Cerpen : Hujan Mencurah Lagi
Oleh : Kayaizzat Kipas terus berputar. Laju dan laju. Tubuhku mula digigit bayu dingin yang muncul tiba-tiba. Dari celahan samar mata,tubuh-tubuh kecil di hadapan aku renung. Semuanya ada 37. Tersenyum dan tersengih macam kerang busuk memandang wajahku. Di tepi pintu kelas,seorang anak kecil yang comel sedang nyenyak tidur dengan mulut yang ternganga besar. Air liur basinya membasahi bibirnya yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 26
Oleh : kayaizzat 26 Telah 2 jam berlalu. Doktor Haiqal dan ahli pasukannya masih lagi belum keluar dari dewan pembedahan. Jiwa Zaky rosak dengan kerisauan yang semakin hilang puncanya. Ke hulu kehilir dia berjalan sekadar untuk menenangkan perasaannya sendiri. Biar jiwanya berombak ganas,tiada apa yang mampu diberikan buat isteri tersayang. Jika Amani berada di hadapannya,sudah lama diusap tangan lembut... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 25
14 February 2012
Kategori: Novel
1,196 bacaan Catat Ulasan
Oleh : kayaizzat Pertemuan 25 Paluan kompang yang bergema di tengah-tengah bendang mengingatkan saat-saat bahagia sewaktu aku dan abang Zaky tersenyum manis di atas pelamin. Betapa indahnya jika hajat dan impian yang sering kecundang,akhirnya dapat ku gengam jua. Wajah kak May May@Afiqah ku pandang dalam-dalam. Entah mengapa di saat dia mengenggam kebahagiaan,hatiku dipagut keresahan. Mengenang kandunganku... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 24
Oleh : kayaizzat “Banyak nya baju ni Zaky……….sapa nak pakainya. Anak ko kan seorang sahaja” Senyuman abang Zaky semakin meleret-leret bila mendengar kata-kata emak. “Ni semua untuk anak-anak kami” “Anak-anak kami?” “Ya mak,anak-anak kami” Mulut emak ternganga besar. Mata emak terkebil-kebil saat memandang wajah abah. “Mulai hari ini,kita perlu... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 14
Oleh : Kayaizzat Bab 14 “Nanti balik kerja I tunggu you depan wad kanak-kanak. Ada banyak benda yang perlu kita selesaikan” Najwa memusingkan kepalanya. Terasa ayat yang baru dituturkan oleh doktor muda itu menguis-nguis hatinya. Lucu bercampur geram kini membaluti perasaannya. “Apa you cakap tadi!!!. bOleh ulang” “Nanti balik kerja I tunggu you depan wad kanak-kanak.... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 23
Oleh : kayaizzat 23 Mampukah aku “Mak…malam tadi Amani mimpi,Amirul datang dengan senyuman yang manis. Dia mengajak Amani pergi mengikutnya” Kata-kataku terhenti begitu sahaja. Emak merenung wajahku dalam-dalam. Aku tahu,diwajah emak ada segugus kebimbangan. Memang benar,Amirul pernah mengukir cinta dalam hatiku suatu waktu dahulu,tapi sejak kehadiran abang Zaky,aku telah mengikhlaskan... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 22
Oleh : kayaizzat 22 Biarlah Rashia “Tahniah” “Untuk apa” Aku memandang wajah suamiku. Seakan ada segaris kebimbangan yang melintang di dahinya. “Tahniah untuk apa Hana” “Tak lama lagi,you akan mendapat baby Zaky” Mulut abang Zaky terbuka luas,namun aku tahu…jauh disudut hatinya ada bunga keriangan yang mekar menghiasai taman hatinya. Aku bangga kerana... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 13
Oleh : Kayaizzat Bab 13 “Amboi,bukan main lagi senyuman tu!!!” Wajah Najwa ku pandang seketika. Satu persatu teman-teman jururawatnya ku amati . Sememannya jururawat yang berada di hadapanku kini amat manis-manis belaka. Sejujurnya,aku kagum dengan penampilan mereka,tetap ayu dan sopan biarpun tidak berpakaian uniform seperti selalu. “Pandai betul ko simpan pakwa hensem ya Najwa.... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 12
Oleh : Kayaizzat BAB 12 “Kita balik je Aiman. Tak sanggup Najwa” Aku cuba memujuk Najwa agar menuruti permintaanku. Biarlah apa yang terjadi,aku pasrah pada ketentuannya. “Untuk kali ini sahaja. ..malu pulak kalau abang datang seorang. Ada awek cun yang berkebaya cantik,tapi tak sudi berjalan bersama. Kecik hati abang tau….” Najwa memukul badanku dengan beg tanganya,namun... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 11
5 August 2011
Kategori: Novel
1,009 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Kayaizzat Bab 11 “Sanggup?” Najwa mengulangi pertanyaan itu berulang kali. Ya…aku tahu,hatinya amat berat menerima permintaanku. Ada serelung keresahan bersinar di wajahnya. Dahi Najwa berkerut seribu,matanya tak lepas merenung wajahku. “Dahlah Aiman….Najwa tak sanggup?” “Sekali sahaja. Untuk kali ini. Najwa sahaja harapan Aiman!!!” “Najwa dah katakan... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 10
