Novel : Iklil Hafiya 30
Oleh : Hany Nafisya BAB 30 AMEER Zafry menggenggam erat tangannya. Menerusi ekor matanya, dia dapat melihat Kamarul yang mengheret beg pakaiannya menjeling-jeling ke arah mereka berdua. Suaminya seolah-olah sengaja hendak menunjukkan kemesraan di antara mereka berdua di hadapan pemuda itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Mungkin kerana hendak memberi amaran agar pemuda itu tidak mengganggunya. Adakah... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 29
Oleh : Hany Nafisya BAB 29 HAYUNAN kaki Ameer Zafry terhenti di ruang tamu apabila matanya menangkap sekujur tubuh isterinya yang berbaring di atas sofa. Dahi isterinya itu berkerut-kerut seolah-olah menahan sakit yang amat sangat. Pipinya memerah seperti memakai pemerah pipi. Bibirnya pula kelihatan pucat. “Sayang, kenapa ni?” soalnya risau. Langkah kaki dibawa ke arah isterinya. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 28
Oleh : Hany Nafisya BAB 28 IKLIL Hafiya merenung suaminya tidak berkelip. Pandangannya beralih pada kedai makan yang terletak di tepi jalan raya. Sikap suaminya itu betul-betul menimbulkan tanda tanya di dalam dirinya. “Abang, apa kita buat di sini?” Akhirnya, dia membuka mulut juga untuk bertanya. Suaminya sudah membuka pintu untuk melangkah turun. “Makanlah, sayang.... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 27
Oleh : Hany Nafisya BAB 27 “LAMBAT you masuk ofis, bos?” tegur Cindy sebaik dia melintasi meja gadis cina itu. “I hantar wife I ke kampus. Jalan pulak sesak tadi. Any call for me?” Dia menyoal kembali selepas menjawab pertanyaan setiausahanya. “Tak ada yang penting. Semua daripada KD. Bengang betul dia bila tahu you balik ke KL tanpa pengetahuannya. He’s... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 26
Oleh : Hany Nafisya BAB 26 KAMARUL mundar-mandir di hadapan pintu bilik hotel Ameer Zafry. Sudah berkali-kali dia mengetuk namun, tiada sahutan. Sudah berkali-kali dia menelefon pemuda itu, juga tidak berjawab. Ke mana perginya lelaki tersebut? Ada sesuatu yang terjadi kepadanyakah? Dia mula risau. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Sepatutnya ketika itu mereka berdua sudah berada... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 25
Oleh : Hany Nafisya BAB 25 RIZMAN merenung lelaki bertubuh tegap dan berkaca mata hitam di hadapannya dengan senyuman. Lelaki di hadapannya itu menyerahkan sebuah sampul besar berwarna coklat kepadanya. Dia mencapai sampul tersebut dan mengeluarkan beberapa keping gambar dan kertas yang mengandungi maklumat tentang seseorang. “Semua ada di dalam ni?” tanya Rizman sambil matanya membaca... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 24
Oleh : Hany Nafisya BAB 24 HARUMAN Davidoff Hot Water menusuk hidungnya membuatkan dia tidak selesa hendak tidur. Bau itu terlalu kuat. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan Ameer Zafry sedang menyarungkan sehelai weskot hitam ke tubuhnya. Butang teratas kemeja kelabunya pula dibiarkan terbuka. Dia memandang sekeliling. Di luar masih gelap. Awalnya lelaki itu bersiap-siap. Hendak ke mana? Bukankah... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 23
Oleh : Hany Nafisya BAB 23 IKLIL Hafiya menumbuk-numbuk bantal. Geramnya dia! Abang, Fiya benci abang! Benci! Benci! Benciii!!! Jerit hatinya kuat. Giginya diketap kuat. Bantal yang ditumbuk-tumbuk tadi dilontar ke dinding seolah-olah ada bayangan Ameer Zafry di situ. Dia yang kepenatan setelah melepaskan bebanan perasaan yang ditanggungnya sejak tadi terlentang di atas katil. Nafas ditarik... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 22
Oleh : Hany Nafisya BAB 22 IKLIL Hafiya tunduk memandang lantai. Sejak beberapa minit yang lalu, Ameer Zafry hanya merenungnya tanpa sepatah kata. Kecut perut dia melihat jelingan maut lelaki itu. Tidak pernah dia nampak suaminya segarang itu. Selalunya, kalau marah pun, Ameer Zafry tidak pernah menjerkah begitu. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat pemuda itu meraup wajah berkali-kali. Satu... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 21
Oleh : Hany Nafisya BAB 21 DIA mencencang-cencang bawang putih sehingga lumat. Geram! Kalau diikutkan hatinya, sekali dengan papan pemotong hendak dicencangnya. Dia ditinggalkan sendirian di rumah setelah kedatangan jiran sebelah rumah. Kata Adi, ada hal yang dia hendak minta tolong daripada Ameer Zafry. Kemudian, mereka terus berlalu pergi meninggalkan dia terkulat-kulat di ambang pintu. Arghhh!!!... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 20
