Pergilah Air Mata

11 January 2010 
Kategori: Novel Di Pasaran

43,409 bacaan 182 Ulasan

Sebuah bala sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 49 ( ISTIMEWA )

6 November 2009 
Kategori: Novel

18,516 bacaan 31 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Please you. I mengantuklah. Janganlah kacau I,”“Sesekali apa salahnya sediakan sarapan untuk I?,”“Kenapa ni? Tiba-tiba je? Kalau you rasa nak sarapan kat rumah, you suruhlah Kak Nisah tu buatkan. Dia belum balik kan?,”“I ada isteri. I nak isteri I yang sediakan,”“Mengada-ngadalah you ni. I tidur pukul 3.30 pagi tadi tau.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 48

29 October 2009 
Kategori: Novel

8,962 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Langkah Sabrina terhenti apabila dua pasang mata menikam wajahnya. Sedikit pelik. Dia mengukir senyum. Terfikir apa yang tidak kena padanya.“Anything wrong?,”soalnya lambat-lambat.Datuk Hamidi menunduk. Mencapai cawan kopinya.“Bad, mana?,”Datin Hamidah membuka bicara.Sabrina diam. Badrul? Tiada di meja, pastilah masih di biliknya.“Kat bilik kot,”tekanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 47

23 October 2009 
Kategori: Novel

7,681 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Ina?,”Sabrina menoleh. Memandang wajah Jamilah yang tajam merenungnya.“Kamu kenapa? Macam nampak hantu rupanya tu,”Sabrina sekadar mengukir senyum. Menutup rasa debar yang masih belum hilang di dadanya. Rangkulan tangan Badrul di pinggangnya seakan masih terasa.“Jumpa Encik Badrul?,”wanita itu bertanya lagi.Kepalanya sekadar mengangguk sambil... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 46

16 October 2009 
Kategori: Novel

7,173 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Sesekali dia menjenguk ke dalam. Tidak Nampak apa-apa. Gagal mendapat jawapan pada rasa hairannya, Sabrina bersandar ke kerusi. Menyambung menungannya sambil menikmati nyaman suasana malam. Perbualan yang tenggelam timbul antara Badrul dan Datin Hamidah, tidak lagi dia hiraukan. Bukan urusannya. Seketika dia teringat pada cakap-cakap Jamilah petang tadi. Badrul mahu berpindah.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 45

9 October 2009 
Kategori: Novel

5,847 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Hai… panjang senyumnya tu?,”Dayana menoleh. Menyambung senyum yang terukir manis di bibirnya. Membuat kerut di wajah temannya semakin bertambah.“Ada berita gembira ke? Bukan main berseri-seri lagi aku tengok muka kau hari ni. Actually, kebelakangan ni. Bukan hari ni saja,”“Ya ke? Tak adalah. Aku rasa biasa saja..,”“Nak hidup... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 44

2 October 2009 
Kategori: Novel

6,254 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Kau dah fikir masak-masak?,”Badrul diam. Cuma memandang gelagat anak saudara Darius yang berlari-lari di dalam butik.“Takkan sampai macam tu sekali?,”Sekali lagi soalan Darius dibiarkan sepi.“Kakak kau mana?,”sudahnya cuma itu soalan yang meniti di bibir Badrul. Soalan yang mengundang keluhan panjang di bibir Darius. Bukan jawapan itu yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 43

16 September 2009 
Kategori: Novel

6,687 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Mama memang lagi suka kalau kamu berhenti kerja saja. Bukan Bad tak boleh nak tanggung kamu. Duduk saja di rumah. Jaga makan pakai suami kamu,”Dayana bungkam. Tunduk menahan rasa. Mahu menjawab. Tetapi, dia sedar, dia bukan berdepan dengan ibu atau ayahnya. Di hadapannya kini, ibu mertuanya. Dia tidak boleh melawan sesuka hati. Namun, satu perkara yang nyata, dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 42

10 September 2009 
Kategori: Novel

6,262 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Jangan mengada-ngada nak angkat pasu tu,”Gerakan tangan Sabrina terhenti. Mendongak memandang wajah Datin Hamidah yang leka memotong pokok bunga kertas di hadapannya. Peluh yang mulai membasahi dahinya, disapu perlahan.“Nanti jatuh lagi…,”sambung Datin Hamidah sambil terus dengan kerjanya. Langsung tidak memandang wajah Sabrina. Sabrina tersenyum... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 41

3 September 2009 
Kategori: Novel

6,257 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Ikmal membelek surat khabar tanpa perasaan. Tumpuannya lebih pada Maria. Sejak daripada menjejak kaki ke rumahnya hampir setengah jam yang lalu, gadis itu terus termenung. Sapaannya cuma dibalas dengan sekuntum senyuman yang nampak terlalu hambar. Satu keadaan yang cukup aneh. Apa sebenarnya yang sedang Maria fikirkan?“Mar, mari minum sekali,”ibunya menyapa sambil... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 40

