Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 27

26 February 2011 
Kategori: Novel

458 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 27 Petanda Petaka Setiap kali jemari aku memegang keyboard ini, pasti sebak tak mampu kutahan. Kerana apa yang ingin aku taip, adalah tusukan jarum-jarum halus yang terus-terusan menikam sukma. Biarpun telah berkurun kisah ini ingin ku kubur. Tapi hakikatnya tidak pernah berubah. Kotak fikirku sentiasa terimbau pada satu petang yang suram. Sesuram wajah mak. Sesuram wajah ayah.... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 26

19 February 2011 
Kategori: Novel

348 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 26 Senjata Dan Perisai Kehidupan “Hacchimm!!” Aku terbersin. Mungkin disebabkan semalaman aku kesejukan. Abang Azmi memesan segelas lagi teh tarik. Aku pula pesan Nescafe tarik yang kedua juga. “Jangan banyak sangat minum Nescafe, sakit kepala nanti.” Tegur Abang Azmi. “Nak buat macam mana.. dah ketagih.” Jawab ku acuh tak acuh. Sebenarnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 25

12 February 2011 
Kategori: Novel

252 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 25 Luka Tak Terawat Aku sangat gembira bila keputusan akhir tahun diumumkan. Aku masih mengekalkan nombor dua. Nazam pula mendapat nombor tiga. Manakala tempat pertama tetap milik Shazrul – anak peneroka Felda seperti ku juga. Keputusan itu sekaligus menafikan teori cikgu Rosnah – bahawa murid yang kuat berfantasi seperti aku dan Nazam akan keciciran. Sebaliknya menjadi tamparan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 23, 24

5 February 2011 
Kategori: Novel

315 bacaan 3 Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 23 Sayang Tak Seimbang Aku dipaksa ke sekolah juga walaupun permintaan ku untuk dibelikan kasut dan baju baru tidak ditunaikan. Di dalam kelas, aku memilih untuk duduk di meja belakang sekali bersebelahan dengan Nazam – anak peneroka yang senasib dengan ku. Pelajar lain asyik berbuat bising dan bermain sesama sendiri sementara menunggu cikgu datang mengajar. Tetapi aku lihat... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 21, 22

22 January 2011 
Kategori: Novel

358 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka “Abang Mie dah terlambat.. rumah kita dah runtuh.” Kataku lemah dan kecewa kerana gagal mempertahankannya. Abang Azmi menghulur sehelai tuala dan pakaian yang aku sangat kenal – milik aku! “Abang yang suruh budak-budak Indon runtuhkan.. Semalam abang cuba hubungi hang banyak kali tapi tak dapat. Abang dah jumpa pemaju ambik pampasan. Kayu-kayan rumah tu abang dah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 20

8 January 2011 
Kategori: Novel

273 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 20 Minda Yang Sengsara Menunggang motorsikal dalam keadaan marah dan kecewa bukanlah idea yang baik. Aku hilang pertimbangan dengan memecut selaju mungkin dalam pekat malam disusuli panahan sang hujan yang memedihkan. Aku tidak kisah lagi biarpun lencun dan kesejukan. Hatta jika berlaku kemalangan sekalipun aku pasrah asalkan fikiranku dapat beralih daripada mengingati Lisa.... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 18, 19

31 December 2010 
Kategori: Novel

315 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 18 Duka Terpendam Sewaktu aku tiba, seorang gadis sebaya Lisa membuka pintu dan mempelawa ku masuk. Dia tunjukkan kepada ku bilik Lisa. Aku melangkah perlahan. Jantungku berdebar. Dari rintih suaranya dalam telefon tadi, aku tahu dia sedang sakit. Melihat aku masuk, Lisa bingkas duduk memeluk bantal di birai katil. Ah, betapa tak manisnya meredah masuk ke bilik anak dara orang... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 16, 17

24 December 2010 
Kategori: Novel

326 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 16 Katak dan Gastrik Hujan tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Aku mengerekot menahan sakit akibat diserang gastrik dan kelaparan. Puas aku meraba-raba saki-baki duit dalam poket seluar tapi hampa. Semuanya telah habis digunakan untuk membaiki motor EX5 pemberian abangku yang sering rosak ditenggelami air. Tak ada apa yang dapat kubuat selain berdoa semoga seseorang singgah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 14, 15

17 December 2010 
Kategori: Novel

201 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 14 Di Ambang Kehilangan Dalam waktu yang singkat, hubunganku dengan Lisa menjadi begitu akrab dan mesra. Ke mana saja kami pergi pasti bersama. Ramai di kalangan rakan-rakan kolejku yang terkejut. Begitu juga dengan teman-teman Lisa. Manakan tidak, selama ini aku tidak pernah sebut tentang Lisa. Juga, Lisa tidak pernah memandang aku. Walaupun sejak di semester 2 aku selalu mendengar... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 13

10 December 2010 
Kategori: Novel

193 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 13 Erti Sebuah Pengorbanan Aku tiba awal di kolej. Sebaik sahaja cashier selesai buat daily balancing dan bilik kebal bank tempat ku bekerja dikunci, terus aku pecut motor ke kolej. Aku terasa sangat bersemangat untuk menghadiri kelas. Dalam masa yang sama rasa berdebar-debar. Tak sabar untuk bertemu Lisa. Subjek Pengajian Malaysia yang dibentangkan pensyarah langsung tak melekat... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 12

