Novel : Cinta Yang Kucari 1

10 March 2014 
Kategori: Novel

439 bacaan Catat Ulasan

Oleh : Rehan Makhtarl PROLOG DIA tahu renungan mummy hangat membara. Dia juga tahu dia memang akan dimarahi. Memang! “Don’t look at me like I’m a snickers bar, mummy.” Payed buat muka tak puas hati di depan mummynya. “You scare me…” “Tahu pun takut!” bentak Puan Huda, marah. Berketup-ketap giginya dikacip kemas. “Kalau kata Payed takut bila mummy renung macam ni, Payed tak pernah... [Teruskan bacaan]

Novel : Tiba-tiba, Dia Ada 2

3 September 2013 
Kategori: Novel

1,303 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 2 KREKK… Itu bunyi pintu bilik lagi sekali. Serentak dengan suara orang bertanya soalan yang sama dengan mama tanya tadi. “Arya demam ke?” Aku tersentak. Hilang suara Aryan petang tadi diganti suara papa. Mama tak kunci pintu. Balik rumah tubuh dah mula suam-suam tapi semua orang diam. Tak berkata apa. Kalau berkata, sungguh aku terbaring dekat ICU. Aku keraskan... [Teruskan bacaan]

Novel : Tiba-tiba, Dia Ada 1

27 August 2013 
Kategori: Novel

2,660 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 1 SIAPA cakap hidup ni mudah? Tak mudah kerana dugaan itu akan hadir pada setiap orang dengan cara, waktu dan juga tempat berlainan. Menduga keimanan dan kematangan insan menyelesaikannya. Macam aku, hidup tenang lagi cool je selama ni tapi rasa tergugat tiba-tiba. Khabar yang aku terima tu, terus buat aku lemah semangat. Telapak tangan mendarat pada dahi.... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 6

12 April 2013 
Kategori: Novel

9,727 bacaan 15 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 6 KERJA di pejabat tidaklah banyak mana pun. Surat yang Puan Sarimah minta, telah aku siapkan tanpa bertangguh. Berkeping-keping namun aku lakukan sebagai amanah buatku. Lega seketika bila Puan Sarimah tersenyum menerima hasil kerjaku menyediakan kertas kerja yang mahu dihantar seketika nanti. Namun, panggilan daripada ayah tadi membuatkan aku berfikir berkali-kali akan... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 5

10 April 2013 
Kategori: Novel

8,137 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 5 AKU menggelepur ganas. Tangannya aku tampar berkali-kali. Cuba meleraikan pelukan lengan sasanya di pinggangku. “Lepaskan aku, bodoh! Kau nak apa ni sampai sanggup tunggu aku balik kerja ni? Mana kau tahu aku kerja kat sini, setan?” marahku bertubi-tubi. Dia diam namun aku rasa sebelah tangannya lagi menyelak rambutku membawa bibirnya dekat ke telinga. Hembusan... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 4

9 April 2013 
Kategori: Novel

6,797 bacaan 2 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 4 KISAH baru bermula lagi namun sayang bila aku tak mampu keluar dan menjauh dari kisah silam. Membawa hidupku meniti titian usang yang kian rapuh dek dendam dan kebencian. Kala ini, tahulah kau, hati ini sebenarnya tidak pernah rela mencintai namun kala Faez berkata tidak pada hubungan kami, bohong andai aku katakan langsung tidak terkesan di hati ini. Tapi, untuk merawat... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 3

22 January 2013 
Kategori: Novel

6,974 bacaan 5 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 3 BIBIRKU hanya tersungging dengan senyuman kala melihat beberapa temanku merokok di belakang bangunan sekolah yang di dalam pembinaan. Bila disuakan, aku menggeleng dan membelek buku di tangan. Bibir ini biarlah merah tak tercela. Aku tidak sudi membiarkan benda itu menyentuh bibirku. Aku masih waras. Pesanan ibu akan hal ini aku semat di dada sekemas mungkin. Yang lain... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Mendung Tak Beerti Hujan

24 September 2012 
Kategori: Cerpen

18,275 bacaan 40 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar TANAH perkuburan ini sepi. Heningnya pagi menambahkan remuk dihati. Kicauan burung-burung yang memuji keagungan Ilahi bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami. Hadir menziarah pusara ayah dan bonda yang boleh jadi untuk yang terakhir kali. Biarpun pemergian mak sudah berbulan lamanya dan ayah juga sudah bertahun tiada di dunia, terasa sukar benar hendakku terima hakikat kepergian... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cinta Bukan Milik Kita

10 June 2012 
Kategori: Cerpen

22,690 bacaan 68 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar HARI ni rasa sepi tanpa teman-teman yang rata-ratanya berkursus dan keluar daerah. Menghadapi makan tengah hari sendiri rasanya tak mampu hendak kutelan. Tersekat dikerongkong. Hilang selera. Sudahnya, nasi dipinggan aku kuis dengan sudu dan garpu saja. Mengeluh sana sini ditimpa kebosanan. Akhirnya, aku cuba angkat tubuh hendak berlalu namun, belum sempat aku bangkit, ada... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 2

30 May 2012 
Kategori: Novel

5,601 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 2 JELINGAN Faez langsung tidak ku hiraukan. Dia tenang menghampiri keretanya namun resah perasaannya itu dapat kukesan jua. Bibir itu nampak bergetar hendak menuturkan sesuatu namun sayang bila dia telan saja akhirnya lalu dia kembali menatap bumi yang dilitupi tar hitam. “Aez nak cakap, kan? Sila cakap!” Suruhku agak tegas. Berubah langsung. Tiada lagi kemesraan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Suami Tak Kuhadap 1