Oleh : Hany Nafisya BAB 20 AMEER Zafry menolak pintu bilik isterinya perlahan-lahan. Masih tidurkah gadis itu? Teringat kejadian semalam, dia tersenyum meleret. Pasti Iklil Hafiya masih merajuk dengannya. Tambahan pula, apa yang dipinta oleh isterinya tidak dapat ditunaikan. Sekujur tubuhnya isterinya yang hanya dibaluti gaun tidur pendek berwarna biru cair terlantar di atas katil. Nyenyak betul... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 19
Oleh : Hany Nafisya BAB 19 RIZMAN menyandar kepala pada kerusi empuknya. Kedua-dua belah tangan disilang ke belakang kepala. Matanya merenung jauh ke hadapan menembusi dinding kaca pejabatnya di tingkat empat puluh. Otaknya liga berfikir bagaimana mahu menjatuhkan anak kepada lelaki yang telah memusnahkan kehidupannya suatu masa dahulu. Hutang malu mesti dibalas dengan malu juga! Dendamnya kian membara... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 18
Oleh : Hany Nafisya BAB 18 JAM di dinding sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi tetapi batang hidung suaminya masih belum kelihatan. Sebelum ini, pukul tujuh lebih, suaminya sudah pun berada di bawah bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Rasa-rasanya, dia tidak ada pula mendengar bunyi pintu pagar dibuka memandangkan biliknya betul-betul menghadap jalan raya. Dia yang baru selesai membancuh air, meninggalkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 17
Oleh : Hany Nafisya BAB 17 LANGKAH kakinya terhenti di ambang dapur. Bau masakan yang datang dari situ membuatkan perutnya bertambah lapar. Kelihatan isterinya sedang menggoreng sesuatu. Dia menghampiri isterinya dari belakang secara perlahan-lahan. Gadis itu langsung tidak sedar akan kehadirannya. “Sayang masak apa?” Tegurannya membuatkan Iklil Hafiya yang sedang mengacau mi segera... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 16
Oleh : Hany Nafisya BAB 16 KAMARUL mengerling ke arah ketuanya yang sudah tersengguk-sengguk. Kepala lelaki itu terlentok ke kiri dan ke kanan akibat jalan yang berlekak-lekuk. Kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa tiga hari, disiapkan dalam masa dua hari sahaja kerana bimbangkan isterinya yang ditinggal seorang diri di rumah. Dia menggeleng mengenangkan nasib lelaki itu. Sedikit sebanyak... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 15
Oleh : Hany Nafisya BAB 15 AMEER Zafry menghayun kaki ke ruang makan di sebelah dapur. Ibunya masih berada di situ membaca surat khabar. Wanita itu memandangnya sambil menggeleng. “Assalamualaikum, ibu.” Tangan wanita itu disambut dan diciumnya. Dia duduk di kerusi di sebelah ibunya. “Waalaikumussalam. Awal Zafry datang? Mana menantu ibu? Tak datang sekali?” tanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 14
Oleh : Hany Nafisya BAB 14 “HAFIYA masuk ke dalam dulu. Abang nak tengok siapa jiran yang baru berpindah tu.” Ameer Zafry menghulurkan beg plastik KFC kepada isterinya. Iklil Hafiya tersenyum mengejek. “Jiran baru. Abang sedar tak kita pun baru berpindah ke sini?” “Hafiya, sebab baru berpindahlah kita kena berkenalan. Kalau terjadi apa-apa, senang nak minta... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 13
Oleh : Hany Nafisya BAB 13 DIA membuka mata di dalam gelap. Terasa ada sesuatu yang lembut menyentuh tubuhnya. Dia meraba benda tersebut. Terasa berbulu. Dia meraba lagi. Terasa seperti ada telinga di bahagian atasnya. Dia menggaru kepala. Bila masa pula dia tidur bertemankan beruang teddy? Dan dari mana pula datangnya beruang teddy tersebut? Dia bingkas duduk. Suis lampu tidur dipetik. Dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 12
Oleh : Hany Nafisya BAB 12 DADANYA berombak kencang. Perlahan-lahan langsir yang menutupi pintu bilik itu diselak dari luar. Ameer Zafry yang diiringi oleh ahli keluarga yang lain melangkah masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang. Dia sudah pun sah bergelar isteri kepada lelaki itu, detik-detik yang tidak pernah terlintas di fikirannya sebulan yang lalu. “Assalamualaikum,”... [Teruskan bacaan]
Novel : Iklil Hafiya 11
Oleh : Hany Nafisya BAB 11 ABDUL Halim memandang cucunya yang sedang duduk termenung menghadap sarapan. Orang makan, dia ambil bau sahaja. Dia menggeleng. “Diet ke?” Orang tua itu bertanya. “Hah? Eh, taklah, atuk.” Timun dan kacang goreng dikuis-kuis ke tepi. “Habis, sejak tadi atuk tengok Fiya tenung saja nasi lemak tu, kenapa? Ada nampak muka Zafry... [Teruskan bacaan]