26 August 2009 
Kategori: Novel

6,913 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Sabrina diam tidak bersuara. Terus tunduk bermain dengan jemarinya. Rasa hairan menyesak di dada. Tetapi, dia diamkan sahaja apabila melihat wajah Badrul begitu serius mengemudi keretanya. Tidak mahu mengganggu tumpuan Badrul. Tiba-tiba sahaja Badrul datang semula padanya selepas peristiwa di biliknya tempoh hari.“Ina. Encik Badrul telefon tadi. Suruh Ina bersiap. Dia... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 39

17 August 2009 
Kategori: Novel

6,677 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Laporan beberapa projek yang perlu dia teliti, masih tidak berusik di atas meja. Dia cuma mampu merenung kosong pada longgokan file di mejanya itu. Mindanya seakan tidak mampu berfungsi saat ini. Benar-benar buntu. Benar-benar keliru.“Maria?,”sapanya pada gadis yang tersenyum manis padanya. Sekadar berbahasa, walau dia sudah tahu gadis itu memang Maria.“Ya,... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 38

6 August 2009 
Kategori: Novel

6,488 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Dayana diam. Merenung nasi di pinggan. Seleranya sudah lama hilang. Hatinya benar-benar tersentuh. Berkecil hati dengan kata-kata bapanya.“Papa harap ini kali pertama dan terakhir,”“Salah ke kalau Yana nak balik rumah Yana sendiri? Yana rindu papa. Rindu mama. Itu sebabnya Yana terus ke sini,”Dr. Dahari mengeluh perlahan.“Bila pula papa kata salah?,”“Dah... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 37

29 July 2009 
Kategori: Novel

6,882 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Melihat Jamilah melangkah keluar dari bilik Sabrina, Badrul perlahankan langkahnya. Sebaik hilang sahaja wajah perempuan itu, laju dia menyambung langkah. Berhenti di hadapan bilik Sabrina. Tangannya dibawa ke pintu. Namun niat untuk mengetuk pintu, terbatal apabila melihat pintu bilik Sabrina yang sedikit terbuka. Perlahan dia menolak daun pintu. Menjenguk ke dalam. Sabrina... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 36

17 July 2009 
Kategori: Novel

6,901 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Kopi, abah,”Datuk Hamidi mengangkat muka. Datin Hamidah tersenyum panjang.“Hai… mimpi apa ni, mama? Tiba-tiba bawa kopi untuk abah? Dah lama tak dapat cawan kopi dari tangan mama,”Datuk Hamidi bersuara separuh bergurau.Datin Hamidah tidak menjawab. Cuma mengambil tempat di sebelah suaminya sambil mengerling. Datuk Hamidi tersenyum panjang.“Jamilah... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 35

6 July 2009 
Kategori: Novel

6,343 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Helaian demi helaian majalah di tangan, dibelek tanpa niat untuk membaca. Sedikit bosan sebenarnya. Juga sedikit bercelaru perasaannya. Terfikir akan pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti pesanan ringkas telefon bimbitnya. Hatinya sudah sedikit tenteram. Tetapi, pesanan itu, membuat lautan perasaannya berkocak lagi.[ Ikmal cakap, kau dah tahu. Maafkan aku. Aku tahu sudah... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 34

7 June 2009 
Kategori: Novel

6,783 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Dia menoleh. Merenung tajam ke arah Darius yang tergelak panjang. Kapal terbang kertas yang mendarat ke kolar bajunya, dicapai. Direnyukkan kemudian dicampak ke dalam tong sampah. Darius tersenyum.“Tak ada kerja ke?,”soalnya sedikit marah.Darius menyambung gelak.“Apa yang kau menungkan tu? Dah sepuluh minit aku masuk. Kau tak sedar langsung,”Badrul membuang... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 33

29 May 2009 
Kategori: Novel

6,937 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Berapa hari?,”Badrul tunduk merenung roti di tangan. Nada suara ibunya tidak begitu enak singgah di telinga. Pasti selepas ini, bingit dengan leteran.“Dua hari,”perlahan dia menjawab.Datin Hamidah mengeluh panjang. Wajah Badrul yang menunduk, direnung lama.“Mama tak berapa suka dengar benda-benda macam ni. Suruh sajalah Dayana tu berhenti kerja.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 32

23 May 2009 
Kategori: Novel

6,772 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Sabrina tersandar ke katil. Cuba mententeramkan perasaan sendiri. Teruk rasanya. Memang teruk sungguh. Kakinya yang luka dan bengkak itu pun, tidak seteruk ini rasanya. Bagaimana dia hendak lupakan apa yang berlaku petang tadi? Terasa begitu terseksa, apabila tiap kali dia teringatkan apa yang terjadi, wajahnya tiba-tiba membahang. Degup jantungnya tiba-tiba menjadi tidak normal.“Sabrina.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 31

4 May 2009 
Kategori: Novel

7,038 bacaan 3 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Datin Hamidah mengerling. Sedikit rimas. Sabrina masih tercegat di hujung tangga pintu utama. Tekun memerhatinya. Membuat kerjanya sedikit terganggu.“Datin memang suka tanam bunga ya?,”Soalan itu membuat tangannya yang sedang menggembur tanah hitam, terhenti perlahan-lahan. Malas hendak menjawab. Langsung dia menyambung semula kerjanya. Sabrina bergerak lebih hampir.... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 3123