Novel : Siapakah kekasih hatiku? 17
Oleh : hazel adriana BAB 18 JAM di dinding sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi tetapi batang hidung suaminya masih belum kelihatan. Sebelum ini, pukul tujuh lebih, suaminya sudah pun berada di bawah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Rasa-rasanya, dia tidak ada pula mendengar bunyi pintu pagar dibuka memandangkan biliknya betul-betul menghadap jalan raya. Dia yang baru selesai membancuh air, meninggalkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 16
Oleh : hazel adriana Rentetan dari peristiwa itu, aku jadi begitu berhati-hati dengan Alan. Entahlah, aku sebenarnya suka juga diperlakukan sebegitu oleh Alan. Hish. Macam miang sahaja bunyinya kan. Tapi nak buat macam mana, bila hati dah suka. Lagipun tak salah kan nak bermiang-miangan dengan suami sendiri. Tak berdosa pun. Kala ini aku sedang berada di dapur. Sedang menyediakan hidangan tengah... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 14, 15
Oleh : hazel adriana bab 14 ” Tak .Tia cuma nak bincang pasal kita.” Aku ragu-ragu untuk menuturkan kata. Terdetik juga di fikiranku. Adakah betul apa yang aku lakukan ni? Alan sudah mengambil tempat di birai katil. Tak jadi untuk mandi. Mungkin dia menantikan kata-kata perpisahan dariku. Aku menarik nafas. Mencari sisa-sisa kekuatan yang masih wujud dalam diriku. ” abang sihat?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 12i, 13
Oleh : hazel adriana bab 12 ” Tia tak marah pun. Memang abang ada hak nak buat macam tu. Tia bukan siapa-siapa nak halang abang.” Aku bersuara. Cuba untuk menutup kekecewaan yang mula bertandang di hatiku. Alan? Legakah mendengar jawapanku? Aku tak pasti. ” Baguslah macam tu. Aku pun dah malas nak sorok-sorok dengan kau.” Alan menghirup teh yang masih berbaki. Aku senyap. Perlahan... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 12
Oleh : hazel adriana “Sayang, abang tak suka la tinggal kat sini. Abang rasa nak balik rumah sekarang juga.” Sayup-sayup kedengaran suara Alan yang mengganggu lenaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Kulihat Alan masih lagi berbual di telefon bimbitnya. Nada manja dia menarik perhatianku untuk terus menguping perbualannya. Namun, makin lama mendengarnya, makin hatiku panas. Kata-kata lembut... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 11
Oleh : hazel adriana Aku pulang ke rumah mama. Rindu rasanya hendak ketemu dengan mama dan juga abah. Melihat mesranya mama dan abah menyambutku di muka pintu menambahkan lagi bahagia di hatiku. Jika Alan tak sudi menyayangi aku, mama dan abah masih sudi menghulurkan kasih sayang kepadaku. Kisah rumah tangga kami, ku simpan kedap dalam hati. Tak baik membuka pekung di dada. Aku pasti akan dipersalahkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 10
Oleh : hazel adriana Sayup-sayup kedengaran azan subuh menyedarkan aku dari lena yang panjang. Aku bangkit dari sofa dan berlalu ke arah bilik tidur utama. Perlahan kakiku mendaki satu persatu anak tangga. Dan akhirnya aku sampai di hadapan bilikku. Lama aku berfikir sebelum melangkah masuk. Risau aku akan mengganggu lena Alan. Lama juga aku mundar- mandir di hadapan pintu dan akhirnya.. ‘ Alah,... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 9
Oleh : hazel adriana Aku menghempaskan badanku di atas katil. Sunyi. Kuperhatikan keadaan di sekeliling. Objek-objek kaku terletak elok ditempatnya.Mataku tertancap pada bingkai gambar yang berada di atas meja berhampiran dengan katilku. Lalu aku bangun mencapai bingkai gambar itu. Gambar aku dan Alan di majlis perkahwinan kami. Segera fikiranku menerawang. Peristiwa yang berlaku petang tadi berlegar-legar... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 8
