Novel : Semalam dalam kenangan 32, 33 (akhir)

27 November 2011 
Kategori: Novel

8,338 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 32 Tubuh yang sememangnya lemah itu sudah terbaring lesu di hadapan matanya. Adam benar-benar terpana melihat tubuh isterinya yang semakin disiram air hujan yang kian lebat itu. Tidak disangka dalam keadaan itu isterinya masih mampu berlari dengan cepat. Dia mengangkat kepala isterinya. ” Yang.. jangan tinggalkan abang…” panggilnya berulangkali... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 31

17 November 2011 
Kategori: Novel

5,062 bacaan 13 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 31 Seminggu berlalu… Aku sudah pun beransur sihat tapi Adam masih memaksaku berehat. Bukan dengan pujukan tapi arahan yang serius. Selama seminggu itulah Adam bersikap dingin denganku meskipun semua keperluanku dijaganya. Selama itu jugaklah aku menetap di vila umi dan hanya sesekali aku pulang ke rumah mama. Aku sudah tidak dibenarkan lagi memandu dan lesenku... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 30

5 November 2011 
Kategori: Novel

4,143 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 30 ” Dah okey?” soal Adam tanpa mesra dan kedengaran dingin serta hambar. Tiada pandangan menarik hati. Anak matanya selalu saja dilarikan dari pandanganku. Sukar untukku baca isi hatinya. Aku tahu Adam sedang menahan rasa hati. Aku juga tahu Adam mungkin marah kerana sikapku walaupun aku tahu dia sememangnya mencuba berlagak tenang dengan kejadian ini. ... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 29

24 October 2011 
Kategori: Novel

5,160 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 29 Bunyi suara yang kedengaran berbisik hadir dalam pendengaranku. Kepalaku rasa amat sakit dan seakan-akan mahu pecah. Seluruh tubuhku rasa sakit dan sesekali terasa kejang di bahagian kaki. Mataku masih belum mahu terbuka. Terasa amat berat meski berulangkali kumencuba. Lemah seluruh tubuhku rasanya. Kedinginan bilik itu mencucuk hingga ke tulang. Aku tahu aku bukan... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 28

15 October 2011 
Kategori: Novel

3,600 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 28 ” Kita keluar sekejap, Adam..” pelawa Haikal pada Adam yang masih lagi seperti orang bingung itu. Tersentuh sungguh hati Haikal melihat kesungguhan adik iparnya itu akan adiknya. Biarlah. Dia nekad mahu membantu adik iparnya itu yang juga kawan kuliahnya dulu. Pintu bilik itu dikuak. Penantian semuanya berakhir. Adam meluru pantas menghampiri... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 27

10 October 2011 
Kategori: Novel

3,071 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 27 Buukk! Satu tumbukan hinggap ke muka Adam. Hampir tersungkur dia di dinding menerima pukulan yang kuat itu. Dia memandang insan yang menghadiahkannya tumbukan keras itu. Ternyata wajah Haikal, abang Ain sudah membengis di hadapannya. ” Kalau ada apa-apa terjadi pada adik saya, saya akan pastikan awak menerima akibatnya Adam!” marah... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 26

1 October 2011 
Kategori: Novel

3,872 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 26 ” Ain!” jeritan itu hanya hanyut dibawa aliran angin yang berhembus. Kereta isteri kesayangan Adam sudah jauh terhumban. Bagaikan mimpi, kejadian itu terjadi di hadapan matanya saat dia mengejar isterinya yang memandu dengan laju itu. Tahulah dia kenapa isterinya merajuk dan marah dengan tiba-tiba. Hanya kerana sebuah bingkai potret yang ditemuinya di... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 25

24 September 2011 
Kategori: Novel

3,576 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 25 Sepulangnya dari tempat percutian, aku memilih untuk tinggal seminggu di rumah mertuaku. Awalnya, mama keberatan untuk aku tinggal di sini tapi setelah berulangkali aku memujuk aku akan selalu menanyakan khabar, maka mama pun dengan rela membenarkanku. Kepulangan kami minggu lalu disambut mesra oleh Sarah, ahli keluarga suamiku yang selalu mesra bersama umi. Aku berlegar... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 23, 24

17 September 2011 
Kategori: Novel

3,321 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 23 Paris! Ya, sebuah kota cinta yang terkemuka. Aku sudah kini menapak di kota cinta ini. Tiada kata yang dapat aku gambarkan betapa aku gembira yang tidak terhingga. Lebih beberapa lama sudah aku menyimpan angan untuk menjejakkan kaki ke sini. Ini memang destinasi bulan maduku. Bagiku, kalau hanya untuk melancong semata-mata tidak memberi makna Paris itu sebuah kota... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 22

12 September 2011 
Kategori: Novel

2,985 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 22 Suasana di lapangan terbang pada musim begini lenggang sahaja kerana ia bukan musim cuti sekolah mahupun kelepasan awam. Meskipun begitu, kami terpaksa jua berbaris panjang untuk mengambil tiket yang ditempah dan membuat pemeriksaan sebelum kami menaiki kapal terbang. Aku mengerling jam di tangan sekilas. Ada 45 minit sebelum berlepas. Lantas, aku menarik lengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 21

