Novel : Kisah Si Pelaut 27
24 April 2012
Kategori: Novel
421 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 27 Aidil Fitri 1996. Suasana di pagi raya itu sungguh indah sekali. Perasaan gembira jelas terpancar di wajah masing – masing. Gembira meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga dan nafsu. Hari kemenangan yang senantiasa dinanti – nantikan oleh Umat Islam di seluruh dunia. Hari cuti umum pula bagi seluruh rakyat Malaysia. Azman mengenakan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 26
16 April 2012
Kategori: Novel
213 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 26 Di pagi yang hening itu, di dek kelihatan Chief Officer dan beberapa krew sedang sibuk mengemas sisa – sisa kebakaran semalam. Bahagian dek kelihatan penuh dengan bekas – bekas karbon dan kesan jelaga. Pintu kontena yang terjatuh semalam telahpun mereka alihkan ke tepi. Kelihatan kontena berisi gelungan kain sutera yang dibawa dari Cina habis hangus... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 25
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 25 Selepas solat Aidil Fitri, mereka semua ke bilik makan. Sayu jer takbir yang mereka bacakan tadi. Silap – silap boleh tangkap nangis wo! Semua kelihatan segak dengan baju melayu. Ada yang siap bersampin songket lagi. Yela, raya setahun sekali. Sesekali melaram apa salahnya. Pelbagai juadah sedia menanti. Nasi himpit, kuah kacang, rendang, mee goreng dan macam –... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 24
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 24 Azman membuka mata perlahan – lahan. Dia sudah berada di dalam hospital di dalam kapal. Di sebelahnya ada Amir yang setia menemaninya sepanjang dia pengsan. “Aku kat mana ni Mir?” Azman bertanya lesu. Kepalanya masih sakit. Mukanya berkerut – kerut menahan sakit. Di lengan tangan kanannya telah di cucuk dengan jarum. Kelihatan botol air tergantung... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 22
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 22 Tepat jam 7.30 pagi, keretapi berhenti di stesen terakhir. Stesen Tanjong Pagar. Satu – satunya stesen kepunyaan Keretapi Tanah Melayu. Warisan yang tak ternilai. Mudah – mudahan warisan ini terus wujud untuk tatapan generasi yang akan datang. Biarlah mereka tahu akan kehebatan Keretapi Tanah Melayu merentasi tambak Johor sehingga ke Tanjong Pagar. ... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 21
22 February 2012
Kategori: Novel
156 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 21 Keretapi Tanah Melayu meluncur laju di atas landasan membelah kepekatan malam. Membawa penumpang ke pelbagai destinasi di sepanjang laluan. Membawa sekeping impian seorang insan di dalamnya. Impian yang tak pasti namun itulah realiti yang akan dihadapi. Malam yang sunyi dan sepi. Bintang – bintang kelihatan bertaburan di angkasa. Sang rembulan berselindung di balik... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 20
13 February 2012
Kategori: Novel
252 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 20 Yahoooooooo..! “Mak oh mak. Ayah!” Azman berlari mendapatkan ke dua orang tuanya. Surat yang baru dibaca tadi digenggam erat. Mula – mula macam tidak percaya sahaja. Setelah diulang dua kali baru dia melonjak kegembiraan. Tak sabar rasanya dia nak mekhabarkan berita gembira ni. Manalah pulak orang tua ni? Pergi dating kot! Tak kanla, pagi lagi... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 19
19 January 2012
Kategori: Novel
260 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 19 Azman membelek – belek beberapa keping pos kad yang tersusun di hadapannya. Dia berkira – kira dalam hati. ‘Satu nak hantar kat mak dan ayah. Satu lagi nak bagi kat Kak Long. Satu lagi nak bagi … Siapa lagi yek? Tak kan Midi pulak. Siti…..Hmmmm menarik jugak tu!’ Dia tersenyum sendirian. “Woi cepatlah! Aku nak bawak kau ke... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 18
1 January 2012
Kategori: Novel
264 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 18 “Kau siap nak pergi mana ni Man?” Tanya Hamidi hairan melihat adik bongsunya berkemeja biru dan beseluar slack hitam. Smart! Dia terus berbaring di atas katil. Kepenatan selepas membantu emaknya di dapur. Maklumlah, di rumah ini bukannya ada adik perempuan. Jadi, tugas membantu emak di dapur adalah menjadi kewajipan dia dan Azman jika ada kelapangan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 17
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 17 M.V. Kemboja telahpun memasuki perairan Hong Kong. Azman dan Amir diarah memasang tangga pandu atau pilot ladder di sebelah starboard. Sesuatu yang baru bagi Azman. Semasa belayar keluar dari Singapura dia bantai tido! Bila pilot hendak turun, nasib baik Bosun ada membantu Amir memasang tangga pandu. Memandangkan Azman masih baru, jadi dia hanya mengikut sahaja... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 16
