Novel : Omak Den VS Ayah Hang 23
Oleh : G.Y haniey Bab 23 “Omak..mak..”seru Lisa perlahan. Tubuh emak yang enak menyandar,digoyang perlahan. Terpisat-pisat orang tua itu membuka mata. “Kenapo? Dah sampai ko?”. Mengantuk benar dia. Semalaman kurang tidur,asyik teringat-ingatkan ular besar yang memakan ayam jirannya hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Betul! Semalam dia bermimpi dibelit ular. Runsing juga hati... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 21, 22
Oleh : G.Y haniey Bab 21 “Lisa,jadi ke nak bawa makcik pergi KD? Nak habiskan cuti kat sana?” Mona merenung paras Lisa yang masih murung sejak siang tadi. Hari ini,pertama kali Mona boleh bilang berapa perkataan yang keluar dari bibir kawannya itu. Rasanya tak sampai pun dua puluh patah. Apa tidaknya..antara ayat yang meniti di pinggir bibir itu hanyalah ‘ya..,tak..,ok..,malaslah,makanlah,kenyang,ooo... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 20
Oleh : G.Y haniey Bab 20 “Tapi makcik..Pak Saleh yang tolong makcik,kan? Kalau tak sebab dia yang pekik dekat orang tu,entah apa-apa pulak yang akan dibuatnya? Jangan-jangan dia pecah masuk rumah ni terus.”, Sungguh,Mona tidak puas hati. Kalau dah orang tua itu yang menolong,macamana pulak boleh timbul cerita dia yang mengintai? Makcik Limah angkat kepala meraut wajah bujur sireh gadis... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 19
Oleh : G.Y haniey Bab 19 Beberapa bulan sebelum itu… Cuaca pagi itu sungguh sejuk berbanding hari-hari sebelumnya. Malam tadi hujan turun lebat sungguh. Itulah salah satu sebab utama mengapa pagi itu menjadi sedingin salju. Makcik Limah yang baru sahaja keluar dari bilik air,manggigil kesejukan. Badan tuanya sudah tidak mampu menanggung kedinginan melampau seperti itu. Terasa baru keluar dari dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 18
Oleh : G.Y haniey Bab 18 Lisa termenung panjang di serambi rumah. Pandangannya menembusi kepekatan malam yang sunyi sepi. Sudah hampir setengah jam dia di situ berteman cahaya suram dari lampu mentol bulat yang baru ditukar emak petang semalam. Sesekali terdengar keluhan dari bibirnya,berat sekali. Pada masa-masa tertentu,matanya menala pula ke rumah sebelah yang gelap gelemat, membangkitkan ingatan... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 17
Oleh : G.Y haniey Bab 17 “Aaaaaa..!”,panjang jeritan Milah. Pedih di kulit kepala,Allah saja Maha Mengetahui. Kedua-dua tangannya cuba memisahkan pegangan Lisa dari menggenggam rambut di dalam tudung yang dipakai namun gagal. Tudung yang terlurut menutup muka,menyukarkan dia untuk bertindak balas. Ujang meluru ke hadapan,cuba meleraikan tetapi Lisa bagai kesurupan makhluk halus. Kepala... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 16
Oleh : G.Y haniey Bab 16 Lisa geleng kepala tidak percaya. Memandang wajah yang sedang tersengih-sengih seorang diri di sebalik rimbun pokok pisang nun di hadapannya itu,cukup membuatkan dia rasa jelek. Rasa hendak meluru keluar,melutu muka tersebut. Sanggup dia mengintai Ujang bekerja sampai begitu sekali? Mungkin dia sudah biasa berbuat demikian,agaknya.. Perlahan-lahan Lisa berpusing ke belakang.... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 15
Oleh : G.Y haniey Bab 15 Mona memeluk pinggang Lisa erat-erat. Risau,takut tercicir di tengah jalan. Lisa pula seperti mahu melepaskan gian. Berdesup motor buruk Ujang itu dilarikannya. Macam pelesit! Entah ke mana dirinya hendak dibawa oleh Lisa. Tadi kata, hendak meronda-ronda keliling kampung tapi Mona tidak nampak walau sebuah rumah pun di sini..pokok banyaklah!. “Lisa..kalau nak bawa... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 14
Oleh : G.Y haniey Bab 14 “Huargh…! Dah terlajak ni..Mesti pedih telinga aku kejap lagi. Ish..Mona ni pun satu. Bukan nak gerakkan orang”,kelam kabut dia mengemas katil. Cadar yang berkeronyok,ditarik ala kadar. Cukup sekadar dilihat sebagai tempat tidur,bukan tempat kerbau berkubang! Buru-buru Lisa melangkah keluar dengan tuala menutup rambut. Cadangnya mahu ke bilik air tapi hasratnya... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 13
Oleh : G.Y haniey Bab 13 Pak Saleh bangkit dari pembaringan. Rasa segar menyelimuti diri saat sekujur tubuh itu nyaman dingin dijamah sang bayu petang yang berhembus sepoi-sepoi. Pulangnya dia dari dusun sebentar tadi membawa kelelahan yang sarat,begitu payah diungkap dengan kata-kata. Lama sekali orang tua itu menekur lantai beranda kayu bertangga batu peninggalan arwah ibu. Mindanya sarat dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 12
