Novel : Selagi Ada Kasih 18
Oleh : Intan Terpilih 18 Sudah dua minggu peristiwa itu berlalu, namun Dania masih lagi tidak mahu bercakap dengan Rayyan. Bukan sahaja bercakap, malah untuk bertemu muka dengannya pun gadis itu tidak sudi. Baginya, Dania seakan melarikan diri darinya. Dia tidak berpeluang langsung bertemu muka dengan gadis itu walaupun sebentar untuk menyelesaikan masalah yang melanda di antara mereka berdua. Jika... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 17
Oleh : Intan Terpilih Dania hanya mengekori sahaja langkah Adam. Sesekali dia menoleh ke kiri dan kanannya. Dapat dilihat pekerja-pekerja di Mega Construction begitu tekun sekali menyiapkan tugasan masing-masing. Sedari tadi Adam tidak banyak bercakap dengannya. Sepatah yang ditanya, sepatah jua yang dijawabnya. Sehinggakan akhirnya dia terdiam sendiri. Langkah mereka terhenti apabila mereka tiba di... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 16
Oleh : Intan Terpilih Dania dan Zaza menanti kedatangan Rayyan di tempat yang telah dijanjikan. Kelas mereka hari itu dibatalkan kerana pensyarah mereka Puan Halimah mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Mereka duduk di situ sambil berbual-bual kosong. Ada masanya mereka akan tertawa riang dengan cerita-cerita yang dikongsi bersama. Seronoknya mereka berbual sehinggakan tidak menyedari kehadiran tapak-tapak... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 15
Oleh : Intan Terpilih Dia membuka matanya apabila terasa silaunya matahari. Kepalanya terasa amat berat sekali. Pantas tangannya merasa dahinya. Jemarinya tersentuh sesuatu di atas dahinya. Dia menjadi sedikit kehairanan. Siapa pula yang letak cool fever atas dahi aku ni? Mak Kiah ke? Tanpa berlengah lagi, pantas dia bangkit dari tidurnya. Pagi ini dia ada sesi perbincangan di kolejnya. Dia harus ke... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 14
Oleh : Intan Terpilih Hujan lebat yang turun seakan tidak mahu berhenti. Ketika di kolej tadi, hujan telah pun turun membasahi bumi. Oleh kerana ingin mengelakkan hujan dari bertambah lebat, Dania mengambil keputusan untuk pulang ke rumah cepat dari hari biasa. Namun, hari itu merupakan hari yang malang baginya. Ketika dalam perjalanan pulang, dia telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Tanpa di... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 13
Oleh : Intan Terpilih Mereka berdua berjalan menyelusuri kaki lima kampus itu sambil berbual kosong. Banyak perkara yang mereka berdua bincangkan. Adakalanya mereka tertawa gelihati. Pandangan siswa-siswi yang berselisih dengan mereka, tidak dihiraukan. Mereka tenggelam dalam dunia mereka sendiri. “Eh…Nia, lepas ni nak kemana?” Soal Zaza saat mereka menghampiri taman yang terdapat di... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 12
Oleh : Intan Terpilih Dania melabuhkan punggungnya di buaian kayu yang terdapat di taman mini itu. Sesekali dia mengayun-ayun kecil buaian yang didudukinya itu. Matanya mula memerhati ke sekeliling. Dapat dilihat bunga-bunga yang di tanam oleh Pak Hamid tumbuh dengan segar sekali. Taman kecil itu kelihatan seperti taman bunga yang indah. Dapat dirasakan keindahan taman itu. Macam dalam filem pula aku... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 9, 10, 11
Oleh : Intan Terpilih Bab 9 Matanya memerhati ke sekeliling bilik itu. Di akui bahawa bilik itu lebih besar dan cantik dari biliknya di kampung. Susun atur perabotnya tampak kemas dan cantik walaupun sedikit ringkas. Warna ungu lembut membuatkan sejuk mata memandang. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Terasa akan lembutnya tilam yang di duduki itu. Sebentar tadi, Sunarti, salah seorang orang... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 8
