding hari-hari sebelumnya. Malam tadi hujan turun lebat sungguh. Itulah salah satu sebab utama mengapa pagi itu menjadi sedingin salju. Makcik Limah yang baru sahaja keluar dari bilik air,manggigil kesejukan. Badan tuanya sudah tidak mampu menanggung kedinginan melampau seperti itu. Terasa baru keluar dari dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 18
Oleh : G.Y haniey Bab 18 Lisa termenung panjang di serambi rumah. Pandangannya menembusi kepekatan malam yang sunyi sepi. Sudah hampir setengah jam dia di situ berteman cahaya suram dari lampu mentol bulat yang baru ditukar emak petang semalam. Sesekali terdengar keluhan dari bibirnya,berat sekali. Pada masa-masa tertentu,matanya menala pula ke rumah sebelah yang gelap gelemat, membangkitkan ingatan... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 17
Oleh : G.Y haniey Bab 17 “Aaaaaa..!”,panjang jeritan Milah. Pedih di kulit kepala,Allah saja Maha Mengetahui. Kedua-dua tangannya cuba memisahkan pegangan Lisa dari menggenggam rambut di dalam tudung yang dipakai namun gagal. Tudung yang terlurut menutup muka,menyukarkan dia untuk bertindak balas. Ujang meluru ke hadapan,cuba meleraikan tetapi Lisa bagai kesurupan makhluk halus. Kepala... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 16
Oleh : G.Y haniey Bab 16 Lisa geleng kepala tidak percaya. Memandang wajah yang sedang tersengih-sengih seorang diri di sebalik rimbun pokok pisang nun di hadapannya itu,cukup membuatkan dia rasa jelek. Rasa hendak meluru keluar,melutu muka tersebut. Sanggup dia mengintai Ujang bekerja sampai begitu sekali? Mungkin dia sudah biasa berbuat demikian,agaknya.. Perlahan-lahan Lisa berpusing ke belakang.... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 15
Oleh : G.Y haniey Bab 15 Mona memeluk pinggang Lisa erat-erat. Risau,takut tercicir di tengah jalan. Lisa pula seperti mahu melepaskan gian. Berdesup motor buruk Ujang itu dilarikannya. Macam pelesit! Entah ke mana dirinya hendak dibawa oleh Lisa. Tadi kata, hendak meronda-ronda keliling kampung tapi Mona tidak nampak walau sebuah rumah pun di sini..pokok banyaklah!. “Lisa..kalau nak bawa... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 14
Oleh : G.Y haniey Bab 14 “Huargh…! Dah terlajak ni..Mesti pedih telinga aku kejap lagi. Ish..Mona ni pun satu. Bukan nak gerakkan orang”,kelam kabut dia mengemas katil. Cadar yang berkeronyok,ditarik ala kadar. Cukup sekadar dilihat sebagai tempat tidur,bukan tempat kerbau berkubang! Buru-buru Lisa melangkah keluar dengan tuala menutup rambut. Cadangnya mahu ke bilik air tapi hasratnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 13
Oleh : G.Y haniey Bab 13 Pak Saleh bangkit dari pembaringan. Rasa segar menyelimuti diri saat sekujur tubuh itu nyaman dingin dijamah sang bayu petang yang berhembus sepoi-sepoi. Pulangnya dia dari dusun sebentar tadi membawa kelelahan yang sarat,begitu payah diungkap dengan kata-kata. Lama sekali orang tua itu menekur lantai beranda kayu bertangga batu peninggalan arwah ibu. Mindanya sarat dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 12
Oleh : G.Y haniey Bab 12 “Hish..ni semua kak long punya pasal lah ni. Kalau tak tolong,nanti merajuk pulak..tak nak bertegur. Aku jugak yang susah..”,rungut Norman sambil matanya liar mencari petak parking yang kosong. Kalau boleh,hendak cari tempat redup sedikit sementelah cuaca hari itu hangat pijar walaupun ketika itu jam baru saja menunjukkan pukul 10 pagi. Aha..adapun!. Segera isyarat... [Teruskan bacaan]







