Projek Memikat Suami

29 October 2014 
Kategori: Novel Di Pasaran

305 bacaan Catat Ulasan

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia. “Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 29,30,31

28 May 2012 
Kategori: Novel

152,928 bacaan 326 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 29 Mulai hari itu, rutin Zahrain berubah. Tidak lagi makan tengahari dengan si supermodel. Sebaliknya makan tengahari di rumah dengan isteri. Sebenarnya, makan bukanlah aktiviti utama dia balik ke rumah setiap tengahari, fikir Zahrain sambil tersengih. Kondo di tengah ibu kota ini merupakan pelaburannya yang terbaik! Berbaloi sungguh. Stafnya pun mula perasan. Kalau waktu... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 28

18 May 2012 
Kategori: Novel

94,172 bacaan 164 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 28 Untuk kesekian kalinya Zahrain keluar makan tengahari dengan Adira. Dari saat dia sampai, tak berhenti-henti model terkenal itu komplen. Jalan jamlah, photo shoot semalam habis lewatlah, juru solek semalam amaturlah, solekannya semalam “Oh-so-yesterday”lah, agensi iklan kedekut bajetlah. “Kenapalah aku ajak dia keluar makan?” tanya Zahrain kepada dirinya sendiri.... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 26, 27

9 May 2012 
Kategori: Novel

84,871 bacaan 106 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 26 Semenjak peristiwa kiriman gambar suaminya dengan supermodel itu, Husna bagaikan kehilangan semangat. Rutin seharian dilaluinya macam robot. Di hadapan ibu mertuanya dia berlakon ceria, tidak mahu ibu mertuanya menghidu masalah rumah tangganya. Dengan suaminya, dia cuba sedaya mungkin untuk tetap memberikan layanan penuh hormat. Namun Zahrain kekal dengan mode ketul ais... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 24,25

24 April 2012 
Kategori: Novel

78,252 bacaan 187 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 24 Francois la Croix, wakil syarikat Peranchis yang akan menjalankan urus niaga dengan Alimin Industires tiba di Kuala Lumpur dengan teamnya menjadikan pejabat Alimin International sibuk tidak terkira. Alhamdulillah, semua perbincangan berjalan lancar. Untuk malam kedua Monsieur la Croix di ibu negara, Tan Sri Zainal meminta Zahrain membawa Monsieur la Croix makan malam di... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 22, 23

14 April 2012 
Kategori: Novel

74,758 bacaan 135 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 22 Sampai sahaja di pejabat, telefon Zahrain berbunyi. Tertera nama pemanggilnya….Adira! Hm sekali gertak sekali saja sudah call. Dia tersenyum sinis. “Morning, darling. Awalnya you call tadi, isteri you tak marahkah?” sengaja Adira membangkitkan hal isteri. Hatinya masih sakit. Lebih empat bulan dia memancing anak jutawan ini, tiba-tiba berkahwin dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 19, 20, 21

6 April 2012 
Kategori: Novel

87,985 bacaan 122 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 19 Pagi esoknya, dia dikejutkan oleh budak cengeng itu. Kacau betullah. Baru saja aku letakkan kepala ke bantal! “Awak, bangun, solat subuh.” “Awak, bangunlah, dah subuh gajah ni.” Tiba-tiba dia terasa mukanya dilap dengan kain basah yang lembut. “Yelah, yelah, saya bangun.” Tangannya digawang-gawang, menepis kain basah dari mukanya. Matanya... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 15, 16, 17, 18

27 March 2012 
Kategori: Novel

84,834 bacaan 101 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 15 Seumur hidup Husna, dia tak pernah menghadiri majlis perkahwinan segah begini. Extravagant! Itulah perkataan yang boleh difikirnya untuk menggambarkan meriahnya majlis perkahwinan di sebelah keluarga suaminya. Dewan bankuet hotel terkemuka itu dipenuhi jambangan-jambangan besar bunga hidup, chandelier kristal bergantungan dan lilin-lilin dipasang di atas kaki lilin yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 11, 12, 13, 14

