Novel : Mengapai Rindu 22 (akhir)
Oleh : AziEaNa Bab 22 ( akhir ) INTAN termenung sendirian. Dia sengaja ponteng kuliah kerana dirasakan fikirannya tidak stabil saat ini. lagi pun apa yang berlaku padanya itu membuatkan dia tak ada mood dan hilang semangat untuk ke kuliah. Pelbagai andaian dan kemungkinan berlegar di kepalanya dan lelaki yang dikenali dengan nama Faris itu terus menghilang begitu saja selepas apa yang berlaku minggu... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 21
Oleh : AziEaNa Bab 21 LAMA Intan berdiri di balkoni. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dilihatnya , terasa pandangannya kosong. Sudah dekat seminggu dia menghuni semula di banglo mewah itu. Mulanya rasa sayang juga nak meninggalkan rumah sewanya tetapi Faris dan Datin Saidah yang beria-ria mahu dia berpindah segera ke rumah mertuanya. Tapi kali ini Intan rasa lebih bersyukur sebab kak Bedah masih... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 20
Oleh : AziEaNa Bab 20 ” AKU terima nikahnya Intan Hanani bt Ahmad…….” Intan terus mendengar setiap bait yang keluar dari mulut Faris dengan penuh debaran. Untuk kali keduanya dia merasa debaran yang sama, tapi kali ini rasanya debaran makin hebat. Dengan adanya restu dari kedua belah pihak, dia mengharapkan agar hubungannya ini akan terus kekal dan berpanjangan. Walaupun Izzat... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 19
Oleh : AziEaNa Bab 19 SEBELUM masuk ke biliknya, Intan menjenguk seketika wajah Aiman. Memang menjadi kebiasaannya dia akan mengusap lembut kepala Aiman yang sedang lena. Wajah Aiman itu direnungnya dengan penuh rasa kasih sayang. Wajah Aiman yang semakin persis wajah Faris itu membuatkan dia sukar melupakan lelaki itu. Betullah kata Datin Saidah, setiap kali dia menatap wajah Aiman, pasti wajah Faris... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 18
Oleh : AziEaNa BAB 18 DATIN SAIDAH menghampiri suaminya yang sedang membaca majalah di anjung banglo mewah itu yang mengadap ke arah kolam. Biasanya dia akan duduk bersantai di situ kalau tidak keluar rumah. Dulang yang berisi kopi panas dan sepinggan kueh di letak di atas meja. Dia turut berlabuh di sisi suaminya. ” Bang, Idah nak cakap sikit dengan abang pasal Faris!” Datin Saidah memulakan... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 17
Oleh : AziEaNa Bab 17 MEREKA begitu seronok dan gembira menyambut hari lahir Aiman buat pertama kalinya walaupun begitu ringkas. Intan memang bercadang untuk pulang sebelum waktu maghrib tapi Datuk Amran yang beria-ria mahu dia menikmati makan malam bersama dan Intan terpaksa akur. Tak sampai hati pula mengecewakan lelaki itu. Selepas selesai makan malam, Intan menuju ke satu ruang. Dulu, tempat itu... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 16
Oleh : AziEaNa Bab 16 INTAN mengunyah perlahan stick yang dipesan, sementara Izzat nampaknya mengunyah dengan penuh selera. ” Semalam Joanna telefon I….dia tanya pasal hubungan kita!” Izzat bersuara selepas meneguk juice orange. ” Apa jawapan yang you beri?” tanya Intan memandang wajah Izzat. ” I beritahu dia yang I hanya menunggu green light dari you je. You... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 15
Oleh : AziEaNa Bab 15 FARIS berkunjung ke hospital bersama kak Bedah dan Aiman. Faris mendahului kak Bedah yang berjalan berpimpinan tangan dengan Aiman. Berkerut dahi kak Bedah bila melihat Faris hanya berdiri kaku di muka pintu selepas tangannya memulas tombol pintu. ” Kenapa En. Faris tak masuk?” tanya kak Bedah kehairanan sambil merenung wajah Faris yang nampak sedikit muram. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 14
Oleh : AziEaNa Bab 14 ” INTAN, elok you pergi klinik. Muka you ni nampak pucat sangat!” kata Gina semasa mereka pulang dari makan tengahari bersama. Sedari tadi dia nampak keadaan Intan sudah tak bermaya, namun Intan tetap menegaskan dia hanya tak sihat badan aje. Masih boleh meneruskan kerja harian. ” Alah, selesema sikit aje” balas Intan membuatkan Gina mendengus perlahan. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 13
Oleh : AziEaNa Bab 13 ” FARIS, kenapa tak tidur lagi…dah lewat malam ni!” teguran Datuk Amran membuatkan Faris tersentak. Ketika itu dia hanya duduk bersantai di tepi kolam menikmati suasana malam. Kejadian beberapa hari lepas di mana dia bertemu dengan Intan bersama Izzat membuatkan ingatan itu terus kekal hingga ke saat itu. Entah kenapa peristiwa dan pertemuan itu benar-benar mengganggu... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 12
