Novel : 3 Siti Mencari Cinta 7
Oleh : Noorfadzillah Bab 7 AKHIRNYA balik juga dia dan tiga anak daranya ke Kampung Tok Angka, Seremban semata-mata untuk memenuhi undangan pernikahan anak kepada sepupunya Hawa Jongang. Tatkala kereta milik Siti Nurbaya memasuki perkarangan kediaman Haji Razak dan Hajah Saedah. Bunyi hon kereta membingitkan suasana hangat di halaman yang terletak pada tanah berkeluasan 2 ekar itu. Rumah batu... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 6
Oleh : Noorfadzillah Bab 6 “MAK nak lihat baju-baju kurung yang mak beli tadi siang. Pergi bawa masuk bilik lepas itu bagi mak tengok,” arah Mak Cik Siti Ayu. Dua pasang baju kurung fesyen ditunjukkan kepada Siti Nurbaya dan Siti Raihana yang sedang duduk menonton siaran televisyen. Sementara ekor matanya menangkap Siti Saleha baru saja menuruni anak-anak tangga dari tingkat atas. ... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 5
Oleh : Noorfadzillah Bab 5 MAK CIK SITI AYU berjalan berdua dengan Zakiah, bersesak dengan pengunjung di Jalan Masjid India hanya Tuhan saja yang tahu. Sinar suria menyucuk-nyucuk ke sekujur tubuhnya. Berkeringat lagi tak usah dikata. Sudah berjalan berdua menongkah arus pengunjung di hari biasa pun bagai di bulan Ramadan pula. Dia sudah nekad untuk mencarikan dua pasang baju kurung yang siap dijahit... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 4
Oleh : Noorfadzillah Bab 4 DERIA matanya menghadap keluar restoran dengan perasaan bersimpang-siur dek bebelan ibunya malam tadi. Deru angin dari penghawa dingin menyapu ke sekujur tubuhnya. Namun tidak sedingin hatinya saat dia menyua kembali pertanyaan perihal hubungan mereka yang sudah bersulam hampir dua tahun. Abang Azmie di depan mata sedang menikmati nasi ayam penyet yang dipesan. Meratah... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 3
Oleh : Noorfadzillah Bab 3 MAK CIK SITI AYU menghidangkan secawan kopi panas dengan dua balang yang mengandungi kacang tepung dan kerepek ubi. Zakiah yang merupakan teman baik berbicara dengannya sering kali datang bertandang ke rumah saat anak-anak daranya sudah keluar ke pejabat. Jarak rumah antara mereka juga tidaklah berapa jauh. Hanya dengan menunggang motosikal kapcai dalam 300 meter tentu sampai... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Disaat Aku Mencintaimu
Oleh : Noorfadzillah & Wazrul Shah QHAIRUL ASWADY memandang siling rumah dengan perasaan yang walang. Aku dapat merasakan suatu perasaan yang aneh sedang menjengah dirinya kini. Jalinan ritma debar tidak bersahabat, memicu persoalan dan ketidaknyamanan dek perasaan ini. Parasnya membentuk riak yang menganak-denai-liku. Batinku mendesah seribu kali menyeru nama sang puteri yang sudah terpatri di... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 2
Oleh : Noorfadzillah Bab 2 SITI SALEHA keluar dari perut kereta Iswara biru, membawa tas tangannya sebesar saiz kusyen tempat duduk di rumahnya. Anggun bergaya tak bisa dipertikaikan, dia sentiasa mempamerkan senyum imut bak bayi merengek, meminta bubur lembutnya. Berjalan penuh yakin dengan lenggang-lenggok sudah setanding model pentas. Bibirnya membingkai senyuman lagi kepada jejaka-jejaka ganteng... [Teruskan bacaan]
Novel : 3 Siti Mencari Cinta 1
Oleh : Noorfadzillah Bab 1 SEPASANG kaki melangkah perlahan, saat lelaki pujaannya datang berjalan gagah begitu kacak mengenakan sepasang tuxedo hitam bagai si penggoda James Bond tegar menjalankan misi belum terlaksana. Kembang kecup hatinya tidak bisa ditenangkan saat begitu banyak pasang mata hawa di luar sana sudah menjeruk hati, bagai mendamba aiskrim Hagen Dazz. Sekali pandang kaum sejenisnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 31, 32
Oleh : Noorfadzillah [BAB 31] NAZEERAH memandu perasaan jauh ke lubuk dalam, bercampur baur nafas bernafsu amarah. Menggiatkan lagi sisi gelapnya yang kian tak bisa diseimbangkan. Bagai mentari yang menghidap autis. Mempengaruhi setiap spektrum alam semesta yang tak mahu menyokong hasrat penghuni. Setiap elemen alam terukir dengan hampa. Ibarat tumor yang menerpa lara di udara. Raut paras bagai... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 29, 30
Oleh : Noorfadzillah [Bab 29] DUDUK termenung mengamati setiap kisah yang menjadi lipatan memorinya. Mengalir perlahan bagai air hangat menyedarkan kepekaannya. Menusuk sedikit bagai mata runcing hanya berlabuh sesaat rasa. Alur fikiran menerawang jauh tanpa membawa diri ke pentas dunia. Menyelami dasar hati yang kini tertanam imbasan semalam. Mencari hikmah yang tersembunyi ataupun kesilapannya yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 27, 28
