Novel : Cinta itu adalah 6

2 March 2012 
Kategori: Novel

542 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 6: NAIM menggeleng kecil melihat perangai sahabat merangkap sepupunya itu. Tengku Elman tidak pernah berubah. Sedari kecil mengenali jejaka itu membuatkan dia kenal benar perangai Tengku Elman yang cepat tidak puas hati itu. Hari ini sahaja, sudah beberapa kali Tengku Elman muncul di cafe miliknya. “Ada ke patut atuk buat macam tu? Dia ingat aku ni patung ke? Senang... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta itu adalah 5

12 January 2012 
Kategori: Novel

665 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 5: “TERUK sangat ke saya? Apa salah saya sampaikan dia benci sangat pada saya? Sebab saya buta ke? Saya tahu saya ni suka menyusahkan orang tapi…” luah Iryani. “Iry, awak tak teruk. Awak juga tak salah. Awak buta bukan sebab awak nak. Semuanya dah takdir. Awak pun tak minta untuk buta kan?” pujuk Aniqah. Aniqah duduk di sebelah Iryani. Bahu... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta itu adalah 4

28 December 2011 
Kategori: Novel

371 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 4: ANIQAH tersenyum puas melihat penampilan Iryani. Sepasang baju kurung berwarna coklat muda dan dihiasi dengan corak bunga kecil yang dihadiahkan pada Iryani minggu lalu menampakkan lagi kecomelan wajah Iryani. Sengaja dia menyuruh Iryani memakai baju tersebut memandangkan hari ini adalah hari pertama Iryani untuk kembali ke zaman pembelajaran. “Awak okay tak ni,... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta itu adalah 3

13 December 2011 
Kategori: Novel

555 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Hana Norisa Bab 3 TENGKU Elman menekup mulut Iryani dari terus menjerit. Haruman wangian ‘Lavender” dari rambut Iryani membuatkan dia terkaku seketika. Haruman itu mengingatkan dirinya pada seseorang. Iryani meronta-ronta minta dilepaskan. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Dengan kekurangan yang ada pada dirinya itu membuatkan kebimbangan cepat menguasai dirinya. “Aku lepaskan... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta itu adalah 2

9 November 2011 
Kategori: Novel

498 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 2: KEESOKAN harinya, mereka berdua mengambil keputusan untuk bersiar-siar di Taman Himpunan Bunga di kediaman itu. Taman yang di lengkapi dengan pelbagai jenis bunga itu menambahkan lagi keseriannya. Mereka berjalan beriringan di laluan berbumbung yang disediakan khas untuk bersiar-siar. Laluan itu kelihatan indah dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh melingkari tiang-tiang... [Teruskan bacaan]

Novel : Cinta itu adalah 1

17 October 2011 
Kategori: Novel

605 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 1: “CIK, sila duduk. Saya panggilkan Tengku Azimudin sekejap,” ujar gadis yang lengkap berpakaian pembantu itu. Gadis itu mengukir senyuman manis ke arah mereka berdua. Iryani mengangguk tanda mengerti. Aniqah pula tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia leka melihat keindahan rumah agam itu. Rumah agam itu benar-benar kelihatan ekskulif. Chandelier yang tergantung... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Thank You, Mr Froggy

25 March 2011 
Kategori: Cerpen

4,399 bacaan 28 Ulasan

Oleh : Hana Norisa “MAAF tapi kita sampai sini ya?” putus Iltizam setelah sekian lama berdiam diri. Jejaka itu langsung tidak berani memandang Alysa. Alysa terkedu mendengar keputusan Iltizam. Kepala lututnya terasa bergetar. Segera dia berpaut pada palang yang terletak berhampirannya. Keriuhan suasana di Cafe Starbuck itu langsung tidak menarik perhatiannya. Perhatiannya kini 100%... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 8

11 November 2010 
Kategori: Novel

719 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 8: “Dah siap makan,” ujar Isma lemah. Isma bangun dari duduknya dan melangkah lemah menuju ke sinki bersama pinggan makannya. “Eh, sikit nya makan Isma. Tak lalu makan ke?” soal Amirul. Amirul baru sahaja berpeluang meluangkan masa bersama anak-anaknya. Hampir dua ari dia tidak pulang ke rumah kerana komitmennya bekerja sebagai seorang pemandu... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 7