Oleh : G.Y haniey Bab 12 “Hish..ni semua kak long punya pasal lah ni. Kalau tak tolong,nanti merajuk pulak..tak nak bertegur. Aku jugak yang susah..”,rungut Norman sambil matanya liar mencari petak parking yang kosong. Kalau boleh,hendak cari tempat redup sedikit sementelah cuaca hari itu hangat pijar walaupun ketika itu jam baru saja menunjukkan pukul 10 pagi. Aha..adapun!. Segera isyarat... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 11
Oleh : G.Y haniey Bab 11 Mona meneruskan larian. Angin petang bertiup dengan lembut,menyegarkan tubuhnya yang sudah kebasahan peluh. Sesekali dia berhenti,membuat beberapa gerakan badan sebelum meneruskan langkah kaki. Di hadapannya ada beberapa orang turut melakukan perkara yang sama. Berlari,berhenti kemudian menyambung semula larian. ‘Kalau ada Lisa,kan best?..Ada juga kawan nak bersembang. Ini,dah... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 10
Oleh : G.Y haniey Bab 10 Malam semakin larut. Suasana tenang dan sunyi begini membolehkan pendengaran jadi begitu telus dengan pelbagai irama yang datang dari luar rumah. Cengkerik bersahutan mempamer kehebatan suara. Burung hantu kesayuan merayu sang rembulan yang tak kunjung menjelma kerana dilitupi gelapnya langit malam. Sesekali terdengar bunyi ‘onkk’ dari belakang rumah,irama sang katak... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 9
Oleh : G.Y haniey Bab 9 Sebaik bayang Makcik Limah hilang disebalik selekoh, Pak Saleh bangun mendapatkan nasi lemak. Kembang lima jarinya mencekau beberapa biji karipap buatan tangan jirannya alias seteru nombor satu. Tidak cukup dengan itu, sebungkus lagi nasi lemak disumbat dalam plastik. ‘Ish..kalau Limah tau ni,sebulanpun belum tentu habis mengata aku..’,tukas hati kecil Pak Saleh. Mahadi... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 8
Oleh : G.Y haniey Bab 8 Dari kejauhan lagi,Makcik Limah nampak warung Haji Salim sudah dikunjungi pelanggan. Kebanyakkannya kaum lelaki yang menyinggah sebaik habis berjemaah subuh di masjid. Beberapa biji motosikal terpakir di bawah pokok ketapang yang berdiri megah di tepi warung tersebut. Makcik Limah dapat mengecam beberapa wajah yang memang acapkali datang minum di situ termasuklah seseorang… “Pagi... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 7
Oleh : G.Y haniey Bab 7 Kuat sungguh jeritan dari anak dara berdua itu. Hilang sudah sifat-sifat kewanitaan dalam diri masing-masing. Ah..persetankan itu semua. Yang penting,selamatkan diri! Pintu kereta yang sudah sedia tidak berkunci,diterpa. Kalaulah kereta ini boleh bergerak sendiri,bukankah bagus? Macam cerita McGyver tu?.. Baik Mona maupun Lisa,berebut-rebut masuk. Bulu roma merinding di tengkuk... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 6
Oleh : G.Y haniey Bab 6 “Hah..,Mal. Lambatnya balik. Kau singgah kat mana tadi?” Norman melempar pandangan ke arah Kamal yang bertinggung depan pintu rumah sedang menanggalkan kasut. “Aku singgah solat kat surau dulu. Sebab tu lambat. Dah lama kau sampai?”, dipulangkan semula soalan kepada Norman. Kasut yang sudah bercerai dari kaki,disusun elok di atas rak. Kalau dibiar bersepah... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 5
Oleh : G.Y haniey Bab 5 Kamal mengerling dashboard. 6.15 pm..! Keburuan,dia keluar dari kereta dan menerpa ke pagar rumah. Pundi kencing yang sudah penuh, meronta-ronta minta dikosongkan. Diseluk poket kanan mencari kunci. Kosong! Empty! Dikeluarkan pula isi perut poket sebelah lagi. Di dalam genggaman tangan hanyalah telefon bimbit… .. dan resit air mineral yang dibelinya di Petronas sebentar tadi. “Ya... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 4
Oleh : G.Y haniey Bab 4 Awal pagi itu,seperti juga pagi-pagi yang lalu, sang bayu berpuput lembut membawa bersamanya cuaca dingin, nyaman dan menyegarkan dari perbukitan desa yang masih belum mampu dinodai oleh rakusnya pencemaran. Pada waktu-waktu begini,sudah ada insan-insan bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki,menampung kehidupan keluarga selain berusaha mendapatkan keredhaan dan keberkatan... [Teruskan bacaan]
Novel : Omak Den VS Ayah Hang 2, 3
Oleh : G.Y haniey Bab 2 “Sorang je Mal?”wajah bersih itu dipandang sekilas. Hujan mencurah di luar, mustahil bagi Abang Tapa beralih tumpuan. Kamal senyum senang. Kepala diangguk. Nasib baik ada jirannya itu.. Kalau tidak,pasti dia sudah lencun..Hendak menantikan hujan sidang,pukul berapalah agaknya boleh sampai ke rumah.. “Man belum baliklah bang. Saya pun tak tahu,kenapa dia lambat... [Teruskan bacaan]