29 August 2011 
Kategori: Novel

4,672 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 21 ” Yang..bangun..” suara Adam mengusik lenaku. Aku masih enggan bergerak. Rasanya mataku ini sangat berat untuk dibuka. Benar-benar berat. Meski berkali-kali bahuku digoyang, aku masih menolak untuk bangun. “Jangan kacaulah abang..” marahku dalam suara yang masih serak. Adam menggeleng-geleng melihat isterinya yang masih bermalas-malasan... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 20

20 August 2011 
Kategori: Novel

4,060 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 20 Usai saja majlis persandingan, aku menukarkan pakaianku kepada pakaian biasa. Adam pula entah kemana. Katanya tadi mahu membantu abah dan abang berkemas di bawah. Sepanjang hari tadi abang berulang kali memohon maaf jika dia ada kesempatan berbicara denganku tetapi sampai saat ini aku masih belum memberinya kata putus menyatakan aku memaafkannya. Bukan aku mahu... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 19

13 August 2011 
Kategori: Novel

3,073 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 19 Tiga hari berlalu… Paluan kompang kedengaran nyaring di luar rumahku. Itu menandakan pengantin lelaki sudah datang. Aku membetulkan sedikit anak tudung yang kupakai. Kata mama, hari ini aku adalah anak gadisnya yang paling cantik. Bagai puteri. Entah ya entah tidak aku sendiri kurang pasti. Maklum, inilah namanya raja sehari, kata... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 18

7 August 2011 
Kategori: Novel

2,116 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 18 “Ain..” panggil abah perlahan namun aku sekalipun tidak menoleh dan pantas hanya berlalu menaiki anak tangga. Hatiku semakin sakit, semakin pilu. Bukan niatku mahu berlaku biadab atau menghukum abah atas sesuatu yang bukan kesalahannya tapi aku ingin lari dari terus dihantui rasa pedih dan yang lebih penting lagi aku mahu lari dari abang Haikal. Aku mengunci pintu... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 17

29 July 2011 
Kategori: Novel

2,347 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 17 Di ruang tamu dalam rumah kami kedengaran sedikit hingar-bingar. Persiapan majlis persandingan aku dan Adam sedang berjalan dengan lancar. Nasib baiklah abah dan mama sudah berterus-terang bahawa kedinginan mereka semalam adalah disebabkan rasa bersalah mereka mengahwini aku dengan Adam dengan tergesa-gesa tanpa memikirkan soal perasaan Adam. Pada mulanya abah dan Adam... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 16

22 July 2011 
Kategori: Novel

2,237 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 16 Sejak peristiwa siang tadi Adam kelihatannya lebih dingin. Dia lebih banyak berusaha menjauhkan diri dariku dan lebih senang berdiam. Apakah Adam sedang memikirkan sesuatu? Setiap kali senyuman kami bersapa, mengapa ia tergaris hambar? Kemana seri wajahnya yang akhir-akhir ini melahirkan rasa tenang dalam jiwaku? Makan malam antara keluarga kami juga kedengaran... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 15

15 July 2011 
Kategori: Novel

1,987 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 15 Di taman kolam halaman rumahku menjadi tempat matinya langkah Ikhwan. Dia berpaling memandangku dengan wajah yang terpamer rasa kecewa yang sesungguhnya. Aku menunduk seketika lalu membuang pandang ke halaman rumah. Bicaralah Ikhwan..luahkan kenyataan apa yang membuatmu nekad menghancurkan hati dan hidupku. ” Terlewatkah untuk saya ucapkan tahniah Ain?”... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 14

8 July 2011 
Kategori: Novel

1,808 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 14 Aku melewati anak tangga dengan tergesa-gesa. Aku tercari-cari kelibat Adam kerana sejak aku bangun di sapa mentari, dirinya sudah hilang. Sayangnya, hampir ke seluruh ruang rumah dia tiada. Kemana Adam agaknya? ” Cari siapa?” soal mama yang tiba-tiba membuatkan aku yang sedang berdiri di muka pintu bilik tetamu kaget. Aku pantas berpaling lalu menggaris... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 13

1 July 2011 
Kategori: Novel

1,854 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 13 Ain, Kalau dunia terlalu besar untuk saya bertapak, benarkan saja saya bertapak di sekeping hatimu. Kalaupun hati itu masih luka, benarkan saja saya yang merawatnya. Sapulah airmata yang gugur. Raihlah bahagia. Tangan yang ada ini akan selalu ada untuk Ain genggam di saat kekuatan Ain hilang, di saat Ain perlukan rasa lapang. Saya tahu saya tidak layak untuk memberi... [Teruskan bacaan]

Novel : Semalam dalam kenangan 12

24 June 2011 
Kategori: Novel

2,263 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Hani Zaidah Bab 12 Majlis akad pagi tadi baru saja berakhir. Para tetamu sudah beransur pulang. Tinggal pembantu rumah, aku, abah, mama, abang dan penghuni baru rumah kami dan juga orang ‘baru’ dalam keluarga kecil kami iaitu suamiku Adam. Majlis yang tadinya tergendala kini usai meskipun yang diharapkan tidak terlaksana dan yang tidak diinginkan terjadi. Sungguh! Aku benar-benar... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212