Novel : My Beautiful Lady 25, 26
Oleh : NUR ILHAM BAB 25 Adakah jodoh itu ibarat magnet yang bertentangan kutub? Anis pernah berkata, Wani dan Rasyaf ibarat magnet yang berlainan kutub. Walau bagaimana Wani cuba menolak Rasyaf dalam hidupnya, mereka tetap akan bercantum juga. Pada Wani, Rasyaf adalah jodoh yang ditemui dengan rantaian kebetulan. Kebetulan matanya melihat kereta Ferrari Rasyaf sebagai Toyota Vios milik Anis sehingga... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 24
Oleh : NUR ILHAM BAB 24 Tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan buffet yang cukup membuka selera. Baru sebentar tadi Insyirah telah memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya dan turut meniup lilin di atas kek hari jadi yang ditempah khas. Hasrul turut menghadirkan diri ke parti hari jadi Insyirah walaupun dirinya tidak mendapat jemputan. “Happy birthday to you.” Ucap Hasrul sebaik... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 22, 23
Oleh : NUR ILHAM BAB 22 Wani terloncat turun daripada katil dan memeluk suaminya tatkala dia dihulurkan dua tiket penerbangan ke Amsterdam. Hatinya berbunga gembira sebaik sahaja Rasyaf membawa perkhabaran bahawa mereka berdua akan terbang ke negara kincir angin itu pada minggu hadapan. Kegembiraan dihati terlukis pada wajah yang meleret dengan senyuman. Sungguh, Wani sangat teruja dengan kejutan terbaru... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 20, 21
Oleh : NUR ILHAM BAB 20 Wani ingin mencapai kapas tetapi jemari Rasyaf terlebih dahulu memintas. Apabila Rasyaf ingin menyentuh kaki Wani yang luka, pantas Wani menarik kakinya menjauh. “Abang tolong cucikan luka dan balutkan kaki Wani. Abang tahu Wani boleh buat tapi takkan abang nak tengok saja Wani buat sendiri. Sekurang-kurangnya abang buat sesuatu sebagai tanda minta maaf. Bagi abang tolong... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 18, 19
Oleh : NUR ILHAM BAB 18 Wani sedang memberi makan cebisan roti kepada ikan-ikan dalam kolam hiasan di taman ketika Rasyaf datang menghampiri dari arah belakang. “Cak!” ceria suara Rasyaf main cak-cak. Wani yang langsung tidak merasa terkejut mencebik bibir. Sengaja buat tidak peduli akan Rasyaf yang kelihatan cukup ceria. Pelik betul dengan sikap Rasyaf yang manis macam telan gula selori... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 15, 16, 17
Oleh : NUR ILHAM BAB 15 Petang itu, hujan turun membasah bumi. Wani duduk di beranda sambil melihat langit yang berawan hitam. Sesekali kelihatan kilat seperti membelah langit diikuti bunyi dentuman guruh. “Kenapa duduk di sini time macam ni? Tak sejuk ke?” sapa Rasyaf yang mengambil posisi di sisi Wani. Wani terkedu apabila jemarinya digenggam Rasyaf yang bersahaja. Degupan jantung terasa... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 12, 13, 14
Oleh : NUR ILHAM BAB 12 Wani tersedar daripada tidur. Jemarinya menenyeh mata yang terasa pedih. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Apabila matanya dicelik luas, jantung Wani berdegup kencang. Apa yang sudah berlaku? Mengapa dia tidur beralaskan dada Rasyaf? Automatik Wani bangun daripada pembaringan. Tubuhnya terasa dingin walaupun suhu bilik tidak sejuk. Mata Wani meliar ke seluruh tubuh. Tangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Pari-pari untuk Mr Devil 4, 5
Oleh : Nur Ilham BAB 4 Eeee…geram betul aku. Kalau ikut hati aku yang sudah diamuk geram ini, hendak saja aku cucuk garfu masuk lubang hidung tunangku yang sedang galak mentertawakan aku saat ini. Aku semangat bercerita tentang diriku dibuli oleh MR DEVIL dengan harapan dapat la simpati, kini jadi bahan ketawa Abang Amran pula. Apabila aku sudah tidak tahan ditertawakan, aku sumbat dengan gelojoh... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 11
Oleh : NUR ILHAM BAB 11 Wani tatap dirinya yang terbias pada permukaan cermin di hadapannya. Daripada bawah sehingga atas, anak matanya meliar melihat penampilan diri sendiri. “Wah! Tahniah Wani. Kau betul-betul mengejutkan aku bila kau kata kau nak kahwin. Aku ingat kau bergurau, rupa-rupanya serius.” Wani mengangkat kening mendengar kata-kata Anis. Anis tersenyum manis melihat penampilan... [Teruskan bacaan]
Novel : Pari-pari untuk Mr Devil 2, 3
Oleh : Nur Ilham BAB 2 Accident aku tolak MR DEVIL telah menyebabkan aku terpaksa berhadapan dengan pengetua sekolah. Cuak betul aku. Tambahan pula pengetua sekolah a.k.a mak MR DEVIL nak jumpa dengan abah aku. Aku dah macam drama queen merayu-rayu supaya abah aku tak diberitahu tentang peristiwa tersebut. Aku menangis dah macam Wan Maimunah di depan pengetua. Bukan sahaja air mata, malah air cendol... [Teruskan bacaan]
