Novel : Cintaku! at school 26, 27
Oleh : nana billa 26 Hari Raya telah lama berlalu dan masa untuk aku berperah otak untuk menghadapi peperiksaan percubaan juga telah beberapa minggu meninggalkan aku. Alhamdulillah dengan bantuan Amsyar dan guru-guru di sekolah, aku dapat menghabiskan silibus dengan jayanya. Tapi aku masih tidak yakin dengan diriku. Boleh ke aku berjaya? Macamana hidupku kalau aku gagal? Tapi aku kuatkan juga semangat... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 25
Oleh : nana billa 25 Aku bangun agak awal pagi ini kerana hari ini merupakan Hari Raya Aidilfitri. Sedar tak sedar rupanya setahun lagi telah berlalu. Cuma bezanya tahun ini aku akan beraya bersama abang. Ya, dan juga keluarga baru. Bunyi bising di bawah menyakinkan lagi aku yang kebanyakan mereka telah bangun dari tidur. Nasib baik aku telah terbiasa bangun awal. Kalau nak harap mama datang kejutkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 23, 24
Oleh : nana billa 23 “Nia, kau rasakan betul tak tilikan aku hari tu?” tanya Esha mundar mandir di hadapanku dengan mulutnya yang tidak lepas dari lolipop. Aku yang sedang berehat di bawah pohon rendang yang berada di sebelah bangunan kelas kami memandang hairan ke arah Esha yang berhenti mendadak dan sedang ralit memerhatikan sesuatu. “Maksud kau?” soalan Esha tidak aku jawab... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 22
Oleh : nana billa Hari ini hari kedua aku terpaksa menahan mataku dari tertutup melayan kantuk dan memaksa mataku untuk terbuka luas. Jam yang masih nyaring berbunyi ku capai. Punat tutup ku tekan. Haila, pukul 4.00 pagi. Mataku di pisat-pisat perlahan. ‘Mama, Nia ngantuk.’ Tempikku dalam hati. Tapi kakiku masih setia melangkah ke bilik air. Aku memberus gigi dan muka sebelum bersiap-siap untuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 20, 21
Oleh : nana billa 20 Aku mula memfokuskan pada apa yang di ajar oleh guruku. Kalau dulu, mungkin aku adalah pelajar yang paling ‘bising’ di sekolah, kini aku perlu berubah untuk kebaikan. Kerana aku pasti, hanya ilmu yang aku capai yang boleh menyelesaikan masalahku. Masalah yang sukar untuk di selesaikan. Hanya ilmu yang boleh bawa aku jauh dari semua ni. Sedang asyik aku mendengar segala ilmu... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 19
Oleh : nana billa Aku melihat wajahnya sekali pandang. Walaupun dia suamiku namun aku tak berani melihat wajahnya lama-lama, apatah lagi merenungnya. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku syok kat dia. Sejak pergaduhan kecil antara aku dan dia, aku semakin malas melayan karenahnya yang bagiku terlalu mengarut. Tapi ada satu benda yang membuatkan aku kagum dengan sikapnya. Walau seberapa sibukpun kami... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kimchi Dan Nasi Lemak. Boleh Ke?
Oleh : nana billa Dira mencubit aku perlahan. “Sakitlah.”Marahku. Dia ingat lengan aku ni tepung ke nak cubit-cubit. Aku menggosok lenganku. “Tu lah kau Ara.Tak berkembang tau.” “Memang la tak.Kalau kembang tak de la kau panggil aku ‘Miss Slim World’ tau.”Potongku pantas.Muka Dira kelihatan merah seperti menahan marah.Ops, aku ada salah cakap ke? “Jangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 18
Oleh : nana billa 18 “Hai sayang. Dah bangun ke?” ujarnya lantas mendekatkan bibirnya ke dahiku. Mataku membuntang. Terkejut dengan reaksinya ynag tak terduga dek akalku. Ini, tak lain tak bukan samada buang tabiat ataupun termakan ubat julat. “Apa awak buat ni? Dah buang tabiat? Dah lama sangat hidup?” marahku. Geram dengan perangainya yang tiba-tiba. Dia tersenyum menayangkan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : My boss is zero
Oleh : nana billa Dia mendengar penuh minat. Real love is something more terrifying than exams or ghosts. If you fall in love, it won’t stop. Your brain is on fire and that runs through your body. It runs down quickly to your toes. Your blood pumps in waves when your eyes meet. The lumberjack inside your chest carries a big hammer. And from the inside he hits, ‘gan gan’. Kata seorang nenek tua... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 17
Oleh : nana billa 17 “Am, kau ni kenapa? Tak elok kau buat macam tu kat Nia.” Ujar Arif tak puas hati. Amsyar hanya mendengus marah. “Aku bukan apa. Aku tak suka lah cara Nia tu. Kalau memang tak suka aku. Tak payahlah buat-buat lupa. Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku. Aku sayang dia, tapi dia..” “Dah..dah. kau tak payah nak buat cerita sedih pulak. Kau ni macam budak-budak... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 16
