Novel : Putera Kutub 8
Oleh : K.A.K.A BAB 8 ALISYA tersenyum lebar. Impiannya kini sudah tercapai. Setelah hampir tiga tahun kerjanya hanya ‘menanam anggur’ di rumah, sekarang dia bukan begitu lagi. Status pekerjaannya sudah berubah. Hari ini ialah hari pertamanya bergelar pekerja di GTV Holdings. Oleh sebab itu, pelbagai persiapan awal telah Alisya lakukan. Dia tidak mahu dipandang remeh seawal hari pertama. Dia kini... [Teruskan bacaan]
Novel : Putera Kutub 6, 7
Oleh : K.A.K.A BAB 6 “BETUL kau tak nak? Kau jangan menyesal lepas ni.” Zila cuba memancing. “Tak mahu!” Alisya masih berdegil. Bantal peluk Mickey Mouse itu didakap erat. “Ya ALLAH. Sedapnya donut ni. Eh, melekat pula dekat pipi aku ni!” Zila belum mahu mengalah. Suaranya dimainkan dengan intonasi yang sengaja dibuat untuk menggoda Alisya. Alisya masih mematung.... [Teruskan bacaan]
Novel : Putera Kutub 4, 5
Oleh : K.A.K.A “INTERVIEW untuk jawatan setiausaha tu dekat sini ke?” tanya Alisya lembut kepada wanita bertudung merah yang duduk di kaunter khidmat pelanggan. “Ya, memang ada temu duga untuk jawatan itu di sini. Boleh saya dapatkan nama penuh cik?” tanya wanita itu kembali. “Ainul Alisya Abdul Aziz.” “Sila tunggu sebentar ya cik…” wanita itu memanjangkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Putera Kutub 3
Oleh : K.A.K.A BAB 3 “ISYA! Kau tak nak bangun lagi ke? Matahari dah terpacak naik atas kepala dah tu. Kau boleh pula tergoyang sini, tergoyang sana… bergegar rumah ni tau tak? bangun cepat!” seperti bertih jagung masak, mulut Atira berceloteh. Pintu diketuk beberapa kali, namun tidak walau satu sentimeter pun pintu itu terbuka. Atira bengang. Minah ini memang nak kena. Kalau dapat tidur,... [Teruskan bacaan]
Novel : Putera Kutub 2
Oleh : K.A.K.A BAB 2 HUJAN turun renyai-renyai pagi itu. Selimutnya yang jatuh ke lantai ditarik semula agar membaluti tubuh. Dililit-lilitkan ke badannya sehingga dia berasa puas. Sejuk! Kalau diikutkan rencana hati, malas dia mahu ke pejabat hari ini. Ditambah pula dengan kehadiran pekerja baru yang dia rasa amat menjengkelkan, membuatkan perasaan malasnya berjangkit-jangkit daripada satu sel ke... [Teruskan bacaan]
Novel : Putera Kutub 1
Oleh : K.A.K.A BAB 1 LELAKI itu berjalan masuk dengan lagak mendada. Rambutnya yang sedikit terjatuh itu dibetulkan semula. Cermin mata hitam yang baru dibeli minggu lepas masih setia terlekap di sepasang mata coklat yang sengaja disembunyikan. Biar nampak macho. Daripada hujung rambut, sehinggalah ke hujung kaki, penampilannya dijaga. Rambutnya hanya dibenarkan bersalut dengan Loreal Studio Gel. Baju... [Teruskan bacaan]







