Novel : Satu Rasa Cinta 32
Oleh : ain naziqah BAB 32 “ Kau ni garang jugak ye.” Zulhairi menepuk bahu Reza lantas menarik kerusi. Rasa tidak percaya pula dia melihat Reza memarahi pekerja-pekerjanya. Sewaktu dia sebagai CEO dulu tidak pernah dia marah sebegitu. “ Baru tau ke? Aku ni malas nak tunjuk aku garang. Nanti hilang kehenseman aku ni.” Reza berlelucon. Saja mahu bangga diri. Zulhairi mencemik. “... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 31
Oleh : ain naziqah BAB 31 Pintu diketuk beberapa kali sebelum mendapat kebenaran untuk melangkah masuk ke dalam. Belum pun panas punggung di kerusi, sudah di panggil untuk mengadap raja yang rajin masuk ofis awal pagi. Sewaktu Zulhairi menyandang jawatan itu, selalunya dia akan masuk pada pukul sepuluh pagi. Lain pula bos barunya ini. Pukul lapan dah terpacak kat ofis. Bos sepsis apalah dia... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 30
Oleh : ain naziqah BAB 30 Debaran yang dirasakannya tiada siapa yang tahu. Hingga ke saat ini, dia masih teringat pada Hyemi. Sepertinya masih ada sisa cinta untuk gadis itu. Padahal hari ini dia akan menikahi sahabat baik Hyemi. Telah dia kuburkan cinta itu semasa dia menerima Alia dalam hidupnya tapi kubur itu masih tidak bertanda kerana Hyemi tidak lagi dia lupakan sepenuhnya. Setiap kali dia bertemu... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 29
Oleh : ain naziqah BAB 29 Ura-ura mengenai Syarikat Lembayu akan diterajui oleh bos yang baru bukanlah sekadar omongan kosong sahaja. Pagi itu semua pekerja dikerah untuk berkumpul di bilik mesyuarat bagi menyambut dan mengalu-alukan kedatangan majikan baru mereka. Bisikan-bisikan halus kedengaran sepeti bunyi lalat yang berterbangan mencari makanan. Katanya bos mereka yang lalu telah diturunkan... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 26, 27, 28
Oleh : ain naziqah BAB 26 ” Terima kasih.” Ucap Hyemi tidak langsung memandang insan di sisinya. Baru saja tangannya ingin membuka pintu kereta… ” Tak salah kalau kawan baik sendiri cintakan kita…” Hyemi menyorot mata memandang Reza. ” Awak curi dengar perbualan kami?” Tanya Hyemi yang dapat menghidu bahawa Reza menyaksikan apa yang berlaku... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 23, 24, 25
Oleh : ain naziqah BAB 23 Shahrul setia menanti Hyemi di luar pagar mahallah. Rasa risau tiba-tiba hadir. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam dan dia sudah berada di situ sambil menyandarkan badan pada keretanya sejak jam Sembilan malam lagi. Rasa penat dan letih tiada kerana kebimbangannya pada Hyemi melebihi segala-galanya. Dia ada menghantar pesanan ringkas tapi tidak berbalas dan panggilannya... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 20, 21, 22
Oleh : ain naziqah Bab 20 ” Aku tak kira aku tau korang semua mesti jumpa anak aku. Kalau tak aku saman!” Ugut Datin Raziah. Suaranya lantang hingga mampu membuat semua haiwan-haiwan dalam hutan itu terkejut. Shahrul hanya menggeleng melihat sikap ibu Reza itu. Tidak tahu bersabar langsung. Bukan dia seorang saja yang kehilangan anak. Beberapa orang lain yang turut berada di situ juga tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 18, 19
Oleh : ain naziqah Bab 18 Matanya dibuka perlahan-lahan. Kepalanya terasa berpinar-pinar dan tubuhnya terasa sengal-sengal. Dia menoleh kiri dan kanan. Bingung tidak tahu di mana dia berada. Untuk seketika dia terlupa bagaimana dia boleh berada di situ. Saat dia ingin mengangkat tangannya untuk menyentuh dahinya yang tercalar, dia melihat tangannya berada dalam genggaman seseorang. Nampaknya dia tidak... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 17
Oleh : ain naziqah Bab 17 Peluh memercik di seluruh badan Hyemi. Sumpah dia rasa amat letih. Ada ke patut Reza menyuruhnya ikut serta perkhemahan yang dianjurkan oleh Econs Society. Kalau bukan kerana hutang, memang Hyemi tidak mahu ikut. Memang Hyemi tidak suka aktiviti masuk hutan ni. Penat. Lagi-lagi jungle trekking yang boleh buat kaki nak tercabut. Sudahlah dia tidak kenal siapa-siapa pun... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 16
Oleh : ain naziqah BAB 16 Alia menguis-nguis tanah menggunakan hujung kasutnya. Sudah sepuluh minit dia menanti Shahrul, tapi Shahrul tidak muncul-muncul. Pagi tadi sewaktu dia menghantar sms, Shahrul juga tidak membalasnya. Apakah Shahrul tidak mahu menemuinya kerana sudah tahu akar perbincangan mereka. Alia menggeleng kepalanya dan menoleh kiri dan kanan. Dia yakin Shahrul akan datang. Alia... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 15