Novel : Pari-pari untuk Mr Devil 1
Oleh : Nur Ilham Tak pernah seumur hidup aku bawa kereta selaju ini. Inilah kali pertama dan kalau nasib aku tak baik, mungkin ini kali yang terakhir! Ye la, kalau ikut gaya aku memandu dah macam kereta lumba dekat litar sepang saja lajunya. Siap ada drift lagi time dekat selekoh. Sebenarnya tak la drift pun, elak terlanggar kucing bunting ada la. Kucing tu pun melintas tak tengok kiri kanan. Kalau... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 10
Oleh : NUR ILHAM BAB 10 Selepas membersihkan serpihan gelas kaca yang pecah, Wani masuk ke dalam kamar tidur. Dia baring di atas katil menghadap siling. Satu..dua..tiga! Wani berkalih menghadap arah kanan. Mata dipejamkan untuk tidur. Satu..dua…tiga! Posisi tidur berubah pula mengiring ke arah kiri. Alih-alih Wani bangun dari pembaringan. Kakinya meronta-ronta dengan kepala digeleng-geleng macam... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 9
Oleh : NUR ILHAM BAB 9 Baharu sahaja Rasyaf menghidupkan enjin kereta, cermin keretanya diketuk seseorang. Berkerut Rasyaf melihat Wani sedang tercegat sambil bercekak pinggang. Sekali lagi tangan kanan Wani mengetuk cermin kereta Rasyaf kemudian memberi isyarat agar lelaki itu keluar daripada kereta. Rasyaf melepaskan nafas yang berat sebelum berlahan-lahan mengikut permintaan Wani. Rasyaf berdiri... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 8
Oleh : NUR ILHAM Deringan telefon mematikan perbualan antara Wani dengan Zufri. Wani capai telefon bimbit di dalam tas tangan. Melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbit mengundang keruh pada seraut wajah cerianya. Wani memandang sekilas ke arah Zufri memberi isyarat bahawa dia perlu menjawab panggilan telefon. Wani bergerak menjauhi Zufri. Tidak mahu perbualannya dengan si pemanggil... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 7
Oleh : NUR ILHAM BAB 7 Oleh: NUR ILHAM “Kalau ada manusia yang pernah makan bantal, kau la orang tu!!!” jerit Wani. Anis ketawa berguling-guling. Mahu tidak, muka Wani yang marah-marah sebaik saja terjaga dari tidur dah macam muka Puteri Salji kena cium dengan Putera hodoh. Berkerut-kerut kening dengan wajah yang merah. “Itu la, aku gerak bangun tidur tak sedar-sedar diri. Aku ingat... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 6
Oleh : NUR ILHAM Nazrin mengajak Hasrul dan Rasyaf minum petang di rumahnya. Sementara menanti ketibaan Rasyaf, Hasrul dan Nazrin berbual-bual di taman mini rumah banglo keluarga Nazrin. Kebiasaannya mereka akan lepak sambil bermain gitar yang dibeli sejak mereka ditingkatan tiga. “Rash nak kahwin? Biar betul!” terjerit Nazrin mendengar berita yang disampaikan Hasrul itu. Suasana petang... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 5
Oleh : NUR ILHAM BAB 5 Keluar dari hospital adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh Wani. Kebosanan terlantar di hospital ditambah lagi perlu menghadapi Rasyaf yang kerap datang melawat membuatkan Wani sangat menghargai detik dia keluar dari hospital. “Pandai Wani cari bakal suami. Ayah berkenan sangat dengan Rasyaf tu. Bertanggungjawab dan sopan santun. Tengok la masa Wani masuk hospital dulu,... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Sumpahan putera dan kasut cinderella
Oleh : NUR ILHAM “Oi! Siapa yang parking kereta kat sini? Punya banyak parking kosong, kat bontot kereta aku juga dia nak parking kereta!” Dalila mengomel seorang diri. Kesabarannya teruji saat itu. Berdiri di bawah terik mentari dan terpaksa menghadapi masalah sebegitu benar-benar membakar kesabaran gadis kecil molek itu. Sambil mulut membebel, matanya melilau kalau-kalau pemilik kereta... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 4
Oleh : NUR ILHAM BAB 4 “NO!!!” suaran lantang Wani memecah suasana dalam restoran itu. Rasyaf agak terkejut dengan riaksi tersebut. Mahu tak, Wani siap berdiri sambil kedua tangan menghempuk meja. Bergoyang pasu bunga atas meja itu. Cepat-cepat Rasyaf pegang pasu tersebut dari terjatuh. “Awak duduk dulu. Saya belum habis cakap lagi. Yang awak tiba-tiba menjerit macam perempuan meroyan... [Teruskan bacaan]
Novel : My Beautiful Lady 3
Oleh : NUR ILHAM BAB 3 “Kalau tak kerana aku memang salah, dah lama aku tumbuk muka mamat tu!” hembur Wani. Anis di sisi tidak dihiraukan. Hangat hatinya hanya Allah saja yang tahu. “Yang kau baik hati sangat pergi pulangkan buah apple dia tu buat apa? Kau buang je la.” Anis menempelek Wani. Seolah-olah nasib malang gadis itu dicarinya sendiri. Wani menjeling Anis. ‘Yang minah... [Teruskan bacaan]







