Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 43
Oleh : anarif Pagi itu, rutin mereka seperti biasa. Lu’lu’ ke kolej, dan Marjan yang menghantarnya, seperti yang dijanjikan Marjan. Tapi kenapa ya, lain macam je atmosfera antara mereka sekarang? Mungkin sebab perasaan mereka sudah jelas, dan masing-masing mengerti isi hati masing-masing. Tapi bab bertengkar? Tak ada yang berubah. Macam tu jugak… “awak..” Lu’lu’... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 41, 42
4 June 2011
Kategori: Novel
706 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif “bro, are you sure about this?” Kasturi bertanya lagi, suaranya seakan-akan tidak setuju, namun dia tahu tiada apa yang boleh menghalang Marjan sekarang. Marjan angguk yakin. “rileks, bukan selalu. Kau baliklah. Ingat, jangan bagitau sesiapa tentang hal malam ni.” Kasturi angguk. “ok, kalau macam tu, aku blah dulu. Jumpa nanti..” Mereka berjabat dan... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 38, 39, 40
Oleh : anarif Lu’lu’ melangkah perlahan ke bilik Marjan. Berkira-kira mahu ketuk atau tidak. “cik Lu’lu’ cari siapa?” Lu’lu’ terjerit kecil. Dia menoleh ke belakang. Marjan dengan pagoda dan seluar tracknya yang agak basah di bahagian bawah. Cuci kereta kot. Lu’lu’ senyum kelat. “err, cari… Cari Mak Min.” Marjan kerut dahi. Wajahnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 35, 36, 37
Oleh : anarif Tetamu sedang beredar seorang demi seorang. Kebanyakannya rakan niaga Dato’ Safwan. Marjan terpaksa berhati-hati, bimbang ada yang mengenalinya. Selepas jenazah selamat ditanam lepas asar itu, Marjan terus menyembunyikan dirinya di dapur. Tidak sempat dia menegur Lu’lu’ bila sekali-sekala dia keluar dari dapur. Lagi pun, jika dia ada kesempatan, dia sendiri tidak pasti... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 32, 33, 34
Oleh : anarif “anakanda sihat?” Zaharah mengusap kepala anak tunggalnya itu mesra. Terubat rindunya melihat wajah itu kembali. Dibelek satu badan Marjan apabila dilihatnya wajah Marjan sudah susut sedikit. “macam kurus je? Anakanda tak makan ke?” Zaharah bertanya, lebih kepada merungut. Marjan tersengih. “makanlah bonda. Siapa yang berani tak bagi makan anakanda.”... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 29, 30, 31
Oleh : anarif Marjan memandu tenang dengan Lu’lu’ di sisinya. Kini Lu’lu’ tidak lagi mahu duduk di belakang. Tinggallah Laila dengan dunianya, seperti biasa. Hakikatnya, Laila sendiri hairan dengan perubahan Lu’lu’ namun padanya, asalkan apa yang berlaku tidak mengganggunya, Laila tidak ambil peduli. Dunianya tetap dunianya. Tiba-tiba Laila teringatkan seseorang.... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 26, 27, 28
9 April 2011
Kategori: Novel
645 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif Marjan bersiul kecil. Bosan dengan kesunyian yang beraja di dalam kereta itu. Ekor matanya menjeling Lu’lu’ yang tersandar di cermin, melayan perasaannya. Dan wajahnya juga sedikit muram. Di pangkuan Lu’lu’, akurium kecil berisi dua si kecil berkaki bercengkerang dan berkaki empat. Tadi dah kena ambush dengan Tini, sekarang minah ni pulak buat hal. Sejak tadi tak... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 24, 25
Oleh : anarif Marjan menyandar di kerusi tenang sambil mengambil angin luar. Cik Ma memang bagus dalam berkebun. Taman dia memang undeniably amazing. Dengan kolam ikan, gazebo, pergola yan dihiasi pokok menjalar, hmm, memang cantikla. Pilihan pokok-pokok dia pun sangat bagus. Memang tip-top! Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi cakaran yang sangat halus. Marjan memanjangkan leher, menjenguk ke sebelahnya,... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 22, 23
30 October 2010
Kategori: Novel
