Novel : Kau Ditakdirkan Untukku
16 July 2011
Kategori: Novel
0 bacaan Catat Ulasan
Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama. Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 23
Oleh : geemus @ gee muszisya 23 Sedari tadi hanya sepi menemani mereka. Tegang wajah Akmal memandang ke hadapan menumpukan perhatian pada pemanduan. Tidak sedikit pun dia menoleh ke arah Anis. Perasaan hampa kecewa bercampur baur menguasai diri. Anis diam tidak berkutik. Resah. Gusar melihat raut wajah serius Akmal. Nanti apa aku nak cakap pada Datuk dan Datin? Kalau Datin tanya kenapa aku tolak?... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 21, 22
Oleh : geemus @ gee muszisya 21 Majlis ulangtahun rumah anak yatim Ar Raudhah disambut sederhana namun tetap meriah. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang telah diberikan. Puan Mariam dari tadi sibuk menyambut tetamu yang hadir. Kanak-kanak yang terlibat dengan persembahan, sudah bersedia di belakang pentas. Manakala Anis, sejak tadi menguruskan meja makan untuk tetamu jemputan. Lincah tangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 19, 20
Oleh : geemus @ gee muszisya 19 “Sorry Encik Akmal, kak Yati dah beritahu tapi… ” bingkas kak Yati membela diri. Bukan tidak ditegah tetapi perempuan itu langsung tidak mengendahkan katanya. Hanya menonong sahaja langkah dihayun masuk ke sini. “Tak apa, kak Yati boleh keluar dulu.” Pintas Akmal. Kak Yati hanya mengangguk mendengar arahan. Memandang sekilas perempuan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 17, 18
Oleh : geemus @ gee muszisya 17 Rentak muzik rancak kuat bergema di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota. Silauan lampu yang malap dan terang silih berganti dengan pelbagai warna menyinari ruang pentas tari. Pengunjung yang bermacam ragam, dari yang muda hingga merangkak kesenja leka menari sambil berpelukan tanpa segan silu lagi. Membiarkan nafsu bertakhta dihati, hingga alpa pedoman diri. Sesekali... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 15, 16
Oleh : geemus @ gee muszisya 15 Kelopak mata di buka perlahan. Menoleh ke kanan melihat jam di atas meja sudut di sebelah katil. Jarum jam diamati, sudah hampir pukul lima. Keluhan kecil terluah di bibir halus Anis. Lama betul dia melayan mata hingga tidak sedar waktu sudah berganjak ke petang. Perlahan Anis bangun sambil mengeliat puas. Tubuhnya terasa semakin segar. Sakit kepala juga sudah tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 13, 14
Oleh : geemus @ gee muszisya 13 Min bernyanyi kecil mengikut alunan lagu yang berkumandang dari corong radio sambil membakar roti untuk sarapan paginya bersama Anis. “Anis! Ooo… Anis!” jerit Min dari dapur. Mana Anis ni? Selalu dah masuk dapur time ni. Apasal hari ni lambat pulak. Roti bakar sudah tersusun di dalam piring. Air teh panas sudah tersedia di atas meja. “Anis! Kau... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 11, 12
Oleh : geemus @ gee muszisya 11 “Assalamualaikum mama.” Akmal mengatur langkah ke arah Datin Kamariah yang sedang menyusun atur pasu di taman kecil di halaman rumah. Datin Kamariah segera mencabut sarung tangannya menyambut huluran tangan anaknya itu. Tangan Datin Kamariah dikucup lembut oleh Akmal. Datin Kamariah tersenyum senang. “Penat nampaknya anak mama ni?” tanya Datin... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 9, 10
Oleh : geemus @ gee muszisya 9 Anis berjalan perlahan ke arah kolam renang. Sengaja dia turun lebih awal. Sementara menanti Akmal, boleh juga dia berjalan-jalan di sini menikmati angin pagi. Anis melabuhkan punggung di kerusi panjang yang berada di hujung kolam renang itu. Matanya dihidangkan dengan pemandangan laut yang terbentang luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menggamit ketenangan di dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 7, 8
