Cerpen : Maybe Suka, Definitely Cinta!!

19 June 2011 
Kategori: Cerpen

8,387 bacaan 19 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Aku masih ingat kali pertama melihat dia. Anak mata coklat hazel, berambut perang kecoklatan, tubuh tinggi lampai serta kulit putih melepak. Cantik! Itu perkara pertama yang aku dapat simpulkan apabila melihat seraut wajah yang tersenyum manis memandangku. “Ini ke anak mat salleh yang kau cakap hari tu?” Belum sempat Nurul buka mulut memperkenalkan kami berdua aku sudah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Rindu Kawanku

5 June 2011 
Kategori: Cerpen

6,178 bacaan 29 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Syira terus memerhatikan gerak-geri lelaki kusut masai itu dari tempat persembunyiannya. Melalui celahan lubang pintu almari nampak jelas pergerakan lelaki itu yang ralit mencincang satu persatu anggota tubuh mayat di hadapannya. Syira semakin ketakutan. Peluh dingin membasahi seluruh tubuh akibat bahang di dalam ruang yang begitu sempit. Nafasnya turun naik. Menggigil seluruh tubuhnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 9

26 May 2011 
Kategori: Novel

977 bacaan 5 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Fiqah, sambut ni..” Aku terkial-kial menadah tangan. Kepala pula kudongak hampir sembilan puluh darjah, tercari-cari kelibat Hazwan. Laju sungguh dia memanjat pokok, sekejap sahaja sudah berada di atas dahan yang agak tinggi. Saat buah rambutan dicampak oleh Hazwan dari atas pokok, cepat-cepat aku berlari mengejar.. “Hmm..sedapnya..” Memercik jus rambutan saat aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 8

18 May 2011 
Kategori: Novel

1,612 bacaan 9 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Aku menghempaskan tubuh ke atas tilam yang begitu empuk. Wah..selesanya! Udara sejuk yang masuk melalui pintu sliding yang sengaja kubuka sedikit terasa begitu nyaman. Tak payah buka penghawa dingin pun tapi sejuknya bagaikan berada di negara empat musim. Sejuk sehingga mencengkam tulang. Segera aku menarik selimut meliputi seluruh tubuh sehingga ke paras leher. Terasa sangat selesa... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 6, 7

12 May 2011 
Kategori: Novel

770 bacaan 9 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Bab 6 Suara ketawa Syira dan Kak Jeena begitu gamat memenuhi ruang pejabat. Bingit telinga aku dibuatnya, tambah lagi suara nyaring Syira yang ketawa mengilai bagai nak rak. Kalau pergi ‘casting’ filem Hantu Kak Limah memang sah Mamat Khalid dah amik berlakon jadi heroin. Nasib baiklah pejabat Divisyen Konsep terletak agak jauh dengan pejabat-pejabat divisyen yang lain, dipisahkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 5

4 May 2011 
Kategori: Novel

1,366 bacaan 14 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Panggilan interkom yang baru sahaja kuterima bagaikan permulaan episod mimpi ngeri dalam hidupku. Bicara lembut Nurul yang menjengah pendengaranku hanya mampu kubiarkan tanpa sebarang kata-kata. Aduh, apa aku nak buat ni? Matilah aku, pagi-pagi lagi dah kena panggil masuk bilik Pengarah Urusan SK Holding. Pasal apa lagi Encik Hazim tu nak jumpa aku kalau bukan pasal hal semalam. Aku... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 3, 4

26 April 2011 
Kategori: Novel

1,352 bacaan 13 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Bab 3 Aku berjalan laju tatkala melihat lif sudah hampir tertutup. “Wait!!” Lantang suaraku saat melihat pintu lif lagi sikit sahaja nak bercantum. Saat kakiku betul-betul mendarat di hadapan lif, pintu kembali terbuka. Fuh, nasib baik! Melihatkan ada seorang lelaki lengkap berpakaian kemas di dalam lif, cepat-cepat aku menunduk sambil melangkah masuk. Kesan trauma yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 2

5 April 2011 
Kategori: Novel

891 bacaan 10 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI Aku mengesat-ngesat peluh di dahi. Matahari yang sudah pun tegak di atas kepala menambahkan lagi bahang di dalam stadium terbuka MBJB. Mataku meliar ke segenap ceruk stadium. Boleh tahan ramai jugak pekerja-pekerja SK Holding. Ramai juga yang aku hanya kenal muka sahaja.. Maklumlah, lebih seratus orang pekerja dalam syarikat tu. Kalau jumpa pun kebanyakannya hanyalah waktu pagi, waktu... [Teruskan bacaan]

Novel : Dilema Cinta 1

27 March 2011 
Kategori: Novel

887 bacaan 12 Ulasan

Oleh : MR. NEIJI BAB 1 Aku membelek jam yang terlilit kemas di tanganku. Alamak! Dah pukul 6.30 rupanya. Patutlah perut pun rasa lapar semacam je. Hai perut, apelah nasib ko dapat tuan macam aku ni..asyik terlupa je nak diisi. Aku mengomel sendiri. Sejak Pn.Tahirah cuti bersalin minggu lepas, jadual kerja aku terus berterabur. Mana taknya, ikutkan bulan depan baru bersalin katanya, tup-tup dah... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11