Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 31
Oleh : Azieana BAB 31 ” WAH! Dah tukar telefon baru sekarang….yang lama kau letak kat mana? Dah frame ya!” Maryam sempat menjeling ke arah Reen yang baru saja selesai berSMS dengan telefon barunya, Sony Ericsson Xperia berwarna hitam. ” Telefon aku yang lama tu dah jadi arwah, hujung minggu ni cukup 7 hari… aku belanja korang malam ni sebagai kenduri arwah telefon kesayangan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 30
Oleh : Azieana BAB 30 REEN mencapai beg tangannya. Salwa dan Surihani sudah pun menunggu di ruang bawah penyambut tetamu. Memang dia sudah lewat untuk keluar makan tengahari kerana baru siap berbincang dengan En. Razif. Tergopoh-gopoh dia menuju ke lif. Sebaik saja pintu lif terbuka, Reen mengeluh lega kerana kedua temannya masih setia menunggu. ” Sorry, I’m late” Reen segera memohon... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 28, 29
Oleh : Azieana BAB 28 SELESAI menikmati makan tengah hari, masing-masing mengikuti aktiviti tersendiri. Datin Halijah begitu asyik berborak dengan kenalannya yang sudah lama tidak ketemu. Reen dan Eisya hanya sekadar menjadi pemerhati Izwan dan Amier yang menaiki jet ski. Kedua-dua lelaki itu ada mempelawa mereka mengikutinya tapi Reen terlebih dahulu menolak kerana dia tidak biasa menaiki kenderaan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 27
Oleh : Azieana BAB 27 REEN duduk di atas pasir sambil memeluk ke dua lututnya. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang di tiup angin. Bibirnya mengukir senyum melihat deruan ombak. Sempat juga dia berbalas senyum dengan beberapa pengunjung yang berjalan di hadapannya. Seronok pula dia melihat dua orang kanak-kanak yang sedang berkejaran sambil ketawa di pergigian pantai. Tak takut pula kalau di lambung... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 26
Oleh : Azieana BAB 26 REEN mengetuk pintu beberapa kali, namun tiada jawapan. Akhirnya dia mengambil keputusan membuka pintu bilik itu. Dengan rasa berdebar, kepalanya menjenguk bilik itu. Sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing. Dengan bacaan bismillah, kakinya di langkah masuk ke bilik itu. Tangannya mengurut dada. Bilik yang di cat dengan warna krim itu terlalu luas dan begitu mewah dengan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 24, 25
Oleh : Azieana BAB 24 LISA menyanyi-nyanyi kecil sebaik saja keluar dari lift. Tangan kanannya membimbit 3 beg kertas dan tangan kirinya membimbit 2 beg kertas dari pelbagai jenama. Di bahunya tersandang beg tangan dari jenama gucci. Hatinya benar-benar terhibur kerana sebentar tadi dia sudah membelanjakan hampir RM2000 semata-mata mahu memuaskan hati. Pasal duit dia tak perlu risau kerana di dalam... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 23
Oleh : Azieana BAB 23 RUANG tamu yang sederhana luas itu menempatkan satu set sofa yang agak lama ihsan dari tuan rumah, satu meja makan yang memuatkan empat orang. Kabenet separas peha yang diletakkan set TV bersama perakam video. Ruang itu menjadi tempat Reen dan rakan-rakan serumah melepak. Jasmin awal-awal lagi menempah bantal besar 19×19, Maryam pula membawa keluar teddy bearnya dari bilik.... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 22
Oleh : Azieana BAB 22 SALWA sedang membacuh milo 3 in 1 yang diambil dari kabinet. Menjadi kebiasaannya mengenakan milo panas bila jam 10 pagi, rasa tak lengkap kerja hariannya kalau tak pekena milo se mug. Namun nampaknya waktu ini hanya dia menjadi penunggu tetap. Biasanya staff di situ membacuh minuman dan membawanya ke meja masing-masing, lebih santai kalau minum sambil membuat kerja. Kadang-kadang... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 21
Oleh : Azieana BAB 21 MAK INDAH sibuk di menghidang di ruang makan untuk keluarga Datuk Tg. Mahmod makan malam. Reen dan Eisya turut membantu. Datin Halijah yang baru melangkah ke ruang makan, terpaksa menukar arah bila menyedari ada tetamu yang datang. Reen memandang Eisya, memberi isyarat bertanyakan siapa agaknya yang datang. Nak kata Datuk Tg. Mahmod balik, awal-awal dia sampai tadi mak mertuanya... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 20
Oleh : Azieana BAB 20 SEPANJANG Amier berada di Dubai, ada dua tiga kali dia menghubungi Reen. Setiap kali dia menghubungi Reen, gadis itu hanya melayan sekadar sahaja. Bingung juga Amier di buatnya sedangkan dia begitu merindui gadis itu setengah mati. Kalau boleh dia mahu orang lain mengganti tempatnya untuk ke Dubai, tapi kerjasama antara Dynamic Holdings dan Crystal Development & Corp. adalah... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 19
