Novel : Kalimah Cinta 30,31,32

28 May 2012 
Kategori: Novel

6,738 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 30 Iman berdiri di situ, di sisi Mitsubishi Lancer berwarna putih miliknya, tersenyum pahit saat melihat aku berjalan perlahan memasuki perkarangan rumah. Jadi benar apa yang kulihat tadi, cuma barangkali Iman yang tidak perasankan aku di tepi jalan tadi. Ya Allah, aku kena kuat ya Allah. jangan tunjuk yang aku lemah pada dia. Air mata ini cuba kutahan semahunya. Aku tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 27, 28, 29

20 May 2012 
Kategori: Novel

3,916 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 27 Berkurung seorang diri di dalam bilik wad itu, hanya membuatkan fikiranku tambah kusut. Sekejap hatiku terkenangkan arwah Safwan, sekejap hatiku teringatkan Iman. Satu-satunya saat yang bisa membuatkan aku lupa pada keduanya adalah di saat aku melelapkan mata. Itu sahaja. ‘Wan, Ila bodoh kan? Sebab masih tak boleh lupakan dia? Ila sayangkan Wan, tapi dia…. dia dah... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 24, 25, 26

16 April 2012 
Kategori: Novel

2,910 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 24 Air mata ini laju menuruni pipiku, aku tidak bisa menyekanya lagi. Berjaga sepanjang malam di sisi Safwan, bukanlah satu perkara yang kuat untuk aku lakukan, namun apabila memikirkan hanya detik ini saja yang tinggal sebelum dia pergi tinggalkan aku, aku gagahkan diri juga untuk menunggu, duduk di sisinya. Ibu Safwan juga ada di sisi, mengusap-usap kepala Safwan dan berbisik... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 22, 23

24 February 2012 
Kategori: Novel

5,836 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 22 Aku berlari ke luar rumah, menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku tidak tahu arah yang hendak kutuju, aku buntu. Wajah ibu dan ayah cuba kucari, namun kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Air mata yang berhamburan tambah mengaburkan pandangan. ‘Ya Allah, kenapa jadi begini Ya Allah…’ perkataan itu kuulang-ulang... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 20, 21

20 January 2012 
Kategori: Novel

3,458 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 20 Aku melabuhkan punggung di atas katilku, terasa lenguh sekali seluruh badanku dek kerana asyik mengemas rumah yang berantakan angkara majlis pertunanganku siang tadi. Dinding bilik aku pandang kosong, cuba memusatkan ingatan pada sesuatu yang aku hampir terlupa. ‘Hadiah Iman!’ saat teringat kembali, aku pantas mengeluarkan kotak hadiah itu dari laci tepi katil itu.... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 19

24 October 2011 
Kategori: Novel

3,027 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Cepatkan pernikahan? Tapi kenapa Ila?” Safwan merenung aku dengan wajah berkerut membuatkan aku segera menggeleng. Langkahku kuatur perlahan berjalan beriringan bersamanya di koridor itu. “Tak ada sebab. Tapi Ila rasa itu yang sebaiknya.” Aku merenung wajah Safwan, memintanya untuk faham walaupun aku tahu dia tidak mengerti tentang apa yang cuba kusampaikan... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 18

17 June 2011 
Kategori: Novel

2,679 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Iman, Sejak kali pertama kita bertemu, saya rasa saya sudah jatuh hati pada awak. Saya bukanlah perempuan tak bermaruah yang tanpa segan silu meluahkan rasa cinta, tapi saya rasa saya dah tak mampu bendung perasaan cinta saya pada awak. Saya tidak mengharapkan balasan dari awak, cukuplah awak tahu yang saya sukakan awak… -Ila-” Surat cintaku yang kukirim pada... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 16, 17

25 February 2011 
Kategori: Novel

2,801 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Bab 16 Aku melangkah perlahan menghampiri rumah Ida, saat itu aku pasti, majlis pertunangan itu telah pun berlansung. Sengaja aku datang lambat sedikit supaya aku tidak terseksa melihat pertunangan itu. Niat hatiku hanyalah sekadar mahu menunjuk muka pada Ida dan Iman. Saat tiba di perkarangan rumah Ida, aku melihat majlis itu begitu meriah. Ramai orang yang sedang makan-makan... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 15

4 February 2011 
Kategori: Novel

1,571 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Pasaraya besar itu penuh dengan pengunjung, namun aku berjalan sendirian menolak troli tanpa mempedulikan keriuhan di situ, bagiku apa yang penting ialah mendapatkan segala keperluan harianku. Saat asyik membelek buku tulis yang ingin kubeli di bahagian alat tulis, seseorang menepuk bahuku. Segera aku berpaling ke arah insan itu. “Doktor Ida!” aku tergamam saat melihat... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 14

21 January 2011 
Kategori: Novel

1,874 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Soalan ni senang je sebenarnya, cuma ayat dia berbelit, sebab tu kita tak faham.” Dahiku berkerut mendengar penerangan Iman saat kami berbincang tentang tugasan yang diberikan Puan Mawar. “Ila tak paham eh apa Iman cakap. Sorry!” Iman tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun. Jantungku bagai terhenti, ada resah dalam dadaku saat melihat senyumannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 13