Oleh : Noorfadzillah [Bab 27] SIANG menunduk menghantar mentari ke ufuk pelabuhan sepi. Menyambut senja yang kian menebar kelamnya. Lalu malam terkuak membangkitkan misteri yang tak bisa ditafsirkan. Bukankah rahsia alam milik sang penciptanya? Hanya ilmu ilmiah dan sains yang menjadi petualang manusia dalam menimba ilmu yang tak ada penghujungnya. Ruang pejabat kian menyepi dari urusan dunia... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 25, 26
Oleh : Noorfadzillah [BAB 25] SEIRING waktu merangkak lalu berdetak-detik ke setiap angka. Ada tumpukan rasa yang tergantung di dinding hati mentafsirkan perilaku yang tidak bisa ditafsirkan. Garis paras yang beriak gelisah tatkala melepaskan slot realiti yang menjadi tatapannya. Sedari tadi riak wajah itu mengapung mentari dilindung awan kelam. Lalu sinar suria yang diharapkan namun hawanya diselubungi... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 23, 24
Oleh : Noorfadzillah [Bab 23] TERKADANG kesibukan membuat sekujur tubuh tertekan dek pekerjaan semakin membengkak. Kewalahan dalam meneruskan hari-hari yang semakin berat dengan penuh tentangan. Hanya nafas dan nadi yang bisa menakung hayat demi berdiri tegar di alam realiti ini. Pedulikah dia dengan semua penderaan ini. Bukankah waktu itu bermaksud satu nilai yang tiada tara harganya menjadi milik... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 21, 22
Oleh : Noorfadzillah [BAB 21] MENGINTAI biasan terik yang menggersang serata alam. Merenggut liang kulit yang menjadi santapan suria di atas kepala. Kini merejam ke dinding kediaman megah yang menelusuri sela-sela simen hingga ke dasar tanah. Meski gelombang perasaan berombak kecil sepi masih mengharapkan hari yang gagah ini seterik zat suria mentari. Subuh yang diraih sedari tadi masih tak... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 19, 20
Oleh : Noorfadzillah [Bab 19] DENGAN riak paras bak Snow White yang tidur dengan lena panjangnya. Paras itu bergaris redup dan sepi bagai wajah di ufuk senja pulas di atas peraduannya. Hari itu kebetulan cuti am terasa ingin meneruskan tidurnya yang indah ibarat beradu di atas kepulan awan berlatarkan hamparan pelangi. Padahal jam di kepala katil sudah menunjukkan angka ke 9.00 am. Sisa kantuknya... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 17, 18
Oleh : Noorfadzillah [Bab 17] ANGIN sore menyambut kepulangan Sofea Emilia sebaik saja tubuh yang kewalahan itu menuruni teksi. Dedaunan melintuk-liuk disapa kasar hinggakan jatuh rontok di tanah. Berjalan lelah melalui gerbang pagar mengamati setiap ceruk halaman yang dibayangi jingga di ufuk horizon. Betapa letihnya membawa sekujur tubuh berjalan gontai meskipun hanya 50 meter untuk sampai ke muka... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 15, 16
Oleh : Noorfadzillah [Bab 15] “MARIA!” Jomlah kita makan dulu. Dah dekat empat jam kita asyik ke hulu-hilir dalam mall ni. Perut saya pun dah meragam.” Riak wajahnya sudah mengeruh semakin hilang seri yang menggayuti sepasang mata dan bibir rekahnya. Sedangkan Maria semakin bertenaga tidak pernah mengenal kelelahan sedari tadi. Kehampaannya terserlah atas kehilangan Sarah sebentar... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 13, 14
Oleh : Noorfadzillah [Bab 13] PAGI yang menakjubkan di bumi bertuah untuk insan yang layak. Dia bersyukur kepada illahi diberi peluang merasai kenikmatan ini. Menjadi insan yang bertuah antara yang layak bernafas di muka bumi. Riak wajah terserlah suria mentari mengurai luas sinarnya yang hangat. Sehangat pelukan mama penuh dengan kasih sayang yang tidak bisa dijual beli. Memulakan rutin kehidupan... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 11, 12
Oleh : Noorfadzillah Bab [11] SAMPAI di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Antarabangsa dia akhirnya berpeluang menghirup udara bumi Malaysia. Lukisan indah alam malam berubah menjadi satu panorama yang penuh haru. Kini dia berpijak di tanah kelahirannya. Desir angin buatan membekukan aliran darahnya membuat urat sarafnya tegang hampir setengah hari bermukim di dalam pesawat. Syukur kepada Ya Rabbi mengiringi... [Teruskan bacaan]
Novel : Kemilau Karya Kasih 9, 10
Oleh : Noorfadzillah Bab 9 & 10 Bab 9 BUKANKAH malam menjanjikan ketenangan dengan hamparan alam semesta di dada langit. Butiran-butiran kemilau disemat pada selimut semesta biar indah dipandang mata. Di dalam kepulan awan kelam membicarakan fenomena yang tak bisa ditafsirkan. Malam yang penuh misteri menyimpan berjuta cerita yang hanya menjadi milik-Nya. Sedangkan kehidupannya mendatang juga... [Teruskan bacaan]