Oleh : Azieana BAB 19 REEN menjalani kehidupan biasa sepanjang minggu pertama bergelar isteri. Sejak dua bulan lepas dia keluar makan bersama Surihani dan Salwa kerana Saerah telah berhenti kerja dan berpindah ke Penang kerana mengikuti suaminya sejak berkahwin. Kalau sebelum ini Surihani sentiasa keluar bersama Salwa, kini mereka sudah bertiga. Malah Hairil pernah mengusik mereka dengan gelaran 3... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 18
Oleh : Azieana BAB 18 SELESAI menikmati hidangan yang disediakan, sekali lagi mereka berkumpul di ruang tamu. Reen meminta diri untuk beredar. Sengaja mahu melarikan diri dari Amier. Sejak dari tadi dia cuba mengawal perasaan gemuruh dan berdebar ketika duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Bau haruman perfume yang di pakai lelaki itu sudah pun membuat dia tak tentu hala. Hebat sungguh penangan dan... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 16, 17
Oleh : Azieana BAB 16 REEN hanya membiarkan Eisya melepas tawa. Dia mengetap bibir sambil membelek-belek majalah di atas katil. Masalah tanah dengan Pakcik Kahar telah selesai tapi masalah dengan Amier pula yang timbul. Pada ibunya diceritakan semuanya, tak mahu pening-peningkan kepala. ” Aku betul-betul tak sangka yang along aku tu boleh jatuh cinta kat kau” ” Bukan aku yang suruh…..paksa... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 15
Oleh : Azieana 15 DATIN HALIJAH sedang asyik membelek bunga orkid kesayangan yag terletak tidak jauh dari gazebo. Pelbagai warna orkid di tanam di taman. Sejak dari dulu dia sukakan bunga orkid. Setiap kali pokok orkid berbunga, dia tersenyum puas. Sementara pokok-pokok hijau yang lain hanya di serahkan pada Pak Seman selaku tukang kebun mereka yang datang bekerja setiap hari. Hanya Mak Indah dan Pak... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 14
Oleh : Azieana BAB 14 SURIHANI begitu asyik menyiapkan tugasan yang diberikan. Laporan untuk mesyuarat yang akan di adakan minggu depan. Dia terpaksa menyiapkannya lebih awal kerana dia akan bercuti dua hari mulai esok kerana pulang ke kampung melawat ayahnya yang dimasukkan ke hospital. ” Kak Hani…bos ada?” Surihani mendongak. Dia mengukir senyum melihat Reen yang berdiri di hadapannya. ”... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 13
Oleh : Azieana BAB 13 REEN berjalan mundar- mandir di sekitar biliknya. Hatinya berbelah-bagi. Fail yang berada di atas meja tidak di sentuhnya walau pun En. Razif awal-awal sudah memaklumkan padanya supaya membuat laporan untuk di bentangkan esok. Fikirannya kacau mengingatkan panggilan telefon dari ibunya malam tadi. ” Semalam Pak Kahar dan anaknya si Hussin datang…mereka menuntut janji.... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 12
Oleh : Azieana BAB 12 REEN menikmati minum petang bersama orangtua Eisya pada petang minggu. Mulanya dia menolak untuk berkunjung ke banglo itu. Takut terserempak dengan Amier selepas kejadian minggu lepas. Di pejabat pun sedaya upaya dia berusaha agar tidak bertembung dengan Amier. Malu dan segannya masih tebal bila mengingatkan sikap gelojohnya hari tu. ” Apa khabar ibu Reen kat kampung?…dah... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 10, 11
Oleh : Azieana BAB 10 AMIER menekan loceng beberapa sebelum pintu itu dibuka. Seorang lelaki muncul di buka pintu. Berkerut dahinya memandang wajah Amier. Mereka saling berpandangan seketika. ” Yes….what can I do for you?” soal lelaki itu merenung wajah Amier. ” Can I see Lisa…!” ” Sure, come in……Honey, somebody want to see you” laung lelaki... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 8, 9
Oleh : Azieana BAB 8 AMIER keluar dari keretanya yang baru diparkir di hadapan banglo mewah milik Datuk Tg. Mahmod. Sebaik saja tiba di ruang rehat, Amier melabuhkan punggung di sofa. Briefcase diletak di sebelah. Tangannya segera melonggarkan tali leher supaya dia rasa selesa untuk berehat. Seketika dia memejamkan mata sehinggalah di tegur oleh suara Datin Halijah. ” Dah lama sampai?” Datin... [Teruskan bacaan]
Novel : Sebenarnya, aku cinta dia 6, 7
14 April 2011
Kategori: Novel
4,389 bacaan Catat Ulasan
Oleh : Azieana BAB 6 ” HAI, jauh termenung nampak….teringatkan I ke?” teguran Badri di muka pintu mematikan lamunan Reen. Terkulat-kulat dia cuba mengawal perasaan malu dan gelabah bila ditangkap dalam keadaan demikian. ” Memang I sedang fikirkan pasal you tadi!” balas Reen cuba mengambil perhatian lelaki itu walaupun bukan itu yang membuatkan dia termenung tadi. ”... [Teruskan bacaan]