4 December 2010 
Kategori: Novel

200 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 12 Debunga Cinta Aku bertemujanji dengan Lisa di City Garden. Dia mengenakan kebaya merah berserta selendang nipis yang menambahkan seri keayuannya. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada ku. Aku ramas tapak tanganku yang berpeluh. Gemuruh di dadaku mula reda melihat kemesraannya. “Maaflah kalau Lisa lambat, naik bas tadi..” Ngomelnya sebelum duduk menghadap aku. “Tak... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 10, 11

25 November 2010 
Kategori: Novel

202 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 10 Penantian Satu Penyiksaan Ada teka-teki bersarang di fikiranku. Sepanjang perjalanan pulang aku asyik memikirkan tentang Lisa. Perubahan air muka yang dipamerkan tadi merubah terus persepsi ku terhadapnya. Selama ini aku hanya melihat Lisa sebagai seorang gadis comel yang sangat ceria disamping teman-teman sekelasnya. Malah tidak keterlaluan jika kukatakan dia jenis perempuan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 9

19 November 2010 
Kategori: Novel

172 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 9 Bidadari Mimpi Isnin, 24 Ramadhan 1422H.Damansara. Ini antara detik paling menggembirakan dalam hidupku. Malam ini aku berbuka puasa dengan Lisa. Bermakna inilah pertama kali aku keluar dengan seorang perempuan yang sangat istimewa di mataku. Manakan tidak, selama ini gadis bermata besar berdagu tirus persis Ayumi Hamasaki itu hanya muncul dalam mimpi-mimpiku. Menyuntik rindu... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 7, 8

11 November 2010 
Kategori: Novel

209 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 7 Kempunan Suasana pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak dengan pengunjung. Aku antara ratusan orang yang bersimpang-siur mencari juadah makan malam. Sebaik sampai di stesen bas Pekeliling petang tadi, aku singgah di sini dulu untuk mengisi perut. Aku beli sebungkus nasi ayam. Gelagat dua adik-beradik Bangladesh lingkungan umur 7 ke 9 tahun yang turut sama membeli nasi... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 6

3 November 2010 
Kategori: Novel

217 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 6 Hujan Emas Bas ekspres yang membawa ku kembali ke Kuala Lumpur baru saja melewati terowong Genting-Sempah yang menembusi banjaran Titiwangsa. Aku sangat kagum dengan panorama indah di sepanjang jalan. Di hadapan ku terbentang likuan jalan berturap puluhan kilometer merentasi lereng-lereng bukit hingga ke Gombak. Di kiri-kanan ku pula dipenuhi rimbunan hutan hijau yang sentiasa... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 5

28 October 2010 
Kategori: Novel

204 bacaan 1 Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 6 Hujan Emas Bas ekspres yang membawa ku kembali ke Kuala Lumpur baru saja melewati terowong Genting-Sempah yang menembusi banjaran Titiwangsa. Aku sangat kagum dengan panorama indah di sepanjang jalan. Di hadapan ku terbentang likuan jalan berturap puluhan kilometer merentasi lereng-lereng bukit hingga ke Gombak. Di kiri-kanan ku pula dipenuhi rimbunan hutan hijau yang sentiasa... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 4

19 October 2010 
Kategori: Novel

244 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 5 Harapan Palsu Sebulan berlalu sejak aku hampir-hampir terhumban dari pokok kelapa. Luka di tubuhku telah sembuh sepenuhnya. Cuma tinggal beberapa garis parut pada kedua-dua belah tangan. Parut yang akan kekal buat selama-lamanya seperti mana parut pada pehaku. Sekurang-kurangnya ia akan sentiasa mengingatkan ku betapa pentingnya tangan yang dianugerahkan tuhan ini. Aku masukkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 3

13 October 2010 
Kategori: Novel

188 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 3 Terlepas Dari Maut Memang silap aku! Malah kesilapan paling bodoh pernah kulakukan dalam hidup. Bukan kerana aku tidak pandai memanjat pokok kelapa. Malah diam-diam aku pernah mempelajarinya dari arwah Abang Aziz sewaktu ketiadaan emak. Cuma selama ini aku tidak pernah tunjukkan kebolehanku itu kerana tidak mahu emak risau dan marah. Cukuplah abang seorang yang memeningkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 2

5 October 2010 
Kategori: Novel

258 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Nizareka Episod 2 : Menghargai Kehilangan Pukul enam pagi. Kokokan ayam di reban menyentak tidurku. Sebaik selesai solat subuh, aku sambung tidur semula. Mungkin sudah terbiasa begitu sewaktu di Kuala Lumpur. Mak hanya menggeleng kepala. Rezeki tak dating dekat kalau dah bangun tidur balik – katanya. Hampir pukul sembilan baru aku bangun kembali dan bersarapan. Di belakang rumah, kelihatan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tersungkur Untuk Masyhur 1

21 September 2010 
Kategori: Novel

565 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Nizareka PROLOG HIDUPKU sepatutnya baik-baik saja. Ada kerja bagus di institusi kewangan terkemuka di ibukota. Ada tempat tinggal yang selesa walaupun hanya sebuah rumah setinggan. Sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar sewa kerana ia milik Abang Azmi – abangku yang sulung. Malah segala-galanya berjalan lancar sejak pertama kali kujejakkan kaki di Kuala Lumpur ini belasan tahun yang... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11