21 May 2012 
Kategori: Novel

10,157 bacaan 21 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar PROLOG WAJAH itu aku renung tajam. Bencinya pada dia, hanya Tuhan yang tahu. Aku tahu dia tak sudi menentang padangan matanya namun, aku terus beranikan diri merenung dia. Permintaannya gila. Sama gila dengan kehendak ayah. Sama juga gila dengan Mak Usu hinggakan aku rasa aku berada di tengah-tengah hospital sakit jiwa. “Kamu dengar tak ni, Syaima?” jerkah ayah... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Ku Ingin Milikimu

25 March 2012 
Kategori: Cerpen

33,365 bacaan 162 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BIBIR ini menguntum senyum lagi. Tetikus aku larikan sedikit hendak menatap pesanan yang baru saja aku terima. Sambil menongkat dagu, aku lebarkan senyuman. Entah mengapa, setiap kali nama itu muncul pada skrin di sebuah laman sosial ini, detak hati ini mula beralun indah. Cinta? Terlalu awal hendak aku akuinya biarpun debar hatiku pantas kerana sepotong namanya. Tetikus... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kepada-Mu Kekasih

26 February 2012 
Kategori: Cerpen

23,002 bacaan 130 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar JEMARIKU terketar-ketar tatkala menyeka darah merah yang mengalir daripada kepala si dia dipangkuanku. Sedaya upaya aku goncang tubuh itu agar dia membuka mata bila nafasnya semakin lemah. “Encik, bangun encik.” Pipinya aku tepuk beberapa kali dengan tangan yang berlumuran darah. Hatiku bertambah kalut apatah lagi bantuan masih belum tiba dan juga tiada sesiapa... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Kerana Terluka

24 January 2012 
Kategori: Cerpen

42,689 bacaan 293 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar AKU melutut di kaki Muiz. Airmataku gugur bagaikan hujan di musim bah. Usah dikira malu, aku lebih rela mencium kakinya jika itu yang Muiz inginkan. “Jangan pergi, Iz. Jangan tinggalkan Eiy macam ni,” rayuku tanpa mempedulikan wajah wanita yang sedang berdiri di sebelah Muiz. Cebikan dan herdikannya aku telan seboleh mungkin. Betapa pahit pun harus... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Cik Siti Wan Kembang

7 January 2012 
Kategori: Cerpen

19,767 bacaan 92 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar MATA aku ni sejak dari tadi dok pandang seorang wanita ni. Tiap kali aku berhenti dekat traffic light ni, aku mesti lihat duduk sendirian menanti siapa pun aku tak tahulah dekat bus-stop ni. Bila aku kaji semula, mestilah dia tunggu bas. Tak kan tunggu kereta api pulak. Yang menariknya, mesti aku di depan sekali nak tunggu lampu hijau ni. Lama aku pandang dia dan akhirnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 32

2 January 2012 
Kategori: Novel

13,798 bacaan 38 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 32 HARI ini masuk hari kedua Am meninggalkanku dengan ikatan perkahwinan yang ku gelar sandiwara semata-mata. Aku tidak mungkin menyalahkannya kerana syarat ini jelas keluar dari mulutku. Usai Dhuha, aku terus keluar dari rumah tanpa pengetahuan mak. Memandu sendiri menuju ke kawasan perkuburan di hujung kampung awal pagi itu. Sudah bertahun aku tidak menjejakkan kaki ke... [Teruskan bacaan]

Novel : Sini, aku payungkan kau! 12, 13

2 January 2012 
Kategori: Novel

4,280 bacaan 22 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 12 SUARA Iwan yang menjerit memanggil namaku, tidak ku hiraukan. Semakin laju aku melangkah mahu meninggalkan Iwan di hadapan studio Senibina itu. Membawa cebisan kertas lukisan yang Zikri koyakkan sebentar tadi. Aku seka airmataku kasar. Benci pula pada diri sendiri kerana terlalu murah airmata itu mengalir hanya kerana cinta. Bertambah pedih kerana cinta sesama manusia... [Teruskan bacaan]

Cerpen : Dalam Diriku Tiada Dia

23 December 2011 
Kategori: Cerpen

18,648 bacaan 130 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar Kesinambungan Aku & Obeng dan Reana Merlis MATA ini sedari tadi tertancap pada seorang lelaki muda yang sedang bersusah payah meletakkan salah seorang anaknya di dalam kereta. Nampak kekok benar. Kelihatan sukar di pandangan mataku apatah lagi anak kecil itu mula merengek. Aku dongak ke langit. Memandang ke arah matahari yang terik memancar. Terasa pedih wajah... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 30, 31

21 December 2011 
Kategori: Novel

9,868 bacaan 38 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 30 AKU termangu sendiri di jendela rumah emak. Membiarkan rambutku yang lepas bebas terus dielus angin. Suasana petang ini benar-benar menenangkan. Cuma hatiku saja yang sentiasa gundah dan tidak pernah menemui ketenangan. Aku sudah mula berkeputusan untuk melupakan segalanya yang pernah aku lalui tapi mampukah aku? Kelopak mata terasa suam lagi. Pantas aku menghela nafas... [Teruskan bacaan]

Novel : Terlerai Kasih 28, 29

15 December 2011 
Kategori: Novel

8,568 bacaan 34 Ulasan

Oleh : Rehan Makhtar BAB 28 NIATKU untuk mengajak Am ke rumahnya lebur tiba-tiba. Sekelip mata hancur. Bagai dibadai taufan. Sudahnya, aku sambut pelawaan Izham untuk membawa kau pulang dengan hati yang dibalut kecewa. Wajah Puan Insyirah mesra menyambut kami di muka pintu. Biarpun rautnya sedikit berkerut melihatkan aku dengan Izham di ambang pintu, dia tetap tersenyum mesra. “Kenapa kamu... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 3123