Oleh : ain naziqah BAB 15 Alia dan Julia memerhati tingkah Hyemi yang sungguh bersemangat hari ini. Bukan hari ini saja tetapi sejak dari malam tadi lagi Hyemi sudah gembira lain macam. Bila ditanya kenapa Hyemi hanya tersengih. Entah apa yang membuatnya jadi sebegini pun mereka tidak tahu. Entah kena sawan apa, Hyemi tiba-tiba rajin mengejutkan mereka subuh dan menyediakan sarapan. Huh memang... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 14
Oleh : ain naziqah Bab 14 Telekung dilipat kemas dan diletak di atas kerusi. Rambutnya yang ikal diikat disikat dan diikat kuda. Kakinya dilangkah ke arah katil. Iphone yang masih berbalut plastic ditenung Hyemi. Masih terselit rasa tidak puas hatinya pada Reza. Entah apa tujuannya memberi telefon itu kepadanya dia kurang pasti. Apa kasihan sangatkah dia kerana menggunakan telefon nokia tiga... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 13
Oleh : ain naziqah Bab 13 ” Hello assalamualaikum ibu…” Reza memandang Hyemi sekilas lalu meneruskan suapan ke dalam mulut. Lapar benar dia tengah hari itu. Rasa macam setahun perutnya tidak terisi. Nak pulak hari ini makanan yang di jual sedap-sedap belaka. Kecur air liurnya. Pinggan Hyemi yang masih belum luak kerana Hyemi sedang berbual dengan ibunya rasa ingin diambilnya. Entah... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 12
Oleh : ain naziqah Bab 12 Ke kiri diikut, ke kanan diikut, ke belakang diturut, ke depan diturut. Bangun ikut bangun, duduk ikut duduk. Namun Shahrul tidak langsung ingin memandangnya mahupun menegurnya. Tapi Hyemi tetap tidak mahu berganjak ataupun berlalu pergi selagi Shahrul tidak berkata sepatah perkataan dengannya. Besar sangatkah salahnya hingga begitu sekali respon Shahrul setelah mengetahui... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 11
Oleh : ain naziqah Bab 11 ” Ish, tak boleh perlahan sikit ke? Awak ingat tangan saya ni ade bateri energizer ke apa?” Berang Hyemi. Reza mengangkat keningnya sebelah. ” Jangan banyak songeh boleh?” Kata Reza sambil menjungkit kening. ” Ni bukan soal songeh tak songeh. Cakaplah pelan-pelan. Nanti banyak typing error awak marah.” ” Ok.... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 10
Oleh : ain naziqah Bab 10 ” Berapa?” ” Seribu ringgit.” Macam nak jatuh rahang Hyemi tika perkataan seribu itu masuk ke pendengaran telinganya. Manalah dia ada duit sebanyak itu sekarang ini. Kalau di selongkar beg duitnya sekalipun takkan ada duit sebanyak itu. Setakat tiga puluh, lima puluh adalah. Yang Reza ni pun satu. Setakat cermin sisi buat apa nak yang mahal-mahal.... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 9
Oleh : ain naziqah Bab 9 Reza menekan-nekan remote control mencari-cari siaran di waktu tengah malam yang sunyi sepi itu. Ahli keluarganya yang lain semua sudah pun lena dibuai mimpi. Cuma dia yang sukar untuk melelapkan matanya atas alasan apa pun dia tidak tahu. Bosan. Satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaannya tika itu. Tiada langsung siaran yang dapat menarik perhatiannya.... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 8
Oleh : ain naziqah Bab 8 ” Dah ok dah…” ” Ye… ibu tak payah risaulah…” ” Erm… ye…” ” Ok. Bye assalamualaikum.” Shahrul hanya memerhatikan dan mendengar perbualan antara Hyemi dan ibunya. Fikirannya menerawang mengingat kembali peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu. Reza membawa Hyemi ke klinik apabila Hyemi pengsan.... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 7
18 August 2011
Kategori: Novel
1,059 bacaan Catat Ulasan
Oleh : ain naziqah Bab 7 Kepala berat,pening,tak sedap badan dan hidung berair. Semuanya ditahan Hyemi kerana tidak mahu tertinggal walau satu kelas dan kuliah sekalipun. Bagi Hyemi ianya satu kerugian yang amat sangat. Alia dan Julia berkeras menghalangnya untuk menghadiri kelas tetapi Hyemi tetap berkeras. Sejak malam tadi dia berkeadaan begitu. Pasti kerana dia bermandikan hujan semalam lalu... [Teruskan bacaan]
Novel : Satu Rasa Cinta 6
Oleh : ain naziqah Bab 6 Hujan turun dengan lebatnya hari ini. Mujur Shahrul memandu kereta untuk ke kelas tadi. Kalau tidak pasti dia terpaksa menunggu hingga hujan berhenti. Shahrul berlari menuju ke keretanya. Buku yang ada di dalam begnya basah sedikit. Sebaik enjin kereta dihidupkan, dia teringat Hyemi. Sudah pulangkah dia? Kalau belum pasti dia terkandas juga dan sedang menunggu hujan berhenti.... [Teruskan bacaan]







