Novel : Kemarau Kasih 25
Oleh : IDA RIYANA 25 “ASSALAMUALAIKUM!!!” Azam dan Hanis Aqilah sudah terpacak di depan rumah Haji Ahmad dan Hajah Hasimah. Mereka berdua member salam berulang-ulang kali tetapi tiada suara yang membalas salam mereka berdua. Hanis Aqilah meninjau-ninjau sekeliling rumah orang tuanya, nampak banyak yang sudah berubah dan banyak benda bertambah terutama sekali kolam ikan ayahnya. Azam menghampiri... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 24
Oleh : IDA RIYANA 24 “TOLONG datang ke wad kecemasan sekarang jugak hospital SJMC- RAZLAN.” “Kenapa pulak dengan Razlan ni?” Amir Fikry menyoal dirinya sendiri. Amir Fikry melihat jam di dinding, jarum pendek menunjuk ke angka 4 manakala jarum panjang tegak ke angka 12. ” Gila apa pagi-pagi macam ni aku nak ke hospital sorang-sorang! Kecemasan apa sampai tak menyempat... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 23
Oleh : IDA RIYANA 23 “CERAIKAN aje dia tu, menyusahkan aje! Bukan ke you tak cintakan dia?” bulat mata Sarah merenung wajah Azam. Azam yang sedang duduk menonton tv di ruang tamu terkejut melihat Sarah yang tiba-tiba sahaja melenting tidak tentu pasal. Azam hanya diam sahaja malas dia hendak melayan perangai Sarah itu. “Hey! You dengar tak apa yang I cakap?” Sarah tiba-tiba... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 22
Oleh : IDA RIYANA 22 “Azam, I nak you tidur sini malam ni,” rengek Sarah. “Tak boleh…nanti dia orang syak pulak!” ujar Azam lembut. “Hanis dah sihat, kan? So apa lagi yang dia nak?” Sarah semakin bengang. “Hanis memang dah sihat tapi, dia perlukan I” jelas Azam. “You selalu macam ni tau! Dah dua bulan you tak datang sini, bagilah I lepaskan rindu... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 21
Oleh : IDA RIYANA 21 “MAAFLAH, datang tak bagitahu kau terlebih dulu,” ujar Razlan meminta maaf. “Tak apa, kau apa khabar?” soalnya sambil berjabat tangan. “Alhamdulillah, sihat. Kau? Aku tengok macam tak sihat aje,” serkapnya. “Aku sihat cuma, ada gangguan sikit aje.” “Kau ni Amir, masih tak dapat terima lagi ke?” soal Razlan. “Susah... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 20
Oleh : IDA RIYANA 20 AZAM tidak pernah menepati janjinya terhadap Sarah. Sarah berang dan bengang. Dia mundar-mandir di ruang tamu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia menarik-narik rambutnya sehingga gugur. Hatinya marah bukan kepalang mahu sahaja dia menemui Azam di rumah orang tua Azam. Telefon bimbit di atas meja kopi dilirik dengan hujung anak matanya. Sepantas kilat... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 19
Oleh : IDA RIYANA 19 HANIS Aqilah telah sembuh cuma kakinya sahaja yang masih tidak boleh berjalan dengan betul masih tempang dan dia memerlukan rawatan susulan di hospital. Tongkatlah teman setianya, tempatnya bergantung untuk berjalan. Sesekali dia akan menggunakan kerusi roda untuk bersiar-siar di taman setiap petang dan menghirup udara segar. Setakat ini Azam adalah orang yang paling setia... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 18
Oleh : IDA RIYANA 18 “YOU jangan ingat I lupa dengan janji-janji you! Sekarang ni dah tak nak datang sini lagi dah melekat kat rumah dengan perempuan tu. You ingat ya, I boleh buat apa yang I nak.” “Cuba you fikir Hanis sakit sekarang ni, dia perlukan I! She is my wife okay!” lantang suara Azam waktu itu. “Your wife? Dulu you cakap tak akan pernah mengaku dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 17
Oleh : IDA RIYANA 17 TATKALA kaki melangkah masuk ke ruang kamar, tiba-tiba hati menjadi sayu dan hiba. Suasana dalam kamar 541 benar-benar menginsafkan sesiapa yang melihatnya. Keadaan pesakit yang berbalut dari paras kepala hingga ke bawah. Yang kelihatan hanyalah wajahnya sahaja yang tidak berbalut. Puan Salmi, Encik Farid serta Mak Esah menerpa ke arah tubuh yang berbalut putih dan terlentang... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 16
Oleh : IDA RIYANA 16 “SARAH, dengar dulu penjelasan dari I! Janganlah tuduh I yang bukan-bukan. Sarah!” Azam cuba untuk memujuk. “Pergi!!!” ujarnya sambil membaling bantal kusyen ke arah Azam. Azam datang menghampiri Sarah yang sedang merajuk. Tangan Sarah diraih lembut lalu dikucup. “Sarah, I betul-betul minta maaf pasal semalam. I tak berniat nak... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 15
