Novel : Dongeng Tiga Panglima 11
14 October 2011
Kategori: Novel
175 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nani NA BAB 11: SIAPA YANG BERSALAH? Allisya duduk termenung di meja kuliahnya. Fikirannya melayang memikirkan pelbagai perkara. Raihana di sebelahnya diam tidak bersuara. Sejak Zaem meluahkan perasaannya kepada Allisya, hati Allisya menjadi tidak tenang. Raihana semakin kurang bercakap dengannya, kadang-kadang langsung tidak bersuara. ‘Raihana marah ke?’ Allisya berbisik sendiri.... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 10
Oleh : Nani NA BAB 10: BUNGA-BUNGA CINTA Suasana ceria kembali mewarnai mesyuarat terkini kelab Permata Hati. Zaem kelihatan bersemangat untuk menjayakan program motivasi yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Wajahnya kembali bercahaya, dihiasi dengan senyuman ceria dan kenyitan mata yang menjadi tarikan utama kepada wajahnya. Malah, dia kini lebih berani mengusik dan mengarah-ngarahkan Allisya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 9
Oleh : Nani NA BAB 9: AMARAN PERTAMA Allisya tercari-cari ke mana perginya Iskandar. Dia baru sahaja mendengar berita yang menggemparkan itu daripada pelajar lain. Satu insiden kebaran telah terjadi malam tadi di bangunan kediaman MPP. Hati Allisya gelisah. ‘Mengapa hati aku tak tenang ni? Sesuatu terjadi kepada abang Iskandar?’ Kebimbangan menghantui minda Allisya. Sudah satu hari Allisya... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 8
Oleh : Nani NA BAB 8: RAHSIA HATI TIGA PANGLIMA Zaem sekejap-sekejap berpaling ke kiri. Sekejap kemudian berpaling semula ke kanan. Kenapa hati ini resah? Zaem merasa keliru dengan perasaannya sendiri. Apa sahaja yang dilakukannya beberapa hari ini semua serba tak kena. ‘Kenapa panas sangat malam ni?’ Sengaja Zaem menyalahkan persekitarannya, sedangkan suhu penghawa dingin di biliknya... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 6, 7
Oleh : Nani NA BAB 6: MAIN ‘NYOROK-NYOROK’ “ALLISYAAA!” Hanya jeritan itu sahaja yang kedengaran di cuping telinga Allisya. Segala-galanya berlaku dengan pantas sekali. Perasaan takut menguasai diri Allisya. Dia seakan-akan hilang akal. Entah apa yang difikirkannya ketika itu, Allisya hanya memejamkan mata. Tangannya dirangkup ke muka. Itu sahaja yang termampu dilakukan oleh... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 5
Oleh : Nani NA BAB 5: BENCANA Allisya melontarkan pandangannya ke luar tingkap, seperti biasa menghadap ke arah bukit hijau yang terletak di belakang kolej kediamannya. Namun kali ini renungannya menembusi pemandangan yang indah itu. Jauh dia termenung. Sejak peristiwa amuk yang berlaku kelmarin, fikiran Allisya terganggu dengan bayangan yang menyakitkan hatinya. “AH, KAU DIAM ISKANDAR! Kau sampai... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 4
Oleh : Nani NA BAB 4: API KEBENCIAN. Ruang legar Fakulti Undang-undang sudah mula sesak dengan puluhan mahasiswa perundangan yang baru sahaja keluar dari kuliah masing-masing. Zaem yang berblazer biru hari ini melangkah ceria keluar dari dewan kuliah. Langkahnya disusun dengan bergaya. Sekali-sekala dia melemparkan senyuman kepada kumpulan pelajar wanita yang memerhatikannya dari jauh. Mereka kelihatan... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 3
Oleh : Nani NA BAB 3: WAJAH YANG TENANG Kokokan Jebat memenuhi ruang angkasa. Buat pertama kali, Allisya merasa keliru; adakah dia masih berada di kampung? Allisya yang masih mamai perlahan-lahan bangkit dan membuka mata. Dia terdiam, merenung tepat ke arah Raihana yang sedang tidur. Entah berapa minit sudah berlalu baru Allisya sedar dia sebenarnya berada di bilik barunya di USAS. Allisya... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 2
Oleh : Nani NA BAB 2: KASIH YANG TIDAK TERHINGGA. Malam mula melabuhkan tirainya. Kini, Allisya sudah pun berada di biliknya. Allisya sedikit kecewa. Dia tidak dapat mengikuti aktiviti orientasi petang tadi kerana jauh tersesat. Walaubagaimana pun, Allisya bersyukur akhirnya dia menemui kolej penginapannya dan kini dia sedang berehat, bersandar pada bingkai tingkap di bilik barunya itu. Allisya... [Teruskan bacaan]
Novel : Dongeng Tiga Panglima 1
1 August 2011
Kategori: Novel
261 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nani NA BAB 1: TIGA PERTEMUAN “Alhamdulillah. Ibu, Allisya dah sampai,” bisik hati kecil Allisya. Tangan kanannya erat menggenggam peta mini USAS, manakala tangan kirinya setia memaut beg pakaian yang telah lusuh. Gadis kecil yang betudung merah jambu itu tidak pernah letih mengukirkan senyuman. Biarpun jelas kelihatan peluh di dahinya, namun tidak lansung diendahkannya. Dia terlalu... [Teruskan bacaan]







