Novel : Cerita Tentang Cinta 3, 4
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 3 Lima tahun dulu… hari terakhir pelajar tingkatan lima. “Hey hey hey!…. si gadis yang ayu, sudikah kau jadi partnerku!” Lagu si gadis ayu berdendang nyaring ketika Anisa melintas di hadapan sekumpulan pelajar lelaki. Sengaja lagu itu dinyanyikan dengan lantang. Sumbang betul, kembang-kembang telingannya mendengar. Anisa lantas berhenti melangkah. Gatal... [Teruskan bacaan]
Novel : Cerita Tentang Cinta 1, 2
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 1 Rintik hujan pertama mula jatuh setelah kemarau melanda hampir empat bulan. Dylan memandang dada langit digayuti awan hitam sambil berbisik di dalam hati. Hampir seminggu awan hitam itu hanya tergantung dan berarak di awangan mengumpul beban demi beban. Hampir seminggu juga dia berharap dada langit memuntahkan harapan untuk penduduk di muka bumi ini. Kini setitik demi... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 41 (akhir)
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 42 Azira duduk di atas pangkin berlantaikan batang buluh sambil memeluk erat tubuhnya. Sehelai blangket kelihatan membungkus badan yang kesejukkan. Matanya memandang nun jauh di bawah bukit sana. Begitu berbalam dan samar. Dikelipkan mata beberapa kali. Baru kini dia mengetahui tempat ini terlalu tinggi. Bagaimana dia boleh mendaki tempat yang layak dipanggil gunung kecil ini... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 41
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 41 Ungas-ungas galak berkicau, angin tidak henti-henti bertiup. Pokok-pokok bergoyang-goyang mengugurkan dedaun kering memberikan mata sebuah kedamaian yang amat mententeramkan jiwa. Anak mata Azira terpaku memerhatikan daun-daun kering kekuningan melayang di ruang udara. Sayang… anak mata itu tidak lagi bersinar. Dari celah dahan pepohon rendang sinar matahari akhirnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 40
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 40 “Aku tak percaya… aku tak percaya!!!” Fatin tiba-tiba meraung. Pantas dia bangun. Kalau tidak dipeluk Fateha tentu Fatin sudah meluru entah ke mana. Perkhabaran itu membuatkan Fatin seperti diserang histeria. Dia meronta-ronta di dalam pelukkan Fateha sehingga Fuad, Shafiq dan Reduan datang mengerumuninya. Mereka turut sama cuba menenangkan gadis itu. “Ariel... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 38, 39
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 38 Ketika cahaya lampu semakin hampir dalam jarak beberapa meter Azira menghentikan langkah kakinya. Berdiri dengan gagah sekali seperti pahlawan yang baru lepas berjuang sekaligus mencapai kemenangan besar. Tangan Ashriel tetap erat di dalam genggamannya sambil dia membiarkan kepala pemuda itu tersangkut kemas di bahu. Senyuman bersama tangisan serentak mengiasi wajah Azira.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 36, 37
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 36 Ketika kepala Ashriel terkulai layu, tubuh Azira kembali mengeletar, wajah Ashriel terus di tatap. Dadanya terasa sendat menampung pedih dari tangisan yang tertunda-tunda. Dapat dirasakan pedih dialami Ashriel. Luka parah di tubuh pemuda itu membawa luka di hatinya. Lantas dia tertanya-tanya. Kenapa kedatangannya membawa malapetaka? Mengapa dia membawa duka kepada diri pemuda... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 34, 35
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 34 “Kau tak bagi tahu keluarga Ariel, Fuad?” tanya Fateha setelah selesai membaca surah Yassin. Naskah kecil itu diserahkan kembali kepada Fuad untuk di simpan. Fateha bangun lalu duduk menghenyakkan diri dia atas kerusi. Telekung di badan segera di tanggalkan. Kain telekung itu di lipat lalu diletakkan di atas meja. Melihat Fatin bangun menuju ke bilik Ashriel,... [Teruskan bacaan]
Novel : Tentang Kami 19
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 19 Bertapa pantasnya masa berlalu, dalam tidak sedar tinggal beberapa hari lagi aku akan berangkat pulang ke Qatar. Kata Faris, tiketnya entah bila dilumatkan oleh mesin basuh hingga dia sendiri pun tak sedar tiketnya dah tak ada lagi. Beria-ia dia menerangkan kepada aku dia terpaksa mendapatkan tiket baru pada hari berlainan di pejabat Qatar airways di Plaza Central. Siap... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 33
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 33 Adakah kepahitan mampu ditelan dengan rasa manis? Adakah kesedihan mampu dinyanyikan dengan nada riang? Ashriel merasakan dia sekarang berada di sebuah taman indah dikelilingi oleh teman-temannya Fuad, Fatin, Shafiq, Fateha dan Reduan. Mereka seperti sedang menyanyikan satu lagu yang sama. Berirama, namun tidak sekata. Nyanyian mereka tidak jelas di telinganya. Dia juga... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 31, 32
