Novel : Jangan Ada Benci 19
Oleh : ANIRALIZA Mak Long mengesat pelupuk matanya yang berair, dah tua-tua begini memang cepat benar perasaannya terusik. Teringatkan segala perbuatannya yang lampau betul-betul buat Mak Long rasa sungguh bersalah. Kehilangan Eliza selama hampir setahun buat Mak Long jadi cepat aje nak bersedih, asal nama Eliza yang disebut mesti dia nak mengalirkan airmata. “Kamu janganlah nak salahkan diri... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 18
Oleh : ANIRALIZA Semalaman di rumah Mak Cik Tijah, bosannya macam dah tinggal lama. Layanan first class dari orang tua tu memang tak dapat nak dinafikan, Eliza pun dah tak kuasa nak melarang, melainkan dia perlu ke tandas sahaja barulah dibenarkan bergerak. Setakat nak makan atau basuh tangan sebut saja semuanya sampai ke hujung kaki. Dahlah rimas disuruh bersarung kaki siang malam. Entah segala bedak... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 17
Oleh : ANIRALIZA SHAHRUL HARRIEZ BERSIUL girang sambil menuruni tangga rumahnya. Kondominum mewahnya sempat dikemaskan serba sedikit, alah bukan berkemas pun setakat membuang sampah sarap yang melimpahi bakul sampah. Itu pun atas ehsan pertolongan dari Adam walau pun temannya itu baru aje keluar hospital tapi bila Shahrul Harriez kata nak ambil Eliza balik ke rumah, dengan senang hati Adam tolong jadi... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 16
Oleh : ANIRALIZA Aisyah membetul-betulkan selimut bayi yang baru sahaja disusukan oleh Eliza. Kelakar betul bila pertama kali nak menyuakan susu ke mulut baby ni bila tiga-tiga kelam kabut dengar baby menjerit sekuat-kuat hati. Nurul yang paling panik sampai terlanggar meja kecil dalam wad bersalin tu, sudahnya makanan Eliza di atas meja tu habis bertabur ke lantai. Aisyah yang kononnya cool pun... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 15
Oleh : ANIRALIZA “Mengada-ngada betullah kau ni Adam, subuh-subuh macam ni barulah nak sakit perut. Pergi ambil minyak angin tu haa sapu.” Shahrul Harriez bersuara malas. “Adui, kalau aku tak rasa nak mati tak adanya aku nak kejutkan kau tidur. Kalau aku keras kat sini karang tak ke engkau jugak yang susah nak jawab kat polis kenapa ada orang tiba-tiba mati kat rumah kau?” Huh... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 14
Oleh : ANIRALIZA Eliza melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjinjing beg-beg plastik yang sarat dengan keperluan bayi. Semuanya berwarna putih kerana itu yang difikirkannya sesuai untuk anaknya nanti. Warna putih lambang suci, tapi sebenarnya Eliza tak tahu pun apa jantina bayinya. Sengaja dia meminta doktor tidak memberitahu akan jantina bayi itu sebab Nurul dan kak Aisyah sibuk sangat nak memilih... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 12, 13
Oleh : ANIRALIZA Dua hari berturut-turut jambangan bunga dengan puluhan kuntuman bunga ros merah tiba ke rumah. Hari pertama kiriman bunga disertakan dengan teddy bear besar, hari kedua pula dengan cokelat di dalam kotak berbentuk hati. Hari ni kalau bunga datang lagi memang Eliza tak boleh nak sabar, apa Shahrul Harriez tu ingat aku boleh dibeli dengan kiriman bunga-bunga ni? Ingat hati aku boleh... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 11
Oleh : ANIRALIZA Eliza membelek-belek telefon bimbitnya yang jarang berbunyi. Sudah dua kali panggil dari nombor yang tak dikenali tu masuk, tapi sebab tak kenal maka tak jawablah jadinya. Cuma Nurul dan Kak Aisyah sahaja yang tahu nombor ni, siapa pulak lagi yang tau? Salah nombor kot. Aku bukannya ada bagi tahu siapa-siapa nombor baru ni, Mak Long dikampung tak pernah dihubungi. Nombor yang lama... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 10
Oleh : ANIRALIZA “Jemputlah masuk Kak Aisyah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. Ni pun dah jadi rumah sendiri.” Pelawa Nurul dengan ramah pada penghuni baru rumah teres setingkat nombor 7 Jalan 3 Taman Chempaka itu. “Mana Eliza? Senyap aje. Dia memang selalu duduk di rumah aja ke? Hari tu masa mula-mula akak datang pun dia ada, apa dia memang selalu ada di rumahkah?” Aisyah... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 9
Oleh : ANIRALIZA Pagi-pagi lagi Shahrul Harriez dah duduk di meja makan, setiap langkah Mak Long diperhatikan sampaikan Mak Long naik rimas. Puas ditanya kenapa Shahrul Harriez awal-awal pagi lagi dah masuk ke dapur, apa dia nak ambil tugas Mak Long sediakan sarapankah? Tapi Shahrul Harriez tetap diam dan senyum aje sambil perati Mak Long, sudahnya Mak Long pun kata, suka hati kamulah. Siap nasi goreng... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 8