Oleh : geemus @ gee muszisya 7 Nuranis Fatihah berjalan perlahan menuju ke lobby. Rasa di hati memang tidak mahu keluar ke mana-mana. Hanya mahu berkurung di dalam bilik sahaja. Urat sendinya sudah terasa sengal- sengal. Apa tidaknya bila sampai saja di tapak projek mereka terus mengadakan beberapa perbincangan yang membangkitkan beberapa agenda. Beberapa kali keluhan terbit dari bibirnya. Ini kalau... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 5, 6
Oleh : geemus @ gee muszisya 5 Anis bernyanyi kecil mengikut alunan lagu dari corong radio kereta. Pemerhatian sepenuhnya diberikan kepada pemanduan supaya selamat sampai ke pejabat. Keadaan jalan raya pagi ini agak lengang memandangkan ada yang tidak bekerja pada hari sabtu ataupun kerana dia keluar agak lewat melepasi masa masuk bekerja . Perjalanan ke pejabat tidaklah sejauh mana tetapi jumlah... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 3, 4
Oleh : geemus @ gee muszisya 3 Sejak Akmal memegang jawatan CEO, Anis merasakan ada saja yang tidak kena dimata Akmal. Kenapa Akmal seolah-oleh mendera perasaannya, malahan kerja yang sepatutnya diberikan kepada orang lain diberikan padanya. Meskipun bebanan kerja yang banyak namun Anis tidak pernah mengeluh. Prinsipnya yang sukakan cabaran menjadi pendorong kepadanya untuk tekun bekerja dan menyelesaikan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kau Ditakdirkan Untukku 1, 2
Oleh : geemus @ gee muszisya 1 “Boleh aku masuk?” Tiba-tiba Min terjengul di balik muka pintu bilik Anis yang tidak di tutup rapat. “Tak boleh!” Tegas jawapan Anis langsung tidak menoleh ke arah Min yang masih menunggu jawapan. “Peduli apa aku boleh ke tidak, aku nak masuk jugak,” selamba Min berkata lalu mengatur langkah ke arah Anis dan melabuhkan punggung di birai... [Teruskan bacaan]
Novel : Benci Atau Cinta 4
Oleh : geemus BAB 4 Danial memberhentikan kereta di tempat parkir kondominium yang didiaminya sejak dua tahun yang lalu. Kondominium yang dibeli dari hasil titik peluhnya selama dia bekerja di luar daerah dulu. Sekarang dia terpaksa akur atas desakan papanya mahu dia menerajui syarikat mereka sendiri. Hubungan antara dia dan papa dari dulu tidak seperti anak beranak yang lain. Papa lebih pentingkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Benci Atau Cinta 3
Oleh : geemus @ gee muszisya BAB 3 Berat kaki melangkah meredahi kepekatan malam. Sesekali tangan mengesat airmata yang tidak henti-henti mengalir di pipi. Kata-kata emak bagai terngiang-ngiang di telinganya. Hati makin dipalu rasa kepedihan yang tak tertanggung bebannya. Ya Allah, mengapa harus aku lalui jalan yang sesukar ini. Aku tidak kuat untuk hadapi dugaan yang sehebat ini ya Allah. Aku tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Benci Atau Cinta 2
Oleh : geemus @ gee muszisya “Jangan lambat sangat pergi rumah makcik Munah. Orang masjid makan lepas Isyak. Pergi awal sikit, tolong apa yang patut. Anak dara kena la ringan tulang. Baru orang tengok berkenan.” Berdesing juga telinga Ayuni yang sedang berbaring santai di sofa sambil menonton tv. Aduhh.. siren dah berbunyi. Masak kalau aku tak pergi juga ni. Malas sebenarnya. Bila teringatkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Benci Atau Cinta 1
Oleh : geemus @ gee muszisya “Yuni!!!” suara lantang Makcik Jamilah mengejutkan Ayuni . Mujur tak tertelan biji rambutan nih. Mak ni kalau panggil aku satu kampung boleh dengar. “Yuni!!!” “Ya mak. Yuni kat belakang ni.” Sahut Ayuni. Tangan menarik setangkai rambutan dari dahannya. “Buat apa kat belakang tu.!!” Laung Makcik Jamilah dari dalam rumah.... [Teruskan bacaan]







