Novel : Mari Belajar Bercinta! 16

29 March 2013 
Kategori: Novel

1,080 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 16 Semangat Yuna bagaikan hilang sejak dua menjak ini. Seperti yang diingatkan dalam diri sebelum ini, Kuala Lumpur ni boleh dikatakan besar tapi entah kenapa boleh lagi terserempak dengan ayahnya di Hers, tempatnya bekerja. Dia berdebar seperti mahu terpecah salur jantungnya. Enam belas tahun, ayah tidak banyak berubah fizikal cuma garis tua di wajah lelaki itu jelas kelihatan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 15

22 March 2013 
Kategori: Novel

924 bacaan 1 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 15 Kenapa aku tak boleh kawal diri? Qaleed menumbuk-numbuk dada kirinya balasan akibat tindakannya melempiaskan marah kepada Yuna. Qaleed Perasaan ini bagaikan bercampur-baur hingga sukar dimengertikan. Teringat dia dengan kejadian semalam. “Nenek datang…sebab…nak minta maaf,”ucapan itu keluar selepas setengah jam nenek yang berkerusi roda duduk di halaman rumah... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 14

12 March 2013 
Kategori: Novel

458 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 14 Ini dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Gara-gara hendak melarikan diri dari terserempak dengan Abdillah lagi dia terpaksa menerima pelawaan Luqman Haqim yang kebetulannya datang entah dari mana tapi sekarang dia ada di dalam perut kereta Mercedes Benz Sport merah menyalanya. Masih diingat jelas kejadian dia melarikan diri dari Luqman Haqim beberapa minggu lepas disebabkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 13

3 March 2013 
Kategori: Novel

563 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 13 Serba tidak kena harinya hari ini semuanya gara-gara kejadian semalam. Kenapa aku nak menyemakkan kepala memikirkan hal semalam? Dia bukan siapa-siapa dengan aku. Tiada hubungan darah pun. Perempuan itu sama seperti perempuan-perempuan lain yang menyusahkan, yang lembap, yang suka bergantung kepada lelaki, yang cengeng, yang penakut, yang… Matanya ditutup dari belakang.... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 12

20 February 2013 
Kategori: Novel

535 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 12 Yuna mengeluh. Penatnya dari perjalanan menaiki bas ekspres belum hilang lagi. Disebabkan rancangan seminggu lepas, Yuna terpaksa bergerak awal dari Johor semata-mata kerana projek untuk belajar secara berkumpulan sudah ditetapkan hari ini. Tapi akhirnya, Mila dan Qudus batalkan lima minit lepas melalui pesanan khidmat ringkas. Kenapa tidak hantar mesej dua atau tiga jam... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 11

29 January 2013 
Kategori: Novel

1,458 bacaan 1 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 11 Puan Syarifah Bibiyana tersenyum di kerusi rotan yang bergoyang menampung badan tuanya. Pekerjanya membawa masuk barang-barang yang dipulangkan kembali untuk cucu tunggalnya. Dia mengarahkan mereka meletakkan ke semuanya di dalam bilik. Bilik yang dikhaskan untuk cucunya sejak kematian anak tunggal kesayangannya. Cucu yang dia sendiri takut hendak bersua muka selepas pertemuan... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 10

18 January 2013 
Kategori: Novel

1,000 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 10 Tergopoh-gapah Yuna mengangkat ikan yang hampir kegelapan digoreng. Habis berasap satu dapur. Dia membuka lebar-lebar tingkap supaya mama tidak tersedar yang dua ekor ikan kembungnya sudah hangus. “Ada kebakaran ke?”pekik Akmal Zafran dari ruang tamu yang terganggu matanya dek kerana asap hangit datang dari dapur. “Diamlah,”balas Yuna cuba memulihkan suasana dapur... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 9

10 January 2013 
Kategori: Novel

747 bacaan 1 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 9 Dia sudah mendengar bunyi seperti orang mahu pindah rumah sejak pagi lagi. Enak lenanya diganggu tapi dia terpaksa juga menggagahkan diri sebab jam di dinding sudah menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Ada masa setengah jam lagi untuk dia bersiap-siap ke kelas. Rasa malasnya dihindar dengan menggeliat sekuat hati. Dicapai tuala dan melangkah ke bilik air tapi dia agak terkejut... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 8