25 September 2010 
Kategori: Novel

743 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 7: Sinar mentari yang menerobos masuk ke dalam bilik kelab sains makanan itu sedikit sebanyak menampakkan debu-debu yang berkampung di dalam bilik itu. Sebulan bilik itu tidak dibersihkan hingga debu dan habuk menjadi peneman setia perabot di sekitar situ. Pintu bilik dikuak dari luar. Firuz yang sudah pun terbaring kepalanya di atas meja segera menaikkan pandangannya. Beberapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 6

5 April 2010 
Kategori: Novel

513 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Hana Norisa BAB 6: SUASANA dalam Dewan Mahmud diselubungi kesunyian hinggakan pen yang jatuh menimpa lantai dapat didengar dengan jelas. Semua yang hadir di dalam Dewan itu menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang dibicarakan Pegawai Bantuan Pinjaman. Masing-masing tidak mahu terlepas pandang dan tersilap dengar dengan butiran yang meniti bibir pegawai itu. Matlamat mereka hanya satu. Pinjaman... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Apakah mungkin, aku, kau dan dia? II

23 January 2010 
Kategori: Cerpen

7,094 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Hana Norisa SUAMIKU SUAMIMU PUSINGAN TAKDIR Pengumuman penerbangan ke pantai timur mula kedengaran. Aku mendakap ibu sekuat hatiku. Ibu membalas pelukanku seolah-olah dia ingin meminjamkan kekuatannya padaku. Kekuatan padaku agar dapat aku meneruskan kehidupanku setelah apa yang berlaku. “Iera, kak long minta maaf ya,” pinta Kak long seraya memelukku erat. Aku terpinga-pinga dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 5

4 January 2010 
Kategori: Novel

573 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Hana Norisa ROSNAH mempelawa Isma duduk. Isma yang sedang kegeraman kerana tidak berjaya membelasah adiknya tadi mengikut sahaja perintah ibunya itu. Isma mengambil tempat duduk di sofa yang bertentangan dengan ibunya. Rosnah mencapai remote control lalu menekan butang ’off’. Isma hanya duduk memerhatikan perlakuan ibunya. “Nah,” Rosnah menghulurkan sepucuk surat. Isma... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 4

4 November 2009 
Kategori: Novel

306 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Hana Norisa BAB 3: Adam menghempaskan tubuh sasanya ke atas katil miliknya. Di pejamkan matanya. Cuba mencari ketenangan. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia tahu dia tidak patut mendengar kata-kata Kamelia tadi tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus melanggar gadis itu. Apa salah dia sampai aku layan dia macam tu? Aku kenal dia pun tak. Haiz!!! Adam melepaskan keluhan. Kedengaran... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 3

30 October 2009 
Kategori: Novel

441 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Hana Norisa BAB 2: Rosnah kelihatan mundar mandir di ruang tamu. Dadanya dihatu perasaan gelisah. Jam didinding dilihatnya berkali-kali. Waktu dirasakan berlalu dengan sangat lambat. Namun, kelibat Isma masih lagi belum kelihatan. Pagi tadi, sebelum Isma berangkat ke tempat kerja, dia sempat berpesan pada anak gadisnya itu supaya pulang awal kerana ada hal yang ingin dikhabarkan. Namun,... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 2

27 September 2009 
Kategori: Novel

257 bacaan 3 Ulasan

Nama Pena : Hana Norisa Dulu engkau kenaliTak pernah ku sedarDari mata yang memandang penuh pengertianTapi saat itu telah berubahDi persimpangan usiaAntara kita tak mampu lagiBerselindung dengan alasan Isma dari tadi leka mendengar dan menghayati lirik lagu Cinta Seorang Teman yang dinyanyikan oleh Bob AF2 itu. Kenangannya terhadap Adam menerjah pemikirannya tatkala lagu itu diputarkan di corong radio.... [Teruskan bacaan]

Novel : Bread + Muffin = Pastry? 1

31 August 2009 
Kategori: Novel

435 bacaan 4 Ulasan

Nama Pena : Hana Norisa Dari jauh, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sekitar 6 tahun sedang teresak-esak menangis. Dia kelihatannya menangis teresak-esak setelah barang yang dicarinya dari lewat petang tadi tidak dijumpai. “Isma, meh masuk,” laung Rosnah dari jauh. Rosnah mengatur langkahnya menuju ke pohon yang rendang itu setelah panggilannya masih tidak dijawab oleh anak perempuannya... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11