Novel : Pergilah Air Mata 9

18 November 2008 
Kategori: Novel

2,648 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Maria menggeleng perlahan. Perlahan dia mengacau Nescafe panasnya. Melihat menungan Ikmal, membuat dia dilanda resah yang tidak berpenghujung. Lelaki ini terlalu mengikut perasaan. Terlalu lemah sehingga sering tewas pada emosinya sendiri. Sekali lagi pandangannya dilayangkan ke wajah Ikmal. Renungan Ikmal jauh memecah dinding kaca tempat dia menikmati makan malam. Merenung... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 8

13 November 2008 
Kategori: Novel

2,649 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Sabrina menatap plastik ubat di atas meja kecil di sebelah katilnya. Kemudian dia menatap pula luka di kedua-dua telapak tangannya. Sudah disapu ubat luka. Mungkin esok atau lusa, luka itu akan menjadi parut. Cuma punggungnya masih terasa sengal. Masih sakit. Dia mengeluh perlahan. Ketukan di pintu bilik, memaksa dia menoleh. Sedikit malas, dia mengangkat punggung, bergerak... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 7

9 November 2008 
Kategori: Novel

2,669 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Berdentum Badrul menghempas pintu kereta. Cukup untuk membuat Sabrina tersentak. Tubuhnya menggigil tiba-tiba. Dia kaku di dalam kereta. Takut untuk melangkah keluar. Pantas matanya meliar memandang sekeliling. Sunyi sepi kawasan itu. Tiada manusia lansung. Cuma dia dan Badrul sahaja di situ. Janganlah amarah Badrul membawa malapetaka lain pula padanya. Dadanya berombak kencang.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 6

4 November 2008 
Kategori: Novel

2,619 bacaan 1 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul “Jadi juga kamu ambil barang-barang kamu ya?,” Sabrina mengangguk. “Itulah yang kamu nak sebenarnya, kan?,” “Nak? Nak apa mama?,” Bulat membutang mata Datin Hamidah merenungnya. “Jangan panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau menjadi menantu aku, tahu!,” Sabrina tunduk. “Saya... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 5

30 October 2008 
Kategori: Novel

2,603 bacaan 2 Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Suapannya terhenti. Sudu dan garfu diletakkan di pinggan. Matanya lebih terarah pada Badrul. Pada menungan Badrul. Badrul lebih banyak termenung sejak akhir-akhir ini. Dia sedar akan perubahan itu. Teramat sedar. Namun, berat mulutnya untuk bertanya. Biarlah lelaki itu sendiri yang bercerita. Tetapi, setelah hampir sebulan, tiada juga cerita dari mulut Badrul, sedang hatinya... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Air Mata 4

27 October 2008 
Kategori: Novel

2,800 bacaan Catat Ulasan

Nama Pena : Hanni Ramsul Dengan malas dia menanggalkan tali lehernya. Penat. Matanya sekali lagi memandang sekeliling. Bilik itu kosong. Sabrina tiada di situ. Dia menghela nafas panjang. Bagus juga. Ada sedikit ruang untuk dia bersendiri. Kadang-kadang rimas rasanya, setiap kali pulang dari pejabat, dia disuakan dengan wajah murung Sabrina. Perlahan dia melabuhkan punggung ke kerusi. Bersandar seketika.... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah Airmata 3

21 October 2008 
Kategori: Novel

2,855 bacaan 2 Ulasan

Hanni Ramsul “Ina tak tahu apa-apa, bang. Abang datanglah. Tolonglah Ina. Ina tak salah bang,”“Ina takut. Ina takut, bang. Tolonglah Ina. Ina tak nak lalui semua ni,”“Tak. Ina sayang abang. Ina tak pernah curang pada abang. Abang datanglah tolong Ina. Ina takut bang. Ina sorang-sorang kat sini,”Hiba di hati mendengar rintihan itu. Terlalu hiba. Saat itu terbayang... [Teruskan bacaan]

Novel : Pergilah air mata 1, 2

15 October 2008 
Kategori: Novel

4,409 bacaan 1 Ulasan

Hanni Ramsul Terkial-kial dia membimbit beg pakaiannya yang sederhana besar. Mengekori langkah Badrul yang cukup laju. Dalam rasa canggung yang amat sangat, dia terpaksa mengikut lelaki itu. Badrul berhenti seketika di hadapan pintu utama banglo yang tersergam indah itu. Tercegat di situ untuk beberapa ketika sebelum berpaling memandang wajah Sabrina. Menanggapi renungan Badrul yang dingin, membuat... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 3 of 3123