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 31 Azan subuh dari masjid berdekatan berkumandang membelah kesunyian di pinggiran malam. Seruan merdu muazzin memuji-muji tuhan mengejutkan lena sekejap Fuad. Kerana terbawa rasa sedih yang menyelengkup perasaan menyebabkan kepalanya berasa agak pening. Seketika dia mengoyangkan kepala bagaikan ingin memberikan kejutan kepada otak supaya segera kembali seperti biasa. Dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 29, 30
24 March 2011
Kategori: Novel
389 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 29 Setelah tersedar dari pengsan, Fatin termenung sendirian. Nama Ashriel muncul kembali di hatinya. Dalam gelisah fikirannya menyelongkar kenangan-kenangan indah bersama pemuda itu. Tidak dipedulikkan langsung kepada Fuad atau Fateha atau Shafiq dan Reduan. Empat temannya itu juga sedang melayan fikiran masing-masing setelah berita pahit ini melenyapkan andaian buruk di manakah... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 27, 28
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 27 Perlahan-lahan Ashriel menarik kayu dari penjuru bilik. Cukup perlahan sekali bagi mengelakkan terjadinya sebarang bunyi yang mampu membuatkan dua penyangak di luar sana terjaga. Mereka harus merancang dengan teliti. Sebarang kesilapan bakal membuatkan perancangan mereka untuk melepaskan diri menjadi terlalu sukar. Di tatapnya kayu itu sejenak. Kayu dalam ukuran empat kali... [Teruskan bacaan]
Novel : Tentang Kami 17, 18
26 February 2011
Kategori: Novel
826 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy 17 Benarkah sepi itu indah? Di saat didakap kegelapan malam, dengan penumpang lena di buai mimpi entah mengapa perasaanku tiba-tiba rasa berdebar semacam. Tak pernahku rasakan debaran sebegini. Lantas menyelinap rasa ngeri. Otakku terbayang cerita yang bukan-bukan. Badanku tidak semena mengeletar. Kapal terbangku bakal terhempas? Sedetik doa tak senonoh Shah berkelip di dalam hatiku.... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 25, 26
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 25 Dari sinar cahaya bulan yang mencelah masuk melalui dinding papan, Ashriel merangkak menghampiri pintu. Cukup berhati-hati mengintai ke luar bagi mendapatkan kepastian tentang sebarang pergerakkan yang mampu memberikan panduan untuk dia membuat perancangan bagi melepaskan diri tanpa dapat dikesan. Terlihat kelibat dua lelaki sedang duduk tersandar dengan selesa. Seorang... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 23, 24
12 February 2011
Kategori: Novel
734 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 23 Suara keras memberi salam dari luar rumah menyentak lamunan Fuad. Serta merta dia memandang Fatin dengan wajah berubah menjadi pucat. Baru kini dia tersedar mereka hanya berdua duduk di ruang tertutup dengan malam semakin menuju ke puncak. Di letakkan buku di tangan ke atas meja. Sekilas di jelingnya jam di dinding rumah. Masih terlalu awal untuk mengatakan Ashriel memberi... [Teruskan bacaan]
Novel : Tentang Kami 15, 16
11 February 2011
Kategori: Novel
1,105 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 15 Semakin menuju ke penghujung Ramadhan, semakin tubuh aku jadi tak bermaya. Aku pun hairan entah virus apa suka-suka menjadikan tubuh badan aku ini taman tempat mereka bersepak terajang. Bukan main berdendang lagi mereka menyanyi di dalam sana. Lagu Wings, lagu Sharifah Aini, lagu Shela Majid dan entah apa-apa lagu dinyanyikan. Nak di buang bukan main degil hinggakan dah... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 22
5 February 2011
Kategori: Novel
469 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 22 Shafiq tiba-tiba gelisah tidak menentu. Panggilan diterimanya terasa mengoncang seluruh saraf. Menikam-nikam sendi sehingga perasaannya bergoncang dengan sendiri. Beberapa kali dia menghela nafas dengan panjang, sebelah tangannya kelihatan mencengkam kepala sementara sebelah lagi tetap memegang steering kereta. Destinasinya lantas berubah haluan. Jika tadi kenderaannya menghala... [Teruskan bacaan]
Novel : Tentang Kami 14
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 14 Seri Munirah atau Seri, orangnya berseri-seri sesuai dengan namanya. Dengar ceritanya dia ini gadis sebutan ramai. Laris betul namanya macam goreng pisang panas jual di tepi jalan. Entah betul, entah tidak, aku hanya mendengar cerita itu berpindah dari mulut ke mulut. Faris pun ada bercerita serba sedikit kepadaku tentang Seri terutamanya tentang siapa dikalangan kami yang... [Teruskan bacaan]
Novel : Cinta 86400 Detik 20, 21
Oleh : Nuqman Hakimy BAB 20 Jeritan nyaring Azira amat memeranjatkan Ashriel. Perasaannya lantas berdebar-debar. Apa sudah berjadi kepada gadis itu? Ada hantukah di dalam tandas itu hingga Azira menjerit terlolong-lolong. Tergopoh gapah Ashriel membetulkan zip seluar, tergopoh gapah juga dia berlari keluar bagi mendapatkan Azira. Bertapa terkejutnya Ashriel ketika sampai di muka pintu. Gadis cantik... [Teruskan bacaan]