Oleh : IDA RIYANA 15 “MAKAN ubat tu…macam mana nak baik kalau tak makan ubat. Inilah penangan orang degil. Saya dah cakap jangan pergi, nak jugak pergi jumpa anak awak yang sorang tu. Tengok, apa dah jadi sekarang?” bebel Haji Ahmad. Hajah Hasimah yang terbaring di ruang tamu hanya memerhatikan sahaja suaminya membebel. Cakap suaminya langsung tidak diendahkannya. Ubat-ubat... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 14
Oleh : IDA RIYANA 14 TEPAT pukul sembilan pagi Haikal sampai di rumah Haji Ahmad. Dia melangkah keluar dari kenderaannya yang di parkir di bawah pokok rambutan gading di depan rumah. Kelihatan olehnya Haji Ahmad yang sedang terbongkok-bongkok mencabut anak pokok kacang panjang di bawah pokok kelapa. Benaknya sedang bersoal jawab sendirian apabila melihat Haji Ahmad berpakaian biasa seperti... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 13
Oleh : IDA RIYANA 13 DARI jauh sudah kelihatan senyuman Zaki tergaris pada bibir nipisnya. Anak muda tinggi lampai kacukan Arab sebelah bapanya itu tampak kacak walaupun hanya mengenakan T’shirt dan Jeans sahaja. Belum berkahwin tetapi matang dalam serba-serbi. Ramai kawan kerana keramahannya. Anak muda itulah tempat Azam meluahkan perasaannya sekali-sekala apabila menemui jalan buntu. Zaki... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 12
Oleh : IDA RIYANA 12 “JANGAN lupa call aku bila sampai kat sana nanti,” ujar Razlan menepuk bahu Amir Fikry sahabatnya. “Insya-ALLAH,” ujarnya sambil memasukkan beg ke tempat duduk belakang. Rozana yang sedari tadi hanya berdiri di muka pintu tidak berkata sepatah pun hanya matanya sahaja yang memainkan peranan. “Nana, nak ikut abang?” pelawa Amir... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 11
Oleh : IDA RIYANA 11 “HANIS, tak balik ke Simah? Bukan ke sekarang ni cuti sekolah. Marah lagi ke dia pada saya? Awak dah telefon dia beritahu yang saya sakit?” tiba-tiba sahaja Haji Ahmad bertanyakan tentang anaknya yang seorang itu. “Saya tak fikir yang dia masih marahkan awak. Berulang kali saya telefon ke telefon bimbitnya, ada suara yang bagi tahu nombornya dah tak digunakan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 10
Oleh : IDA RIYANA 10 “ABANG, boleh tak Hanis balik rumah ibu?” Hanis Aqilah memberanikan diri minta kebenaran untuk pulang ke rumah orang tuanya. Mata Azam mencerlang memandang tepat ke wajah isterinya. Keningnya kelihatan bergerak-gerak, menahan marah barangkali. Hanis Aqilah tunduk merenung permaidani berbunga-bunga merah di hujung kakinya. Tidak sanggup rasanya hendak menentang... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 9
Oleh : IDA RIYANA “DOKTOR!!! Tolong! Tolong saya!” Amir Fikry menjadi cemas dia meminta pertolongan dari pengawal yang bertugas di pintu masuk wad kecemasan. Seorang pengawal keselamatan datang membawa sebuah kerusi roda untuk kegunaannya. Orang ramai yang berada di situ memandang ke arahnya yang kelihatan panik itu. Dia mendaftarkan nama di kaunter kecemasan. “Encik duduk... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 8
Oleh : IDA RIYANA 8 “KENAPA walid dan ummi merahsiakan perkahwinan Hanis Aqilah daripada pengetahuan Haikal? Walid dan ummi memang tak sayangkan Haikal. Mengapa biarkan Pak Cik terima pinangan dari orang lain? Kenapa walid tak tegah Pak Cik?” pertanyaan demi pertanyaan menerjah di masuk ke gegendang telinga mereka berdua. Sudah mereka jangka akan beginilah jadinya kelak. Mereka... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 7
Oleh : IDA RIYANA 7 “DAH lama benar Hanis tak balik ke sini, ya bang. Apalah khabar dia kat sana. Kenapa Hanis tak telefon kita bang? Dia sakit ke? Atau dia masih marahkan awak?” hati tuanya merintih bimbang. Haji Ahmad menoleh memandang wajah isterinya yang penuh tanda tanya itu. “Marahkan saya? Benda dah lama berlalu…masih ada lagi ke dendamnya pada saya?” ... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemarau Kasih 6
Oleh : IDA RIYANA 6 ” APA? Nak pindah!” mamanya terkejut seraya melabuhkan punggung lebarnya ke kerusi kayu jati di beranda. “Kat sini tak selesa ke, Azam?” sambungnya lagi. Azam hanya tunduk merenung hujung kakinya. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya memandang tepat ke wajah mamanya yang sedang berkerut seribu itu. Dia tahu keputusan untuk berpindah akan membuatkan mamanya... [Teruskan bacaan]