11 December 2010 
Kategori: Novel

1,802 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Suasana malam itu hening sekali, bukanlah sunyi secara harfiahnya, namun kehadiran Iman di sisiku membuatkan aku merasa seluruh alam menjadi sepi. Cuma sesekali terdengar bunyi deruman kenderaan yang memekakkan gegendang telinga. “Ila…” Iman memecah sepi antara kami, aku bingkas menoleh ke arahnya. “Ada apa?” tombol pintu keretaku sudah kupegang,... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 12

25 November 2010 
Kategori: Novel

1,866 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Aku mendaki anak tangga ke arah kafe yang diberitahu Iman dalam perbualan telefon sebelum ini. Memang niatku untuk bertemunya hari ini bagi membayar hutangku sementelah gaji telah kuperoleh semalam. Mataku meliar mencari kelibat Iman di dalam kafe itu, yang agak sesak dengan pengunjung kerana hari itu ialah hari cuti hujung minggu. Dari satu sudut kafe yang agak tersorok, Iman... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 11

13 November 2010 
Kategori: Novel

1,932 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Ila, nurse kat kaunter tu cakap, Ila tak payah bayar apa-apa, semuanya dah selesai,” Farah yang menguruskan urusanku untuk keluar wad menyampaikan berita itu. Aku tercengang, soal bayaran yang menganggu ketenanganku selama ini tiba-tiba selesai sedangkan aku belum membayar walau sesen dari hampir lima ribu ringgit itu. Baru saja aku terbayang, aku ditahan dari keluar... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 10

29 October 2010 
Kategori: Novel

1,838 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Kamu semua harus membuat tugasan ini secara berpasangan, kamu pilih sendiri pasangan masing-masing, yang penting minggu depan kamu mesti hantar ke meja saya,” Puan Mawar, pensyarah subjek Matematik itu lancar menuturkan kata-kata. Aku jadi tak keruan, dengan siapa pula aku harus berpasangan, Syida pasti mahu berpasangan dengan Farah dan begitu juga sebaliknya. “Puan,... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 9

20 October 2010 
Kategori: Novel

1,753 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Keheningan malam membuatkan aku rasa begitu sunyi. Aku menggagahkan diri untuk bangun, perlahan tombol pintu wadku itu kupulas, lantas aku menjerluskan diri keluar dari wad itu. Bosan sekali berada di situ seorang diri, aku tidak tahu mahu berbuat apa lagi lantas hatiku tekad mahu berjalan-jalan sekitar hospital itu. Badanku yang masih lemah memaksaku berpaut pada palang yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 8

14 October 2010 
Kategori: Novel

1,728 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Aku sendirian di wadku saat itu, tiada siapa yang menjengah kerana waktu melawat sudah tamat dan hanya akan bermula kembali pada pukul empat setengah petang. Jam di tangan kuperhatikan, baru pukul tiga sedangkan aku sudah dipagut kebosanan akibat bersendirian di wad itu. Awal-awal lagi Salima sudah meminta diri untuk pulang, aku tidak mampu menghalangnya pergi kerana dia juga... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 7

7 October 2010 
Kategori: Novel

1,624 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Perlahan aku membuka mata, pandanganku yang masih kabur dapat merasakan bilik itu begitu asing bagiku. Bau ubat begitu kuat menusuk hidung, aku menonyoh mataku supaya jelas pandanganku saat itu. Aku bingkas bangun dari tidurku di atas katil putih itu. “Eh cik, bawa bertenang, badan cik masih lemah, sila baring semula,” seorang jururawat segera membaringkan aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 6

25 September 2010 
Kategori: Novel

1,835 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Farah menghulurkan sekeping gambar padaku, gambar Iman sedang tersenyum manis. “Mana Farah dapat gambar ni? Iman bagi ke?” aku bertanya penuh rasa curiga. “Eh tak adalah, ni Farah dapat masa sama-sama ikut Pertandingan Antara Kolej dulu, seorang kawan Farah ambil gambar Iman, Farah pun mintaklah sekeping,” Farah tersengih. Aku terdiam.... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 5

1 September 2010 
Kategori: Novel

1,958 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana “Doktor Iman… ada apa datang ke mari?” soalku pantas saat memerhatikan dia sudah berdiri tegak dihadapanku. Hati aku berdegup kencang saat Iman memandangku. Sebuah senyuman terukir di wajahnya sebelum dia mengalihkan pandangan ke sekeliling sekolah. Memerhatikan sekitar dengan penuh khusyuk. “Oh, ini rupanya sekolah tempat cikgu mengajar,”... [Teruskan bacaan]

Novel : Kalimah Cinta 4

25 August 2010 
Kategori: Novel

1,729 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Aliesha Kirana Aku berjalan perlahan di koridor, hati ini tidak henti memikirkan Iman dan temannya yang baru kukenali semalam. Ada kesedihan yang kian bertamu dalam hati namun kucuba untuk membuang setiap kesedihan itu dengan meyakinkan hatiku bahawa aku telah redha atas takdir ini. “Ila!” laungan dari jauh itu buat aku tersedar dari lamunan dan segera berpaling. Safwan sedang... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212