Suami Edisi Terhad

7 January 2015 
Kategori: Novel Di Pasaran

Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI. “Sayang…” “Emmm…” “Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.” “Kenapa?” “Takut ikan tu berenang dalam perut.” Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang... [Teruskan bacaan]

My Indo Chick

23 December 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

RAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu? “Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…”... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Edisi Terhad 2

19 December 2014 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa HARI baru, permulaan baru. Harap seperti semalam atau kalau ada sebarang perubahan, biarlah lebih indah daripada semalam. Tidak mahu diduga dengan dugaan yang hebat-hebat. Tapi bukankah Allah menduga hamba-Nya sebatas kemampuan hamba-Nya juga? Mudah-mudahan baik-baik sahaja. Aku mahu hidup gembira. Aku mahu hidup bahagia. “Selamat pagi, sayang…” ucap Encik Hazrul waktu aku kalut... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Edisi Terhad 1

3 December 2014 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Prolog “ENCIK…” Aku panggil dia. “Ya…” “Encik ada bulu dada tak?” Ah! Sudah, Azian. “Kenapa tiba-tiba tanya pasal bulu dada ni?” Senyuman Encik Hazrul jadi selebar-lebarnya. Aku sudah malu gila. Macam mana boleh terlepas soalan ni sedangkan aku dah tak ingat langsung pasal bulu dada. Adoi, mulut ni memang kurang ajar betul. Tak tahu malu langsung! “Nak cari calon... [Teruskan bacaan]

Yang Manis

31 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga. “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Apa?” “Aku nak pikat Raees Hamzah.” “Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa... [Teruskan bacaan]

Teduhan Kasih

29 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL. Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika... [Teruskan bacaan]

MENARIK DI TV : DRAMA ADAPTASI TEDUHAN KASIH

31 May 2013 
Kategori: Info Terkini, Menarik Di Sini

Drama adaptasi novel Teduhan Kasih karya Marissa terbitan Karyaseni telah mula ditayangkan di TV3.     Masa : 7.00 malam Hari : Isnin-Khamis Slot : Akasia     Senarai barisan pelakon Drama Teduhan Kasih : Drama bersiri terbitan Primeworks Studio ini dibawah arahan Jamal Khan dan skrip digarap oleh Mufid Suhaimi ini dibintangi pelakon Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila... [Teruskan bacaan]

Aktiviti Penulis : Jom Temui Penulis Penulisan2u

13 June 2012 
Kategori: Info Terkini, Menarik Di Sini

JOM Temui penulis AIFA BATRISYA ( Kahwin Ganti ), MARISSA ( Teduhan kasih & Bila Hati Dah Sayang ), Musuhku Suamiku ( Zuera Rasiddin ) Tarikh : 16 Jun 2012 Masa : 3pm – 3.45pm Lokasi : Popular Paradigm Mall, Kelana Jaya Penulis : 1. Musuhku Suamiku ( Zuera Rasiddin ) (Fajar Pakeer) 2. Primadona Orang Muda ( Bikash Nur Idris ) (Fajar Pakeer) Tarikh : 16 Jun 2012 Masa : 4pm – 4.45pm Lokasi... [Teruskan bacaan]

Novel : Teduhan Kasih 7, 8

15 May 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Bab 7 “YA Allah, sakitnya…” Rasa sakitnya sudah tidak tertanggung. Sakit dari segala yang sakit. Seumur hidup, inilah rasa sakit yang paling seksa pernah aku rasa. Sudah tidak boleh terbayangkan dengan kata-kata. Beginikah yang harus dirasa setiap wanita yang mahu bergelar ibu? Alangkah terseksanya. Dengan siapa pula aku hendak meminta tolong? Kawan baikku hanya Ayu dan... [Teruskan bacaan]

Novel : Teduhan Kasih 5,6

19 April 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Bab 5 KESUNGGUHAN untuk meneruskan hidup di samping berusaha untuk membina laluan harapan untuk esok dan hari-hari seterusnya sudah cukup membuatkan aku hampir saja melupakan semua cerita sedih. Dugaan demi dugaan yang tidak terhingga, aku cuba menghadapinya dengan rasa tabah. Dan sebahagiannya telah aku selesaikan tanpa mahu mengingati semula apa yang telah berlaku. Sebahagian lagi,... [Teruskan bacaan]

