Novel : Khilaf Semalam 41
Oleh : Far Away (Pena Biru) 41 Debaran menjadi pengantin buat kali kedua mula menyelubungi Hasbul Warits. Semakin dia cuba tenangkan diri semakin parah dia rasakan. Semalam, Liyana Balqis menemaninya tidur seperti biasa tetapi isterinya lebih banyak berdiam diri dari berbicara. Mungkin mula merasakan debaran sepertinya. Pasti ada suatu perasaan lain sedang mengganggu isterinya. Sekejapnya sudah tiga... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 39, 40
Oleh : Far Away (Pena Biru) 39 Bukan niatnya hendak melambatkan masa. Bukan sengaja dia lewat tiba. Bermula dengan kegembiraan yang teramat selepas mengetahui suaminya sudah sedarkan diri, Liyana Balqis bergegas pulang ke kampung. Mujurlah segala persiapan sudah dia lakukan terlebih dahulu, jadi tidaklah dia terkejar-kejar menghambat masa. Sepanjang perjalanan pulang walaupun sudah selalu dia lalui... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 37, 38
Oleh : Far Away (Pena Biru) 37 Semalaman Liyana Balqis bermalam di hospital. Sengaja dia mengambil peluang ini untuk bersama suaminya. Ibu dan ayah disuruh pulang untuk berehat. Sementara dia masih ada di sini biarkan sahaja dia yang mengambil alih tugas menjaga Hasbul Warits. Lagipun telah lama dia mengabaikan suaminya. Kehadiran Ruby Hani tidak menggugat kedudukannya kerana dia lebih layak berada... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 35, 36
Oleh : Far Away (Pena Biru) 35 Wajah lesu Liyana Balqis ditatap pilu. Selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, Ziky dan Shiqa tergamam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing-masing terdiam tidak bersuara walaupun sekadar berdehem. Sehinggakan doktor juga hairan melihat reaksi mereka. Ziky meraup wajahnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya dengan suara doktor lelaki tadi. “Maaf... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 33, 34
Oleh : Far Away (Pena Biru) 33 Sebak. Air mata Liyana Balqis laju sahaja mengalir di pipi tanpa disedarinya. Dia menangis. Sekelip mata kebahagiaannya lesap begitu sahaja. Hatinya sakit apabila melihat dengan matanya sendiri. Hampir sahaja dia terduduk apabila melihat aksi mesra pasangan ini. Adegan suap menyuap di dalam restoran McDonalds menyebabkan kaki Liyana Balqis kaku tidak mampu bergerak. Zicts... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 31, 32
Oleh : Far Away (Pena Biru) 31 Hari minggu menjelma lagi. Awal pagi Liyana Balqis sudah mengejutkan Zicts dan Aisyah. Dia mengajak mereka pulang ke kampungnya. Tanpa dirancang, mereka bertiga bertolak ke kampung Liyana Balqis sebaik sahaja bersarapan. Tanpa pengetahuan Hasbul Warits, dia telah menyuruh adiknya mengambil Irfan dan Aulia dari rumah Puan Wafa. Sebaik sahaja tiba di kampung, Liyana Balqis... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 29, 30
Oleh : Far Away (Pena Biru) 29 Semester terakhir Hasbul Warits sudah berlalu. Sebaik sahaja menyempurnakan latihan industri sekarang Hasbul Warits sudah pun menyelesaikan pengajian tahap diplomanya. Hari ini, di bulan Ogos dengan rasminya Hasbul Warits sudah bergelar graduan. Majlis konvokesyen yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre dihadiri oleh ibu dan ayah. Liyana Balqis termenung... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 27, 28
Oleh : Far Away (Pena Biru) 27 Beg digalas, kemudian segera menyarungkan kasut pula. Selepas mengucapkan selamat jalan kepada teman-teman sebilik, Liyana Balqis bergegas keluar. Sebentar lagi Hasbul Warits akan sampai, dia tidak mahu lelaki itu menunggunya. Apatah lagi mereka perlu memastikan tiada sesiapa melihat mereka menaiki motosikal bersama. Rahsia mereka mesti dijaga rapi. “Libby, nak... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 25, 26
Oleh : Far Away (Pena Biru) 25 “Kenapa dengan Qiss ni?” “Kenapa apa?” Hasbul Warits gigit bibir. Sudah dua hari dia berada di kampung tetapi isterinya masih belum menunjukkan rasa ingin berbaik semula selepas perselisihan faham. Liyana Balqis sering mengelak jika suaminya mahu berborak. Tatkala malam tiba, sengaja dia menyibukkan diri dengan anak-anak. Suaminya langsung tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 23, 24
Oleh : Far Away (Pena Biru) 23 Keletihan setelah berjalan hampir satu jam. Termengah-mengah Hasbul Warits dibuatnya. Tiada sebuah kereta pun yang lalu lalang. Apabila ada kekuatan dia akan berlari, jika sudah habis kudratnya dia akan berjalan kembali. Tinggal tidak jauh jarak ke rumah Cikgu Luth Bakri. Entah kenapa seawal ini tiada orang yang lalu lalang. Mungkin inilah balasan kepadanya. Baju yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 21, 22
