Lovin’ You
7 February 2011
Kategori: Novel Di Pasaran
11,404 bacaan 19 Ulasan
Kira yang digelar ‘putera’ di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 7
Oleh : Haruno Hana PAK CIK UKIE mengiringi Ryuu memasuki sebuah bilik. Bilik itu sudah dikhaskan sebagai tempat pertemuan antara Ryuu dengan kumpulan infantri elit Yakuza Ryuu. Kebanyakan ahli kumpulan itu sangat terlatih dengan ilmu mempertahankan diri terutamanya ilmu ninja. Satu persatu wajah di hadapannya diperhati. Lebih kurang 15 orang yang diserapkan dalam kumpulan elit itu. Wajah masing-masing... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 6
Oleh : Haruno Hana JAKET kulit hitam disarung pada tubuhnya menggantikan kot hitam yang selama ini dipakai. Ryuu menyarung pistol pada tali pinggang. Cuaca pada hari ini agak sejuk walaupun musim bunga sudah menjengah. Ryuu melihat ke luar kondominium. Hari sudah lama siang. Ryuu keluar daripada biliknya dan melangkah ke bilik Sakura. Pintu bilik diketuk dahulu tanpa memulas tombol pintu.... [Teruskan bacaan]
Novel : Don’t Forget 4
Oleh : Haruno Hana SHI-NICHI menggeliat sepuas-puasnya. Terasa puas hatinya kerana dapat melaksanakan apa yang ingin dilakukannya. Dia merebahkan badannya ke atas lantai bumbung hospital itu. Yuki yang sedang berdiri di sebelahnya kelihatan takut-takut. Gadis itu melihat pada Shi-niChi yang sedang enak berbaring. Hujung pijamanya dipintal. ” Duduklah, takkan kau nak berdiri sepanjang... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 5
Oleh : Haruno Hana TERHINCUT-HINCUT Sakura berjalan keluar daripada biliknya. Kakinya masih sakit lagi namun dia sudah cukup kuat untuk melangkah perlahan-lahan. Sesudah mandi tadi, dia terus keluar dari bilik. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 pagi. Keadaan di luar bangunan sudah cerah dilimpahi cahaya matahari. Sakura mengukir senyuman secara tiba-tiba apabila melihat cerahnya suasana di luar. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Don’t Forget 3
30 July 2010
Kategori: Novel
221 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Haruno Hana ALAMAK! Teruk kena marah! Yuki tunduk merenung lantai. Dia langsung tidak berani untuk mengangkat wajah. Ketua Jururawat Toda sedang galak memarahinya kini gara-gara rancangan ‘ bijak’ dia petang semalam. Bukan dia sahaja, malah Hibari turut terkena tempiasnya. Aduhai… ” Tergamak kamu serahkan tugas kamu pada Hibari? Nasib baik Encik Shi-niChi tak kata... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 4
Oleh : Haruno Hana PINTU bilik dibuka perlahan, bimbang jika bunyinya menganggu penghuni di dalam. Ryuu melihat jam di pergelangan tangannya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia menjenguk ke dalam. Sakura masih lena tidur. Barangkali keletihan. Ryuu menjejakkan kaki memasuki kamar itu. Seperti biasa, dia menatang dulang yang berisi ubat-ubatan masuk ke dalam bilik itu. Ada dua... [Teruskan bacaan]
Novel : Don’t Forget 2
Oleh : Haruno Hana ” SERONOKLAH kau, Kak Ono tugaskan kau untuk jaga Shi-niChi!” rungut Hibari. Rasanya rungutan Hibari kali ini sudah melebihi 10 kali. Sebabnya? Cemburukan Yuki yang diarahkan menjaga Shi-niChi! Yuki mengelipkan matanya berulang kali. Bagai tidak percaya sahaja mendengar arahan rasmi Kak Ono sebentar tadi. ” Kakak tugaskan kamu layan Shi-niChi. Tugas kamu di wad... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 3
Oleh : Haruno Hana SUASANA bilik yang hanya dilengkapi dengan satu set sofa berwarna hitam dan satu meja kecil itu tegang. Lebih kurang sepuluh orang lelaki yang lengkap bersut hitam berdiri mengelilingi bilik itu. Ada dua orang lelaki yang berada di tengah-tengah bilik. Takuji dan anak buahnya. Ringan tangan Takuji menampar kuat wajah lelaki di hadapannya. Kemarahannya benar-benar tidak boleh... [Teruskan bacaan]
Novel : Don’t Forget 1
Oleh : Haruno Hana G-Dragon (MV Heartbreaker) as Shi-niChi a.k.a. Akanishi Ken’ichi SNSD’s Yuri as Konno Yuki ……………………………………………………………. BERHATI-HATI Yuki menatang dulang berisi botol ubat-ubatan ke sebuah kamar VIP. Baru sahaja dia selesai menguruskan... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 2
Oleh : Haruno Hana TUMPUAN Ryuu beralih sebaik sahaja kedengaran suara meminta kebenaran masuk ke biliknya. Sepatah sahaja dia bersuara sebelum pintu dibuka. Seorang lelaki yang berusia kira-kira separuh abad memasuki bilik pejabatnya. Lelaki itu kelihatan segak dalam sut hitamnya. ” Ada apa, tuan?” ujar lelaki itu selepas memberi tunduk hormat. Ryuu mengangguk sekilas. Dia menyandar... [Teruskan bacaan]
Novel : Eternal 1
Oleh : Haruno Hana PROLOG DIA melangkah perlahan-lahan mendekati lelaki yang sedang menikmati pemandangan malam di balkoni. Baru sahaja kakinya menjejak lantai beranda unit kondominium itu sebelum kedengaran suara lelaki itu menyeru namanya. Dia tersentak. ” Kenapa tak tidur lagi?” tanpa nada suara itu bertanya. Lelaki itu masih belum berdiri berhadapan dengannya. Mata lelaki itu... [Teruskan bacaan]







