Cerpen : Kasihnya Saffiya
Oleh : Riza Saffiya Shafika mengusap lembut belakang Saffiya. Tangis dan sedu sedan Saffiya masih belum surut. Hatinya tercalar dengan kata-kata yang dihamburkan oleh buah hatinya, Safwan. Mereka bertengkar sebentar tadi. Berselisihan faham itu adat biasa bagi pasangan yang sedang hangat bercinta. Perkara remeh pun boleh menjadi huru hara. Kenapa…? Semuanya kerana rasa sayang yang bertakhta di lubuk... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Setitis Cintamu
Oleh : Riza Saffiya Aku sudah terlambat pagi itu. Jam ditangan telah menunjukkan ke angka 9. Namun kereta yang kupandu masih tersekat di dalam kesesakan jalanraya. Hatiku sudah mulai dibaluti keresahan. Rasa seperti mahu saja aku meninggalkan keretaku di sini, kemudian berlari berkaki ayam menuju ke pejabat Reka Bina Berhad itu. Hatiku makin gusar. Aku sebenarnya perlu menghadirkan diri di satu sesi... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Kesabaran Cinta
Oleh : Riza Saffiya Usia Nelly baru menginjak dua puluh empat tahun ketika keluarganya mahu menikahkan dia dengan Hisyam. Lelah Nelly menjelaskan yang dia masih belum bersedia untuk menjadi isteri kepada sesiapapun di waktu itu. Nelly baru sahaja tamatkan pengajiannya. Dia mahu bekerja. Dia mahu tahu bagaimana keseronokan merasai memegang duit dari hasil titik peluhnya sendiri. Dia juga belum puas... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Nostalgia Hari Terakhir Emak
Oleh : Riza Saffiya Emak… Sungguh membosankan melalui hari-hari yang mendatang tanpa emak di sisi. Kini hampir sebelas bulan emak pergi meninggalkan aku. Namun bagai baru semalam aku merasakan pelukan hangat dari emak. Masih terbayang di mata ini, senyuman emak. Namun Allah lebih menyayangi emak. Aku terkilan sangat bila tidak berpeluang bersama emak di saat emak menghembuskan nafasnya yang terakhir.... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Pergimu Bersama Ramadhan
Oleh : Riza Saffiya “Eh, banyak sangat jumlahnya ni abang,” Ashikin menghulurkan duit pemberian Asri. Dia mahu memulangkan semula duit pemberian Asri kerana jumlahnya terlalu besar untuk diterima. “Ambil Shikin. Abang ikhlas. Gunalah duit itu untuk Shikin memulakan kehidupan baru di universiti nanti,” Asri menjelaskan keikhlasannya. Memang telah diniatkan duit itu untuk kekasihnya... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Adat Berkata, Syarak Memakai
Oleh : Riza Saffiya Cuaca cerah menyelimuti kedamaian kampung itu. Kampung yang masih tulen keasliannya. Walaupun tiada sawah padi yang menghijau terbentang, namun bukit-bukau yang tersergam indah kelihatan menghijaukan pandangan. Bila pagi, kabus pasti berkumpul di puncak bukit. Sekilas pandang persis Gunung Fujiyama. Mentari mula mengintai di celahan bukit itu. Ada sekawan burung berterbangan sambil... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Sendu Bahagia
Oleh : Riza Saffiya “Sampainya hati abang buat Ida macam ni,” itu suara Zaida. Zaida masih lagi merenung wajah suaminya. Berita suaminya hendak beristeri lagi benar-benar mencabar hati kewanitaannya. Zaida sedar kekurangan dirinya tetapi apakah kekurangan itu harus diberi hukuman yang sebegini. Mengizinkan Zahid beristeri lagi, mampukah Zaida menerima situasi itu? “Abang janji, abang... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Hidupku Bersama Getar Cinta
Oleh : Riza Saffiya Imran menongkat dagu. Pandangannya jauh dilemparkan ke tengah lautan yang membiru. Ada sekawan burung berterbangan bernada ceria. Cahaya jingga akibat sinar mentari yang membias di permukaan laut, membangkitkan lagi keindahan. Sesekali angin berdesir lembut, seolah-olah turut membisikkan sesuatu di cuping telinga Imran – Indahnya alam ciptaanMu ya, Tuhan. Imran menyandarkan... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Takdir Penentu Segala II
Oleh : Riza Saffiya Seminggu Julia bercuti. Syukur kerana majlis perkahwinannya berjalan lancar. Semua beres. Segala urusan pembayaran atas peralatan yang disewa telah dilunaskan. Hatinya lega kerana tidak mahu menanggung bebanan hutang selepas berkahwin. Cuaca pagi itu cerah sekali. Matahari yang bersinar telah menunjukkan silau cahaya yang menandakan hari akan panas hari ini. Harapnya biarlah panas... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Takdir Penentu Segala
Oleh : Riza Saffiya “Terima saja, Lia. Ibu tak kuasa nak bertegang leher dengan abah kamu tu. Kamu bukan tak faham perangainya. Kalau putih katanya, putihlah. Kalau hitam katanya, hitamlah”. “Senangnya ibu cakap. Ini soal masa depan Lia, ibu. Lia hanya ada ibu untuk membela nasib Lia ni”, hati Lia terus merintih. Baru sekejap tadi ada orang masuk melamar Lia. Semuanya diatur... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Di Remang Keinsafan
Oleh : Riza Saffiya Terboyot-boyot Zarina mengusung perutnya pergi membuang sampah. Mengandungkan anaknya yang ketiga ini, Zarina mudah merasa penat sedikit. Mungkin faktor umur agaknya. Ketika mengandung anaknya yang pertama dan kedua dulu, segar saja dia. Masa tu umurnya 24 dan 27. Sekarang umurnya dah mencecah 40. Kehamilan yang dia sendiri tidak duga. Bukan tidak mahu menerima pemberian Allah... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Cintamu Abadi
Oleh : Riza Saffiya Fariha melangkah longlai keluar dari bangunan hospital itu. Fikirannya masih memikirkan tentang kata-kata doktor yang merawat Dalila, adiknya. Dalila memerlukan penderma untuk menggantikan hatinya yang semakin rosak. Jumlah kos pembedahan juga boleh tahan tingginya. Berserabut Fariha. Tiba-tiba Fariha terpekik meminta tolong!… Tolong…! Tolong…! Raungannya semakin... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Apalah Ertinya Cinta
Oleh : Riza Saffiya Fahim terbongkok-bongkok menyudahkan kerja mencuci simen porch rumahnya. Ada dua ekor kucing jantan bergaduh di situ tadi sehingga mengeluarkan najis mereka dek terlampau marah dan terlalu menahan sakit agaknya. Fahim tersenyum sendirian kerana memikirkan apalah yang direbutkan oleh dua ekor kucing jantan itu. Pastinya merebut kucing betina. Lumrahnya hidup, Allah jadikan setiap... [Teruskan bacaan]
Cerpen : Dimana Aku Sepatutnya
Nama Pena : Riza Saffiya Malam itu air matanya tumpah lagi. Peristiwa pertengkaran dengan suaminya petang tadi masih terbayang-bayang… bait-bait patah perkataan yang dihamburkan oleh suaminya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Riza mengeluh lalu bangun dari tempat beradunya menuju ke jendela yg sedikit terbuka membenarkan angin malam yg berhembus lembut menyapa lembut rambutnya. Dia... [Teruskan bacaan]







