Novel : Seindah Hujan Cinta 33

20 January 2012 
Kategori: Novel

11,826 bacaan 19 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 33 Selepas sahaja bersolat Aneesa terus menyembunyikan dirinya di dalam selimut. Wasim baru saja mendirikan solat sebaik saja Aneesa selesai tadi. Hampir Aneesa terlelap bila terasa selimutnya ditarik Wasim. “Good nite sayang! Tak jadi balikkah malam ni?” Mesra suara Wasim di telinganya membuat tubuh Aneesa terasa kejang. Alamak! Macam mana boleh lupa, tadi... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 31, 32

21 December 2011 
Kategori: Novel

8,995 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 31 Wasim mengerling sekilas ke arah Aneesa yang baru keluar dari bilik air. Aneesa kelihatan anggun dengan skirt labuh dan blaus tangan panjang yang dikenakannya. Siap dengan sedikit solekan menambahkan lagi seri wajah Aneesa yang selalunya lebih selesa tanpa sebarang alat solek. Lebar senyuman Wasim, biasa-biasapun Aneesa memang sudah cantik, sekali sekali melaram semakin... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 29, 30

27 November 2011 
Kategori: Novel

7,855 bacaan 17 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 29 “Nisa berkemas sekarang ye, abang tunggu,” masih tidak putus asa nampaknya Wasim memujuk. “Kalau tak nak pergi juga tak apalah, abang pun tak nak pergi,” sambungnya bila Aneesa buat tidak faham dengan kata-katanya. “Gila apa? Abang nak kena buang kerja,” cebik Aneesa. “Takut? Kenapa, Nisa takut tak cukup makan pakai kalau abang... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 27, 28

17 November 2011 
Kategori: Novel

7,633 bacaan 15 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 27 Memandangkan dia sudah pulang dari kampung dan masalah yang dihadapinya dengan Aneesa, Wasim telah membatalkan cutinya hari ini. Lebih baik mereka berenggang sehingga Aneesa kembali sejuk. Sejak peristiwa ditinggalkan di tepi sungai tempohari, Aneesa telah berubah. Dia lebih banyak mendiamkan diri, tidak lagi becok seperti selalu. Bercakap hanya bila disoal, senyum pun... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 25, 26

5 November 2011 
Kategori: Novel

6,810 bacaan 15 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 25 “Nisa! Nak ke mana tu?” soal Mak Mah bila melihat Aneesa mengeluarkan basikal ke halaman. “Saja nak ronda. Nanti Nisa nak singgah tepi sungai beli ais kepal. Mak nak?” “Tak payahlah ke tepi sungai tu! Jangan asyik nak merayau saja tak tentu hala! Si Wasim tercongok kat dalam rumah ni, dia sibuk nak merayau.” Aneesa mengeluh perlahan.... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 23, 24

1 October 2011 
Kategori: Novel

6,828 bacaan 16 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 23 Bagai pasangan yang bercinta, mesra sekali kelihatan Wasim melayan Aneesa memilih barang-barang keperluan harian mereka. Hampir penuh satu troli barang-barang yang dipilih. Kata Aneesa elok dibeli banyak sedikit tak perlulah selalu keluar membeli belah sebab dia tidak mahu membeli barang-barang dapur dari Pak Sahak lagi. Malu dia nak berjumpa dengan jiran-jiran CNNnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 22

24 September 2011 
Kategori: Novel

5,878 bacaan 14 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Aneesa bergulir-gulir di atas katilnya. Selepas Subuh tadi dia kembali melelepkan matanya. Malas dia untuk bertemu muka dengan Wasim. Sarapan pagi juga tidak disediakan untuk Wasim pagi ini. Apa yang hendak dimasak, barang makan semuanya dah habis! Setakat untuk buat minuman.. nak minum buatlah sendiri! Dengan malas telefon bimbitnya dicapai. Terkejut besar dia bila jam sudah... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 20, 21

12 September 2011 
Kategori: Novel

6,041 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 20 Seperti biasa Aneesa menghantar Wasim ke muka pintu. Kelihatan Pak Sahak dan pelanggan-pelanggannya tidak jauh dari situ. Sejak peristiwa diserbu Jabatan Agama Islam tempohari Aneesa belum pernah bersua muka dengan mereka lagi. Mesti banyak yang akan disoal oleh mereka padanya. “Abang, nanti Nisa nak ke pekan kejap. Barang dapur dah habis. Prepaid handphone Nisa... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 18, 19

26 August 2011 
Kategori: Novel

5,990 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 18 “Macam mana sekarang?” soal Zamirul semasa dalam perjalanan menghantar Aneesa pulang dari rumah Tuan Malim. Wasim akan pulang hari ini. Tidak mahu menyusahkan Wasim yang baru pulang dari perjalanan yang jauh Aneesa meminta Zamirul untuk menghantarnya pulang. “Macam mana apa?” tidak mengerti Aneesa akan soalan abang angkatnya itu. “Macam... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 16, 17

19 August 2011 
Kategori: Novel

5,145 bacaan 12 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani BAB 16 Sudah berkali-kali Zamirul menelefon Aneesa namun tidak satupun panggilannya dijawab. Hatinya mula risau. Apa agaknya yang berlaku? Apakah keputusan peperiksaannya terlalu corot sampaikan dia tidak mahu memberitahu mereka. Malu agaknya! Takkanlah. Setahu Zamirul Aneesa bukanlah pelajar yang bengap dan bodoh, tak mungkin keputusannya teruk sangat! Tapi kenapa panggilannya... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 15

