Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 22

30 May 2013 
Kategori: Novel

2,257 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 22 “TAK guna!” Suara Naim bertempik kuat sebaik sahaja pintu dikuak. Barang-barang yang dibibit di tangan dilepaskan begitu sahaja dan dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Kelibat Anchu dan Chicky lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila dikejar oleh Naim yang sedang naik marah. Husna yang masih berdiri di muka pintu terkocoh-kocoh menanggalkan sandal dan cuba menangkap... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 21

22 March 2013 
Kategori: Novel

1,827 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 21 “KITA nak pergi ke mana ni, encik?” Husna bertanya sekali lagi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipakai siap-siap. Naim hanya membiarkan jawapan Husna tanpa ada keinginan mahu menjawab. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan kereta bergerak meninggalkan kawasan perumah itu. Melihat reaksi Naim yang dingin, Husna memilih untuk berdiam diri.... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 20

12 March 2013 
Kategori: Novel

1,799 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 20 “ADOI! Mana pulak perginya telefon aku ni. Masa nak guna macam nilah dia nak hilang. Masa aku tak nak guna dia tak nak hilang pulak. Masalah betullah!” Naim merungut sendirian sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Serba tidak kena dia rasa pagi itu. Sudahlah masuk ke pejabat lambat. Sampai ke pejabat, telefon pula hilang. Fail-fail yang berselerakan di atas mejanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 19

4 March 2013 
Kategori: Novel

1,158 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BUNYI laungan azan subuh yang sayup bergema dari masjid berhampiran mengembalikan Husna ke alam nyata. Dia menggeliat, membetulkan segala urat di dalam badan. Dikerling jam di atas meja kecil sebelah katil dalam sorotan mata yang sepet. Pukul 5.45 pagi. Selimut diselak dan Husna turun dari katil menuju ke bilik air untuk membersihkan muka dan mengambil wuduk. Selepas itu, dia menyerahkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 18

21 February 2013 
Kategori: Novel

2,135 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 18 DATIN Hanim dan Dato’ Mazlan memandang Naim yang baru masuk ke dalam rumah dengan kepelikan. Wajah Naim dan beg pakaian yang terbibit di tangannya itu dipandang silih berganti. “Kenapa mama dan papa tengok Im macam tu? Apa yang tak kena?” tanya Naim hairan. Dia tunduk memeriksa baju dan seluar yang dipakai sekiranya ada yang tersingkap ataupun zip tidak tertutup tanpa... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 17

5 February 2013 
Kategori: Novel

1,841 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 17 NAIM berjalan beriringan dengan Bella menuju ke balai pelepasan. Waktu mereka berpisah telah pun tiba. Sebentar lagi Bella akan meneruskan perjalanannya ke Australia dan berkelana di sana selama tiga bulan. “Kenapa you diam je ni dari tadi? You sedih ke nak lepaskan I pergi?” soal Bella sambil menggenggam erat tangan Naim. Wajah Naim direnung lama setelah mereka berhenti... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 16

11 January 2013 
Kategori: Novel

1,704 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 16 “TAK guna!” bentak Haji Ripin sambil menumbuk hendal motosikalnya sebaik sahaja terpandang sebuah kereta Honda Sport berwarna putih tersadai di hadapan rumah Husna. Dia amat pasti kereta itu milik lelaki yang menghantar Husna tempoh hari. Apa lelaki itu buat di situ? Haji Ripin tertanya-tanya sendirian. Macam-macam perkara negatif yang muncul di benaknya. Andai kata... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 15

3 January 2013 
Kategori: Novel

1,697 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 15 SEHARI sebelum Bella berangkat ke Australia, Naim berkunjung ke apartment Bella untuk menolong apa-apa yang patut. Ada dua buah beg pakaian besar yang akan dibawa oleh Bella ke sana nanti. Itu tidaklah termasuk barang-barang sampingan yang lain. Menggeleng juga kepalanya melihat persiapan yang dibuat oleh Bella. Perempuan kalau nak pergi berjalan jauh macam-macam barang yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 14

10 November 2012 
Kategori: Novel

937 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 14 HAJI RIPIN memerhati kereta Honda Sport berwarna putih yang masuk ke pekarangan rumah Husna dari jauh. Diikuti kelibat Husna yang keluar dari perut kereta sambil membibit sebuah bakul. Tidak lama selepas itu, kereta itu perlahan-lahan beredar. Ketika kereta itu ingin membelok keluar dari lorong rumah Husna, dia dapat melihat dengan jelas wajah pemandunya. Boleh tahan kacak... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 13

1 November 2012 
Kategori: Novel

1,227 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 13 HUSNA memanjangkan lehernya ke atas jalan raya mencari kelibat teksi. Sejak dia sampai di perhentian teksi itu kira-kira sepuluh minit yang lalu tidak ada sebuah teksi pun yang melintas. Akhirnya setelah penat berdiri, Husna kembali duduk di atas bangku. Sesekali, kucing yang berada di dalam bakul tertutup berwarna merah jambu itu digosok-gosok manja. Sekadar menghilangkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 12