Oleh : AziEaNa Bab 12 IMAN NAJWA merenung lama wajah kakaknya yang sedang meneliti menu di hadapan. Hari ni dia berbesar hati datang ke Kuala Lumpur semata-mata melepaskan rindu pada kakak tersayang, apa lagi untuk menatap satu-satunya wajah anak saudara yang comel. ” Along, along mesti balik tau masa kenduri kawin Iman nanti!” Iman berusaha memjuk kakaknya supaya pulang ke kampung. Selama... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 11
Oleh : AziEaNa Bab 11 INTAN bersiap untuk ke tempat kerja. Aiman sudah pun disiapkan oleh kak Bedah. Menjadi rutin hariannya menghantar Aiman sebelum ke tempat kerja. ” Intan…En. Faris minta kak Bedah berikan sampul ni pada Intan tapi kak Bedah terlupa nak bagi malam tadi” kak Bedah menghulurkan sampul surat berukuran berwarna coklat. ” Bila dia bagi pada kak Bedah?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 10
Oleh : AziEaNa Bab 10 INTAN meneruskan kerja dengan menaip laporan di computer. Sesekali dia mencengkam lembut lehernya yang terasa lenguh kerana sejak dari sejam tadi asyik mengadap computer. ” Come in…” ketukan pintu yang kedengaran segera mematikan tumpuan Intan buat seketika. Matanya segera menghala ke muka pintu. Seorang gadis sedang berdiri sambil memegang sejambak mawar merah.... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 9
Oleh : AziEaNa Bab 9 INTAN mengetap bibir menahan marah selepas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia memejam mata seketika sambil menyandarkan kepala di kerusi. Tangan kanannya segera memicit kepala. Nafasnya terasa sesak tiba-tiba. ” Puan, kami ingin maklumkan bahawa Aiman telah di ambil oleh papanya sebentar tadi” suara salah seorang pekerja di tadika memecah gegendang telinga... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 7, 8
Oleh : AziEaNa Bab 7 INTAN melangkah lambat ke meja yang di huni oleh Faris. Sebaik saja lelaki itu terpandang wajah Intan, dia segera bangun sambil melemparkan senyuman. ” Jemput duduk” pelawa Faris sambil menarik kerusi untuk Intan. Intan hanya menelan liur dengan sikap Faris. Gentleman. Belum pun sempat mereka bersuara, pelayan sudah muncul untuk mengambil pesanan. ” You nak minum... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 6
Oleh : AziEaNa Bab 6 INTAN tidak dapat memberikan tumpuan pada kerja. Sejak kajadian hari itu, sudah 2 minggu Izzat menghilangkan diri. Dia dah cuba menghubungi lelaki itu , namun gagal. Aiman pula asyik bertanyakannya tentang Izzat. Bingung Intan dibuatnya. ” Anna, Izzat merajuk lagi dengan I!” semalam Intan menghubungi Joanna dan telah menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 5
Oleh : AziEaNa Bab 5 FARIS menyandarkan badan di kerusi empuk. Dia melepaskan keluhan. Mesyuarat yang baru dihadiri tadi baru aje selesai tapi rasanya tak satu pun yang masuk dalam kepala sedangkan hati dan fikirannya tertumpu pada benda lain. Jenuh dia menunggu sehingga mesyuarat itu selesai. Apa yang menjadi agenda utamanya sekarang adalah Intan. Yang pasti wajah Intan sudah memenuhi segenap ruang... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 3, 4
Oleh : AziEaNa Bab 3 Faris masuk ke MPH Bookstore. Dia melilau di balik rak, cuma mencari mana-mana buku yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan. Di ambil, di belek dan kemudian meletakkannya semula. Tiba-tiba tumpuan Faris terarah pada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melilau di balik rak buku. Terpaku Faris melihat kanak-kanak itu, malah dia cukup yakin bahawa dia pernah melihat kanak-kanak... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 2
Oleh : AziEaNa Bab 2 Intan melirik ke arah jam di dashboard dengan perasaan gelisah. Saat ini dia benar-benar rasa takut. Dalam hati menyumpah-yumpah, kenapa petang ni jalan sesak teruk. Hari lain tak boleh ke? Tangannya mencapai telefon yang berdering dari beg tangannya yang diletak berdekatan kaki. Demi keselamatan. Mana tahu ada penjahat atau peragut nampak kalau dia letak beg tangan di sebelah... [Teruskan bacaan]
Novel : Mengapai Rindu 1
Oleh : AziEaNa Bab 1 FARIS melangkah masuk ke KFC. Tiba-tiba terasa gegaran dari poket seluarnya. Segera tangannya menyeluk dan mengeluarkan telefon bimbitnya. ” Hello…Nuar, kau kat mana ni? Aku dah masuk kat KFC….Hmm….cepat sikit tau …” ” Aiman…..Aiman….jangan lari, nanti jatuh!” Terdengar teriakan suara perempuan.Faris yang sedang ralit... [Teruskan bacaan]







