Novel : Opps! Pintu Hatiku! 34, 35

21 August 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 34 SELAMA ini dia masih boleh bersabar. Namun kali ini, kesabarannya benar-benar tergugat. Sikap Hakimi sudah melampau. Ternyata dia memang hanya dipermain-mainkan oleh Hakimi. Dia tidak dapat menahan rembesan air matanya daripada mengalir keluar. Dia terus berlari dengan air mata yang jatuh berderaian. Dia tidak peduli apa-apa lagi. Semunya telah berakhir di dalam hidupnya. Tergamak... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 32, 33

14 August 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 32 “EIKA… kau tak boleh macam ini tau. Sekurang-kurangnya, kau ambillah dulu surat ini,” nasihat Sheila tanpa jemu. Kelihatannya Eika lebih senang mengambil sikap acuh tidak acuh. ‘Apa lagi yang dia nak? Kalau ya pun nak cakap dengan aku, tak boleh ke jumpa sendiri. Beritahu face to face. Ini… nak berposmen-posmenlah bagai. Pengecut!’ Eika tidak mempedulikan... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 30, 31

6 August 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 30 & 31 Bab 30 SHEILA sedang mengemas fail-fail yang agak bersepah di atas meja pejabat. Sesekali dijelingnya Shahirul Hazami yang sedang duduk di atas sofa. “Zami, kau tahu tak sesuatu telah terjadi?” Tanya Sheila secara tiba-tiba. Shahirul Hazami menoleh ke arah Sheila. Dahinya dikerutkan. “Apa maksud kau? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Shahirul... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 28, 29

31 July 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 28 “APA yang bising-bising sangat kat dalam tu?” Eika tertanya-tanya sendiri. Masih awal. Kebiasaannya tidaklah seriuh ini. Pantas dia mempercepatkan langkahan kakinya. Tanpa membuang masa dia terus menolak daun pintu pejabat. Ya Allah….! Kenapa ni?? Segala kertas-kertas kerja, alat tulis dan bunga berselerakan di atas meja dan lantai. Tetapi yang dia hairan,... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 26, 27

23 July 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 26 HAKIMI menggenggam stereng keretanya erat-erat. Memang bosan apabila semua ahli keluarganya out station. Hanya dia yang menghuni rumah mewah milik ayah dan mamanya kini. Mungkin dalam sebulan dua barulah keluarganya itu pulang. Malas dia mahu menurut keluarganya itu. Lagipun, dia punya kerja yang banyak di dalam menguruskan cawangan syarikat milik ayahnya. Hai… bosan…... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 24, 25

17 July 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 24 PEJAM celik…. Pejam celik…! Enam bulan sudah Eika bekerja di Syarikat S.I Sdn. Bhd. Di dalam tempoh itu juga, hati kata lain, mulut cakap lain. Aduhai… susahnya mahu menjadi diri sendiri. Keluh Eika. Ahh… bukan susah sebenarnya. Cuma dia yang enggan mengaku perasaan sendiri. Ego. Meskipun dia meminati Hakimi, namun masanya lebih banyak dihabiskan bersama... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 23

7 July 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 23 SHEILA dan Eika berjalan sambil menceritakan hal masing-masing. Rancak sungguh perbualan mereka. Sesekali mereka ketawa terbahak-bahak hinggakan terlanggar orang lain yang sibuk lalu lalang di pusat membeli belah tersebut. Begitulah mereka apabila sudah bersua. Lupa dunia. Masih kebudak-budakan. Namun bila time matang, terlebih matanglah pula. “Tak sangka nasib kita sama... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 21, 22

29 June 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 21 DUG! DAG….! DUG! DAG….! Jantung Eika berdegup kencang. Setia menanti giliran namanya dipanggil. Hatinya berasa sedikit resah. Entah kenapa, dia merasakan temuduga pada kali ini agak lain sedikit daripada yang lepas-lepas. Sebelum ini, dia tidak pernah berasa risau. Apakah ini hanya mainan perasaannya sahaja? Tetapi untuk apa pula dia risau? Untuk menghilangkan perasaan... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 19, 20

18 June 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 19 CUACA pada hari ini kelihatan sungguh cerah. Penghuni kota sudah mula keluar mencari rezeki masing-masing. Memang. Hidup di kota memang berbeza dengan hidup di kampung. Di sini, udaranya tidaklah sesegar udara kampung. Namun, sebagai negara sedang membangun, dia berasa sedih. Apa tidaknya, semakin maju semakin banyak hutan terpaksa dinyahkan. Memanglah pembangunan itu penting.... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 17, 18

9 June 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 17 LIMA tahun kemudian……….. Eika menyanyi-nyanyi riang sambil membelek fail-fail yang menimbun di atas mejanya. Adakala, terasa penat juga bekerja di syarikat tersebut. Namun ini adalah pilihannya. Sudah seringkali ayah Eika iaitu Dato’ Redzwan Hariz menawar pekerjaan kepadanya. Dato’ Redzwan Hariz mempunyai sebuah syarikat yang sedang berkembang maju iaitu... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 15, 16

