Cerpen : Tipu Kalau Tak…

17 April 2012 
Kategori: Cerpen

18,826 bacaan 51 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz “WEI, dialah. Dialah,” bisik Wani ke telingaku. Dia? Siapa? Siapakah dia? Berkali-kali soalan itu bermain di mindaku. Nama aku nak angkat kepala tengok orang yang dimaksudkan oleh Wani tadi tu memang tidak sesekali. Lebih baik aku hadap buku Calculus ni sampai juling mata daripada sibuk nak tengok muka orang. “Kau ni sungguh ke tak nak tengok dia?” soal Wani... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kau Tigakan Cintaku

17 April 2012 
Kategori: Cerpen

11,468 bacaan 51 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz “KENAPA mesti sekali lagi abang?” ujar Lydia kepada suaminya. Air mata yang mengalir laju diseka menggunakan hujung lengan baju kurung putih berbunga merah jambu itu. “Maafkan abang sayang. Abang tak pernah terfikir untuk menduakan sayang,” ujar Latif dengan rasa hiba. Lydia memalingkan mukanya daripada memandang wajah suaminya. Hatinya kini benar-benar terluka.... [Teruskan bacaan]

Novel : Tiada Yang Kedua 1

2 April 2012 
Kategori: Novel

564 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Isha Idiaz BAB 1 “KENAPA awak curang dengan saya?” soal Nina pertama kali sewaktu talian sudah bersambung. Suara tangisnya semakin tidak dapat ditahan. Ya, Nina memang sangat kecewa waktu itu. Kecewa dengan seorang yang dia gelar kekasih selama ini. Nina sangkakan hubungan mereka akan pergi jauh. Sama seperti impian yang mereka lakarkan sewaktu Nizam berada dekat dengannya. “Maafkan... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Andai Kau Pergi

1 April 2012 
Kategori: Cerpen

15,189 bacaan 60 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz NAMA aku Isha. Ini bukan kisah cinta aku. Tetapi ini kisah hidup aku. Kisah aku bersama seorang yang aku gelar sahabat baik. Sehingga aku menulis cerita ini, aku telah kehilangan seorang sahabat baikku selama tiga tahun. Entah hidup, entah tidak, aku sendiri tidak pasti. Satu yang pasti adalah aku sangat rindukan dia saat ini. Aku berharap dia membaca nota kecilku ini jika dia masih... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Selamat Ulang Tahun Sayang

25 March 2012 
Kategori: Cerpen

10,534 bacaan 55 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz Cerpen ini ditulis hasil inspirasi daripada ucapan yang agak lewat yang saya terima daripada seorang sahabat karib saya sewaktu ulang tahun kelahiran saya pada 21 Mac yang lalu. ***** “ABANG tak nak ucap dulu ke dekat sayang sebelum sayang gerak ni?” soal Fina lembut kepada suaminya melalui corong telefon. Kedengaran tawa kecil Faris menampar gegendang telinganya sebelum... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cintaku pada Nur Muhammad

25 March 2012 
Kategori: Cerpen

7,695 bacaan 28 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz “ANTARA banyak-banyak benda dalam dunia ni, apa yang kau tak nak buat?” Ilia bertanya soalan yang entah bila terlintas di otaknya itu kepada sahabat baiknya Zarina. Bertaut kening Zarina mendengar pertanyaan Ilia tadi. Otaknya juga ligat memikirkan apa yang dia tidak mahu lakukan di dunia ini. Setelah berfikir beberapa ketika, akhirnya Zarina bersuara. “Aku tak... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Semanis Epal Merah

25 March 2012 
Kategori: Cerpen

6,584 bacaan 49 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz EPAL merah itu digigit lagi dengan rakus. Kali ini rasa marahnya benar-benar dilepaskan pada sebiji epal merah itu. Cebisan epal yang masuk ke rongga mulutnya dikunyah kasar dan laju agar epal itu lebih lumat untuk memudahkan ia melalui esofagusnya. Wajah Rania yang tergantung di dinding bilik direnung tajam. Pantas, pisau yang tadinya digunakan untuk mengupas kulit epal dicapai.... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Bukan Cinta Biasa

11 March 2012 
Kategori: Cerpen

17,244 bacaan 71 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz DARRIS Eng memecut keretanya dengan kelajuan 100km/j. Kereta proton perdana hitam itu membelah jalan raya dengan megah. Semegah pemandunya yang cukup segak mengenakan kemeja putih dan slack dengan warna yang sama. Tali leher bewarna hitam putih terlilit kemas di kolar bajunya. Jam Rolex yang dipakai di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas. Tujuh lima minit. Kelajuan kereta... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Tunjukkan Aku Jalan ke Hatimu

26 February 2012 
Kategori: Cerpen

15,202 bacaan 42 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz ***** LELAKI itu. Kenapa dia ada di sini? Buat apa dia di sini? Berkerut-kerut kening Dieyla memandang jejaka yang tinggi lampai itu. Jejaka itu segak dengan kemeja-T hitam berkolar. Penampilannya tampak santai dengan jeans dan sneakers yang dipakainya ketika ini. Sama seperti waktu pertama kali mereka bertemu dahulu. Wajahnya iras-iras pelakon Hindustan yang popular suatu... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 11

29 December 2011 
Kategori: Novel

2,524 bacaan 10 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 11 SUASANA perjumpaan batch malam itu hingar bingar seketika apabila Farhan selaku ketua batch memaklumkan mereka harus membuat persembahan sempena majlis makan malam Persatuan Diploma Sains atau PerDipSa. “Wajib ke kita perform malam tu?” tanya Aniq kepada Farhan. Semua mata memandang Farhan inginkan jawapan. “Pagi tadi Abang Khai message aku cakap... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Saya BENCI Awak Encik Mimpi!!!

