Kau Ditakdirkan Untukku

18 January 2012 
Kategori: Novel Di Pasaran

178,381 bacaan 89 Ulasan

“Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis,” sindir Akmal tersengih nakal. “Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!” bidas Anis geram. Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik... [Teruskan bacaan]

Cinta Kontrak

4 January 2012 
Kategori: Novel Di Pasaran

283,807 bacaan 335 Ulasan

Ibu! Rasa macam nak terjun laut! Terseksa la kalau macam ni. dengan kontrak tak matured tu lagi! Hampeh punya engineer! Pergi blaja tinggi-tinggi sebab nak create kontrak bebudak camtu ke? Kalau aku jadik pengarah universiti cicak kobeng tu, ku tendang jauh masuk gol mamat ni! Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan... [Teruskan bacaan]

Kurela Cinta Ini Bertamu

4 January 2012 
Kategori: Novel Di Pasaran

119,952 bacaan 62 Ulasan

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel... [Teruskan bacaan]

Kalau Sudah Sayang

12 December 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

154,179 bacaan 49 Ulasan

Tanpa kenal, Ariff Zulkarnain dan Maisarah Ernieza disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan. “Aku sebenarnya sudah ada pilihan sendiri. Tapi disebabkan kau, pilihan hati aku ditolak mentah-mentah oleh ibu dan abah. Aku terpaksa terima kau. Aku tak ada sekelumit pun perasaan terhadap kau!” Kata-kata Ariff Zulkarnain kepada Maisarah Ernieza membuatkan Maisarah sedar diri. Dia tahu siapa dirinya.... [Teruskan bacaan]

Anaknya Anakku Jua

12 December 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

44,252 bacaan 20 Ulasan

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya. Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’.... [Teruskan bacaan]

Cantiknya Si Comot

19 November 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

66,657 bacaan 46 Ulasan

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka. Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan... [Teruskan bacaan]

Ops! Pintu Hatiku

1 November 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

62,823 bacaan 51 Ulasan

Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika. Dalam... [Teruskan bacaan]

Entah Bila Bersemi

29 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

68,242 bacaan 29 Ulasan

“Love? What do you know about love? Kalau kau tahu apa itu cinta, kau tak akan paksa aku. Kau takkan buat apa yang aku tak suka.” Faris dan Nazifa, dua insan yang berbeza pada sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris telah jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nazifa. Namun, Nazifa telah... [Teruskan bacaan]

Bila Hati Kata Sayang

21 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

43,689 bacaan 63 Ulasan

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa. Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan?... [Teruskan bacaan]

M.A.I.D

21 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

61,745 bacaan 146 Ulasan

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa... [Teruskan bacaan]

566 Hari Mencari Cinta

17 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

22,210 bacaan 16 Ulasan

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan... [Teruskan bacaan]

Tuan Rumah, Pembantu Rumah

3 October 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

83,145 bacaan 72 Ulasan

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa. Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah... [Teruskan bacaan]

Doktor Cinta

29 September 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

47,439 bacaan 63 Ulasan

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan…… terus merisik Mazliana. Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja... [Teruskan bacaan]

Cintamu Cintaku Satu

18 September 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

25,074 bacaan 18 Ulasan

“Assalamualaikum.” Tangan kanan dihulurkan. “Nama saya Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Saudari tentu pernah dengar nama saya, kan?” “Nama saya Nurul Hana binti Abdullah dan maaf, ini kali pertama saya dengar nama encik.” Taufik Azhari ~ Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu... [Teruskan bacaan]

Pilihan Mama

27 July 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

28,666 bacaan 21 Ulasan

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai... [Teruskan bacaan]

Terlanjur Mencintaimu

19 July 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

44,434 bacaan 44 Ulasan

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya? Johan Iskandar : “Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada?... [Teruskan bacaan]

Abang Khai Tomboi

30 June 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

18,620 bacaan 38 Ulasan

“Kat luar tu tulis ini tandas perempuan. Kat sebelah tu baru tandas lelaki. Adik salah toilet ni.” Syafiq terlopong memandang Khai. Ada dua kemungkinan kat sini. Sama ada dia terpegun dengan kecantikan Khai atau ragu-ragu dengan tahap kenormalan Rizal sebagai lelaki sejati. Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusny……a.... [Teruskan bacaan]

Pelukan Cinta

6 June 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

34,725 bacaan 26 Ulasan

Novel yang 90% adalah daripada kisah BENAR. Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mer…eka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka... [Teruskan bacaan]

Cinta Berinti Kasih

16 May 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

20,905 bacaan 9 Ulasan

“Doktor mabuk tu dah datang nak buat round. Bencilah tengok dia. Harap wajah aje handsome tapi mata jahat. Suka cari punggung orang. Meluat saya.” Sempat lagi dia berbisik padahal Doktor Prakash hampir benar dengan kaunter.” Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya... [Teruskan bacaan]

Aku Yang Kau Tinggalkan

5 April 2011 
Kategori: Novel Di Pasaran

39,574 bacaan 83 Ulasan

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menj……aga dirin…ya yang sakit. Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212