387 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif “Lu’lu’!” jeritan Fahim dari belakang membuatkan Lu’lu’ melajukan langkahnya. “Lu’lu’! wait!” Lu’lu’ masih tetap melangkah, gayanya seperti berlari anak. Aish, malu seyh! Tertendang kaki Fahim? Marjan ni memangla! Apa yang terjadi tadi? Dia tertendang kaki Fahim bila kaki Marjan yang menjadi target. Dalam Fahim mengaduh,... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 21
22 October 2010
Kategori: Novel
569 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif “Mira!” Marjan memanggil, sedikit kuat supaya suaranya mengatasi bunyi bising dari alunan lagu yang dipasang dan juga suara orang berbual. Mira menoleh, senyum nipis. Namun apabila Marjan tidak membalas senyumannya sebaliknya dia dihadiahkan dengan wajah kelat, Mira menghampiri. “Kenapa awak nampak risau? Lu’lu’ mana?” soal Mira, lehernya dipanjangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 19, 20
Oleh : anarif Mereka menyusuri kaki lima dalam suasana hening. Lu’lu’ sudah Berjaya merentap tangannya dari genggaman Marjan namun dia tetap melangkah, menurut langkah Marjan. Dan semestinya dengan berpeluk tubuh dan muka yang mencuka. Marjan sebenarnya sudah buntu. Tidak tahu mahu makan di mana. Itulah, memandai je nak bawak orang makan. sudahnya, aku sendiri sesat. Marjan menggaru kepala... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 18
Oleh : anarif “Mira!” Marjan memanggil, sedikit kuat supaya suaranya mengatasi bunyi bising dari alunan lagu yang dipasang dan juga suara orang berbual. Mira menoleh, senyum nipis. Namun apabila Marjan tidak membalas senyumannya sebaliknya dia dihadiahkan dengan wajah kelat, Mira menghampiri. “kenapa awak nampak risau? Lu’lu’ mana?” soal Mira, lehernya dipanjangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 17
Oleh : anarif Lu’lu’ memeluk tubuhnya, masih merenung Marjan tajam. Menanti jawapannya. Syaza menarik tangan Marjan supaya Marjan menghadapnya. Dituding jari telunjuknya ke arah Lu’lu’. “kenapa perempuan garang ni ada kat sini?” soal Syaza tanpa bertapis-tapis lagi. Marjan bertambah kelu. Pandangan Lu’lu’ mencerlung, bertambah tajam seolah-olah bias menempusi... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 16
23 April 2010
Kategori: Novel
416 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif “Marjan!” jeritan Mira membuatkan Marjan menoleh pantas. Rajin betul dia ni mengekor aku. “kenapa?” soal Marjan berbasa basi. Langkahnya mati. Kasihankan Mira yang berlari anak mendapatkannya. Mira termengah-mengah sekejap. Marjan berkerut dahi. “tak ada apa. Saya just nak ingatkan awak. Datang tau malam ni. please, bagi saya awak tetap Marjan kawan Lu’lu’.... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 15
Oleh : anarif Marjan melangkah ke batang paip yang tersedia di situ bagi kemudahan para pengunjung membilas diri dengan air bersih setelah berendam di dalam air laut. Pili dibuka dan dia meletakkan mukanya di bawah aliran air, membiarkan air itu mengalir bersama pasir dan kotoran yang melekat di muka. “phew! Lega!” Marjan mengeringkan muka dengan hujung lengan t-shirtnya. Tak pernah keturunan... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 14
Oleh : anarif Sementara itu, di KL, Datin Ifa dan Dato’ Mokhtar kelihatan sedang berbincang serius di dalam bilik pejabat Dato’ Mokhtar. Datin Ifa merenung wajah abangnya tajam, wajahnya tidak puas hati. “bang, bila nak jalankan next plan? Ifa dan bosan jadi patung bernyawa kat rumah tu tau! Dengan Lu’lu’ lagi, hi, sakit hati ni tau tak?” Datin Ifa menekan dadanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 12
4 January 2010
Kategori: Novel
596 bacaan Catat Ulasan
Oleh : anarif Marjan melabuhkan punggung di atas pasir di bawah pohon kelapa yang rendang. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang namun kelibat teman-teman Lu’lu’ masih belum kelihatan. Marjan mengeluh kecil. Ni lah janji melayu. Memang me”loya”kan. Tengahari buta begini tiada yang hilang akal mahu bermain di pantai. Hitamlah aku lepas ni. topi pulak tak ada. Ish, memang bala.... [Teruskan bacaan]