15 March 2012 
Kategori: Novel

67,794 bacaan 67 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 11 Dengan kata putus dari Husna itu, langkah pertama Projek Memikat Suami itu pun dimulakan. Target pertama, butik pakaian dalam. Husna teragak-agak hendak masuk ke butik sedemikian, pakain dalamnya semua sporty belaka. Ringkas untuk mudah bergerak bagi perempuan kaki travel macam dia. “Jom masuk. Ini peralatan wajib bagi perempuan yang bakal berkahwin,” arah... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 8, 9, 10

28 February 2012 
Kategori: Novel

51,974 bacaan 24 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah Bab 8 “Husna, cepat siap. Sekejap lagi Zahrain sampai. Jangan biar dia tunggu kamu,” Hajjah Rahmah menggesa anak bongsunya. Hari ini mereka hendak ke butik pengantin untuk menempah pakaian pengantin. Baik sunggah, Zahrain tu, fikir Hajjah Rahmah. Sibuk-sibuk kerja di pejabat, sanggup dia ambil masa bawa Husna memilih baju pengantin. “Ummi, jomlah pergi sekali. Una mana... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 7

20 February 2012 
Kategori: Novel

35,545 bacaan 28 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 7 “Jemputlah masuk, Puan Sri! Terima kasihlah sudi datang ke teratak buruk kami.” Bermanis-manis mulut Hajjah Rahmah dengan wanita anggun yang bakal menjadi besannya. “Alah, Hajjah. Apa pulak teratak buruknya. Laman depan Hajjah saja pun, dah kalah rumah saya. Banyaknya bunga,” balas Puan Sri Maimun yang tidak pernah sombong dengan darjat suaminya. “Assalamualaikum,... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 5, 6

30 January 2012 
Kategori: Novel

42,654 bacaan 20 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 5 Pagi-pagi lagi Nawrah dah sampai ke rumah Umminya. Siap dengan gerabak-gerabaknya, Izwan, 2 tahun dan Izmal, 5 bulan. Selepas menyalami Umminya, dia menerpa ke arah Husna yang sedang membasuh pinggan usai sarapan pagi. “So, amacam?” Bisiknya, straight to the point! “Amacam apa?” Husna pura-pura tak faham. Malas sebenarnya dia nak bercerita tentang... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 3, 4

10 January 2012 
Kategori: Novel

47,485 bacaan 38 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah BAB 3 Sebulan sebelumnya…… “Awak yakin ke nak juga anak Haji Nuqman tu jadi menantu kita?” soal suaminya lagi. “Abang, pasal perniagaan, memang itu bidang Abang. Pasal jodoh anak kita biarlah Mai yang uruskan,” jawapan Puan Sri Maimun berbunyi sedikit tegas. “Abang bukan apa, bimbang juga nanti jadi macam Zahra pula,” lembut... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 2

27 December 2011 
Kategori: Novel

47,796 bacaan 40 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah Bab 2 Hanina Abdullah. Usai solat maghrib, Husna bersiap untuk bertemu Zahrain dengan hati yang bercampur-campur. Rupa menawan tapi dia jenis lelaki yang macam mana? Dia berdandan sederhana, bagai nak ke panggung wayang dengan teman-teman saja rupanya. Blaus kain kapas warna kuning lembut berbunga-bunga kecil dan seluar panjang berwarna krim tersarung di badan. “Comel apa?”komennya... [Teruskan bacaan]

Novel : Projek Memikat Suami 1

12 December 2011 
Kategori: Novel

69,953 bacaan 40 Ulasan

Oleh : Hanina Abdullah Bab 1 “Meminang Una?” Ternganga mulut Husna! Terkocoh-kocoh dia pulang dari U.K. bila mendapat panggilan telefon dari umminya. Ada hal keluarga, penting, balik secepat mungkin kata Ummi. Berteka-teki Husna sepanjang penerbangan, apa hal urusan keluarga yang disebut umminya itu? Hairan benar bila dia disuruh pulang segera. Rupanya, hanya kerana ada yang datang meminangnya. Walhal... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 11