Oleh : nana billa Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan kami yang sedang makan malam terhenti. Siapa yang datang malam-malam buta ni? Dia nak apa? Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran aku namun semua persoalan itu ku biarkan berlalu kerana perutku yang lapar minta di isi dengan segera. Arahan papa yang menyuruhku membuka pintu memaksa aku melangkahkan kaki menuju ke pintu. Pintu yang berkunci... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 15
Oleh : nana billa 15 Amsyar memandang kosong siling biliknya. Tak mungkin semua ni yang terjadi. Tak mungkin Nia hilang ingatan. Teringatkan peristiwa semalam membuatkan hatinya membengkak. Geram dan sedih bercambur baur. Entah kenapa sampai begini ianya terjadi. Dua hari selepas Nafiza kecewa dengannya, Nafiza menelefonnya untuk memaklumkan kepulangannya ke UK. Ingin sekali dia memujuk Nafiza tetapi... [Teruskan bacaan]
Novel : Hati Si Pesakit Cinta 6
Oleh : nana billa 6 Aku membuka mataku yang terasa berat. Mataku berpinar, pandanganku berbalam-balam. “Saya kat mana ni?” seperti biasa, soalan standard itu aku keluarkan biarpun aku masih tidak tahu siapa yang berada di sisiku. Aku cuba berdiri biarpun payah. Seseorang memegang bahuku membantu aku menegakkan sedikit postur badanku. Aku ucapkan terima kasih atas pertolongannya. Aku ulangi... [Teruskan bacaan]
Novel : Hati Si Pesakit Cinta 5
Oleh : nana billa 5 Air masak ku teguk laju. Tekak yang terasa perit sedikit lega. Inilah rutinku sejak dua hari yang lalu. Sejak tekakku mula menjadi mangsa apabila aku menghidap batuk. Mukaku sudah berubah merah. Gelas yang kosong ku letak ke dalam sinki tanpa menyucikannya. Aku mula mengambil kesempatan dengan kesihatanku yang agak merosot. Nak harapkan masa sihta aku buat macam ni, pasti telinga... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 14
Oleh : nana billa 14 Hidup Amsyar semakin hari semakin tidak terurus. Sudah seminggu sejak peristiwa menimpa Nia Nalia berlalu tetapi hati Firzad Amsyar semakin tidak menentu. Siapa tidak risau apabila orang yang di sayangi berada dalam keadaan koma hampir seminggu. Dia mula penat menanti, penat menunggu Nia sedar dan dia mula merasa putus asa. Orang yang datang melawat Nia tidak di hiraukan. Dia sedar... [Teruskan bacaan]
Novel : Hati Si Pesakit Cinta 4
Oleh : nana billa 4 Hari seterusnya berlalu seperti biasa. Aku gembira bekerja di UiTM, Shah Alam sebagai pensyarah. Ternyata ianya sesuai dengan ‘jiwaku’. Hubungan aku dan keluargaku pula kembali rapat. Aku dah berjaya mengurangkan sedikit sifat ‘cengeng’ku yang sebelum ini terlalu sebati dalam diriku. Entah kenapa apabila teringatkan Izzat, air mataku akan mudah mengalir. Airmataku beraksi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 13
Oleh : nana billa 13 Peristiwa dua hari lepas berputar-putar di kotak fikirannya. Nafiza yang terkejut melihat kejadian langgar di depan matanya menekup mulut. Inilah kali pertama dia melihat kejadian seperti itu di depan matanya. Dia memandang ke arah mangsa langgar tersebut. Pemandu kereta yang bertanggungjawab melanggar remaja itu berjaya melarikan diri. Keadaan sesak menyukarkan Nafiza melihat... [Teruskan bacaan]
Novel : Hati Si Pesakit Cinta 3
Oleh : nana billa 3 “What? Are you crazy? Oh jap. For your information cik..” “Airin Izzah.” Jawabku perlahan walaupun air mata yang mengalir di tambah dengan mukus di hidung telah menyukarkan aku untuk bernafas. Mukanya yang agak sombong ku kira membuatkan aku tak selesa. “Ah, whatever your name is. I don’t care. Boleh awak ulang balik apa yang awak cakap tadi?”... [Teruskan bacaan]
Novel : Hati Si Pesakit Cinta 2
Oleh : nana billa 2 Kejadian pagi tadi masih bermain-main di fikiran aku.Betulkah Izzat yang aku lihat tadi?Kepala ku geleng perlahan.Tak mungkin kerana Izzat yang aku kenal sudah tinggalkan dunia ini. Ini bukannya samarinda atau cerita Kemboja Putih yang popular sekarang ni. Tak mungkin yang mati akan hidup kembali. Kerana aku ada untuk menyaksikan saat-saat kematiannya. PANGGILAN yang ku terima sebentar... [Teruskan bacaan]
Novel : Cintaku! at school 11
Oleh : nana billa 11 Syukur sangat-sangat. Hari ni secara rasminya tamatlah aktiviti yang di acarakan khas buat pelajar tingkatan enam bawah. Rasa lega tak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Walaupun penat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut namun aku rasa enjoy sangat. Melihat mereka di denda kerana melakukan kesalahan dan yang paling aku tak boleh lupa bila mereka di paksa melakukan pelbagai... [Teruskan bacaan]







