Novel : Mahar Cinta Suci 19, 20
Oleh : Damia Myra 19 “Kau memang hebat lah tadi Sha. Nampaknya kau kenalah belanja kita orang semua makan lepas ni,” kata Irdina dengan suara ceria. Bukan main suka lagi dia. Maklumlah setelah sekian lama baru sekarang dia dapat berkumpul bersama-sama teman sekuliah. Sebelum ini pun dia begitu sibuk dengan tugasannya di firma. Dia juga sudah jarang dapat menghubungi Hakim yang entah apa... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 18
Oleh : Damia Myra 18 Sudah hampir dua bulan Irdina bekerja di firma arkitek terkemuka milik Farid Izzudin menandakan begitu pantasnya masa berlalu. Ternyata sudah banyak pengalaman yang dimilikinya walaupun masih lagi baru menceburi bidang senibina. Meskipun dia hanyalah fresh graduate yang masih mentah lagi tanpa sebarang pengalaman. Justeru itu, perasaan gementar yang dialaminya ketika pertama kali... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 17
Oleh : Damia Myra Bab 17 Pintu kereta Toyota Vios dihempas dengan kuat. Tengku Farah bengang. Teringat akan pertemuannya dengan Andi, yang merupakan bos syarikatnya dan juga merangkap teman lelakinya itu. Kelihatan begitu mesra sekali berjalan dengan seorang wanita di The Curve,Damansara. Siap berpimpin tangan lagi. Hatinya sungguh sakit. Sakit kerana terasa dipermainkan. “Huh, dasar jantan tak... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 16
13 May 2011
Kategori: Novel
1,617 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Damia Myra 16 Selesai sudah pembentangan akhir nya bagi semester itu. Irdina menarik nafas lega. Dia tersenyum gembira dan puas hati kerana dapat juga menyempurnakan segala tugasan dengan baik. Para pensyarah juga turut memuji hasil kerja nya tadi. Ah, tidak sia-sia usaha keras nya bersengkang mata selama ini semata-mata menyiapkan pelan rekaan dan lukisan-lukisan bagi menyokong hasil kerjanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 15
Oleh : Damia Myra 15 Hari ini sudah masuk hampir seminggu Irdina menjalani hidupnya sendirian tanpa Hakim di sisi. Teringat sewaktu dia menghantar suaminya pulang semula ke Mesir bersama keluarga mereka di KLIA. Berlinangan air mata nya kerana sungguh sukar baginya menerima hakikat perpisahan yang sementara itu. Walaupun puas dipujuk suaminya itu. Tetapi sukar bagi Irdina untuk menerima hakikat itu. Masih... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 13, 14
Oleh : Damia Myra 13 Setelah selesai menghadiri kelas petang itu Irdina terus sahaja menunggu kedatangan Hakim untuk menjemputnya. Dia memegang erat empat buah buku rujukan yang baru sebentar tadi dipinjamnya di perpustakaan. Kelihatan sebuah kereta Perdana milik Hakim yang sedia terparkir di depan fakulti. Dia terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Irdina mencium tangan suaminya itu. “Kenapa... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 12
Oleh : Damia Myra 12 Hakim memarkir kereta Perdana miliknya di garaj Villa Indah Seri. Dia mengangkat tangan ke arah Pak Kassim, yang merupakan pemandu khas kepada Dato’ Muzafar Idrus. Mereka sudah berada di pekarangan Villa mewah itu. Terdapat sebuah halaman yang luas di sudut kanan nya dengan hiasan landskap yang menarik. Di tengah-tengah taman itu terdapat sebuah gazebo dengan ukiran kayu jati... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 11