Oleh : Far Away (Pena Biru) 21 Hari terakhir di kampung, Hasbul Warits sengaja bermalas-malasan di atas katil. Dia mahu bersama isterinya sahaja. Tubuh wanita itu langsung tidak mahu dilepaskan. Mahu tidak mahu, Liyana Balqis terpaksa mengalah. Dia menemani suaminya di dalam bilik. Berbual panjang. Bermanja-manjaan. Malam ini, suaminya akan pulang ke kolej. Malam ini juga dia akan kembali ke rumah... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 19, 20
Oleh : Far Away (Pena Biru) 19 Pusat sumber yang lebih dikenali dengan RC dikalangan pelajar universiti teknikal ini lengang, masih pagi dan kebanyakan pelajar sedang menghadiri kuliah. Hanya beberapa kerat sahaja yang menghabiskan masa di gedung ilmu ini. Walaupun saiznya tidaklah seluas pusat sumber universiti lain, tetapi terdapat pelbagai jenis buku yang diperlukan oleh pelajar di sini. Sejak dibuka,... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 17, 18
Oleh : Far Away (Pena Biru) 17 Sebaik sahaja tiba ke kediaman Cikgu Luth Bakri, Liyana Balqis mematikan enjin kereta. Tidak sangka bapanya memberi kebenaran kepada Lisa Diana yang masih tiada lesen untuk menjemput dia dari kediaman keluarga Tuan Hazmi. Penjelasan Lisa Diana adalah, bapanya telah membaca sms mereka lalu memberi keizinan untuk memandu kereta dengan bersyarat, apabila pulang Liyana Balqis... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 15, 16
Oleh : Far Away (Pena Biru) 15 Hari ini sudah genap sebulan Hasbul Warits tidak bertemu dengan isterinya. Hanya email dan telefon yang menjadi penyambung kasih antara mereka. Hampir setiap malam lelaki itu menghubungi isterinya. Setiap kali di talian, pasti mengambil masa yang panjang untuk bercerita kitaran hidupnya tanpa insan istimewa dalam hidupnya. Kadang-kadang melalui email, dia akan menghantar... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 13, 14
Oleh : Far Away (Pena Biru) 13 Sejak peristiwa memalukan di rumah Atiqah, Liyana Balqis lebih suka menyendiri di dalam rumah. Tidak keluar walaupun ke halaman rumah. Dia sugul. Sudah jarang berbual. Lebih suka berdiam diri. Puas Hasbul Warits memujuknya tetapi tetap sama. Ada sesuatu yang masih berbuku di hatinya tetapi dia tidak mampu hendak menghuraikannya. Setiap kali melihat wajah suaminya dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 11, 12
Oleh : Far Away (Pena Biru) 11 Liyana Balqis tersenyum sendiri sambil meraba lehernya. Hadiah pemberian suaminya petang tadi telah memberikan dia semangat baru. Mungkin ini belum menjawab persoalan dalam hatinya, tetapi sudah cukup untuk memuaskan hati buat sementara waktu. Serta merta alahannya hilang. Hairan. Sejak memakai rantai ini dia tidak mengalami muntah-muntah. Berhati-hati dia melangkah ke... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 9, 10
Oleh : Far Away (Pena Biru) 9 “Abang jangan laju sangat. Selekoh umah Atiqah tu terlindung. Tak pasal-pasal kena patah balik karang.” Ujar Liyana Balqis. Hasbul Warits memperlahankan motosikalnya. Matanya memerhati simpang masuk ke rumah Atiqah. Kedudukan rumah berhampiran simpang tiga yang berselekoh agak sukar untuk dilihat. Malah ramai yang tidak tahu itu adalah simpang tiga jika tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 8
Oleh : Far Away (Pena Biru) 8 Tiga hari dua malam berkhemah sudah mencukupi. Pelbagai aktiviti dapat mereka jalankan. Yang pasti mereka berpuas hati dengan pecutian sederhana ini. Tidak banyak menggunakan wang malah dapat menikmati betapa indah dan nyamannya khazanah alam yang semakin banyak sudah dicemari. Sekurang-kurangnya mereka masih dapat menemui kawasan rekreasi yang sesuai untuk menenangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 7
Oleh : Far Away (Pena Biru) Cahaya bulan menemani Liyana Balqis. Air yang mengalir bagaikan memahami akan perasaan hatinya. Sesekali aliran air yang laju tidak, perlahan pun tidak mengusik hatinya. Angin malam yang bertiup bagaikan memahaminya. Liyana Balqis memeluk tubuh. Perlahan-lahan kakinya menyusun langkah menuju ke longgokkan batu besar untuk berlabuh seketika. Bersendirian di malam sunyi langsung... [Teruskan bacaan]
Novel : Khilaf Semalam 6
Oleh : Far Away (Pena Biru) 6 Angin malam bertiup lembut, mendendangkan lagu sayu. Sayup-sayup kedengaran burung hantu berlagu rindu. Cahaya bulan menyapa bintang di langit luas. Indah. Suasana malam yang gelap disimbah cahaya sang bulan. Bintang seolah-olah berkelip di atas sana, menghiburkan mata-mata yang melihatnya. Unggun api galak menyala. Dingin malam dihindarkan dengan unggun api yang gah menyala.... [Teruskan bacaan]