2 January 2013 
Kategori: Novel

611 bacaan 2 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 8 Yuna memerhatikan Sufi dan teman lelakinya, Naim berlalu. Sufi mengajaknya untuk tumpang kereta Naim saja untuk balik tapi Yuna memberi alasan dia lebih selesa menaiki LRT. Lagipun dia segan dengan Sufi yang mungkin mahu menghabiskan masa berkualiti dengan Naim yang bertugas sebagai askar marin. Naim jarang sekali dapat bertemu muka dengan Sufi tapi Sufi tidak pernah menghadapi... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 7

20 December 2012 
Kategori: Novel

712 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 7 Hari ini memang ramai pelanggan. Encik Yasmin yang memegang kuasa veto tidak rasmi awal-awal lagi sudah menyuruhnya ke cawangan Saudagar Buku di KLCC. Walaupun dia membuat muka tiada kuasa melayan kerenah tapi tanggungjawab harus dilakukan tanpa banyak bicara. Tapi entah kenapa bila Yuna lari apabila melihatnya tadi membuatkan dia tidak fokus kerja. Alamak! Jangan cakap hal... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 6

13 December 2012 
Kategori: Novel

599 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 6 Sejak dari semalam Yuna tidak lena tidur. Dia tahu apa yang dilakukan ini boleh mengundang bahaya. Tapi dia nekad. Sebab itulah dia sengaja memilih KLCC yang sentiasa sibuk dengan manusia untuk keluar dan berjumpa buat pertama kalinya dengan Luqman Haqim, lelaki dari laman maya yang mahu berkenalan dengannya. Lelaki itu, sejak tahun lepas selalu saja mengajak untuk keluar... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 5

7 December 2012 
Kategori: Novel

768 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 5 Zahnita tersenyum hingga ke telinga. Kalau bukan dia yang mengaturkan langkah terlebih dahulu, manakan tahu dia nasibnya. Sekurang-kurangnya dia mesti mencuba. Mungkin rezeki tarikh hari jadinya esok akan merapatkan lagi hubungannya dengan Qaleed. Lelaki itu mesti ditawani. Dirapati Qaleed yang sedang menyusun stok buku-buku yang baru sampai pagi tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam.... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 4

29 November 2012 
Kategori: Novel

685 bacaan Catat Ulasan

span style=”color: #cc0000;”>Oleh : MAIA DIANDRA BAB 4 Selepas membaca buku satu bab rujukan Inggeris, Ekonomi Asas untuk Abang Rizman, Yuna membantunya mengemas mesin taip braille dan buku lalu dimasukkan ke dalam beg lelaki itu. “Bang, boleh saya cakap sikit?” “Boleh. Kenapa?”tanya Abang Rizman yang sudah setahun mengenali Yuna melalui program sukarela untuk pelajar-pelajar kurang... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 3

19 November 2012 
Kategori: Novel

558 bacaan Catat Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 3 Qaleed meletakkan beg ke dalam loker. Dihempas tutup sekuat hati. Cuba dikawal rasanya yang membuak tapi bila terpandang muka Zahnita yang membuntang matanya akibat hempasan itu membuatkan Qaleed merasa bersalah. “Qal, kau okay ke?”tanya Zahnita khuatir. “Hah! Sudahlah datang lambat, ni nak menjahanamkan harta benda syarikat pula? Saya bagi amaran pada awak Qal, kalau... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 2

6 November 2012 
Kategori: Novel

751 bacaan 1 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 2 Apa yang aku fikir? Kalau dia sudah putuskan aku dari terus berada di dalam hidupnya, kenapa aku perlu bersedih? Kenapa perlu merayu? Tapi hendak buat macam mana? Mesti dia sedang bergolek-golek ketawa hingga keluar air mata kerana berjaya membuat perempuan naif seperti aku merayu. Dengan itu dia sudah boleh lulus dan memberitahu satu dunia yang dia adalah lelaki rebutan gadis... [Teruskan bacaan]

Novel : Mari Belajar Bercinta! 1

23 October 2012 
Kategori: Novel

1,376 bacaan 9 Ulasan

Oleh : MAIA DIANDRA BAB 1 Mana satu yang harus dia pilih. Kalau dia pilih bekerja di toko buku, Saudagar Buku, dia tidak perlu pening-pening kepala membeli buku rujukan atau novel. Waktu bekerja atau waktu rehat, boleh saja dia capai buku dan baca. Lebih-lebih lagi novel-novel yang baru keluar tanpa mengeluarkan sen. Kata orang sambil menyelam, minum air. Dia tidak perlu minum hingga lemas! Tapi bekerja... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11