Oleh : Intan Terpilih Sejak peristiwa hitam yang menimpa dirinya malam itu, Dania perasan bahawa ayahnya itu lebih banyak termenung dari berbicara dengannya. Adakalanya tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir tua itu. Dania tahu, ayahnya kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Maafkan Nia, ayah. Nia dah kecewakan ayah. Perlahan-lahan dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 7
Oleh : Intan Terpilih Suasana di dalam masjid itu kelihatan begitu riuh sekali. Terdapat ramai orang-orang tua ditengah-tengah ruang legar masjid tersebut. Rayyan dan Dania hanya mampu menundukkan wajah mereka, merenung permaidani yang menghiasi lantai masjid itu. Sesekali terdengar esakkan kecil yang keluar dari bibir Dania. Kenapalah ini yang harus terjadi dalam hidup aku? Apa salah aku hingga aku... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 6
Oleh : Intan Terpilih Dania melangkah masuk ke dalam bilik kecil yang menempatkan Encik Rahmat. Setelah memandikan ayahnya, kini masa untuk dia memberikan minum pagi buat si ayah. Begitulah rutin hidupnya semenjak ayahnya itu disahkan lumpuh oleh doktor beberapa tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Dia meletakkan dulang yang berisi kuih dan air kopi diatas meja bersebelahan katil Encik Rahmat.... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 5
Oleh : Intan Terpilih Rayyan merebahkan badannya diatas katil. Terasa sedikit segar badannya itu apabila telah membersihkan diri. Hari ini seharian dia dan Adam berada ditapak projek. Sehinggakan mereka tidak sempat untuk keluar makan. Mereka hanya makan nasi yang telah dibungkus sahaja. Mujur jugalah dia bukan jenis yang makan memilih. Jika tidak mahu juga dia kebuluran. Adam melangkah keluar dari... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 4
Oleh : Intan Terpilih Suasana di gerai makan itu sudah tidak sesibuk tadi. Sudah menjadi kebiasaan, apabila tiba waktu makan tengahari, kedai itu hampir saja dipenuhi dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Saat itu, tidak menang tangan pekerja-pekerja di gerai itu melayaninya. Dania memusing-musingkan pinggannya yang sedikit lenguh itu. Walaupun sudah biasa dengan kerja-kerja begitu, namun... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 3
Oleh : Intan Terpilih “Betul ke jalan nie, Adam?” Matanya mula memerhati ke kiri kanan jalan. Hatinya kuat menyatakan yang mereka berdua telah sesat. “Entahlah, Ray. Rasa-rasanya betullah kot,” Dia juga seperti Rayyan, memerhatikan kiri dan kanan jalan. Sesekali dia menggaru lehernya yang tidak gatal. Aku silap jalan lagi ke? Jangan sesat sudahlah. Sudah agak lama mereka berdua... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 2
Oleh : Intan Terpilih Rayyan melangkah masuk dengan tenang ke dalam ruang legar pejabatnya itu. Sapaan dari pekerja-pekerja bawahannya hanya dijawab dengan anggukkan kepala sahaja. Namun, tiada segarit senyuman pun terukir dibibir pemuda kacak itu. Sesungguhnya dia memang kedekut dengan senyuman. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa dihiraukan oleh setiausahanya yang sedang leka dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Selagi Ada Kasih 1
Oleh : Intan Terpilih Dania melangkah menuruni anak-anak tangga dengan penuh berhati-hati. Bimbang jika tergelincir dari anak tangga tersebut. Pantas kakinya menyarung selipar yang sedia ada. Tanpa menoleh lagi, dia terus menghayun kakinya menuju ke arah belakang rumah sambil menjinjing bakul baju yang sudah siap dicucinya sebentar tadi. Dia harus menyiapkan tugasnya secepat mungkin. Jika tidak, pasti... [Teruskan bacaan]