15 October 2012 
Kategori: Novel

1,130 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 12 NAIM meneliti resume-resume yang berada di atas mejanya. Dia baru sahaja selesai menemuduga beberapa orang calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan setiausaha yang iklankan di dada akhbar. Dia tidak menyangka ramai yang datang mencuba nasib. Walhal, baru beberapa hari iklan itu disiarkan. Mungkin kerana jenama Mazlan itu mahal harganya. Siapa yang tidak mahu bekerja... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 11

5 October 2012 
Kategori: Novel

1,268 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 11 HUSNA duduk memerhatikan kucing-kucingnya makan di dapur. Tergelak dia dibuatnya melihat telatah kucing-kucingnya sebanyak lapan ekor itu. Habis makan sendiri punya, pergi menyibuk yang lain punya pula. Lepas tu, mulalah tampar-tampar muka. “Hei, janganlah bergaduh. Kan dah dapat bahagian masing-masing. Makanlah jelah yang sendiri punya,” bebel Husna sambil meleraikan... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 10

2 August 2012 
Kategori: Novel

1,411 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 10 TANGAN Naim baru sahaja mahu memulas tombol pintu bilik apabila kelibat Dato’ Mazlan muncul di belakangnya sambil bercekak pinggang. Naim telan air liur. Itu bukan sebab nak tunjuk pinggang tidak ada shape, tetapi itu adalah prolog emosi marah. Dalam rasa debar yang menggetar, Naim sempat senyum untuk menutup perasaannya. “Ikut papa masuk ke bilik sekejap,”... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 9

26 July 2012 
Kategori: Novel

1,202 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 9 BARU sahaja Husna mahu mendaki anak tangga untuk naik ke atas rumah, terdengar pula deruman enjin motosikal masuk ke halaman rumah. Husna segera berpaling. Seorang lelaki tua berbadan sedikit gempal menghulurkan salam selepas mematikan enjin motosikalnya. Salamnya segera disambut. “Haji Ripin datang cari ayah ke? Ayah ada kat kebun,” beritahu Husna tanpa... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 8

18 July 2012 
Kategori: Novel

1,550 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 8 BELLA terus berusaha menghubungi Naim tanpa henti. Namun, setiap kali panggilan berdering, setiap kali itulah dia berasa hampa. Dia berasa geram. Sudah hampir dua jam Naim pergi tetapi masih belum pulang lagi. Dia bukan risau keadaan Naim, tetapi dia lebih risaukan keadaan kucingnya, Chicky. Bella terus mundar-mandir di depan televisyen sambil menekapkan telefonnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 7

13 July 2012 
Kategori: Novel

1,466 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 7 “NAMA aku, Naim Naqiuddin. Lepas ni, kau panggil aku Naim jelah. Tak payah panggil encik-encik. Kau bukannya pekerja aku pun nak panggil aku macam tu. Tapi kalau kau rasa lidah kau tu berbelit nak sebut nama aku, suka hati kaulah nak panggil apa-apa pun.” Husna terkejut apabila lelaki itu secara sukarela memperkenalkan diri sebaik sahaja dia masuk ke dalam... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 6

6 July 2012 
Kategori: Novel

1,505 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 6 SIAP! Naim menutup dokumen tender yang tebal di hadapannya sambil menarik nafas lega. Barulah dia boleh bernafas sedikit. Dia bersandar malas sambil memejam matanya. Melepaskan rasa letih yang dialami setelah hampir separuh hari dia bergelumang dengan kerja-kerja di pejabat. Perutnya berbunyi tiba-tiba. Naim celik mata semula. Jam di tangan ditoleh. Sudah mencecah... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 5

27 June 2012 
Kategori: Novel

1,461 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Reeani Annur HARI sudah melewati waktu tengah hari. Husna membuat keputusan untuk berhenti makan di sebuah kedai makan yang terletak di pinggir jalan raya besar itu. Setelah hampir separuh hari dia mencari kerja, akhirnya barulah dia tersedar bahawa perutnya itu masih belum terisi apa-apa makanan sejak dari pagi. Di rumahnya pagi tadi, ibunya ada memasak nasi goreng untuk sarapan. Namun dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 4

20 June 2012 
Kategori: Novel

1,680 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 4 NAIM mempercepatkan langkahnya apabila menyedari ada seekor kucing berwarna hitam mengekorinya dari belakang sebaik sahaja dia keluar dari sebuah kedai makan. Semakin laju dia berjalan, semakin laju juga kucing itu mengejarnya. Apa hal pula kucing itu mengikut dia? Hatinya tertanya-tanya. Naim memberhentikan langkahnya dan berpaling ke belakang.... [Teruskan bacaan]

Novel : Meow! Kau Curi Hatiku 3

12 June 2012 
Kategori: Novel

2,443 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Reeani Annur BAB 3 “BESARNYA kucing-kucing encik ni. Encik beri dia orang makan apa?” soal Husna yang teruja melihat dua ekor kucing yang duduk di dalam bakul masing-masing. Sudahlah besar, gemuk pula tu. Kalau buat peneman tidur malam-malam, mesti lena sampai ke pagi. “Pembetulan. Bukan kucing aku tapi kucing girlfriend aku,” tegas Naim. Marah benar dia apabila Husna mengatakan... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212