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 16 Keretapi meluncur laju melalui kawasan ladang yang luas. Rumah – rumah penduduk di sini dibina agak jauh antara satu sama lain. Kelihatan rumah mereka sebijik macam yang terdapat di Bukit Fraser. Kelihatan asap berkepul – kepul keluar dari serombong asap yang dibina tinggi daripada batu bata. Gunung – ganang yang menghijau kebiruan nampak... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 15
25 November 2011
Kategori: Novel
434 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 15 “Woi! Buat apa? Beranganlah tu.” Tiba – tiba sahaja Amir menjengah di muka pintu bilik tanpa memberi salam. Azman agak terperanjat sedikit dengan sergahan rakan barunya itu. ‘Apalah budak ni, kot iyapun bagila salam dulu. Tak ada kesopanan dan kesusilaan betul la!’ Azman yang baru hendak menulis diari terus terbantut. Dia terus... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 14
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 14 M.V. Kemboja sarat dengan muatan kontena. Dengan kelajuan 18 batu nautika sejam ia membelah laut Cina Selatan yang membiru. Ketenangan jelas kelihatan. Luas mata memandang. Pelabuhan Tanjong Pagar, Singapura telah lama ditinggalkan. Begitulah rutin di pelabuhan. Kapal – kapal dagang datang dan pergi. Pelabuhan yang menjadi sumber pembangunan Singapura... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 13
4 November 2011
Kategori: Novel
222 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 13 Tepat jam 1.00 petang Azman sampai di anjungan yang juga di panggil bridge. Termengah – mengah dia memanjat anak – anak tangga kapal setinggi 6 tingkat itu. Baru lepas makan tengah hari, panjat pulak tangga. Hongeh perut den! Sampai di muka pintu, Azman memberi salam. “Assalammualaikum?” Azman termengah – mengah. Di dalam bridge... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 12
21 October 2011
Kategori: Novel
336 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 12 Trrrrrrrrr…!Trrrrrr…!Tongg…!Tongg…!Trrrrrrrr…! Bunyi ketukan chipping hammer dan mesin pengetuk karat silih berganti. Hingar – bingar! Masing – masing asyik mengadap dek yang dipenuhi karat. Azman turut mengikut rentak mereka. Bingit di telinga tak payah ceritalah. Nasib baik ada ear muff. Kalau tak, boleh bergegar kepala otak.... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 11
14 October 2011
Kategori: Novel
168 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 11 Azman terasa seperti bermimpi. Betulkah aku ada kat atas kapal ni? Dia bangun dan duduk di sisi katil. Tidurnya malam tadi tidak berapa lena. Maklumlah hari pertama tidur di kapal di tambah pula dengan kejadian semalam. Kejadian yang tak akan dilupakan olehnya sampai bila – bila. Macam manalah aku boleh tertidur pulak? Hari pertama bekerja sebagai kelasi... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 10
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 10 Pagi itu seperti biasa Azman dan Amir bekerja di atas dek. Hari ni dia dan Amir ditugaskan untuk memindahkan pam air dari stor di bahagian belakang ke stor depan. Cuaca pagi itu terang menderang. Laut kelihatan bagitu tenang sekali. Hanya kelihatan riak – riak kecil namun bahang mentari masih tetap terasa . Kelihatan burung – burung camar berterbangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 9
29 September 2011
Kategori: Novel
181 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 9 Hos yang memancutkan air berhalaju tinggi itu dihalakan ke atas dan ke bawah mengikut arahan Malim Satu. Kejap dalam genggaman Azman. Overall yang dipakainya sudah basah lencun bercampur peluh yang mengalir deras. Sederas air pili yang mengalir memadamkan kebakaran. Sebagai Kumpulan Attack Party dan berada di barisan hadapan, sedikitpun tidak mematahkan semangatnya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 8
22 September 2011
Kategori: Novel
176 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 8 Hujan turun mencurah – curah membasahi bumi. Awan gelap gelita. Guruh berdentam – dentum di langit. Kilat sabung – menyabung. Memancar – mancar di langit. Angin bertiup kencang seolah – olah ingin menerbangkan segala yang ada di muka bumi ini. Pohon nyiur melambai – lambai keras ditiup angin. Air sungai yang mengalir tenang... [Teruskan bacaan]
Novel : Kisah Si Pelaut 7
15 September 2011
Kategori: Novel
262 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail BAB 7 Mayday! Mayday! Mayday! This is Motor Vessel Meranti Satu. Call sign : Nine, Alpha, Zulu, Romeo One. Position : Latitude 15 degrees 30 minutes North. Longitude 040 degrees 30 minutes East. Fire on board! Fire on board! Fire on board! All vessel to keep well clear of me. Message out. Keadaan dianjungan senyap, sunyi dan sepi. Tiada siapapun... [Teruskan bacaan]