Oleh : Damia Myra 11 Tengku Farah duduk bersantai bersama Tengku Zubaidah di luar rumah mereka. Halaman yang agak luas itu begitu indah dihiasi dengan tanaman landskap. Entah kenapa hati Tengku Farah rasa tak tenang apabila memikirkan Irdina. Dia mencemburui kebahagiaan yang dikecapi Irdina sekarang. Malah bertambah-tambah cemburu lagi apabila sepupu nya itu berjaya memiliki Hakim, anak kepada usahawan... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 10
Oleh : Damia Myra 10 Awal pagi lagi Irdina telah mengemas apartment mereka sehingga bersih. Sejak mendirikan rumahtangga dengan Hakim dia menjadi semakin rajin. Memasak dan mengemas rumah merupakan tanggungjawab nya kini selain daripada belajar. Jika dulu nak melakukan semua itu ikut mood nya sahaja. Tambahan pula ada Mak Imah. Lagi lah buat dia sekejap rajin,sekejap malas. Dia melepaskan lelah nya... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 9
Oleh : Damia Myra 9 “Mak?!! Assignment Encik Kamalul belum siap lagi!!!” begitu kuat jeritan Irdina sampaikan Hakim yang tidur lena di sebelahnya terus terjaga. Suaminya itu terpinga-pinga. Terpisat-pisat matanya memandang Irdina yang sudah bangkit dari pembaringan nya. Dia terkejut dengan jeritan lantang Irdina tadi. Berbungkus comforter menutupi seluruh tubuh isterinya itu. ‘Apa kena... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 8
Oleh : Damia Myra 8 Usai diijabkabul kan, maka termeterailah satu ikatan suci dan halal di antara Hakim dan juga Irdina. Hanya dengan sekali lafaz Irdina kini telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang selama ini dicintai sepenuh hatinya. Begitu juga dengan Hakim. Mereka sememangnya bertuah kerana sudah tertulis yang mereka berdua tetap akan dijodohkan atas takdirNYA dan juga saling mencintai antara... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 6, 7
Oleh : Damia Myra 6 Hakim meraup wajahnya dengan seribu kekesalan. Dia baru sahaja selesai membaca Al-Ma’tsurat sebentar tadi. Entah mengapa fikirannya tidak tenang. Dia terkenangkan wajah sayu Irdina. Dia tahu yang dia telah melukai perasaan gadis itu semalam. Di saat ini hanya kekesalan sahaja yang menerpa dirinya kini. Tiada kata lain lagi. Jika diikutkan bukan hati Irdina juga yang pedih terluka.... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 4, 5
Oleh : Damia Myra 4 Tengku Zubaidah menghempas akhbar The Star yang berada di tangannya di atas meja. Dadanya berombak menahan kemarahan yang membuak-buak. Tengku Abidin yang masih tenang menonton televisyen siaran HBO di Astro itu dipandang sekilas. Dia jadi sakit hati apabila mengenangkan Irdina. Anak saudara yang menjadi kesayangan suaminya itu. Kalau apa-apa yang berlaku pasti Tengku Abidin tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 2, 3
8 February 2011
Kategori: Novel
1,209 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Damia Myra 2 Irdina mengirai-ngirai rambutnya yang basah sebaik sudah mandi tadi. Dia bernyanyi riang. Hatinya gembira sekali memandangkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi dia perlu menghadiri kelas. Bermakna tidak lama lagi dia bakal menamatkan pengajiannya. Ah, dia sudah tidak sabar lagi hendak bekerja dan keluar dari rumah ini. Dan hari ini pula Tengku Zubaidah dengan anak kesayangannya... [Teruskan bacaan]
Novel : Mahar Cinta Suci 1
Oleh : Damia Myra 1 Sepucuk surat yang diterima pagi tadi diramas dan direnyuk-renyukkan dengan geram. Lalu dia campakkan ke dalam bakul sampah yang terletak di satu sudut bilik. Tetapi langsung tidak mengena. Sebaliknya ia berlanggar ke dinding sebelum jatuh ke lantai. Irdina mengetap bibir. Ah,lantak lah. Malas nak pergi kutip balik. Bengang betul dirasakan. Sakit hati! Entah berpuluh-puluh pucuk... [Teruskan bacaan]