Novel : Teduhan Kasih 3,4

10 April 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Novel terbaru daripada penulis novel BILA HATI KATA SAYANG. novel Teduhan Kasih akan diterbitkan di PESTA BUKU ANTARABANGSA Bab 3 AKU duduk di atas lantai tepi sofa. Dua beg pakaian aku susun bersebelahan akuarium. Hanya itu yang mampu aku bawa sebaik sahaja keluar dari rumah Ryzal. Emak dan kak long saja ketika itu yang berada di rumah. Sofea dan Izad masih belum pulang. “Hmmm…... [Teruskan bacaan]

Novel : Teduhan Kasih 1, 2

2 April 2012 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Novel terbaru daripada penulis novel BILA HATI KATA SAYANG. novel Teduhan Kasih akan diterbitkan di PESTA BUKU ANTARABANGSA Bab 1 AKU hanya terdaya melihat Ryzal dan Ayu dengan perasaan yang cukup membara. Betul-betul aku tidak menyangka semua ini akan berlaku terhadap diriku. Sekelip mata semuanya berubah. Hancur dan berderai. Kepercayaan yang aku berikan terhadap mereka berdua telah... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 10

21 February 2012 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA Bab 10 SEBAIK sahaja aku sampai rumah, aku nampak emak kelam kabut. Abah juga. Pelik pulak aku melihatkan tingkah keduanya. Seperti ada perkara besar yang sedang berlaku. “Kenapa?” Aku tanya Farah yang aku kira sudah lama sampai. Jadi aku rasa Farah lebih tahu keadaan sebenar kenapa mak dan abah jadi begitu. “Mak Cik Julia,” jawab Farah sambil pandang emak yang sedang... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 9

31 January 2012 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA Bab 9. WAKTU aku tiba di kawasan tempat letak kereta, aku lihat Encik Naufal sudah setia menunggu. Sayu hati sudah tidak terkata sebaik sahaja terpandang wajah Encik Naufal. Bagaimanalah untuk aku berterus terang dengan dia. Sudah tidak terbayang apa yang bakal berlaku. Bukan lagi hancur, tetapi sudah lumat semua impian kami. Encik Naufal melangkah perlahan mendapatkan aku dan... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 8

13 January 2012 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA Bab 8 LEPAS subuh kami semua dikerahkan bangun dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Ada acara marathon tepi pantai. Entah apa-apalah, pagi-pagi buta disuruh berlari tepi pantai. Kalau aku tahu tak ingin aku nak sertai kem kali ini. Menyusahkan betul! Nak tak nak terpaksa juga, kalau tidak semua ahli akan kena denda. Awal-awal lagi Encik Zainal sudah keluarkan arahan, siapa yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Ungkitan Kasih 1

26 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : Marissa Bab 1 “Eh! Anak haram, aku tak nak kau ada dalam majlis hari jadi aku. Kalau aku nampak batang hidung kau, mati kau aku kerjakan!” Puteri tolak berkali-kali kepalaku tanpa berbelas kasihan. “Baik, saya tahu!” ujarku perlahan sambil tahan rasa geram. Macamlah aku nak sangat hadir di majlias hari jadi dia. Aku pun tak ingin! “Sekarang, baik kau... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 7

8 December 2011 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA SETELAH acara pembukaan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 12 peserta semua. Dalam kumpulan tersebut hanya aku seorang sahaja dari bahagian penghantaran. Semua sudah berpecah, tetapi aku sangat terperanjat bila aku sama kumpulan dengan Encik Naufal. Satu kebetulan atau sudah terancang segalanya? Rasa-rasanya macam dirancang saja. Hmm… Untuk... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 6

10 November 2011 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA Bab 6 HARI yang dinanti tiba juga. Waktu aku sampai di kawasan syarikat lebih kurang pukul 7.00 pagi, sudah tersusun tiga buah bas yang bakal membawa kami ke Cherating. Aku tercari-cari Fisha dan juga kawan-kawan lain. “Darlina…” Aku dengar ada suara panggil aku. Aku tercari-cari lagi. Aku pusing belakang sebab nak pastikan dari mana suara panggil namaku itu datang.... [Teruskan bacaan]

Bila Hati Kata Sayang

21 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa. Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan?... [Teruskan bacaan]

Novel : Pemilik Hati 5

17 October 2011 
Kategori: Novel

Oleh : MARISSA Bab 5 HARI minggu itu, awal-awal lagi mak sudah ke pasar. Mak cakap nak masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca dan acar nenas. Istimewa betul. Terpaksalah aku dan Farah tolong emak walaupun aku langsung tak ada hati nak tolong mak. Memang betul-betul tak ada hati. Kalau boleh lari, memang dulu-dulu aku lari. Tapi masalahnya aku memang tak boleh lari ke mana. Nak tak nak kena tunggu... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 3123