10 December 2011 
Kategori: Cerpen

19,833 bacaan 87 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz “KRENG KRENG KRENG!!” bunyi bising yang datang daripada bilik sebelah itu membuat Syaza terjaga lagi daripada tidurnya malam ini. “Aish! Bising betul la Encik Mimpi ni!” Syaza merengus keras. Bantal yang tadinya dibuat alas kepala kini sudah dipekup ke telinga. Di bilik sebelah, seorang jejaka sedang sibuk mereka sebuah lagu baru dengan gitar akustik kesayangannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 10

25 November 2011 
Kategori: Novel

3,210 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 10 SATU khemah dihuni oleh sepuluh orang pelajar. Maka bersempit-sempitlah mereka tidur di dalam khemah yang sepatutnya dihuni oleh enam orang sahaja. Faizah membetulkan posisi baringnya. Dia berbaring mengiring ke kiri dan mukanya dihadapkan ke dinding khemah. Hujan renyai-renyai sedari petang tadi kini mula turun dengan lebat. Memandangkan matanya masih belum mengantuk, Faizah... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 9

12 November 2011 
Kategori: Novel

3,912 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 9 PEJAM celik pejam celik sudah hampir ke penghujung semester. Sebelum tamat semester, siswa siswi semester pertama harus mengikuti kem sebagai salah satu syarat untuk lulus aktiviti ko-kurikulum. “Dah kemas barang ke untuk kem nanti?” Deli datang menghampiri Faizah dan duduk di sebelahnya. “Dah. Malam tadi.” Faizah masih membaca nota Biologi yang... [Teruskan bacaan]

Cerpen : 3 Kali Mencintaimu

29 October 2011 
Kategori: Cerpen

17,116 bacaan 80 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz INI kisah cinta aku. Kisah cinta aku tidak lah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti dia orangnya? Terpulang pada kalian untuk menilai seberapa magisnya kisah cinta aku ini. ***** PERTAMA kali... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Songket Putih I^2 Pemberian Siapa?

25 September 2011 
Kategori: Cerpen

9,235 bacaan 45 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz Sebuah sambungan daripada cerpen I^2 + A^2 = Entah Bila Cinta ***** “Sah?” soal Encik Izaid sambil memandang tiga orang saksi lain yang duduk disebelahnya. Setelah ketiga-tiga mereka menyatakan pernikahan itu sah, doa pun dibaca mengucapkan kesyukuran atas terbinanya sebuah mahligai perkahwinan. ***** USAI solat isya’, Iffah menyalami tangan suaminya.... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 8

15 September 2011 
Kategori: Novel

2,878 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 8 TELEFON bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Pantas Faizah mencari telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal. Melihat nama yang tertera di skrin, pantas Faizah menerima panggilan itu. “Hello. Assalammualikum,” ujarnya perlahan. “Waalaikummussalam. Faz, abang ni,” ujar Iskandar Syah di hujung talian. “Kenapa... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 7

10 September 2011 
Kategori: Novel

2,024 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 7 PANTAS sungguh masa berlalu. Sekejap sahaja sudah hari rabu. Farhan melihat sekilas jadual kuliahnya yang di tampal di softboard berhadapan mejanya. Hari ini jadual kuliahnya agak padat. Petang nanti mereka masih mempunyai kegiatan ko-kurikulum. “Farhan, kau dah siap assignment yang Miss Rozita bagi semalam?” Deli bertanya. Tangannya masih menekan-nekan butang... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 6

24 August 2011 
Kategori: Novel

3,109 bacaan 14 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 6 CEPAT benar masa berlalu. Hari ini sudah hari isnin. Mujur hari ini kuliahnya bermula pada jam sembilan. Faizah mengulangkaji sedikit subjek biologi sebelum masuk ke kelas Puan Ainun nanti. Mira pula sedang menyeterika pakaian yang akan dipakai sebentar nanti di meja sebelahnya. “Faiz, saya dah siap gosok baju. Awak nak gosok tak?” tutur Mira sambil menurunkan... [Teruskan bacaan]

Cerpen : I^2 + A^2 = Entah bila cinta

21 August 2011 
Kategori: Cerpen

19,959 bacaan 98 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz AMARAN : Cerita ini sangat panjang. Hehe. Selamat membaca dan tinggalkan komen anda. Terima Kasih. ************************************** “YOU tengah buat apa je tu?” soal Iffah Ifhami. Keningnya terangkat memandang Afiq Afham yang duduk di kerusi sebelah. Matanya melirik ke arah komputer riba milik Afiq. Cuba mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Afiq yang sedari... [Teruskan bacaan]

Novel : Dalam Diam Ku Mencintaimu 5

17 August 2011 
Kategori: Novel

3,454 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Isha Idiaz 5 PAGI itu sangat tenang. Bayu berpuput lembut menyapa pipi gebu milik Faizah. Daun-daun pokok diluar kelas bergesel-gesel sesama sendiri menghasilkan bunyi yang sangat merdu untuk di dengar. Faizah rindukan keluarganya. Lama sekali dia tidak pulang ke rumah. Pagi ini baru terasa kerinduannya menggunung seperti gunung Everest yang direkodkan sebagai gunung tertinggi di dunia. ... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212