Oleh : Kayaizzat Bab 10 “Apa lagi yang awak tak puas dengan saya!!!!!!!!!!!” “Dengar dulu penjelasan saya. Tak adil awak buat saya macam ni” Irdina memandang wajah Najwa dengan renungan yang amat tajam. Najwa menahan rasa marahnya kerana diperlakukan seperti anjing kurap. “Sudahlah,jangan buang masa saya. Tunang saya yang “alim” sedang menunggu saya. Tak payah... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kerana aku seorang guru
Oleh : kayaizzat Hari ini genap setahun aku di daerah baru. Bererti sudah setahun juga perasaanku tersalai layu demi anak bangsa tercinta. Segalanya telah aku korbankan untuk mereka. Seluruh jiwa raga turut ku tumpahkan pada dunia yang semakin beranjau dan berliku. Alangkah bahagianya,jika aku seperti mereka,menadah pemikiran demi sesuap ilmu. Tidak perlu merasa amarah,tidak perlu memerah pengorbanan,tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 21
Oleh : kayaizzat Hangatnya Kasihmu Suasana hingar jelas kedengar di telinga ku. Dadaku kian berombak saat gelak tawa yang tercipta menghentak-hentak jantungku. Riuh rendah suara kanak-kanak membuatkan jantungku kian tak karuan. Suara Kak Long yang nyaring seperti petir membelah bumi ,seakan menikam-nikam hatiku. Saat ini,perasaanku bercampur baur antara gembira dan takut. Dari rekahan dinding,ku perhatikan... [Teruskan bacaan]
Novel : Seandainya kasih berbunga lagi 2
5 January 2011
Kategori: Novel
255 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Izzat K@kayaizzat Bab 2 8 Oktober 1988. Johor Bahru-Muar “Aida,apa yang boleh I katakan pada you,berserah sahaja pada Allah. Hanya Allah yang mampu menentukan nasib Luzman. Dari pemerhatian I,kanak-kanak ini telah mengalami pengalaman yang cukup memeritkan. Hakikatnya memang dia telah sedar,tapi you harus faham, terlalu banyak memorinya telah hilang. I sendiri tidak dapat meramal apa kesudahan... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 9
Oleh : Kayaizzat Bab 9 Irdina memandang wajahku dalam-dalam. Dapat ku lihat wajah cerianya sebentar tadi berubah tiba-tiba. Aku telah bersedia dengan segala kemungkinan. Harapanku Cuma satu,Irdina membuka kembali hatinya untuk aku. Perit ditinggalkan Irdina terlalu berat untuk ku tanggung. Irdina mencapai balutan hadiah pemberianku dan Munirah. Hatiku berbunga riang. “Apa ertinya hadiah sebanyak... [Teruskan bacaan]
Novel : Mencantum harapan 2
5 October 2010
Kategori: Novel
242 bacaan Catat Ulasan
Oleh : kayaizzat Bab 2 “Salam perkenalan. Saya Mira Safinas Binti Azman”. Gadis manis yang bernama Mira menghulurkan tangannya padaku,namun aku tidak punya perasaan mahu melayan kemesraan gadis itu. “Kalau Iza perlukan apa-apa,bolehlah beritahu Mira. Bilik Mira ada kat hujung blok sana”. Aku semakin benci mendengar kata-kata mesra dari Mira. Bila ku renung wajah Mira,serta... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 8
Oleh : Kayaizzat “Sampai hati abang buat Irdina macam ni!!!!. Abang tahu tak…separuh mati Irdina menyintai abang,tapi perlakuan abang buat Irdina hilang seluruh kepercayaan yang selama ini Irdina berikan. Tergamak abang buat macam tu dekat Irdina. Bukan main mesra lagi dengan perempuan gedik macam tu!!!!!!!!!!!” Air mata ku seakan mahu tumpah di pipi. Tidak diduganya,Irdina hilang kesabaran... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kerana sumpah
Oleh : kayaizzat Saat Keinsafan Bertandang “Itupun tak reti-reti!!!!!!!!!!!!!!!”. Jantungku seakan tertanggal dari kelopak dada saat mendengar suara Cikgu Gayah. “Awak ingat…………hensem sangat muka awak,sampaikan apa yang saya cakapkan pada awak,awak buat endah tak endah. Jangan ingat saya takut kat awak. Kalau takat muka macam awak ni,……sikit pun saya tak heran!!!!!!!!!”. Apa... [Teruskan bacaan]
Novel : Erti Kasih 7
28 August 2010
Kategori: Novel
508 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Kayaizzat Bab 7 “Maaf……..cik,kami dapati hati cik Munirah tidak sesuai dengan hati cik Aimi” Tubuh Munirah segera ku dakap. Aku tahu,berita yang baru menerobos gegendang telinganya sebentar tadi telah membuatkan hati Munirah bagaikan kaca terhempas ke batu. “Sabarlah dik………….mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Apa yang penting kita sentiasa mendoakan yang terbaik... [Teruskan bacaan]
Novel : Pertemuan 20
Oleh : kayaizzat Saat yang manis Aku memandang sekeling rumahku. Terasa segalanya amat manis sekali. Langsir hijau pucuk pisang pemberian Anisah sepupuku tersenyum indah menanti kehadiran Imam Basri dan keluarganya. Di sudut ruang tamu,tersergam megah kelopak mawar hasil ciptaan Kak May May. Entah mengapa hatiku semakin sebak saat menatap segala bentuk perhiasan. Biarpun kenangan dulu telah hilang... [Teruskan bacaan]







