Novel : Opps! Pintu Hatiku! 21, 22
Oleh : Noraz Ikha Bab 21 DUG! DAG….! DUG! DAG….! Jantung Eika berdegup kencang. Setia menanti giliran namanya dipanggil. Hatinya berasa sedikit resah. Entah kenapa, dia merasakan temuduga pada kali ini agak lain sedikit daripada yang lepas-lepas. Sebelum ini, dia tidak pernah berasa risau. Apakah ini hanya mainan perasaannya sahaja? Tetapi untuk apa pula dia risau? Untuk menghilangkan perasaan... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 19, 20
Oleh : Noraz Ikha Bab 19 CUACA pada hari ini kelihatan sungguh cerah. Penghuni kota sudah mula keluar mencari rezeki masing-masing. Memang. Hidup di kota memang berbeza dengan hidup di kampung. Di sini, udaranya tidaklah sesegar udara kampung. Namun, sebagai negara sedang membangun, dia berasa sedih. Apa tidaknya, semakin maju semakin banyak hutan terpaksa dinyahkan. Memanglah pembangunan itu penting.... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 17, 18
Oleh : Noraz Ikha Bab 17 LIMA tahun kemudian……….. Eika menyanyi-nyanyi riang sambil membelek fail-fail yang menimbun di atas mejanya. Adakala, terasa penat juga bekerja di syarikat tersebut. Namun ini adalah pilihannya. Sudah seringkali ayah Eika iaitu Dato’ Redzwan Hariz menawar pekerjaan kepadanya. Dato’ Redzwan Hariz mempunyai sebuah syarikat yang sedang berkembang maju iaitu... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 15, 16
Oleh : Noraz Ikha Bab 15 “HAAA!!! Yahooo!!!” Mereka menjerit kegembiraan. Sungguh tidak disangka, nama mereka telah disenaraikan dalam sepuluh orang pelajar terbaik SPM. Wajah masing-masing kelihatan puas. Mereka rasa berbaloi dengan apa yang telah dipelajari. Usaha yang dilakukan selama ini mendatangkan hasil. Buat seketika, Sheila lupa akan masalah yang sedang dihadapinya. Eika tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 14
Oleh : Noraz Ikha Bab 14 Ingatkah kau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu Sebelum cahaya…. EIKA menyanyi-nyanyi riang lagu kesukaannya itu di dalam perjalanan ke sekolah. Lagu Letto bertajuk Sebelum Cahaya. Gembira mahu menemui rakan-rakan yang amat dirinduinya. Entah bagaimanalah rupa wajah mereka sekarang ya? Pak Halim, pemandu keretanya itu berasa hairan melihat sikap Eika. “Cik... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 13
Oleh : Noraz Ikha Bab 13 HATI Eika berdetik bimbang. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Sekejap dia merenung ke arah kotak di sisinya, dan sekejap dia meninjau-ninjau para pelajar yang lalu lalang di hadapannya. Rakan-rakannya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan. Namun Eika pula sedang duduk keseorangan menanti kedatangan Hakimi. Terasa masa begitu lambat berlalu. Mana pulalah... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 12
Oleh : Noraz Ikha Bab 12 “MANA pulak perginya si Sue dengan Atin ni?? Dia orang ni buat air ke beli air?” Rungut Lizz. “Eh Lizz, kau ada nampak si Botak tak? Dah lama aku tak nampak dia!” Soal Sheila. Eika yang mendengar soalan Sheila itu spontan memandang wajah Lizz. “Hah? Botak?? Dah lama juga aku tak nampak batang hidung si Zaini tu! Tapi, aku ada jumpa dia semalam.... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 11
Oleh : Noraz Ikha Bab 11 EIKA berjalan lambat-lambat ke arah kelas 5 Cerdik. Wajahnya kelihatan suram. Tidak ceria seperti kebiasaan. Ternyata ada sesuatu yang telah mengganggu hatinya. Meskipun dia cuba sedaya upaya untuk menepis perasaan itu, namun dia gagal juga. Di dalam kotak fikirannya, asyik terbayang-bayang wajah Hakimi dan Sheila. Eika tidak percaya Sheila ada hubungan dengan Hakimi. Jika... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 10
Oleh : Noraz Ikha Bab 10 KAKINYA mula terasa lenguh akibat duduk terlalu lama. Minuman juga sudah hampir habis disedutnya. Sementara hatinya pula terus resah menunggu ketibaan sang puteri yang masih belum mahu menunjukkan muka. Namun, dia akan tetap menanti dengan penuh kesetiaan. Tiba-tiba seorang gadis ayu berbaju kurung biru muda kelihatan tergesa-gesa memasuki restoran terkemuka tersebut. Langkahnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 9
Oleh : Noraz Ikha Bab 9 KRING!! Kring!! Kring…!! Telefon di rumah Sheila menjerit-jerit nyaring minta diangkat. Sheila berjalan malas menuju ke meja telefon. Dia terpaksa juga meninggalkan kaca tv yang sedang menyiarkan rancangan kegemarannya. Dia memang tidak gemar apabila aktivitinya itu diganggu. Akhirnya dia mengangkat gagang telefon itu setelah membiarkannya dengan agak lama sebagai cara... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 8