Oleh : ANIRALIZA ” Jadi semuanya memang dah plan lah? Iskh..iskh.. kalau aku kata Engku Faridah tu pembelit, kau dengan Mak Long kau pun sama macam ular. Memang padan sangatlah dengan Shahrul Harriez tu jugak, sudahnya korang berdua yang berbelit-belit.” Selamba Nurul memberi komen. Ini yang aku suka pasal Nurul, cakap langsung tak bagi signal, aci redah aje, tapi dia tetap ikhlas. “Itulah,... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 7
Oleh : ANIRALIZA ” Nurul, kau rasa kalau dia tau keadaan aku sekarang, macam manalah agaknya ya? Kau rasa dia suka ke tak?” “Mestilah suka, itukan anak dia juga. Aku sendiri pun tak sabar-sabar nak tunggu baby keluar, takkanlah Harriez tak suka kot”. “Tapi Nurul dia kata dia benci aku, dia tak suka aku. Kalau tidak, takkan dia boleh tinggal aku macam tu aje. Nampak sangat... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 6
Oleh : ANIRALIZA Eliza menutup novel yang baru separuh dibaca, tak sanggup nak meneruskan lagi sebab dah terlampau sedih. Dari meleleh air mata sampai la menangis teresak-esak, kalau sambung baca jugak mau meraung dibuatnya. Karang kalau Nurul terjaga lagi susah dibuatnya, mau mengamuk tengah-tengah malam ni. Hihihihi.. cukup laa takat ni dulu, nanti kalau habis baca esok nak buat apa pulak? Eliza... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 5
Oleh : ANIRALIZA “Engku Faridah, janganlah buat Kak Long macam ni, betullah Kak Long dah setuju kawinkan Eliza dengan Harriez , tapi Kak Long tak setuju jugak kalau dengan tiba-tiba jugak Engku nak suruh mereka bercerai.” Tertahan-tahan suara Mak Long merayu, wajah masam Engku Faridah dipandang dengan penuh sayu. “Kak Long, kenapa pulak nak pusing-pusing cerita ni? Dulu kita dah janji... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 4
Oleh : ANIRALIZA Sebenarnya engkau masih kusayang.. biarpun tak dapat bersama. Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu.. Ingin kuluahkan rasa di hatiku .. sudikah mendengarnya…??? Shahrul Harriez meraup mukanya sambil mengeluh perlahan. Sungguh dia begitu rindu . Rindu pada Eliza yang jauh. Kenapa hati begitu merindui dia? Sudah jauh beribu batu tapi kenapa dia terasa begitu dekat di hati.? Eliza..... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 3
Oleh : ANIRALIZA Peristiwa petang tadi memang betul-betul buat Eliza sakit hati. Dia balik ke rumah tanpa sedikit pun memberitahu Mak Tok. Biarlah, biarkan seluruh keluarga Shahrul Harriez tu tau yang mereka berdua tak ada serasi, macam Tom and Jery. Eh tapi Tom and Jerry tu ada masanya bersahabat jugakkan? Pepatah tak boleh pakai. Sejak lepas isyak Eliza memerap di dalam bilik kecilnya. Malas dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 2
Oleh : ANIRALIZA Shahrul Harriez tak keruan selepas kedua-dua gadis itu berlalu. Serba salah menyelubungi hatinya. Walaupun apa yang dirancang betul-betul keluar dari mulutnya, ternyata dia menyesali setiap patah perkataannya. Menatap wajah Eliza Damia untuk kali pertama benar-benar menggetarkan hatinya. Sungguh, dia terpesona dengan Eliza, sejuk mata memandang Cuma ego yang menggunung tinggi itu yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan ada benci 17
Oleh : Nurfie Bab 17 Aleya menyandarkan badannya di kereta Amir. Mengerling sekilas pada Amir dan Fakhri yang rancak berbual sambil mengamati plan projek terbaru usahasama syarikat mereka. Fakhri dan Amir melangkah menuju ke arah Aleya. Senyum meleret Fakhri kepada isterinya itu.Untung Syafiq cuti hari ni. Dapat juga aku jumpa Aleya. Desis hati kecil Fakhri. Aleya mencebik. Hampir tersembul tawa Amir... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan Ada Benci 1
Oleh : ANIRALIZA “Nurul, tolonglah pandu kereta ni laju sikit, apasal dah macam kura-kura sakit kaki ni. Jarak yang tak sampai 50 kilometer ni dah lebih sejam kau memandu. Ni kalau suruh drive dari Penang ke Johor mau seminggu baru sampai”. “Wah..wah. wah.. banyak kau punya kura-kura, tak Nampak kereta berderet di depan tu? Nak aku redah aje kaki lima ni. Kau yang terlelap dari tadi,... [Teruskan bacaan]
Novel : Jangan ada benci 15, 16
Oleh : Nurfie Bab 15 Hampir tiga minggu Aleya dilayan bak puteri di kediaman Tan Sri Zaid. Serasakan masalah yang menimpanya sudah dilupakan dengan kemesraan yang erat terjalin antaranya dan keluarga majikannya itu. Amir yang dipanggil abang Amir kini juga semakin rapat dengan Aleya. Hanya Zamira yang masih kekok untuk memanggil Aleya dengan panggilan kakak walau hampir saban hari dileteri oleh Puan... [Teruskan bacaan]