3 June 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 15 “HAAA!!! Yahooo!!!” Mereka menjerit kegembiraan. Sungguh tidak disangka, nama mereka telah disenaraikan dalam sepuluh orang pelajar terbaik SPM. Wajah masing-masing kelihatan puas. Mereka rasa berbaloi dengan apa yang telah dipelajari. Usaha yang dilakukan selama ini mendatangkan hasil. Buat seketika, Sheila lupa akan masalah yang sedang dihadapinya. Eika tidak... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 14

27 May 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 14 Ingatkah kau kepada Embun pagi bersahaja Yang menemanimu Sebelum cahaya…. EIKA menyanyi-nyanyi riang lagu kesukaannya itu di dalam perjalanan ke sekolah. Lagu Letto bertajuk Sebelum Cahaya. Gembira mahu menemui rakan-rakan yang amat dirinduinya. Entah bagaimanalah rupa wajah mereka sekarang ya? Pak Halim, pemandu keretanya itu berasa hairan melihat sikap Eika. “Cik... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 13

7 May 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 13 HATI Eika berdetik bimbang. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Sekejap dia merenung ke arah kotak di sisinya, dan sekejap dia meninjau-ninjau para pelajar yang lalu lalang di hadapannya. Rakan-rakannya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan. Namun Eika pula sedang duduk keseorangan menanti kedatangan Hakimi. Terasa masa begitu lambat berlalu. Mana pulalah... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 12

28 April 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 12 “MANA pulak perginya si Sue dengan Atin ni?? Dia orang ni buat air ke beli air?” Rungut Lizz. “Eh Lizz, kau ada nampak si Botak tak? Dah lama aku tak nampak dia!” Soal Sheila. Eika yang mendengar soalan Sheila itu spontan memandang wajah Lizz. “Hah? Botak?? Dah lama juga aku tak nampak batang hidung si Zaini tu! Tapi, aku ada jumpa dia semalam.... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 11

21 April 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 11 EIKA berjalan lambat-lambat ke arah kelas 5 Cerdik. Wajahnya kelihatan suram. Tidak ceria seperti kebiasaan. Ternyata ada sesuatu yang telah mengganggu hatinya. Meskipun dia cuba sedaya upaya untuk menepis perasaan itu, namun dia gagal juga. Di dalam kotak fikirannya, asyik terbayang-bayang wajah Hakimi dan Sheila. Eika tidak percaya Sheila ada hubungan dengan Hakimi. Jika... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 10

13 April 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 10 KAKINYA mula terasa lenguh akibat duduk terlalu lama. Minuman juga sudah hampir habis disedutnya. Sementara hatinya pula terus resah menunggu ketibaan sang puteri yang masih belum mahu menunjukkan muka. Namun, dia akan tetap menanti dengan penuh kesetiaan. Tiba-tiba seorang gadis ayu berbaju kurung biru muda kelihatan tergesa-gesa memasuki restoran terkemuka tersebut. Langkahnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 9

5 April 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 9 KRING!! Kring!! Kring…!! Telefon di rumah Sheila menjerit-jerit nyaring minta diangkat. Sheila berjalan malas menuju ke meja telefon. Dia terpaksa juga meninggalkan kaca tv yang sedang menyiarkan rancangan kegemarannya. Dia memang tidak gemar apabila aktivitinya itu diganggu. Akhirnya dia mengangkat gagang telefon itu setelah membiarkannya dengan agak lama sebagai cara... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 8

23 March 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 8 KRRIIIIINNGGG!!!! Loceng tamat waktu persekolahan berdering panjang. Para pelajar pantas berlari keluar dari dalam kelas seperti pelajar darjah satu. Ada juga yang berebut-rebut. Entah apa yang dikejarkan sangat. ‘Group Pengusik’ masih berkumpul di dalam kelas. Sengaja mahu keluar lewat. Sedari tadi lagi Eika asyik memerhatikan tingkah laku Hakimi yang sedang mengemaskan... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 7

17 March 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha Bab 7 “HAH!! Abang…. apa abang buat tu?!!” Sergah Hakimi tiba-tiba dari arah belakang. Shahirul Hazami yang sedang khusyuk menatap sekeping kertas amat terperanjat dengan sergahan adik lelakinya nan seorang itu. Cepat-cepat dia menyimpan kertas yang masih tergenggam di telapak tangan. Sementara itu, Hakimi terus galak mentertawakan telatah abangnya. Shahirul Hazami... [Teruskan bacaan]

Novel : Opps! Pintu Hatiku! 6

9 March 2010 
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha BAB 6 HARI ini Eika dan Sheila datang awal ke sekolah. Eika tidak sabar menunggu kedatangan Lizz, Sue, Eida dan Atin. Dia mahukan kepastian apakah benar mereka yang menulis surat daripada PSH. Tambahan pula surat itu tidak berstem. Eika sedang berkira-kira apakah bentuk soalan yang akan ditanyakan nanti. Sementara itu, Sheila yang berada di sebelah pula asyik memerhatikan kelakuan... [Teruskan bacaan]