Oleh : hazel adriana Seharian aku di rumah. Mengemas dan membasmi habuk-habuk yang bertaburan menghiasi lantai dan dinding rumahku. Habis sawang-sawang aku kerjakan secukupnya. Tanganku segera mengambil penyapu dan menyapu debu-debu nakal yang berani mengotori lantai rumahku. Tak cukup dengan ruang tamu, aku beralih ke atas. Ke kamar tidur aku dan semestinya Alan juga. Aku menuju ke meja kerjanya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 7
29 July 2010
Kategori: Novel
1,092 bacaan Catat Ulasan
Oleh : hazel adriana Aku memerhatikan gambar gadis itu. Seiras denganku. Namun sudah tiada di dunia. Aku memerhatikan riak Alan. Lain benar wajahnya. Kelu lidahku untuk berbicara. ” Ni Alis. Adik aku.” Aku masih memandangnya. Menanti bait-bait kata yang masih tersekat dikerongkongnya. Alan meneguk sedikit air. Mungkin ingin melancarkan kata-kata supaya keluar dari kotak suaranya. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 6
22 July 2010
Kategori: Novel
946 bacaan Catat Ulasan
Oleh : hazel adriana Aku masih terfikirkan mengenai permintaan mama tadi. Mama seakan tak mengerti akan perasaanku. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Permintaan yang memaksa aku untuk menolak. Aku penat dengan jodoh yang ditentukan. Kalau boleh aku ingin bebas. Kenangan dengan Fairuz sudah cukup menyakitkan. Aku tahu mama risaukan mengenai jodohku namun aku masih lagi belum bersedia. Belum bersedia... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 5
Oleh : hazel adriana Aku berjalan ke arah pintu masuk dewan. Baju kurung hijau bersulam benang putih menjadi pilihanku. Aku menjenguk-jenguk mencari kelibat Misya. Segan pula hendak melangkah masuk ke dalam dewan. Sedang elok aku terjenguk-jenguk ke dalam dewan, aku dikejutkan dengan sergahan dari seseorang. Dan apabila aku berpaling orang itu adalah Misya. Misya tersengih-sengih memandangku.Matanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 4
Oleh : hazel adriana Hal pertunangan itu, ku simpan kedap dalam hati. Malas hendak menghebohkan lagi berita pertunangan aku. Biarlah mereka tak tahu. Kerana aku pasti aku akan putus tunang juga nanti. Hanya Intan dan Hakim sahaja yang tahu aku sudah menjadi tunangan orang. Aku melihat cincin pertunangan aku. Cantik tapi entah kenapa aku merasakan ia langsung tidak memberikan apa-apa makna dalam hidup... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 3
Oleh : hazel adriana Aku duduk di food court di depan Mydin Mall sendirian. Jam sudah melewati empat petang dan yang pastinya dia masih belum tiba. Adakah aku dipermainkan? Aku sendiri pun tak pasti. Aku melihat jam tanganku berulang kali. Jika dia masih lagi tidak sampai dalam seminit aku balik saja dari sini. Lelaki yang duduk kat food court tu dari tadi asyik memandang ke arahku. Nak kata yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 2
2 June 2010
Kategori: Novel
1,040 bacaan Catat Ulasan
Oleh : hazel adriana Seminggu aku asyik berulang alik ke hospital. Hospital itu bagai sudah menjadi rumah aku yang kedua pula dalam masa seminggu ini. Aku lihat Intan semakin sihat sekarang ni. Dia sudah aktif seperti selalu dan pastinya aku sangat gembira dengan tahap kesihatannya sekarang. Sepanjang aku bercerita ini dan itu pastinya ramai yang tertanya-tanya di manakah universiti tempat aku belajar.... [Teruskan bacaan]
Novel : Siapakah kekasih hatiku? 1
Oleh : hazel adriana “Hish, apa ni sibuk giler kat u ni. Sape yang cakap duduk kat u ni relaks daripada kat matrik aku nak sekeh kepala dia” ngomel aku sendirian. Penat sangat sampai hendak makan pun tak sempat. Aku menjeling jam tangan Seiko pemberian abah pada hari lahirku yang ke-17. ‘Ya Allah, dah pukul 6.15 petang! Dah la aku tak sembahyang lagi. Malam karang ada pulak kelas.Hish... [Teruskan bacaan]