12 August 2011 
Kategori: Novel

4,865 bacaan 14 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Sedar tak sedar sudah 2 bulan lebih Aneesa menjalani hidup sebagai isteri Wasim. Keadaan mereka masih sama seperti mula berkahwin dulu. Mungkin sedikit lebih mesra.. hanya mesra! Besok keputusan peperiksaan akan di umumkan. Berdebar hati Aneesa. Bagaimana agaknya keputusannya nanti? “Abang, besok tengah hari abang makan kat luar ye, Nisa tak masak tau!” “Kenapa?”... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 14

5 August 2011 
Kategori: Novel

5,246 bacaan 9 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Panggilan telefon yang diterima Aneesa membuat hatinya mula sebak. Zarita yang sedari tadi mendengar juga mula rasa tidak sedap hati. “Kenapa Nisa? Kenapa dengan mak Mah?” “Mak tak sihat,” beritahu Aneesa perlahan. “Kak Rita, Nisa nak balik tengok mak.” Air jernih sudah mula mengalir di pipinya. Sejak berkahwin lebih kurang sebulan yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 12, 13

28 July 2011 
Kategori: Novel

4,956 bacaan 10 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Aneesa serba tak kena bersendirian di ruang tamu rumah tersebut. Wasim sudah lama masuk ke bilik, mungkin sedang dibuai mimpi indah bersama Zarita. Macam ular sawa, lepas makan tidur! Pak Dris, lepas makan dan solat tadi dah ke kebun. Mak Yon pula entah ke mana. Apa nak buat niiii? Boringnya! Aneesa keluar ke depan rumah. Kelihatan pakaian-pakaian di ampaian terbuai-buai... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 11

20 July 2011 
Kategori: Novel

5,344 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Selepas saja menghabiskan sarapan mak Yon terus mengatur langkah ke luar rumah. Hendak memetik pucuk paku di belakang rumah katanya. Wasim suka benar makan pucuk paku goreng belacan. “Nak ke mana tu?” soal Wasim bila Aneesa keluar dari dapur selepas mengemas dan mencuci pinggan. “Nak kemas tempat tidur.” “Tak payah, abang dah kemaskan,” beritahu... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 10

14 July 2011 
Kategori: Novel

4,223 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Selepas Asar Aneesa mula menyiapkan dirinya. Setelah Wasim bersiap nanti mereka akan bertolak ke Slim River, kampung halaman Wasim. Jika hendak menunggu Wasim pulang baru hendak bersiap, kelam kabut pula nanti. Beg pakaian dan semua barang yang hendak dibawa juga sudah diletakkan di ruang tamu supaya tidak ada yang tertinggal. “Amboi! Dah siap semuanya? Tak sabar-sabar... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 9

6 July 2011 
Kategori: Novel

4,456 bacaan 7 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani “Hari Sabtu ni kita balik kampung. Dah lama abang tak balik,” beritahu Wasim ketika sedang bersarapan. Zarita masih lagi di dalam bilik, masih dibuai mimpi. “Kak Rita tak ada showkah minggu ni?” soal Aneesa ingin tahu. Kebiasaannya Zarita amat sibuk setiap hujung minggu. Dia akan mengadakan pertunjukan fesyen dan selalunya tidak akan pulang kerana... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 8

29 June 2011 
Kategori: Novel

5,118 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Wasim menolong membawa barang-barang Aneesa ke dalam rumah. Langkahnya di anak tangga yang paling bawah terhenti bila dipanggil Aneesa. “Kenapa?” “Nisa nak tinggal kat mana?” soal Aneesa sambil matanya menerawang sekeliling rumah. “Kat ataslah. Kat ataskan ada 3 bilik,” jawab Wasim cepat. “Kenapa, ingat abang nak suruh Nisa duduk sebilik... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 7

22 June 2011 
Kategori: Novel

5,104 bacaan 6 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Pertukaran tajuk Payung Emas Milik Siapa kepada Seindah Hujan Cinta Pernikahan Aneesa dan Wasim hanya dihadiri oleh saudara mara yang terdekat sahaja, semuanya atas permintaan Aneesa sendiri. Dia tidak mahu perkahwinannya terlalu dihebahkan kerana pasti akan ada yang tersalah sangka. Entah-entah ada yang menyangka yang dia telah berbadan dua hingga terpaksa dikahwinkan dengan... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 6

15 June 2011 
Kategori: Novel

4,811 bacaan 8 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Pertukaran tajuk Payung Emas Milik Siapa kepada Seindah Hujan Cinta Mak Mah menyusun pinggan satu persatu di atas meja. Kalut dia menyiapkan sarapan sendirian. Pelik juga dirasakan bila anak daranya yang selalu rajin menolong tidak muncul-muncul pagi itu. Merajuk sebab kena marah semalam agaknya. Ibu mana yang tidak marah bila anak daranya pulang hampir tengah malam. “Sibuk... [Teruskan bacaan]

Novel : Seindah Hujan Cinta 5

8 June 2011 
Kategori: Novel

3,480 bacaan 4 Ulasan

Oleh : Qash Shazwani Sudah sejuk nampaknya kisah pencarian calon isteri buat Wasim. Lega hati Aneesa. Sudah seminggu Zarita dan Wasim tidak mengganggunya. Tidak payahlah dia bersusah hati akan nasib Zarita bila Wasim beristeri baru. Setelah berhenti kerja dengan Zarita, Aneesa kini benar-benar sudah menjadi penganggur terhormat. Apatah lagi bila Tuan Malim sendiri begitu beria-ia menyuruhnya duduk... [Teruskan bacaan]

Mukasurat 1 of 212