Oleh : Noraz Ikha Bab 8 KRRIIIIINNGGG!!!! Loceng tamat waktu persekolahan berdering panjang. Para pelajar pantas berlari keluar dari dalam kelas seperti pelajar darjah satu. Ada juga yang berebut-rebut. Entah apa yang dikejarkan sangat. ‘Group Pengusik’ masih berkumpul di dalam kelas. Sengaja mahu keluar lewat. Sedari tadi lagi Eika asyik memerhatikan tingkah laku Hakimi yang sedang mengemaskan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Penipuan Yang Kau Cipta Untukku II
Oleh : Noraz Ikha “Assalamualaikum. Fasha, aku minta maaf. Aku harus tunaikan janji pada diri aku sendiri.” -Dilah- Dilah merenung lama ke arah skrin telefon bimbit yang digenggamnya sejak tadi. Berkali-kali Dilah membaca pesanan ringkas yang baru sahaja ditaipnya itu. Dengan penuh perasaan, Dilah menekan punat send. Kini Dilah tidak punya pilihan lain. Dilah sudah puas berusaha menghubungi... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 7
Oleh : Noraz Ikha Bab 7 “HAH!! Abang…. apa abang buat tu?!!” Sergah Hakimi tiba-tiba dari arah belakang. Shahirul Hazami yang sedang khusyuk menatap sekeping kertas amat terperanjat dengan sergahan adik lelakinya nan seorang itu. Cepat-cepat dia menyimpan kertas yang masih tergenggam di telapak tangan. Sementara itu, Hakimi terus galak mentertawakan telatah abangnya. Shahirul Hazami... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 6
Oleh : Noraz Ikha BAB 6 HARI ini Eika dan Sheila datang awal ke sekolah. Eika tidak sabar menunggu kedatangan Lizz, Sue, Eida dan Atin. Dia mahukan kepastian apakah benar mereka yang menulis surat daripada PSH. Tambahan pula surat itu tidak berstem. Eika sedang berkira-kira apakah bentuk soalan yang akan ditanyakan nanti. Sementara itu, Sheila yang berada di sebelah pula asyik memerhatikan kelakuan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Penipuan Yang Kau Cipta Untukku
Oleh : Noraz Ikha “Aku sanggup mati kalau kau bongkar rahsia ni!!” kata-kata inilah yang semakin menghantui hidupku. Syiling bilik ini bagai mahu runtuh dek renungan aku yang terlalu lama memanah ke arahnya. Fikiran ini juga sudah terlalu jauh menerawang entah ke mana. Bersimpang siur hingga tiada hala tuju yang pasti. Namun rasa sesak di dada ini tidak juga berkurangan. Perasaanku terhimpit... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 5
Oleh : Noraz Ikha Bab 5 “KENAPA kau tak nak beritahu nama kau tadi, Sheila? Rugi tau!” Tanya Sue sebaik sahaja mereka duduk di sebuah pondok selepas meninggalkan geng Shahirul Hazami. “Malaslah! Bukannya aku kenal dia pun. Tengok pada rambut besarnya tu aje, aku dah geli. Inikan pula nak berkenalan. Hee… tak payahlah!” Jawab Sheila geli geleman. “Entah-entah malaun... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 4
Oleh : Noraz Ikha Bab 4 EIKA dan Lizz kelihatan saling menyimbah-nyimbah air laut ke badan masing-masing. Sementara itu, Atin, Sue dan Eida pula asyik berenang. Manakala Sheila pula leka membina istana pasir. Mereka mahu bersuka-ria dengan sepuas-puasnya. “Wah! Cantik istana pasir buatan saudari!” Tegur seseorang dari arah belakang Sheila. Sheila yang terkejut dengan teguran tersebut terus... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 3
Oleh : Noraz Ikha Bab 3 “MAMA, Zami pergi dululah ya?” Shahirul Hazami meminta izin ibunya. ‘Tak sabar rasanya nak pergi. Mesti seronok!’ Jerit Shahirul Hazami di dalam hati. “Yalah, jalan baik-baik tau,” lembut suara Datin Seri Rosleenda memberi nasihat. “Bang! Bang! Jangan lupa tau. Bila balik nanti bawa ole-ole yang boleh bercakap... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 2
Oleh : Noraz Ikha Bab 2 “BAIKLAH, saya mahu kamu buat apa yang saya suruh. Boleh? Ha… Nur Elliya Shafeika, awak faham?” Soal Cikgu Ruzairi. Eika kelihatan selamba sambil menulis sesuatu di atas kertas. Langsung tidak menghiraukan pertanyaan cikgu di hadapan kelas. “Hei.. hei, Eika! Cikgu tanya kaulah! Kau buat apa tu?” Teguran Lizz yang duduk di sebelah... [Teruskan bacaan]
Novel : Opps! Pintu Hatiku! 1
Oleh : Noraz Ikha Bab 1 LARI!! Lari cepat! Aku mesti selamatkan diri. Ya ALLAH! Apa dah jadi dengan mamat seorang ni?? Dah gila ke? Aku menoleh ke belakang sekali lagi. Kelihatan lembaga yang menyerupai seorang lelaki masih mengejarku. Aku tidak dapat mengecam siapakah gerangannya. Keadaan persekitaranku begitu gelap dan hanya sesekali muncul cahaya. Namun cuma samar-samar. Apakah ini? 0hh! Sungguh... [Teruskan bacaan]







